0.03
" ketahuilah yoojung, bahawa aku akan
sentiasa berada disisi kau tak kira
kau sedang berak mahupun mandi
hewhew. "
+
" yoojung bangun anak dara oii!! kamu nak ponteng sekolah lagi ke apa ni, eh eh bangunnn tu ha jungkook dekat bawah dah tunggu kamu macam biasa. "
terasa tangan omma setia memukul punggungku yang comel. lantas penutup mata didahiku, aku tanggalkan. oh harini sekolah.....
sekarang pukul, ..... 7.45 HAH?! WEH AKU DAH LAMBAT WEH WEH WEH SOMEBODAY ANYBODY HELP MEH !!
" haa reti nak bangun, tu cepat mandi. omma dah siapkan sarapan dekat bawah. nanti makan dengan jungkook okay. " omma terus melangkah keluar dari bilik aku.
satu keluhan dilepaskan sebelum kakiku bergerak ke masuk kedalam pintu bilik air.
--
" uhui yoojung busuk, lamanya bersiap nak pergi sekolah je pun alahai ." kata jungkook yang sedang duduk dimeja makan. matanya ralit memandang aku yang sudah siap memakai seragam sekolah.
dia ni.... sehari tak kutuk aku memang tak sah! dasar jebon jongang!
" ah aku malas nak layan kau. baik lagi aku ambik sarapan pastu gerak pergi sekolah. omma annyeong, eo? appa mana eh omma? "
" appa kamu awal pagi dah keluar. katanya ada oustation so tinggal kita berdua jelah nanti hewhew boleh la omma lepak tengok sinetron dipagi hari ."
aku hanya tersenyum melihat gelagat omma. memikirkan jungkook yang masih melahap sandwich yang disediakan oleh omma, aku terus sahaja keluar dan memakai kasut sekolahku.
" yahh kim yoojung! kau jangan nak tinggal aku eh. eh kau sabar jap, aku nak telan sandwich niiii " jungkook terus berlari kearah aku. sandwich ditangannya sudah ditelan kesemuanya. haih anak jeon ni
haih, aku patut tanya dekat jungkook tentang perkara ni. mungkin dia boleh bantu aku kan?
" yah jungkook ."
" emm pahal sebut sebut nama aku, tahulah nama aku sedap untuk dipanggil. "
" aku nak tanya, erm-- fairy wujud tak? "
mata jungkook terus membulat, ikatan dikasutnya turut terbuka dan dibiar sahaja terlerai.
" pfft HAHAHAHAHA KAU KENAPA? NAK JADI KANAK KANAK DISNEY KE ABAHAH KELAKAR BODO ."
+
muncul sudah anak jeon
😏😏😏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro