𝕱𝖆𝖐𝖊/𝕱𝖆𝖑𝖑: Prologue
•••¤•••
𝐒𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡,
𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧;
𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐞𝐛𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡,
𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐜𝐚𝐭𝐮𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐫𝐚𝐚𝐧.
•••¤•••
Dia pandang tajam wajah abangnya itu dengan rasa berang yang cuba ditahannya semampu boleh. Permintaan abangnya saat ini betul-betul buat dia rasa geram dan marah.
"Aku cuma nak kau bawa Arin jumpa aku je. Kenapa nak marah?" rahangnya kemas terketap saat mendengar bicara abangnya yang satu itu. Abangnya masih tenang berbicara, sedangkan hatinya saat ini bagai sedang dipanggang rasa amarah yang membara.
"Kau suruh aku bawa Arin jumpa kau? Habis, kau paksa aku buat Arin jatuh cinta dengan aku untuk apa pula? Kau saja nak mainkan dia atau kau memang nak kenakan aku sekali?"
Namun senyum abangnya makin lebar dilakar, meskipun setelah mendengar bicara berbaur amarah darinya itu.
"Kau dah lupa sesuatu ke? Dia pernah buat aku kecewa dengan dia sebelum aku dibawa berjumpa abang-abang dia. Jadi kali ni biar kau pula yang buat dia kecewa dengan cinta palsu kau tu, sebelum kau bawa dia jumpa aku. Ianya kira adil kan, Cha Eunwoo?" Tangannya kemas dikepal dalam amarah yang tak tertahankan saat mendengar kenyataan dari abangnya itu. Dadanya makin kencang berombak, penuh rasa berang yang tak tertahan.
"Jadi... kau memang betul-betul nak pergunakan aku ke, macam budak kau?" Dalam bibir yang terketar menahan amarah, soalan itu cuba juga diungkapnya.
Abangnya hanya menggeleng dalam senyum sinisnya yang masih tak lekang di bibir.
"Tak, aku tak pernah anggap kau budak aku..." ringkas abangnya menafi.
"Tapi kau pawn aku, Eunwoo. Hnm?" sambungnya lagi, bersama senyum sinisnya yang mula berubah menyeramkan untuk adiknya itu.
"Boleh kau tolong buat Arin checkmate untuk aku? Hnm, Cha Eunwoo?" pinta abangnya lagi, bersama senyum seramnya yang bagai sedang terselit sebuah ugutan.
Dia hanya mampu terdiam mengetap rahangnya bersama rasa berang yang membahang untuk abangnya di hati saat ini. Mendengar permintaan abangnya yang satu itu bagai dia sedang menerima hirisan belati di kulit tubuhnya. Perit... dan menyesakkan.
Tak guna....
Abangnya memang gila!
Gila abangnya itu makin menjadi, sampaikan sanggup abang dia percaturkan hidupnya hanya untuk membalas dendam kepada Arin, perempuan yang bertanggungjawab memberi luka kepada hatinya itu.
Abangnya memang tak guna!
Dalam rasa sakit hati yang tak mampu dilepas, nafasnya dihela kasar. Wajah abangnya ditikam tajam, dengan rasa dendam yang mulai berputik.
"Baik... aku buat," akhirnya dalam ketar menahan rasa, dia menyanggupi juga permintaan si abang. Atau hakikatnya... ianya adalah sebuah paksaan untuknya.
'Aku akan buat apa yang kau nak, tapi aku juga akan buat apa yang aku nak... Seungwoo.'
'Aku harap nanti, aku boleh 'matikan' kau pula dalam catur kau sendiri.'
Dan dalam masa sama hatinya turut berbisik penuh nekad, bagaikan saat ini caturnya turut ingin dicipta untuk 'memakan' abangnya itu.
Lagipun ini yang abangnya mahu, kan?
Penipuan dibalas penipuan, kepuraan dibalas kepuraan. Jadi sekarang biarlah dia turut berpura untuk jatuhkan keduanya. Mangsa dia... juga pemangsanya.
Kan?
—¤—
𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚,
𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧,
𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐧𝐝𝐢𝐰𝐚𝐫𝐚,
𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧,
𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐧𝐢𝐬𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐝𝐚,
𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚?
𝐅𝐚𝐤𝐞/𝐅𝐚𝐥𝐥...
𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐥𝐢𝐞𝐬,
𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐩𝐚𝐢𝐧𝐟𝐮𝐥𝐥 𝐭𝐫𝐮𝐭𝐡,
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐈 𝐟𝐚𝐥𝐥 𝐢𝐧𝐭𝐨 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐚𝐤𝐞𝐧𝐞𝐬𝐬...
"𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚... 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐭𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚."
-
𝕱𝖆𝖐𝖊/𝕱𝖆𝖑𝖑-
•••¤•••
Tajuk: 𝐅𝐚𝐤𝐞/𝐅𝐚𝐥𝐥 (ReMake)
Genre: 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧/𝐓𝐞𝐞𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧/𝐓𝐡𝐫𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫
Tema: 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐂𝐡𝐞𝐬𝐬
𝐍𝐨𝐭𝐢𝐬/𝐃𝐞𝐬𝐜𝐥𝐚𝐢𝐦𝐞𝐫📌
—Sebarang kejadian, tempat dan watak hanya imaginasi penulis dan tidak berkait dengan yang hidup mahupun yang mati.
—Idea adalah 100% hak milik penulis, jadi tiada istilah ciplak dalam sebarang karya penulis.
—Sebarang nama idol yang digunakan sebagai watak hanyalah untuk memudahkan penulis untuk mencipta watak.
Last words:
©credit for owner.
—Jasmine—
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro