Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 5

Shane menarik nafas. Dia masih lagi berada di dalam kereta. Dia memandang ke luar ditingkap dimana FABLUS Academy berada.

FABLUS Academy berada di hujung bandar, bersebelahan dengan sungai. Kenapa tak dekat tengah bandar? Semua ni kerana nak mengelakkan kekecohan di bandar itu berlaku. Tak nak lah penduduk dekat situ sebok nak kerumun akademi tu. Dan juga projek ini melibatkan ejen FBI. Selain memberi bayaran yang tinggi, pihak FBI juga meminta untuk merahsiakan penglibatan ejen mereka dalam projek ni.

Shane hanya merenung pintu gate akademi itu. Dia berfikir banyak kali sama ada nak masuk atau tak.

"Dalam masa sebulan, kerajaan mampu sediakan semua ni? Hmm I'm impressed, " Puan Shareeza meneliti semuanya dari luar. Dia cuba cari kekurangan akademi itu. Mana tahu ada. Boleh lah dia jadikan modal nak fight dengan kerajaan. Lepastu dia ambil balik murid- murid dia.

Okay itu mustahil sebab Puan Shareeza sendiri dah tandatangan surat perjanjian hitam putih bahawa dia akan setuju. Dan dia takde hak untuk membatalkan perjanjian itu melainkan projek itu membahayakan nyawa pelajar- pelajar Esmeray yang terlibat.

Ya, itulah syarat yang dia kenakan dekat pihak kerajaan. Dan sebab itulah dia datang ke pejabat sahabatnya haritu.

"Ann? "

Shane tersentak lantas dia pun memandang neneknya, "Nenek... "

"Kamu okay? Kalau kamu tak nak masuk, takpe. Kamu jangan paksa diri. Nanti pandailah nenek selesaikan semua ni dengan diorang, " Puan Shareeza memegang tangan cucunya, cuba untuk memujuk.

Shane menggeleng. Mana mungkin dia nak berpatah balik. Semuanya dah terlambat. Lagi berapa minit je sesi kelas pertamanya di akademi ni akan bermula. Lagipun, dia tak mahu susahkan nenek dia.

"Ann boleh, nenek. Ann nak jadi kuat. Ann tak nak sembunyi belakang nenek lagi, " Shane tersenyum.

Puan Shareeza mengusap kepala cucunya. Haihlah, dah matang cucu tunggalnya ni.

"SHANE CUCU PENGETUA ESMERAY! "

Shane dan Puan Shareeza memandang gerangan yang menjerit itu. Puan Shareeza tergelak melihat Mikey dan Noah. Mikey dah lambai tangan kuat- kuat sampai nak tercabut tangan. Noah pula hanya berdiri saja. Sahlah yang Mikey jerit tadi.

"Haa tu diorang dah ada. Ann pergi dulu. Apa- apa yang jadi, Ann kena dengan diorang tau. Nanti balik nenek amik dekat tempat sama, " Puan Shareeza menepuk bahu Shane.

Shane menyalam neneknya, "Ann pergi dulu nenek,

Shane terus keluar dan berlari ke Mikey dan Noah. Dia sempat menunduk hormat kepada 2 penjaga gate disitu. Dan yang dia pasti, diorang pun ejen FBI.

"Mana Ivara? "

Mikey mengangkat kedua bahunya, "Aku ingat korang datang saing, "

"Nak tunggu? "

Shane dan Mikey memandang Noah.

"Boleh lah kut, " Shane bersuara.

"Haii mana lah minah sorang ni. Asal pula dia paling lambat ni, " Mikey merungut.

Shane pelik, "Lambat? Candidates lain dah ada ke? "

Noah mengangguk.

"Haah, semua dekat kelas, " Mikey menunjuk kelas mereka yang berada dihujung sekali.

Kawasan akademi mereka sangat luas. Sebab itulah bangunan mereka semua hanyalah setingkat. Dengan adanya satu padang yang luas, empat tandas dan beberapa bilik yang disediakan.

Shane memandang kelas barunya. Hmm dah lah paling hujung, nampak aura kegelapan dia. Lagi- lagi dekat dalam tu ada raksasa- raksasa Lasterd.

Shane mula risau. Boleh ke dia dengan tiga kawannya tu survive. Memang diorang bertiga sendiri cakap yang diorang tak mengharapkan kemenangan tapi boleh ke wakil Esmeray graduate dengan selamat?

Shane memandang kedua kawannya, "Korang cakap candidates yang lain dah sampai tu, korang dah kenal diorang ke? "

"Eh takde lah. Cuma meja dengan kerusi dekat kelas tu cukup je untuk 16 orang. So tadi tempat kau dengan Ivara je kosong, " Mikey menjawab.

Shane mengangguk.

Noah menepuk bahu Shane, "Sebelum masuk, nanti check kedudukan dekat pintu kelas, "

Shane mengeluh. Haduh dia atur tempat? Ni tak suka ni. Jiwa introvert dia tu kuat mengatakan bahawa dia tak dekat dengan ketiga kawannya.

Hampir sepuluh minit mereka menunggu, kelibat Ivara tidak kelihatan.

"Mana dia ni? " Shane bermain dengan tali beg sekolahnya.

Mikey mendengus, "Eee perempuan ni janji melayu lah! "

Shane memandang Mikey, "Dia ada janji nak datang pukul berapa ke? "

Mikey menggeleng.

Shane terus memberi side eye kepada Mikey. Dah perempuan tu tak janji, beria pula jantan ni nak merungut janji melayu lah apalah.

Noah pula hanya mendiamkan diri. Tapi Noah dah bergerak ke pintu gate.

"Noah? "

Shane dan Mikey mengejarnya.

"Kamu bertiga nak ke mana? Lagi 15 minit kelas dah nak bermula. Sila masuk ke kelas sekarang, "

Mereka bertiga terhenti. Baru je nak keluar akademi tapi seorang ejen menghalang.

"Kawan kitorang tak sampai lagi. Kitorang nak tunggu dia, " Mikey yang satu- satunya harapan, bersuara.

Nak harapkan Shane? Hmm memang tidoklah gadis bermulut emas tu nak bersuara.

Noah? Hmm lagi lah tak.

"Masuk ke kelas sekarang. Jangan risau pasal kawan kamu tu. Kami akan cari dia sampai lubang cacing! " Muka ejen itu nampak menakutkan. Dengan senyuman jahat dia.

Pak!

Seorang lagi ejen memarahinya, "Jangan takutkan diorang, tak guna, "

Ejen itu mengaduh.

"Pergi masuk sekarang. Jangan risau, kami akan cari kawan kamu semua, " ejen yang masih waras itu bersuara.

Mereka bertiga takde pilihan melainkan ikut. Nak lawan? Haa kau nanti dia debik, beralih gigi ke kaki.

Mereka pun berjalan lah ke kelas mereka. Sampai saja di pintu, Shane sempat mencari kedudukannya.

Shane terkedu, "Depan sekali?! "

Dah lah depan sekali. Lepastu berdepan dengan meja cikgu pula tu. Shane terus mencari kedudukan kawannya yang lain. Ivara dekat barisan kedua tengah- tengah. Noah pula barisan ketiga tapi ditepi tingkap. Dan terakhir Mikey berada di barisan belakang sekali dan di tengah juga.

Shane terus menghentak kepalanya kuat di pintu. Terkejut Mikey dan Noah dibuatnya. Mereka terus menarik Shane.

"Eh apa kau buat ni? " Noah menyoal.

"Nak bunuh diri, bukan macam ni cara dia. Kau menyeksa diri kau. Pergi toreh tangan terus-- "

Pak!

Noah menepuk bahu Mikey dengan kuat.

"Hari pertama dah buat hal? "

Mereka bertiga terkaku. Perlahan- lahan mereka memandang gerangan yang menegur.

Seorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna putih mendekati kami. Ditangannya, ada beberapa buku dan sebuah ipad.

"Siapa tu? " Shane menyoal perlahan.

"Nampak macam aku ni dah setahun sekolah dekat sini ke? " Mikey memerli.

Shane geram lantas dia pun cuba untuk bergaduh dengan Mikey. Mikey pula dengan perangai tak matangnya, nak lawan juga.

Namun Noah cepat- cepat menghalang mereka, "Behave, he's our new teacher, "

Shane dan Mikey terkedu lalu mereka pun berdiri tegak semula. Mereka terus menunduk hormat.

"Good morning sir! "

Lelaki itu berhenti di hadapan mereka, "What happen just now? Did you guys bully her? "

Noah dan Mikey berpandangan. Mikey terus menggeleng laju.

"She's tripping at the door. We just help her, " Noah menjawab dengan tenang.

Lelaki itu mengangguk, "I see. Go enter your classroom. Sit at your own place, "

Mereka mengangguk laju lalu berlari masuk ke dalam.

Hilang je kelibat mereka, lelaki itu ketawa lucu, "Cute, " dia suka tengok pelajar- pelajarnya itu takut dengannya.

"I knew that you loves to tease kids, "

Lelaki itu menoleh ke belakang, "Linda, semuanya okay? "

Linda menggeleng, "Seorang pelajar masih belum sampai. Ejen kita dah jumpa dia. Dia dikepung oleh beberapa pelajar dari Ramsey Highschool. Lokasi mereka di pertengahan bandar, agak jauh dengan akademi, "

Lelaki itu terkejut, "Suruh mereka bertindak sekarang. Pastikan pelajar kita tak cedera! "

Linda pun menunduk hormat apabila lelaki itu memasuki kelas, "Baiklah, Hunter, "

Hunter terus masuk kelas itu. Dia kena pastikan semua pelajar dia ada harini. Dia tak nak seorang pun pelajar dia cedera atau berlaku apa- apa kepada mereka. Kalau apa- apa jadi dekat pelajar dia, dia akan pastikan orang yang cederakan mereka tu akan menyesal seumur hidup.

Semua pelajar memandang Hunter. Hunter berjalan ke mejanya lalu buku yang dipegang diletak ke atas meja. Dia terus memandang pelajar- pelajarnya.

"Lagi 10 minit kelas akan bermula. Dan seorang lagi masih belum sampai. Kita semua akan tunggu ketibaan dia jadi aku nak kau semua diam. Jangan berbual, jangan buat apa- apa, " Hunter bersuara tegas.

Seorang pelajar dari barisan belakang mengangkat tangan.

"Apa dia? "

Mikey tersenyum, "Kalau nak kentut boleh tak? "

Hunter tersenyum manis. Tapi ketahulah, seketul Hunter tidak pernah memberi senyuman manisnya. Jadi untuk orang yang mengenalnya, mereka tahu bahawa senyuman tu membawa maut.

Seminit kemudian...

"Kau berdiri atas tu! Kau gerak sikit, aku tambah lagi kerusi atas kau, "

Hunter terus meninggalkan Mikey yang didenda untuk melutut atas meja sambil memegang kerusi di atas kepala.

Mikey mencebik. Dia ternampak ada seorang lelaki ketawa.

"Sir dia ejek saya! " Mikey merengek.

Hunter hanya membiarkan. Dah kau yang mulakan dulu.

Mikey kelihatan terkedu. Omagad, sir ignore? Ish ni nak kena ngadu dekat Pak Cik Raub ni. Apa? Ingat dia tak dengar ke khabar angin pasal Pak Cik Raub yang kena cerai dengan bini tu? Of course lah dia dengar. Dia turut bersimpati tapi tu bukan masalah dia.

Ray terdiam apabila dia memandang Mikey. Asal muka lelaki tu familiar?

8 minit berlalu...

Kini, Ivara masih tidak sampai. Dan seketul Mikey masih didenda. Mikey dah nampak tanda nak pengsan dah tu.

Shane dan Noah dah mula risau. Pelajar lain pula ada yang menguap, ngantuk. Ada yang termenung. Ada yang ada ada je.

"Ivara... mana kau ni... " Mikey bersuara perlahan.

"Diam! " Hunter menjeling tajam.

"Ek! " Mikey menyampah. Dengar je orang tua ni.

Hunter melihat jam tangannya, "Lagi 10 saat. Kalau kawan kau tu tak sampai lagi, kau semua kena denda lari 16 round padang memandangkan kau semua ada 16 orang, "

Mereka semua merungut mendengar. Ada yang tak puas hati. Ada yang mencarut.

"DIAM! "

Semuanya diam apabila mendengar guru mereka, Hunter menjerit.

Hunter memandang pintu kelas.

"Tiga... "

"NOOOO! " Nadine menekup pipinya. Dia baru je siap make-up tadi. Takkan lah dia kena denda sebab salah musuh dia? Habislah cair make-up dia nanti.

"Dua... "

Edward dah menepuk meja beberapa kali, tidak mahu menerima hakikat bahawa dia akan didenda pada hari pertamanya. Takkan nanti nak bagitahu ibu ayah dia yang dia kena denda first day? Dah lah adik dia menanti kisah gempak dia dekat akademi baru ni. Takkan nak menipu pula.

"Sa-- "

BAM!

"AKHIRNYAAAA! "

Mereka semua memandang gerangan yang membuka pintu itu. Seorang gadis masuk dengan keadaan yang kurang elok. Termengah- mengah. Beg pun dah senget.

Ya, gadis tu lah seketul Ivara.

"Ivara! " Shane menjerit terkejut.

Noah bersyukur kepada Allah kerana kawannya selamat. Ingatkan kena lenyek dengan lori najis tadi.

Mikey pula dah menangis. Ceh fake je tu. "Ivaraaaa... "

Ivara memandang Mikey yang melutut di atas meja, "Eh kunci? "

"Young lady, may I know why did you late? " Hunter memandang anak muridnya yang terakhir itu.

Ivara memandang lelaki di hadapannya. Siapa ni? Cikgu ke?

"I think it's because of this uniform, " Ivara terus menjawab bila dia dapat rasakan yang dia akan berada dalam keadaan bahaya kalau palau soalan cikgunya itu.

"Eh Ivara. Aku tahulah kau berdendam sebab Cik Awil kejar kita satu sekolah haritu. Dengan panjat pagar sekali semata nak ukuran badan kita. Tapi tak payahlah kau nak dendam sampai sekarang-- "

"Bukan pasal tulah! " Ivara menjeling Mikey.

Mikey kecewa. Pagi ni je, dia dah kena jeling dengan cikgu baru dan kawan baiknya sendiri. Auch!

"Sebenarnya... baju ni kan untuk students FABLUS. And orang semua dah tahu pasal baju ni. So tadi masa saya otw ke sini dalam 30 minit lepas, ada beberapa orang yang saya rasa dari Ramsey. Diorang kepung saya and mula nak hina saya. Diorang cakap yang saya ni pakai cable lah nak masuk akademi ni. Eh diorang tak tahu ke saya ni terpaksa masuk? Then diorang mula cakap yang diorang lagi layak macam tulah, "

Hunter memandang anak muridnya itu, "Then apa yang kau cakap sampai diorang marah? "

Ivara tersengih, "Biasalah hal orang muda, orang tua takleh tahu-- "

Ivara terus menekup mulutnya.

"Tua? "

Ivara menggeleng laju, "No no, sir muda! Muda! "

"Er saya just cakap yang saya ni better daripada diorang. Saya cakaplah diorang tu tak layak sebab perangai macam setan yang dikurung seribu tahun, " Ivara menyambung.

Hunter hanya merenungnya. Ivara hanya tersengih kekok.

"Kau kena kejar dan menyebabkan banyak kerosakan dekat pekan. Kau langgar barang- barang niaga orang semata nak selamatkan diri kau, " Hunter memandang Ivara tajam.

Ivara menggaru kepalanya yang memang gatal, asal rasa kena attack ni. Eh jap, macam mana sir tahu?

"Macam mana sir tahu? Sir stalk saya eh, " Ivara menekup pipinya terkejut.

Mikey hanya memerhati kawannya yang cuba untuk bergurau dengan sir. 'Ivara, Ivara. Berlutut lah kau sama dengan aku, '

Seminit kemudian...

Ivara mencebik. Ya, dia kena denda sama seperti Mikey.

"Kau melutut dekat situ. Kau gerak, aku tambah kerusi, " Hunter berlalu pergi.

Ivara mencebik. Gurau sikit pun tak boleh.

Noah menggeleng perlahan apabila melihat kedua kawannya didenda.

Shane pula memandang sekilas ke Ivara dan Mikey. Haih lah, malukan nama Esmeray siot.

"Kau nak kena sekali? "

Shane terkejut lalu dia pun memandang ke depan apabila Hunter menegur. Shane menggeleng perlahan.

Hunter berdiri di hadapan pelajar- pelajarnya, "Assalamualaikum dan selamat datang semua ke FABLUS Academy. Macam yang kau semua tahu, aku ni cikgu korang. Satu- satunya cikgu korang dan satu- satunya orang dewasa dekat sini-- "

"Abistu dekat gate tadi tu kanak- kanak ke? " Ivara memotong kehairanan.

Shane menepuk dahi perlahan. Noah pula hanya mendiamkan diri. Mikey pula dah ketawa, lucu agaknya dengan kawan sedenda dia tu.

"Kau, " Hunter memandang Shane.

"Bagi kerusi kau dekat dia, tambah atas kepala dia. Kau pula berdiri, "Hunter mengarah.

Shane terdiam. Eh minah sorang tu buat hal, asal dia pula yang kena sekali? Takkan setakat pandang kawan dia tadi tu pun kena denda juga? Bapak strict siak cikgu ni.

"Eh saya minta maaf! Saya gurau je, " Ivara dah risau. Kerusi yang satu pun dah berat sampai nak terpatah skapula dia. Ni apatah lagi dua kerusi. Dengan skapula sir boleh patah tetiba kang.

Hunter melepaskan Ivara buat kali ni. Nampak kesian noh budak tu. Takut kena tambah kerusi sampai nak nangis. Nasib hingus tak meleleh keluar.

Shane dah memanjat kesyukuran. Bukan sebab Ivara tak kena denda lagi berat tapi sebab dia tak payah berdiri. Ivara tu siapa je kesah. Lantaklah nak kena angkat satu tan kerusi ke apa ke.

"Nama aku Asher, kau semua boleh panggil aku Sir Ash. Dekat sini, aku je yang akan-- "

"Excuse me, sir, "

Hunter atau dikenali sebagai Sir Ash berhenti membebel.

"Siapa yang bersuara tadi? "

"It's me, di antara dua budak kena denda ni, "

Ivara membuat muka terkilan. Sebegitu sekali dia dipermalukan. Mikey pula membuat muka terkejut.

Sir Ash terus bergerak ke arah pelajar yang berada di antara Ivara dan Mikey. Dia mengangkat keningnya apabila pelajar perempuan itu tersenyum.

"Can we call you Sir Sher? "

Ivara memandang ke belakangnya, "Eh takleh! Sebutan tu agak sama dengan nombor sepuluh in mandarin. Sir Ash ni ada satu je, bukan sepuluh-- "

"Can you shut the fuck up? " Nadine tersenyum manis. Tak suka bila kena potong. Lagi- lagi dengan musuh yang dia sendiri tak kenal.

"Language, young lady. And no. Aku tak suka dengar nama tu. Pelik, " Sir Ash terus berjalan ke depan.

"Tapi nama Ash lagi pelik. Bukan ke ash tu abu? Abu tu kan biasanya untuk orang mati. Sir tak sabar sangat nak mati ke?  " Nadine menyambung dengan suara tak bersalahnya.

Ray mengeluh. Astaga, kenapa lah dalam banyak- banyak benda, itu yang dia cakap? Benda yang bodoh lagikan tidak bijak. Ini ke salah satu pelajar terbaik Crimsyn?

Ivara dan Mikey terkejut. Pergh ada tambahan geng melutut ni.

Sir Ash terhenti berjalan. Perlahan- lahan dia memusing ke belakang, memandang Nadine.

"Kau... "

Nadine tersenyum mesra, "Yes sir? "

Seminit kemudian...

"Kau jangan bergerak! " Sir Ash terus bergerak ke hadapan kelas semula.

Nadine dah merungut. Tak pasal- pasal dia kena denda sama macam budak depan belakang dia. Sekarang ni, satu barisan diorang kena denda yang sama kecuali budak depan sekali. Seingat dia, budak tu nama Brian.

Luth hanya memandang ketiga orang bodoh itu. Ya, merekalah Ivara, Nadine dan Mikey. Tiga- tiga kena denda dan tiga- tiga cakap benda yang bodoh dekat sir.

Sir Ash sekali lagi memandang kesemua pelajarnya termasuk tiga beban itu.

"Sekali lagi aku cakap, selamat datang ke FABLUS Academy. Nama aku Asher, panggil aku Sir Ash. Aku berasal dari Malaysia jadi tak payah terkejut kalau korang nampak muka aku ni ada kacukan sikit, "

Ivara mengumpat perlahan, "Celah mana kacuk? Muka macam Pak Cik Raub adalah, "

Hmm kesian Pak Cik Raub. Dah lah kena tinggal bini. Lepastu kena mention je banyak kali.

"Umur aku 27 tahun, masih belum berkahwin dan langsung takde niat nak berkahwin. Aku akan jadi guru korang dalam semua mata pelajaran. Dan aku juga akan menjadi tempat korang nak mengadu kalau jadi apa- apa dekat akademi ni. Kalau pasal hal selain dalam akademi, aku tak nak layan. Itu je korang patut tahu pasal hal yang berkaitan dengan aku, "

Shane mengangguk perlahan.

"Sekarang aku nak cakap pasal akademi ni pula. Kau semua tahu kan sebab apa akademi ni di bina? "

Ray tersenyum, "Sebab kes pergaduhan dah semakin meningkat, "

"Betul dan semestinya itu angkara kau semua. Kau semua ketua dan orang kuat setiap sekolah. Kau semua yang gerakkan orang- orang kau untuk bergaduh setiap masa-- "

"Excuse me sir? Esmeray tak terlibat okay. Kitorang berempat tak pernah gaduh. Itu semua senior kitorang je, " Ivara terus memotong, tak suka dituduh. Hati dia terlalu kecil untuk difitnah oleh sang pedenda.

Sir Ash memeluk tubuh, "Kau nak kena tambah lagi kerusi? "

"Eh kenapa pula? Janganlah sir. Saya cuma cakap benda fakta je, " Ivara terus menunduk, takut nak tengok muka pedenda tu.

Sir Ash terus bersuara lagi, "Macam yang aku cakap tadi, kau semua ni wakil- wakil terkuat dari sekolah masing- masing. Jadi, dekat sini, FABLUS Academy lah kau semua akan bertanding! Kau semua akan berlawan untuk tentukan siapa pemenang! Kau semua ikut kata, aku bagi reward dan tak perlu tahu reward macam mana. Dan kalau kau degil, langgar arahan aku, aku denda. Itu saja. Simple kan? "

Maka bergeraklah tiga kerusi tu kerana tiga ketul yang didenda itu mengangguk kasar. Mungkin setuju dengan apa yang sir kata. Tapi dalam masa yang sama, tengah exercise tengkuk.

"Dan paling penting yang kau semua kena tahu, " Sir Ash memandang kesemua muridnya satu persatu.

"Dekat sini, aku nak kau semua tanam sifat kerjasama. Bila sorang buat onar, aku denda satu kelas, "

Maka pelbagai bunyi kedengaran di kelas itu. Ada yang merungut. Ada yang nak menangis. Ada yang mencarut.

Bam!

Mereka semua terdiam.

"Untuk elakkan kena denda setiap hari, aku nak kau semua saling bantu satu sama lain. Senang kan? "

Mereka hanya mendiamkan diri. Senang? Dah tentu lah benda tu paling susah. Apa yang pihak kerajaan dan sir expect? Wujudkan FABLUS Academy supaya diorang boleh berdamai? Kononnya kenal hati budi memasing lepastu berbaik macam takde apa- apa berlaku pada tahun- tahun sebelumnya? That's totally the hardest thing for them to do.

"Sebabkan korang dah baca peraturan pasal akademi ni, aku tak payah terangkan. Lagi- lagi pasal pertandingan. Aku tahu yang Timbalan Perdana Menteri dah bagi file yang complete pasal maklumat FABLUS. Kau dah baca atau belum, tu bukan masalah aku-- "

"Sir... "

Sir Ash memandang seorang gadis di belakang sekali yang mengangkat tangan.

"Yes young lady? "

"Macam mana dengan pertandingan tu? Apa game yang kami akan lawan? Maklumat pasal game takde dalam file tu, " Caera bersuara tanpa nada.

"Tak perlu fikir. Sekarang ni, setiap sekolah berada di nilai 0%. Kepada sekolah yang mencapai nilai 100% dulu, mereka lah pemenangnya. Game ni akan terjadi bila- bila masa yang aku nak. Kalau mood aku baik, aku bagi markah. Kalau tak, taklah. Tapi jangan risau, kalau ada perubahan markah, aku akan terus inform kau semua, "

Ada sesetengah mengangguk. Ada yang hanya termenung, malas nak fikir.

Sir Ash memandang kesemua pelajarnya. Dia terus mengesan setiap daripada mereka, nak cari apa- apa kesalahan dari segi pemakaian.

"Kau budak kena denda tengah- tengah tu, " Sir Ash menunjuk Nadine.

"Yes? " Nadine kelihatan gembira. Mungkin dia fikir yang denda dia akan tamat?

"Aku galakkan lepas ni kau tak payah pakai make-up ke akademi, "

Nadine terus berubah masam, "Sir, I kena pakai juga! Make-up is my life! " Nadine tak kesah lah kalau denda dia semakin berat. Asalkan dia boleh pakai make-up.

Sir Ash mengeluh. Lantaklah engko lah. Lepas ni kalau kena berlari dekat padang, bukan salah dia. Make-up luntur ke... tercabut ke... tu masalah engko.

Sir Ash memandang pelajar lelaki, "Pakai tie, baju tuck in, pakai blazer, "

Beberapa pelajar lelaki mengikut arahan Sir Ash. Namun ada yang berdegil.

Sir Ash meneliti pelajar yang tidak mendengar arahannya. 'Luth Meirion tak tuck in, Adam Ramsey tak pakai tie, Harry Crimsyn tak pakai blazer... ' Haa tak nak dengar kan? Tunggu engko. Dah dikata jangan langgar arahan tapi langgar juga.

Sir Ash meneliti pelajar yang lain. Okay semua dah perfect. Nampak kemas, nampak comel je semua. Ee geram je dengan bebudak ni. Rasa macam nak gigit lepastu lambung ke sungai, biar memasing lemas.

Sir Ash tersentak. Eh astaga apa dia pikir pasal anak- anak orang ni.

Sir Ash termenung. Agaknya pelajar dia semua dah kenal satu sama lain ke? Tapi seingat data yang dia dapat, Esmeray tak terlibat dalam pergaduhan. Jadi mesti diorang tak kenal wakil dari Esmeray. Dan wakil Esmeray pun tak kenal yang lain.

Sir Ash memicit kepalanya. Haih, part kenalkan diri pelajar ni lah dia paling nak elak. Bukan apa, dia dah kenal pelajar tapi pelajar dia pula tak kenal satu sama lain. Dia sebenarnya nak elakkan benda ni sebab dia tahu nanti macam- macam perangai dia kena hadap masa sesi perkenalan tu. Tengok jelah sekarang ni. Baru mula kelas tapi dah ada tiga mangkuk kena denda. Dan dia tahu tiga mangkuk tu jugalah yang akan tersenarai dalam pelajar buat onar masa perkenalan diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro