Chapter 6
(Dalam gambar atas tu, ada kedudukan students FABLUS in case you guys pening)
Pap!
Kami memandang Sir Ash.
"Cukup dengan segala duniawi ni. Sekarang aku nak kau semua perkenalkan diri dalam masa 5 minit. Mood aku tengah baik jadi aku bagi sesiapa volunteer dulu, "
Krik krik, krik krik.
Tiada sesiapa yang mengangkat tangan. Semuanya diam saja.
Ivara memandang kelilingnya. Seriously takde yang volunteer? Dia nak je tapi keadaan dia sekarang ni memalukan jadi dia batalkan niat jelah.
Sir Ash memandang kesemua pelajarnya, "Kau semua ni... "
Sir Ash mengeluh kuat lalu dia pun mengambil ipadnya dan senarai nama pelajarnya dicari, "Kalau macam ni perangai kau semua, aku pick random dan-- "
"Eh sir! Saya nak! " Ivara terus menjerit. Memang dia tak nak tapi kalau pick random ni, pergh boleh buat jantung longgar beb tunggu nama sendiri.
Shane memandang Ivara dengan muka terharu. Walaupun perangai Ivara ni teramat lahanat, tapi time ni dia betul- betul hargai Ivara.
Ceh Shane, dia tak tahu Ivara tu sebenarnya dah letih melutut, tu yang member nak volunteer dulu. Kalau tak, hmm lantak pi lah apa nak jadi.
Sir Ash terus meletakkan ipad miliknya kembali ke atas meja, "Kan senang, tak perlu aku panggil nama satu persatu, "
Ivara terus berdiri semula dan tanpa sengaja mencampak kerusinya ke belakang. Agak kuat lah sampai kan Nadine melatah.
"Oh mak kau mak aku mak kita, "
Semua di dalam kelas memandang Nadine dengan riak tak percaya. Nadine terus menutup mukanya dengan rambutnya. Ya, dia menunduk sampai nak terpusing badan dia. Nasib tak buat back flip.
"Ek! Maaf maaf! " Ivara terus meletakkan kerusinya dengan betul. Memula tadi dia pun judge perempuan belakang dia tapi dia dapat rasakan diri dia ditenung. Rupanya, sir dah tenung macam nak tembus otak.
Ivara sempat meregangkan kakinya, penat sebab melutut lama sangat. Dia terus belari ke depan, di sebelah Sir Ash.
"Hello-- "
"Aku macam tak suruh kau introduce dekat depan. Pergi dekat tempat sendiri, "
Ivara memandang Sir Ash, "Eh mana boleh sir. Kalau dekat tempat sendiri, takde feel. Kalau dekat depan, pergh rasa macam dapat achivement! "
Sir Ash membuat isyarat untuk Ivara kembali ke tempatnya. Ivara pun terpaksa turuti. Tapi muka dah cemberut.
Ivara berdiri di tempatnya. Dia terus berpusing 360° perlahan- lahan, "Hello semua, nama aku Ivara. Boleh panggil-- "
"Young lady, what are you doing? "
Ivara memandang Sir Ash, "Sir, saya kan duduk tengah. So saya kena berpusing supaya semua classmate nampak muka saya yang cantik ni, "
Mikey mendecit, "Eh joyah takde sape nak tengok muka kau lah, "
Ivara memandangnya tajam, "Eh kau diamlah! "
"Stop! Young man, don't even try to start a fight, "
Malas nak melayan putaran Ivara, Sir Ash memberi isyarat untuk Ivara berdiri sebelah dia. Ivara pun berlari dengan bahagia. Siap melompat kau. Ceh tipu je tu.
Ivara tersenyum mesra, "Hello everyone! Macam tadi, nama aku Ivara. Korang boleh panggil aku Iva or Ivara. Aku dari Emerald Highschool dan aku dipilih ke sini sebab entahlah. Aku actually takde lah pandai lawan sangat. Setakat tendang ehem tu boleh lah rasanya. Lagi... "
Ivara menggoyangkan badannya ke kiri kanan. Serious tak tahu nak cakap apa lagi. Takkan nak bermukadimah pasal sejarah hidup dia dekat Esmeray kut. Banyak benda memalukan so no. Macam terjatuh dalam longkang tepi makmal sains, tercekik seruling masa kelas muzik, tertendang ehem ketua pelajar sebab time tu dia tengah berlakon jadi blue lock characters dengan Mikey. Ah banyaklah!
Ivara tersenyum kekok apabila hampir kesemua memandangnya macam nak telan hidup- hidup, "Um tu jelah kot. Harap kita semua boleh jadi kawan atau lawan. Aku tak kesah memana asalkan aku ni ada part dalam life korang yang sadis tu, "
Sir Ash memandang jam tangannya, "I told you 5 minutes. Not 1 minutes and 9 seconds, "
Ivara terus memandang Sir Ash disebelahnya. Serious lah orang tua ni kira masa? Haih payah lepasni kalau nak menipu. Mesti orang tua ni susah nak ditipu.
Ivara tersenyum, "Then I can say anything? "
"Yes take your time, young lady, "
Ivara tersengih jahat. Finally, this is my time to tell my family history!
Ivara menggenggam tangannya, mengumpul kekuatan dan tenaga positif untuk bermukadimah pasal keluarganya yang terchenta.
"So macam yang korang tahu, nama aku Ivara. Aku ada ibu ayah, kakak dan adik lelaki. Nama ibu aku Irana. Macam pirana kan? Actually perangai dia sebijik dengan pirana. Kau buat salah je, dia nak gigit kau. So jangan suprise kalau aku tergigit korang one day, "
Ivara melihat kesemua classmate nya. Ada yang tercengang, ada yang terkejut, ada yang judge dia, ada yang tenung dia dan ada yang ketawa. Ye, yang last tu Mikey si anak dajjal yang masih melutut.
"So pasal ayah aku pula, nama dia Iyriz. Dengar macam perempuan kan? But he's a man. Parents aku ni straight. Not bengkok macam otak Mikey, " Ivara menggoyangkan jari telunjuknya kiri kanan.
Mikey yang rasa terhina hampir nak baling kerusi yang dia pegang ke Ivara. Namun niat dia dibatalkan sebab Sir Ash dah nampak yang dia hampir nak swing kerusi tu.
Ivara yang asyik bercerita pula langsung tak tahu niat jahat Mikey. Nasib ada Sir Ash dekat sebelah. Kalau tak, bersepai badan dia kena kerusi tu.
"Nama kakak aku pula Izyeen. She's a pilot. Basically dia lah bank bergerak aku yang tak sah. Dan last sekali adik lelaki aku yang derhaka. Nama dia Irwayn. Dia umur 15 tahun. Actually dia anak angkat tapi korang jangan bagitahu dia eh. Nanti dia tak dapat terima kenyataan lepastu lari rumah, "
Shane menepuk dahi. Alahai minah ni. Sejak bila pula adik dia tu anak angkat. Sudah sudah ler tu.
Sir Ash dekat sebelah dah picit kepala. See? Dia dah cakap. Mula lah masing- masing punya perangai. Dia tak terkejut kalau Ivara ni boleh buka cerita nenek moyang dia kalau tak dihentikan. Tapi masih normal so Sir Ash biarkan jelah dulu.
Ivara memeluk tubuh, "Um so kalau korang perasan, family aku semua start with I. So aku kena cari bakal suami yang start dari I juga untuk kekalkan kesucian nama 'I' kitorang. Kakak aku pula nak single sampai tua. Oh lupa! Parents aku ni kerja dekat restoran je-- "
Sir Ash melihat pelajarnya di sebelah. Sampai mention bakal suami? Okay this is getting out of hand.
"Ivara Cassandra, say something else. Any topic about your life but not this kind of topic, "
Ivara terus memandang Sir Ash, "But sir, my family is my life. Without them, I am nothing, "
Sir Ash mengeluh, "Yes I know your family is your life. But this is not the right time to talk about them. We want to know about you! Only you! "
Ivara mencebik, "Just now, you told me to take my time and say anything I want. But now, you stop me when I want to talk about my precious amazing sparkling family? "
Nadine ketawa ayu dan menyebabkan semua memandangnya sekali lagi.
"What's so funny young lady? "
"I hate to admit it but she's right. Wah, adults are nothing but liars, aren't they? " Nadine tersenyum walaupun muka dia nampak macam tengah tahan berak. Mungkin sebab dia dah penat pegang kerusi itu.
Sir Ash mendiamkan diri. Wah makin lama makin berani eh. Kenapa tiga orang kena denda ni je banyak bunyi eh. Haa kejap lagi berbunyilah lagi sorang tu.
"Haa I thought kementerian pilih the best agent. So diorang tipu je sebenarnya. Macam mana kitorang nak contohi sir kalau sir ni penipu, " Mikey bersuara.
Sir Ash dah agak. Mesti berbunyi juga lagi sorang tu. Dah boleh buat group whatsapp kut. Nama group boleh bubuh 'Tiga beban FABLUS'.
Mikey terus menjatuhkan kerusinya ke lantai dan dia pun berdiri. Dia terus menjatuhkan badannya lepas periksa bahagian belakang selamat. Mikey menyapu air matanya yang tak wujud itu.
Haih drama betul lah mamat sotong ni.
"Kita kena gula- gula kan guys. First day je dah kena tipu. Tak mustahil nanti dua bulan depan, dia jual kita-- "
Sir Ash dah menyampah, "Fine, you can say anything you want, "
Ivara tersenyum, "Haaa thank you sir! Tapi sir saya dah habis cakap, "
Sir Ash tersenyum. Tangannya dah digenggam kuat- kuat. 'Sabar, sabar. Nak jaga anak- anak istimewa ni memang banyak cabaran, Ash. Kalau diorang lebih sangat, kau jual je diorang dekat Siam, '
Sir terus menyuruh Ivara kembali ke tempatnya, "Bagus Ivara walaupun tak seberapa, "
Ivara hanya mampu tersengih. Baru je dia nak duduk seperti biasa--
"Siapa suruh kau duduk? "
Ivara terdiam seketika.
"Aku suruh kau balik ke tempat kau dan melutut macam tadi. Aku tak cakap denda kau dah habis, "
Ivara tercengang. Series lah?
Ada beberapa gelak. Gelak yang jahatlah.
Ivara dengan tak relanya naik ke mejanya semula dan melutut. Tak lupa juga dengan kerusi di atas kepalanya.
Adam memandang Caera di barisan belakang sekali. Dia memberi isyarat.
Caera mengangguk faham.
Sir Ash perasan akan hal tu tapi dia biarkan je, "Next! "
Caera terus bangun dengan pantas dan bergerak ke depan.
"Hello, nama aku Adya Caera, panggil aku Caera. Aku dari-- "
"Kera? "
Adam yang berada di barisan ketiga, hujung sekali terus bangun dan memandang tajam ke Mikey, "APA KAU PANGGIL ADIK AKU? "
Ivara terkejut kera, "Adik? "
"Eh jap. Adik kau yang pronounce kan nama dia macam tu. Asal lak nak marah aku? " Mikey gelabah.
"You can't blame him, I pun dengar macam tu, " Nadine bersuara malas.
Adam nampak semakin marah.
"Kau nak melutut sekali? "
Kami semua memandang Sir Ash. Caera menggeleng kepada Adam. Dia tak mahu abangnya buat masalah dan menyebabkan abangnya didenda.
Adam mengeluh lalu dia terus duduk. Tidak ingin membesarkan hal 'kera' lagi.
"Caera, please pronounce your name carefully. And be louder. Kau tengah bercakap dengan semut ke? " Sir Ash memandang Caera disebelahnya.
Caera menggeleng.
"Hello semua, nama aku Caera. Aku dari Ramsey Highschool. Dan macam yang korang tahu sendiri, Ramsey Highschool ni lah sekolah yang paling aktif dalam sukan. Setiap tahun, kitorang akan menerima pingat emas atau kalau teruk sekalipun, perak dalam peringkat negeri Johor. Dan seperti biasa, korang hebat macam mana sekalipun dalam sukan, korang tetap tak boleh kalahkan kitorang berempat, wakil dari Ramsey. Jangan berusaha lebih sangat semata nak kalahkan kitorang sebab korang sendiri tahu yang korang takkan mampu kalahkan kitorang dalam apa- apa sukan, "
Kami semua kecuali wakil Ramsey tercengang. Bapak riak tho perempuan ni. Muka dah lah ada vibes emo girl.
"Kitorang akan menang, "
Caera terus bergerak ke tempat duduknya semula setelah berucap. Tapi ayat akhir dia tu membakarkan hati seketul Nadine yang masih melutut.
Sir Ash hanya membuat tak tahu saja, "Ne-- "
Nadine terus menghentak kerusinya dengan kasar ke lantai. Ivara dan Mikey, selaku orang terdekat dengannya terkejut. Halah kiri kanan dia pun terkejut.
Nadine terus kedepan tanpa berbincang dengan Ray. Kami semua boleh nampak matanya dah berapi. Mungkin panas dengar apa yang Caera baru cakap tadi.
"Hi guys, as you know, my name is-- "
"Boleh tak cakap melayu je? " Brian yang berada di sebelah Shane bersuara malas.
"Eh you jangan nak menyibuk-- "
"Aku galakkan semua untuk berbahasa melayu lepas ni. Salah seorang kawan korang masih tak fasih jadi kita tak boleh ketepikan dia, " Sir Ash terus bersuara tegas.
Nadine mencebikkan mulutnya.
Brian pula memandang Luth yang berada di belakang sekali. Brian memberi thumbs up kepada ketuanya. Luth pula hanya mengangguk.
"Hi! Nama I Nadine Alessa. Call me Nadine. I dari Crimsyn Highschool. Macam yang you semua tahu, Crimsyn is the best school dalam akademik. So, I nak you semua buka mata dengan telinga you besar- besar! Dengar dan ingat apa yang I nak cakap! Kalau susah nak ingat, boleh tulis dalam buku note you guys! " Nadine menapak ke belakang, berhampiran dengan papan hitam.
Ya, akademi ni papan hitam dengan kapur je. Maybe kerajaan takde duit nak sponsor marker.
Kami semua pelik memandang Nadine. Asal pula minah ni ke belakang.
Sir Ash bergerak ke tepi, di mejanya. Nak bagi semua pelajarnya nampak apa yang Nadine akan buat. Dia dah tahu apa yang pelajarnya yang seketul tu nak buat.
Nadine mengambil sebatang kapur lalu dia pun menulis dengan besar, "MARI LAH EXPLORE KEHEBATAN CRIMSYN BERSAMA NADINE, THE PERFECT PRETTIEST SMARTEST GIRL IN CRIMSYN-- "
"Siapa yang bagi you gelaran tu? " Harry menyoal dengan kuat.
Nadine ketawa sinis lalu dia pun memandang kawannya, "Siapa lagi kalau bukan I sendiri? "
Ivara menjerit gembira lalu dia pun menoleh Mikey dibelakang, "Wey aku sukalah dengan perangai dia! "
Mikey ketawa. Nampaknya mereka dah jumpa seorang 'beban' seperti mereka.
Nadine menggeleng perlahan, "Apa yang I boleh buat kalau dah ada yang fangirling, "
"Eee bisinglah perempuan ni. Cepatlah! " Edward menjerit kuat.
"Diamlah pengecut! "
"Apa kau cakap? "
Nadine dan Edward terus berhenti bergaduh apabila Sir Ash berdehem.
Nadine terus memadam ayat yang dia tulis tadi. Mereka ingat dah habis tapi rupanya...
BAM!
Nadine menepuk papan hitam itu penuh semangat, "KITA MULAKAN SEKARANG! "
"Huh? Baru nak mula? " Ivara merungut.
Sir Ash melihat jam tangannya. Lagi 2 minit 35 saat so masih ada masa untuk Nadine riak dekat depan.
"So macam yang you guys tahu, Crimsyn ni dinobatkan sebagai sekolah terbaik dalam akademik. And of course kitorang berempat ni students terbijak dalam ni. I bukan nak riak tapi ada juga sebenarnya. And as student from Crimsyn, kitorang diajar untuk target higher and menang semua yang kitorang pertandingkan, "
Nadine berpeluk tubuh. Dia sempat memandang Shane dan Brian yang berada di depan sekali.
"Kitorang nak menang dengan cemerlang. Kitorang tak layan lah kalau setakat taraf standard,"
Shane terus merenung Nadine. Noah menutup matanya, mungkin cuba menahan diri daripada pukul perempuan tu. Ivara pula dah nak mengamuk. Dan Mikey masih terpinga- pinga.
Ivara terus menghempas kerusinya ketepi lalu dia pun berdiri, "MIKEY, KAU KIPASKAN AKU. PANAS BETUL AKU DENGAN DIA NI, "
Mikey terus berdiri dan kerusinya dijadikan kipas sampai terkena bahu Ivara. Ivara terus menepuk Mikey dengan kuat.
"Sakitlah! "
"Bahu aku lagi sakit kena kerusi kau! "
"Siapa suruh kau berdua berdiri? "
Ivara dan Mikey memandang Sir Ash lalu mereka tersengih dan kembali ke posisi asal. Ya, mereka terus melutut.
Sir Ash memandang jamnya. 44 saat lagi.
Sir Ash terus memandang Nadine di sebelahnya. 'Budak ni pandai provoke orang. Tak mustahil kalau kelas ni boleh berperang sebab benda yang dia cakap je, '
"And at least kitorang ada benda yang boleh dibanggakan, " Nadine melirik ke Brian dengan muka jahatnya.
Brian terus berdiri, "Kau-- "
"BRIAN! "
Kami semua memandang Luth.
"Biar je, "
"Tapi bos-- "
"Kau tak payah bazirkan masa kau dengan perempuan tu, " Luth terus memandang Ray yang sebaris dengannya.
Kebetulan yang teramat coincidence, Ray pun tengah pandang Luth. Dengan senyuman dia yang menyakitkan hati tu.
Luth terus memandang ke depan semula. Kang makin lama dia tengok musang bermata empat tu, ada kerusi meja terbang pula. Dia tahan je hati dengan nafsu nak bantai si musang tu.
Ray memandang Harry yang berada di belakang Shane. Harry tengah gigih bersiul, nak perhatian Shane. Namun Shane abaikan.
Ray mengetuk mejanya sebanyak tiga kali dan membuatkan Harry memandangnya. Ray membuat isyarat untuk tarik Nadine balik ke tempat asalnya.
Harry mengangguk lalu dia pun bangun.
"BAIKLAH, SEKARANG KITA LIHAT FUTURE PREDICTION IF CRIMSYN MENANG. FIRST, KITORANG DECIDE NAK JADIKAN BANDAR NI SEBAGAI PERPUSTAKAAN SEMPENA KEMENANGAN DARIPADA SEKOLAH TERPANDAI-- "
"Times up, young lady. You may go to your place now, " Sir Ash bersuara.
"Sir, I tak habis lagi. Okay guys, selain jadikan bandar ni sebagai library-- eh you ni kenapa?! " Nadine cuba melepaskan dirinya daripada Harry.
"Dah habis... And library? We never discuss about it, " Harry menarik kawannya.
Nadine merentap tangannya lalu dia pun kembali ke tempatnya. Dan semestinya melutut juga.
Harry baru je nak duduk tapi dia perasan yang Ivara pandang dia. Harry menjongketkan keningnya. Eh takkan lah dah jatuh hati dengan dia kut?
Tiba- tiba Ivara membuat isyarat, 'pergi-mati' kepada Harry. Nampak gigih jugalah nak buat isyarat tu sebab tangan dia yang sebelah je pegang kerusi.
Sir Ash berdehem dan membuatkan Ivara dan Harry terus membuat hal sendiri.
"Next! "
Tiada sesiapa yang bangun. Ada yang menunduk, ada yang buat- buat ngantuk, ada yang termenung, ada yang berpikir bila denda diorang nak habis.
Sir Ash memandang mereka semua, nampak macam takde yang nak volunteer. "Kalau takde yang nak, aku pick random, "
"Sir, "
Sir Ash memandang pelajarnya yang mengangkat tangan, "Kau nak? "
Ray menggeleng, "Saya rasa tak adil. Setiap sekolah dah ada wakil kedepan kecuali Meirion. Ivara dari Esmeray, Caera dari Ramsey dan Nadine dari Crimsyn. Meirion tak nak hantar seorang wakil juga ke? "
Sir Ash mendiamkan diri. Halahai ni pun nak kecoh. Acah ah budak- budak ni.
"I ingat Ramsey je pengecut tapi Meirion pun sama, " Nadine bersuara.
"KAU! "
"PEREMPUAN TAK GUNA! "
"KAU NAK MATI KE? "
Wakil Meirion kecuali Luth terus berdiri memandang Nadine. Tiba- tiba kolar blazer Nadine direntap.
"Aku perati je kau dari tadi. Kau memang nak mati ke sial? " Edward menyoal dingin.
Nadine hanya membuat bodoh. Ivara memandangnya tidak percaya. Dia boleh relax je lepas cakap macam tu? Dia tak sedar ke mulut laser dia tu boleh buat dia hilang nyawa?
Alex berdiri lalu dia pun menepis cengkaman Edward di kolar Nadine dengan kuat.
"Don't touch her, "
"Kau asal nak sibuk? " Edward rasa tercabar dengan Alex.
"Dia kawan aku. Kalau kau nak sentuh dia, kau langkah mayat aku dulu, " Alex bersuara tanpa nada.
Ivara di depan dah terkejut kera sekali lagi. Adakah ini love triangle? Ceh dia lupa ke sekarang ni dia tengah dalam medan perang. Takde maknanya cinta.
Ivara sempat memandang Mikey di belakang. Dia terkejut melihat Mikey yang sedang menikmati popcorn yang dari mana dia dapat entah.
"What a great day to watch drama, " Mikey meyuap popcorn itu ke dalam mulutnya. Badan dia dah tak seimbang sebab tangan dia sibuk makan popcorn.
Sir Ash menutup matanya. Asal budak- budak ni buat dia macam tak wujud ye. Baru je dia nak bersuara...
"Brian, kau pergi, "
Sekali lagi kami memandang Luth.
Brian terkejut, "Aku? Tapi aku tak tahu nak cakap apa, "
Luth hanya memandangnya. Brian mengeluh.
"Okay... "
Brian terus bergerak ke depan. Daylan dan Alvin terus duduk di tempat mereka apabila ketua mereka menyuruh.
Sir Ash memeluk tubuhnya, "Aku tak tahu pula ramai dalam kelas ni suka melutut, "
Kami semua memandangnya.
"Alex, go to your place. You ingat tak penat ke melutut, " Nadine berbisik keras.
Alex hanya mendiamkan diri. Beberapa saat kemudian, baru dia kembali ke tempat duduknya di hadapan sekali, berdekatan dengan pintu kelas.
"Edward sit down, " Adam bersuara.
Edward mendecit lalu dia terus duduk, bersebelahan dengan Ivara. Ivara sempat melirik ke Edward. Ivara berdoa bahawa Edward takkan belasah dia. Tengok jelah tadi. Macam tu je dia cengkam kolar Nadine?
Brian berdehem kuat, "Hello semua. Aku Brian, dari Meirion... Urmmm... "
Kami semua memandangnya. Apa yang dia nak cakap eh.
Brian memandang Sir Ash disebelahnya, cuba untuk meminta bantuan kerana otaknya teramatlah udang udang.
"Apa specialty sekolah kau? Apa yang sekolah kau ada tapi lagi tiga sekolah tu takde, " Sir Ash memandangnya.
Brian terdiam.
"Takde, sekolah kitorang memang takde harapan, "
"Pft, "
Ramai yang tertawakannya. Brian memandang mereka semua hairan. Apa yang lawak? Betul lah apa yang dia cakap.
Sir Ash dah mengeluh. Apa lah dugaan dia harini nak hadap macam- macam karenah anak istimewa ni.
Brian memandang Luth. Luth memberi isyarat untuk 'pikir-sendiri'.
Brian mencebik. Punyalah nak dekat 3 minit dia pikir, akhirnya dia tahu apa yang Meirion ada tapi lagi 3 sekolah takde. Yang penting, perkara tulah satu- satunya kebanggan pelajar Meirion.
"Haa! Sekolah kitorang ada principal yang lawa! Miss Athia dah lah lawa, muda pula tu. Kalau hari ahad kena dengar dia bebel berjam- jam pun takpe sebab sejuk beku mata memandang, "
Sir Ash rasa nak hentuk je kepala dekat dinding. Itu specialty diorang?
"OH MY GOD. HOW? PRINCIPAL KITORANG TUA! " Mikey menjerit penuh kecewa. Dia tak perasan lagi Shane dah renung dia macam nak tembus otak.
"Aaaa sama lah. Kitorang punya dah tua lepastu lelaki, " Harry mengeluh kuat.
"Kitorang punya muda lagi tapi perut buncit. Lepastu mata duitan! Paling teruk, dia gatal nak mampus dengan student perempuan! " Edward menepuk meja.
Brian ketawa kuat, diikuti Alvin dan Daylan. Seperti biasa, hanya Luth je yang normal. Namun tawa mereka bertiga tu membuatkan hati mereka yang lain panas.
"BERANI KAU KETAWAKAN KITORANG EH! "
Maka bergaduhlah mereka semua. Ada yang nak bertumbuk, ada yang dah bertumbuk. Ada yang masih tak paham degan situasi sekarang. Ya, mereka lah tiga ketul yang didenda melutut. Dan ada juga yang tak sertai. Mereka lah Noah, Luth, Ray dan Felix. Caera sibuk tenangkan abangnya, Adam yang dah nak lambung semua kerusi meja berhampiran.
Bam!
Shane terus bergerak ke Mikey lalu kolar Mikey dicengkam kuat. Mikey terpinga- pinga.
"Eh Shane. Kau waras tak ni? Asal kau nak bantai aku pula? "
"Masih waras untuk dengar yang kau kutuk nenek aku! "
Mikey cuba mengingati detik dia menghina nenek Shane. Bila masa eh.
Mikey terkejut apabila dia teringat yang nenek Shane tu adalah pengetua Esmeray, sekolah lama mereka.
"Wey serius aku tak sengaja tho, aku-- "
"Diam! "
Mereka semua mula lah bertekak, langsung tak fikirkan tentang Sir Ash yang dah berapi dekat depan.
Noah merenung Sir Ash. Langsung tak nak tolong Mikey yang dah tewas dengan serangan Shane.
Sir Ash mengambil sebatang kapur lalu dia pun membaling dengan pantas ke dinding, bahagian belakang kelas.
PAK!
Mereka semua terdiam. Perlahan- lahan mereka memandang dinding itu. Pergh retak eh dinding tu.
Mereka terus memandang Sir Ash kembali. Yelah, siapa je yang baling kalau bukan makhluk di depan tu (Sir Ash).
Mereka terus mendiamkan diri bila Sir Ash dah nampak sangat marah. Sir ni manusia ke raksasa? Lain macam benor dia punya kekuatan tu. Silap hari bulan ni, senget buah pinggang diorang semua dia kerjakan.
"Kau semua ni memang cabar kesabaran aku kan? Aku fikir harini aku nak berbaik dengan kau semua tapi ini yang aku dapat? "
Mereka mendiamkan diri.
Sir Ash memandang mereka dengan dingin, "Baiklah, kau nak sangat berlawan, kan? Jom kita tengok siapa yang menang, "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro