CRACKHEAD ii
Second part for crackhead. This one is for Ramsey and Meirion.
Ramsey Highschool :
Author menepuk tangan, menarik perhatian 4 wakil Ramsey, "Now introduce yourself. And please be normal for a while, "
"Hello everyone! My name is Edward, call me Eddie or daddy-- "
Pak!
Edward mengerang kesakitan. Dia dah tertonggeng dekat tepi, ditendang Caera.
"Disgusting, " Caera memandang jengkel terhadap Edward.
Author menepuk mukanya sekali lagi. Sudah ku bilang untuk menjadi normal...
Felix hanya ketawa kecil melihat kawannya yang dah menonggeng, buat free show.
"Felix kau dulu, " Adam memberi arahan.
Felix mengangguk, "Hello semua. Nama aku Felix, dari Ramsey. So aku ni just atlet dekat sekolah ni. Aku tak tahu kenapa aku dipilih antara students dekat sini-- "
"Because you deserve it, " Adam membalas pantas.
"No I'm not, "
"You are strong, Felix, " Caera juga menambah, cuba menyakinkan lelaki itu.
"Not to mention, you are the prettiest boy in Ramsey! " Edward yang masih menongggeng itu menjerit. Nak juga puji orang. Mana tahu lepas ni berderet orang puji dia juga. Ye dok?
"STOP CALL ME PRETTY! IT'S HUMILIATING! I'M A BOY! NOT A GIRL! " Felix menjerit dengan mukanya yang sudah memerah.
Author yang dah bersilang kaki di kerusi memandang pelik. Eh? Muka nampak macam suka kena panggil cantik tapi marah bila orang puji?
Tsundere?
Author menggeleng. Patutnya nama dia bukan Felix tapi Tsun, singkatan daripada tsundere. Tsun apa? Tsundal HAHA!
Okay tak kelakar.
Felix terus menekup mukanya lalu dia pun berpusing ke belakang, tidak mahu memandang kamera, "Oh god I can't do this anymore, "
Adam hanya memandang. Ya, memang tak dinafikan Felix ni top 5 students dekat Ramsey. Pandai berlawan dan kuat bersukan. Tapi yang dia tak suka dalam Felix ni, pemalu. Asal kena puji je, terus blushing.
Adam terkejut memandang author yang dah menggigit kertas dengan kejam. Air mata author juga dah mengalir.
"Oh god cutenya anak orang ni! " Author menjerit geram. Rasa macam nak cubit je Felix ni. Tapi tahan, entah- entah itu fake je. Sekali dia buat hal dengan Felix, kang terburai usus dia Felix buat.
Author berdehem, perasan yang Adam dah pandang dia pelik. Caera pula dah 'side eye' dari tadi.
"CONTINUE! "
"Hello, I'm Adam Caezen, leader from Ramsey. And this is my twin, Caera. To all boys who trying to do anything to her, I'll fucking beat you until you dead! " Adam menekan- nekan kamera itu sampai terjatuh ke bawah.
"WOI ANAK TAK GUNA! " Author sudah berlari ke arah kameranya.
Author menangis tak berlagu melihat kameranya yang sudah tidak berfungsi. Ya Tuhan, beratnya dugaan dia harini. Mic rosak, kamera pun rosak. Lepas ni apa? Diriku rosak dibantai Meirion pula? Oh no tolong jauhkan benda tu berlaku. Dia boleh bayangkan masa depan dia terlentang atas katil hospital. Ditemani doktor hensem dengan akak nurse yang shantik shantik. Eh astaga no!
Edward yang dah bangun bersuara selamba, "Jatuh pun dah rosak? Nampak noh copy ori-- UKH! "
Author terus mencekik Edward, "Anak dajjal! Berani kau kutuk kamera aku! "
Edward cuba meminta pertolongan kawannya. Namun takde siapa yang bantu. Adam hanya merenung babaknya yang akan mati dicekik author. Caera pula tak memandang, malas nak layan. Felix pula mengejeknya dalam diam.
Ah shibal! The betrayal! Oh no!
Melihat Edward yang dah terkulai sekali lagi, author terus mencapaknya ke tepi. Dia terus memandang Adam. Dia terus berlari ingin mencekik sang pembunuh kameranya yang terchenta.
Adam terus menarik Felix, menjadi mangsa cekikan author. Felix yang tak sempat buat apa- apa terus dicekik kejam.
"GANTI BALIK KAMERA AKU! "
"EH! BUKAN AKU YANG ROSAKKAN! "
Maka, bergelutlah dua orang itu.
Adam terus menarik tangan Caera, "Jom Caera, sini ada gorilla betina mengamuk, "
Caera hanya mengikut namun...
"Gorilla betina? "
Adam terkejut mendengar suara itu di telinganya. Dia terus berpaling dan kedua telinganya dipiat kuat.
"BERANI KAU NAK TUNJUK PERANGAI PENAKUT KAU DEKAT AKU! KAU DAH ROSAKKAN, KAU GANTI BALIK! "
"Aduh, Caera. Tolong abang! Eh jangan, lari! Selamatkan diri-- "
Author terus melempar Adam ketepi, di atas badan Edward dan Felix. Edward di bawah, Felix di tengah dan Adam di atas.
Maka, terkumpul lah lagi tiga ekor 'anjing' Ramsey. Sekarang, FABLUS kena tanggung tujuh beban.
Caera yang baru nak lari direntap perlahan.
"Where are you going? "
Caera terdiam. Author terus memeluk bahu Caera lalu dia pun menarik nafas.
"Even kamera aku dah rosak, aku tetap akan cakap benda ni. Itu saja dari wakil Ramsey. Nantikan mereka di FABLUS! "
Author menepuk bahu Caera yang dah pucat disebelahnya. Macam mana dia nak lawan kalau abang dia dengan dua orang terkuat Ramsey pun boleh kalah? Sebab dia author ke?
Caera sempat memandang abangnya, Adam memberi isyarat untuk behave. Oh nampaknya diorang bertiga bukannya kalah betul. Cuma diorang tak nak author besarkan hal ni.
Caera mengangguk paham.
"Kau asal? "
Caera memandang author, "Um asal Dahnsey, Selangor tapi membesar dekat Lasterd sebab Selangor takde air-- " dia bersuara perlahan. Sedar tak sedar, dia pun kena lambung ke atas abangnya.
"TAK GUNA! EMPAT- EMPAT ANJING! EMPAT- EMPAT BEBAN! " author menjerit.
Caera dah pening, apa salah dia pula? Author yang tanya asal? Dia bagitahu lah dia asal mana.
Author terus bergerak keluar. Dia nak tahu kenapa Caera angguk, bukan mana tempat lahir dia semua tu!
******
Meirion Highschool :
Author memandang mereka berempat, "Bila nak mula? "
"Mana kamera? " Brian menyoal hairan.
Author mengeluh, "Ni dekat tangan aku ni. Tak nampak? "
"Tapi tu kan handphone? " Brian menyengetkan kepalanya.
"Sebab ada sekor anjing dekat Ramsey dah rosakkan! Now just introduce yourself, " Author membetulkan posisi handphone. Ya, dia tengah rekod introduction Meirion guna handphone dia sendiri.
Brian menepuk bahu Luth perlahan, "Dia suruh kita perkenalkan diri, "
Luth hanya mengangguk lalu dia pun bergerak ke depan author, "Aku Luth, ketua dekat Meirion, "
Brian menepuk tangan, bangga dengan ketuanya yang cuma perkenalkan diri je.
"Tepuklah tangan! Tepuk! " Brian menjerit.
Alvin dan Daylan terus menepuk tangan mereka. Mengiyakan jelah apa yang anak syurga tu nak.
Author memandang Brian. Great, dia dah jumpa seekor koleksi 'anjing' dari Meirion. Ada lagi ka?
"WOI! "
Author tersentak lalu dia memandang Brian yang menjerit, "Apa? "
"Tepuklah tangan! "
"Dah tu, kau nak aku rekod guna apa? Kaki? "
Brian mengeluh lalu dia pun merampas handphone author.
"Excuse me? "
Brian berdiri di hadapan ketuanya, Luth. Dia tersengih.
"Haa cepat cepat! Berdiri sebelah bos! " Brian menarik author lalu dia pun menolak author ke sebelah Luth. Alvin dan Daylan hanya mengikut, mereka pun berdiri di sebelah Luth.
"Tepuk tangan! " Brian menjerit riang.
Kami bertiga hanya mengikut dengan muka tak relanya. Luth pula hanya mendiamkan diri. Dia tak hentikan orang dia?
"Yeay! Bos dah perkenalkan diri dia! Tepuk tangan! " Brian melompat- lompat. Gembira noh lah tu.
"Haha, " Author dengan muka terpaksanya hanya ikut je. Tolonglah, dia nak balik.
"Sudah! Teruskan, " Author merampas handphone nya kembali.
Brian mencebik, "Hmm nak happy happy pun tak oleh! "
Author memegang dadanya, 'Brian brian. Kau memang comel. Tapi perangai lahanat kau tu buatkan aku terpaksa senaraikan kau dalam 'anjings', '
"Buat cepat, "
Kami semua memandang Luth.
"Cepat kau bertiga kenalkan diri, cepatlah perempuan ni boleh balik, "
Author menekup mulutnya, terharu. Buat pertama kalinya dia jumpa ketua yang sangat memahami. Siapa cakap Meirion ni the worst? They're the best! Luth, kau lah yang paling terbaik--
"Aku tak nak tengok muka perempuan ni lama- lama, " Luth terus bergerak ke hujung dewan, berdekatan dengan pintu keluar.
Author terus berhenti senyum. Boleh tak dia angkat jari tengah sekarang ni? Dasar tak guna. Memang patut pun Meirion ni digelarkan the worst! Memang paling teruk!
"Cepat! "
Brian terus menerpa, "Hello semua! Nama aku Brian! Boleh panggil aku Brian atau Ian! " Brian tersenyum, menampakkan lesung pipitnya.
Author cepat berdiri tegak semula. Allahu hampir terjatuh sebab nampak lesung piput dia. Comelnya!
"Aku Alvin, " Alvin terus pergi.
Author dan Brian memandangnya.
"Itu je? "
"Bapak cold, pikir hensem sangat ke? "
Author dan Brian berpandangan lalu mereka pun gelak. Brian menampar bahu author lembut. Author pula menampar belakang badan Brian dengan kuat. Terkejut anak teruna orang tu dibuatnya.
"Hey, nama aku Daylan. Panggil aku Lan. Aku tak suka nama Day. Kinda girly, " Daylan membuat muka tak sukanya.
Author mengangguk.
"Itu je daripada 4 wakil Meirion, merangkap 4 pelajar terakhir di FABLUS. Nanti kan mereka semua di FABLUS! " Author terus menghentikan rakamannya.
Gotta save storage!
"WE WILL DECLARE WAR AGAINST ALL SCHOOL IN JOHOR! MEIRION WILL BE THE LAST WINNER AND CONTROL THE WHOLE JOHOR AND THEN MALAYSIA- "
"Dah stop record dah, " author memotong Brian.
Brian mencebik, "Baru nak declare war, "
Eleh. Kang satu johor serang, tahu pula si lembik ni takut.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro