Chapter 3
Yana memasuki pejabatnya. Dia terus menghempaskan badannya di kerusi. Dia mengeluh kuat.
"Gagal? "
Yana tersentak lantas dia duduk dengan tegak. Perdana Menteri masuk ke dalam pejabatnya.
"Tuan... "
Perdana Menteri memberi Yana isyarat untuk duduk saja. Dia terus mendekati Yana.
"Macam mana? " Perdana Menteri menyoal.
Yana terdiam.
Tuan Ilyas, Perdana Menteri terus ketawa besar. Dia tahu keputusan projek tu bila tengok muka Yana. Tulah, cemberut je dari tadi.
"Mesti Shareeza yang tak nak bagi kerjasama, kan? " Tuan Ilyas menyoal.
Yana memandang Tuan Ilyas, "Dia langsung tak takut dengan hukuman tu. Dan dia sendiri cakap yang dia takkan terima projek yang kita bina, "
Tuan Ilyas menggeleng lalu dia pun duduk di hadapan Yana, "Jadi? Apa jalan terakhir? "
"Saya... tak tahu, " Yana menggeleng lemah.
Tuan Ilyas ketawa, "Jangan risau. Esok, saya sendiri akan berbincang dengan dia, "
"Tuan.. tuan nak pergi ke sana? Saya boleh temankan-- "
"Tak perlu, Yana. Saya dah membesar di sana. Segala laluan di Lasterd, saya tahu. Jadi kamu tak perlu bimbang. Teruskan semua projek ni. Saya akan pastikan pihak Esmeray setuju walau apa jadi sekalipun, "
Yana memandang Tuan Ilyas, "Maafkan saya sebab dah libatkan tuan dalam hal remeh macam ni, "
Tuan Ilyas menggeleng, "Saya tak kesah. Lagipun, dah tiba masa untuk saya lawat kawan lama, "
Yana mengangguk paham. Tolonglah jangan berperang sudah dua orang tua ni esok kalau dah berjumpa.
Tuan Ilyas pula tersenyum bila teringat sahabat lamanya. Haa Shareeza, mu tunggu, aku datang!
"Tuan, saya ada sesuatu nak tanya, "
"Apa dia? "
"Kalau betul lah Puan Shareeza tu lagenda, kenapa Esmeray Highschool tak diiktiraf sebagai sekolah kluster? Kenapa pelajar di sana semua biasa saja? "
Tuan Ilyas ketawa kecil, "Tadi kamu ke sana. Kamu ada perasan sekeliling? "
Yana mengangguk, "Pelajar mereka kelihatan sangat selesa. Tak seperti yang saya sangka, "
"Dia manjakan mereka sangat, "
Yana memandang Tuan Ilyas, "Manja? "
"Shareeza menolak permintaan banyak pihak sebab nak mengajar di Esmeray. Salah satu sebabnya kerana arwah suaminya yang tubuhkan sekolah itu bersamanya. Dan dia sendiri cakap yang dia bertekad untuk membentuk sekolah di mana para pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa, " Tuan Ilyas tersenyum kelat.
"Oh begitu. Jadi itulah sebab pelajar Esmeray langsung tidak berusaha untuk menaikkan nama dalam akademik, "
Tuan Ilyas ketawa, "Dia tu dulu paling tegas dalam bab mengajar. Semua kena sempurna. Itu yang dua menteri kita membesar jadi orang berguna. Tapi bila dah tua, dia makin berlembut dengan pelajar, "
Yana hanya mendiamkan diri.
******
Puan Shareeza menghirup airnya. Dia termenung, melihat langit yang gelap gelita itu. Kini dah malam, tapi dia tak boleh tidur. Mungkin dia asyik terpikir pasal hal pagi tadi.
"Nenek? "
Puan Shareeza tersentak lalu dia pun meletakkan cawan itu di atas meja. Dia terus menoleh lalu tersenyum apabila cucu kesayangannya berada di depan mata.
"Ann kenapa tak tidur lagi? "
"Ann tak boleh tidur. Nenek pula? " Shane bergerak menuju ke Puan Shareeza lalu dia pun melabuhkan punggungnya di atas lantai, bersebelahan dengan neneknya.
"Eh kenapa duduk dekat bawah? Kan banyak kerusi kosong ni, " Puan Shareeza menyuruh cucunya itu bangun.
"Takpelah, nenek. Lagipun, dah lama Ann tak bermanja dengan nenek, " Shane memeluk kaki neneknya.
Puan Shareeza tersenyum kelat. Teringat akan kisah lama. Dulu, cucunya suka sangat peluk kakinya. Kalau boleh tak nak lepaskan langsung.
Puan Shareeza mengusap kepala Shane. Dulu, cucunya selalu berlari terkedek- kedek. Suka buat hal, sepahkan rumah. Sekarang ni, cucu dia dah membesar jadi seorang gadis yang baik.
"Nenek... "
"Ya sayang? "
"Ann nak join projek FABLUS tu, "
Puan Shareeza tersentak. Usapannya juga terhenti.
Shane terus mendongak memandang neneknya, "Nenek-- "
"Projek tu bahaya, Ann. Kamu mungkin akan terkorban, " Puan Shareeza bersuara lembut.
"Tapi ni lah satu- satunya peluang yang kita ada, nenek. Sampai bila kita nak biarkan kes ni berlaku? Ann tak sampai hati bila tengok warga emas terancam. Setiap kali Ann tengok diorang, Ann teringatkan nenek. Macam mana dengan nenek bila Ann dah besar, Ann keluar dari bandar ni untuk kerja? Siapa nak jaga nenek kalau bandar ni masih dalam keadaan sama? " Shane memandang Puan Shareeza dengan penuh harapan.
Puan Shareeza tersenyum tawar, "But still it's not your responsibility to-- "
"It's my responsibility, " Shane memotong.
"Nenek, nenek sendiri cakap yang Shane tak boleh lepaskan tanggungjawab. I don't want to be like papa, " Shane menyambung.
Puan Shareeza terkedu mendengar. Zafrey... Anak tunggalnya merangkap papa kepada Shane. Entah apa yang anak dia buat sekarang pun dia tak tahu. Dah berapa tahun anaknya tinggalkan Shane bersamanya. Anaknya boleh letakkan sepenuh tanggungjawab kepada dia? Malah anaknya juga tidak pernah ambil tahu pasal Shane.
"Zafrey, apa yang kamu cakap ni?! "
Puan Shareeza memangkul cucunya yang baru lahir beberapa minit lepas.
"INI BUKAN ANAK ZAFREY, MUMMY! ZAFREY TAK KENAL DIA! ZAFREY TAK NAK DIA! " Zafrey menjerit seperti orang gila. Hmm tengok gaya memang dah macam orang gila. Dengan baju tak terurus, rambut serabai.
Puan Shareeza memandang anaknya, "Zafrey, ini semua bukan kehendak kita. Kita kena terima takdir. Anak kamu ni tak minta pun semua ni berlaku-- "
"ZAFREY TAK KESAH! BUDAK NI DAH BUNUH ISTERI ZAFREY! DIA DAH BUNUH AFIYA, MUMMY! " Zafrey jatuh terduduk.
Puan Shareeza menangis. Dia memandang menantunya yang baru meninggal bersalin.
"Zafrey, semua ni keputusan Afiya sendiri. Afiya yang nak anak kamu dan dia selamat. Afiya tetap bertarung nyawa, lahirkan anak kamu berdua walaupun dia tahu nyawa dia akan terancam. Takkan kamu nak sia- siakan pengorbanan yang dia usahakan? " Puan Shareeza memandang sayu kepada anaknya.
"Mummy, budak tu bukan anak Zafrey. Mummy buang jelah dia, " Zafrey bangun lalu dia pun menapak keluar.
"ZAFREY! " Puan Shareeza menjerit kuat. Sampai begitu sekali anak dia benci dengan anak sendiri?
Tiba- tiba cucunya menangis. Puan Shareeza terus memujuk cucunya dengan tenang.
Puan Shareeza sayu memandang cucunya. Dia baru je lahir namun dah kehilangan kedua ibu bapanya. Ibu yang dah meninggal dan ayah yang tidak mahu bertanggungjawab.
"Sayang, nenek ada dengan kamu walau apa jua berlaku, " Puan Shareeza mencium ubun- ubun cucunya dengan penuh kasih sayang.
"Nenek? "
Puan Shareeza tersentak.
"Ya sayang? " Puan Shareeza memandang cucunya di bawah.
"Boleh, kan? " Shane memberikan pandangan yang penuh berharap.
Puan Shareeza tersenyum tawar, "Ann kena janji yang Ann takkan bahayakan nyawa Ann dekat sana nanti, "
Shane tersenyum mendengar lalu dia pun memeluk neneknya dengan erat, "Terima kasih nenek! Ann janji Ann akan jaga diri, "
Puan Shareeza membalas pelukan cucunya, "Diorang bertiga ikut sekali, kan? "
Shane mengangguk, "Iva, Mikey dengan Noah setuju. Diorang dah dapat kebenaran keluarga masing- masing, "
Puan Shareeza tersenyum kelat, "Dekat sana, kamu berempat kena pandai bawa diri. Kamu berempat akan rasa macam dalam medan perang. Mungkin awal- awal kamu takkan rasa. Tapi nanti dah lama, baru kamu kenal perangai sebenar pihak lawan. Kamu berempat kena jaga sesama sendiri. Jangan tinggalkan kawan kalau dia dalam bahaya. Hadap semuanya bersama. Kamu berempat masuk ke akademi tu bersama, kamu kena pastikan kamu berempat keluar dari akademi tu bersama juga, "
Shane tersenyum, "Baiklah, nenek. Ann takkan tinggalkan diorang. Dan mungkin Ann yang akan sentiasa perlukan bantuan diorang, "
Shane dan Puan Shareeza ketawa.
Puan Shareeza mengusap kepala cucunya. Zafrey, Afiya... Betul ke apa yang mummy buat ni?
******
Puan Shareeza melangkah ke pejabat sahabat lamanya. Orang keliling yang pandang dihiraukan. Dia terus masuk ke dalam pejabat itu walaupun ada yang cuba menghalang.
"Aku ada benda nak bincang, "
Tuan Ilyas mengangkat kepalanya. Dia tersenyum memandang sahabat lamanya.
"Wah, bukan kah ini Lagenda Shareeza? " Tuan Ilyas ketawa perlahan.
"Tuan, maafkan saya. Saya cuba hentikan dia tapi-- "
"Tak mengapa. Kamu boleh keluar sekarang, " Tuan Ilyas memotong percakapan pembantu peribadinya.
Pembantunya menunduk hormat lalu dia pun meninggalkan Tuan Ilyas dan Puan Shareeza berdua di dalam pejabat itu.
"Ada apa hajat Lagenda-- "
"Dah cukup lah tu. Aku muak dengan panggilan tu, " Puan Shareeza menggulingkan matanya.
Tuan Ilyas ketawa besar.
Beberapa saat kemudian, mereka berdua bertatap dengan penuh serius.
"Ada apa kau datang? " Tuan Ilyas memandang sahabatnya.
"Ada benda yang aku nak bincang dengan kau, "
"Kebetulan, aku pun bercadang nak datang sekolah kau. Alang- alang, boleh lah kita bincang sekali, " Tuan Ilyas tersenyum.
Puan Shareeza ketawa sinis lalu dia pun duduk di hadapan Tuan Ilyas, "About FABLUS Academy, right? "
"As expected from my precious best friend. You knew me well, aren't you? " Tuan Ilyas ketawa kecil.
Puan Shareeza dan Tuan Ilyas berbalas pandangan.
******
Bam!
Tuan Ilyas memandang pintunya yang dibuka dengan kuat. Dah lah tak ketuk. Terjah macam tu je.
"Tuan! " Yana berlari ke Tuan Ilyas.
"Kenapa Yana? Dengan tak ketuk-- "
"Betul ke apa yang saya dengar? Puan Shareeza datang pagi tadi? Apa yang dia buat dekat sini? Dia datang untuk hancurkan kita ke? Dia marah kita semua-- "
"Yana tolong bertenang. Saya tak boleh jawab soalan kamu semua serentak, " Tuan Ilyas menepuk bahu timbalannya.
Yana terdiam.
"Indeed, she was here. She's here for our project, "
Yana memandang Tuan Ilyas, "What did she say? "
Tuan Ilyas tersenyum, "She's agree as long as her granddaughter and Esmeray students are safe, "
Yana terkejut mendengar. Akhirnya...
"Isn't it good? Tahniah, Yana. Cucu dia yang pujuk dia untuk sertai projek kita. Dan Shareeza kata yang dia kagum dengan keberanian kamu semalam semasa menentang dia, " Tuan Ilyas menepuk bahu Yana berulang kali.
Yana mengangguk.
"Now let's continue our plan, " Tuan Ilyas berjalan keluar dari pejabatnya.
Yana terus mengikutnya dari belakang.
******
Dah 2 hari berlalu...
Yana memerhati keempat pelajar dihadapannya. Mereka lah wakil daripada Ramsey. 3 orang lelaki dan seorang perempuan...
Kini badan mereka sedang diukur oleh seorang pembuat baju profesional. Yana sendiri yang memilih orang itu kerana dia yakin akan kebolehan orang itu.
"Done, Miss Yana, " pekerja itu mengemas kembali barang- barangnya termasuklah tali ukur.
"Make sure that their uniform will fit them well, " Yana memandang pekerja itu.
Dia tersenyum, "Don't worry, Miss. This is Awil lah. A-wil not let anyone disappoint with my service! " Pekerja itu, Awil cuba untuk membuat lawak namun hambar.
Yana hanya tersenyum kekok. Tiada siapa di bilik itu melayan lawak hambar Awil kecuali...
"HAHAHAHAHA! "
Kami semua dibilik itu memandang seorang wakil Ramsey, pelajar lelaki bernama Edward. Edward menepuk tangan dengan kuat. Tak lupa juga dia menepuk bahu Felix dengan kuat. Lawak sangat ke?
Felix dekat tepi dah pasrah menjadi mangsa kawannya yang lahanat tu.
Awil menekup mulutnya, "Omagad, this is the first time my own customer laugh at my silly jokes, "
Yana tercengang. Is that even jokes? Atau jokes tu terlalu hambar sampaikan takde sesiapa perasan melainkan Edward. Ataupun Edward juga seorang yang hambar. Sebab tu hanya dia je yang boleh catch up.
"May I make a request? "
Yana memandang wakil perempuan itu. Caera...
"What is it? "
"About my uniform. Saya tak nak uniform saya terlalu fit dengan badan saya. Kalau boleh saya nak sedikit besar, " Caera bersuara perlahan.
Yana memerhati gadis di depannya. Dia tahu yang budak ni bukan pemalu. Budak tu cuma malas nak berkomunikasi dengan orang. Tengok jelah riak muka budak tu time bercakap. Nampak noh malas.
"Of course you can, my dear. I will take note about it, " Yana tersenyum namun senyumannya terhenti bila dia teringat ayat dia tadi.
'I will'... 'A-Wil'
Yana mengeluh. Tolong lah sesiapa hentak kepala dia sekarang supaya dia boleh lupa lawak hambar Awil tadi. Sekarang ni dia dah tak boleh cakap 'I will' dah.
Yana menepuk bahu Awil yang masih ketawa bersama Edward. Halah tak habis lagi dua 'badut' ni.
"We have to go now. There's another 3 school for us to go, " Yana menarik Awil.
"Huh? Miss, tunggu. Saya baru je jumpa customer yang ada sama humor dengan saya-- "
"Hah takde takde! Sekarang ni kita dekat sekolah. Bukan dekat circus. Simpan bakat kamu yang tak seberapa tu untuk part-time malam ni, " Yana memotong.
Awil terkejut beruk, "Miss, how did you know about my second job? "
Yana mengeluh, "Saya datang sendiri circus tu seminggu lepas. Dengar lawak kamu pun saya dah dapat cam yang tu kamu, "
Awil menekup mulutnya, terharu. "Jadi selama ni miss enjoy dengan lawak saya tapi miss malu nak mengaku? Omagad miss, what a tsundere! " Awil mencuit lengan Yana perlahan.
Yana dah menyampah. Astaga, dia kenal pun lawak tu terlalu hambar. Bukannya sebab dia enjoy. Sesiapa tolong arwahkan Awil sekarang ni.
Yana terus menarik Awil dengan paksaan. Dia menyuruh kedua bodyguardnya untuk membawa barang Awil. Sebelum keluar, dia sempat bertanya wakil yang lain jika mereka ingin sebarang permintaan tentang uniform. Namun mereka hanya menggeleng.
Yana memandang Encik Zain, "Thank you for your cooperation, Encik Zain. This week will be the last week for them in Ramsey. You can do anything to them before passing it to us, "
Yana tersenyum manis. Cakapnya macam budak- budak tu barang yang boleh di pass pass kalau dah tak nak guna.
Encik Zain tersengih, "Baiklah, Cik Yana, "
Yana terus keluar bersama Awil yang masih ditarik.
******
"I WON'T DO IT! " Awil menjerit.
Yana terkejut. Begitu juga dengan orang lain di pejabat itu. Nasib baik salah seorang bodyguard Yana sempat memegang pengetua Crimsyn. Encik Thans tu dah lah tua. Dia dengar jeritan Awil pun dah boleh buat dia hilang nyawa. Haduhai Awil ni.
"Excuse me?! I'm customer and as seller, you should listen to your customer's demand! " Nadine tidak mahu kalah.
Awil mencekak pinggang, "And as seller, I reject your request! "
Nadine dan Awil membalas pandangan yang tajam. Kalau boleh nak tembus otak masing- masing.
Yana mengeluh lantas dia pun menarik Awil ke tepi, "Of course we will follow your request, my dear. Don't worry about it, "
Nadine terus gembira, "I like it! "
Awil tercengang, "Excuse me, miss?! What is this?! "
Yana memandang Awil, "Awil, kita kena turuti permintaan para pelajar, "
"I can't accept it! Look at her current uniform. It's totally fit her body. And now she's asking her uniform to be more fit than now?! No! A big no! " Awil menggeleng.
Yana memicit kepalanya. Haa peninglah sia dengan 'I will' ni.
"Baju yang dia pakai pun dah fit sampai nampak bentuk badan. And now dia minta yang lagi fit? Haa saya tak mahu buat! Berdosa! " Awil tetap tak mahu kalah.
"Excuse me? Kalau I pakai sekalipun, I yang berdosa and benda tu langsung takde kena mengena dengan you. Just do your job as sailor! " Nadine melangkah ke Awil.
"Ray... " Harry memandang ketuanya. Dia buntu. Nak suruh Nadine senyap atau tak.
"Just let her do what she wants, " Ray tersenyum.
Harry mengangguk. Kalau ketua dah cakap macam tu, haa biarlah si sardin tu mengilai.
Alex hanya memerhati dari tepi. Eee serabutlah sardin ni. Baju pun nak kecoh.
"Excuse me young lady! What do you mean 'takde kena mengena'? I yang buat baju u! If I buat and you pakai, bukan you je berdosa! Dengan I sekali berdosa! Nanti kita dua- dua masuk neraka kena bakar jadi sardin panggang tau! " Awil mencekak pinggangnya lagi.
Ray dan Harry dah menahan ketawa dari belakang. Alex pula seperti biasa, mendiamkan diri. Nadine pula dah nampak nak mengamuk gila.
Dalam sekelip mata, rambut Awil dicengkam kuat. Terjerit- jerit Awil lalu dia pun menarik rambut Nadine. Habis dua- dua tak nak lepaskan.
Yana dan Harry terus bergegas untuk meleraikan pergaduhan 'manja' dua perempuan itu.
"BUDAK TAK GUNA! TAKDE SIAPA NAK TENGOK BADAN KEDING KAU TU LAH! KAU SHOW SHOW PUN TAKDE GUNA! "
"EXCUSE ME?! YOU BETTER WATCH YOUR MOUTH! "
Yana merentap kuat tangan mereka berdua.
Bak!
Awil dan Nadine jatuh serentak. Yana memandang mereka berdua.
"Dah habis? "
Mereka berdua hanya mendiamkan diri.
Yana mengeluh lalu dia pun memicit kepalanya sendiri, "Miss Sardin-- I mean Nadine, we will follow your request. So don't worry about it, "
Yana membantu Awil bangun, "Miss-- "
"Shh, " Yana menyuruh Awil diam.
"Itu masalah dia. Biarlah dia terbakar nanti dekat neraka, " Yana membalas perlahan. Hanya dia dan Awil saja dengar.
"Tapi nanti saya pun berdosa sebab saya yang buat baju dia, "
"Awil, look at me, "
Awil memandang Yana.
"Is it my problem? Yang terbakar nanti kamu dengan dia. Bukan saya, "
Hati Awil berkecai mendengar apa yang Yana katakan. Hatinya layu.
Yana ketawa kecil, "Dah jom, "
Yana memandang keempat wakil Crimsyn, "Selain permintaan Nadine, ada sesiapa lagi ke nak buat? "
Ray tersenyum, "The others are fine with your design, "
Yana mengangguk, "That's good, "
"Principal Thans, thank you for your cooperation during our session. So... they will leave Crimsyn in 2 days more. You can do anything you want with them. Then goverment will take a good care of them until their graduation, " Yana tersenyum memandang pengetua Crimsyn.
Encik Thans tersenyum kelat, "Make sure to take a good care of them. Don't let them got bullied, "
Yana ketawa, "I will, "
Yana terdiam. Haa sudah I will lagi.
Yana terus keluar bersama Awil di sebelahnya. Sebelum keluar, Awil sempat cubit tangan Nadine dengan kuat. Nadine tak sempat membalas. Dia baru nak mengejar, nak balas balik namun Ray menghalangnya.
"It's not nice to abuse old woman, "
Nadine mengangguk, kenalah dengar kata ketua. Nadine memandang Harry disebelahnya apabila lelaki itu menepuk bahunya.
"Nanti kalau you jumpa Miss Awil dekat neraka, jangan lupa sapa dia. Ingat, dia masuk sebab buatkan uniform you-- "
Pak!
Nadine menampar Harry dengan kuat. Haa amik kau. Mulut puaka lagi.
Nadine terus keluar dari situ dengan muka cemberutnya.
Ray hanya tersenyum. Sebelum keluar, dia sempat menunduk hormat kepada pengetua Crimsyn, Encik Thans.
Alex hanya memandang Harry yang dah terkulai dekat lantai, "Serves you right, " dia terus keluar, meninggalkan Harry sendirian bersama pengetua mereka.
******
"AAAAARGHHH! " Awil menjerit dengan kuat. Macam dah jantan dah suara dia.
"Hey! " Yana menepuk bahu Awil dengan kuat. Awil sekarang ni dah terduduk dekat lantai.Dia melindungi badannya dengan tangannya. Tali ukur masih setia di tangannya juga.
Awil terus memeluk Yana, "Miss help me! Find the best lawyer in Malaysia and defend me in the court! I don't wanna go to jail! " Awil menggoncang lengan Yana dengan kuat.
"Hey! Hey! Why would you ended up in jail? " Yana sudah pening. Masalahnya, tangan dia yang kena goncang. Bukan badannya. Tapi kenapa dia pening?
"Miss I swear I'm not pedophile! "
Yana pelik. Apahal lak masuk isu pedo pedo ni. Ada hisoka ke dalam ni? Bukan ke badut tadi dah tinggal dekat Ramsey?
"APA KAU CAKAP NI? MELAYU BOLEH TAK! " Luth menjerkah dengan kuat.
"Ek! " Awil terus berlari ke belakang Yana.
"Allahu Awil-- "
"Tolong saya, miss. Saya tak nak hilang buah pinggang, " Awil memeluk Yana dengan kuat dari belakang. Dia boleh bayangkan keadaan dia kalau pelajar lelaki tu belasah dia. Pergh boleh meninggal beb.
Yana mengeluh, "Boleh terangkan tak? Saya tak paham kalau sorang tak habis habis takut nak masuk penjara. Sorang lagi suruh cakap melayu, "
Luth menuding jari telunjuknya ke Awil, "Perempuan ni-- "
"Aip bos, hilang jari tu. Guna jari lain, " Brian menolak jari telunjuk Luth ke dalam. Dia terus menarik keluar jari kelingking Luth keluar.
"Haa baru slay! " Brian menepuk gembira.
Yana hairan. Anak syurga mana terlepas masuk Meirion ni? Yang ketua tu pun biar je diperlakukan macam tu?
Cik Athia pula hanya mengeluh melihat perilaku Brian.
Sekali lagi Luth menuding jarinya tapi kalini guna jari kelingking, jari yang Brian keluarkan tadi. "Perempuan tu raba aku! "
Yana terkejut lantas dia memandang Awil di belakangnya, "Awil! "
"Eh mana ada! Eh ada... Tapi tak sengaja! " semakin kuat Awil mencengkam.
"Explain, Awil, " Yana mengarah.
"Well-- "
"In malay, " Yana memotong.
Awil mengangguk, "Saya cuma nak ukur badan dia je untuk uniform dia. Tapi bontot-- maksud saya, badan dia besar sangat. Jadi saya tak sengaja langgar tubuh badan dia tu... "
Yana terdiam. Lah tu je?
Yana memandang Luth. Hmm memang betul pun badan Luth ni besar perkasa. Begitu juga dengan wakil yang lain. Cuma budak nama Brian tu nampak agak normal berbanding yang lain. Nampak keding sikitlah tapi masih berotot.
Yana meminta maaf bagi pihak Awil. Cik Athia juga meminta maaf atas kekasaran anak muridnya. Risau lah tu kena letak jawatan. HAHAHA!
"Saya... saya janji saya akan berhati- hati lepasni, " Awil bersuara perlahan.
Beberapa minit mereka semua mendiamkan diri.
"Awil, pergilah. Kamu tunggu apa lagi? " Yana memandang Awil. Sampai bila nak diam? Ada mannequin challenge ke apa sekarang ni?
Awil kelihatan takut namun dia tetap gagahkan diri. Dia berjalan perlahan- lahan ke Luth lalu jari kelingkingnya bersatu dengan jari Luth yang tak turun dari tadi.
Kami semua tercengang melihat perbuatan Awil. Awil segera berlari ke belakang Yana semula.
"Apa kamu buat ni?! " Yana memandangnya tajam.
"Haa? Pinky promise? "
Buk!
Awil mengaduh. Sakit kepalanya diluku Yana.
"Saya suruh kamu ke sana untuk ukur badan mereka! Bukan buat pinky promise! " Yana geram.
"Oh yeke? Hehe, " Awil berjalan teragak- agak namun Yana menolaknya lalu dia pun berjaya sampai ke Luth. Hampir nak tersungkur namun sebagai pekerja yang berwawasan 2020-- maksud dia berwawasan tinggi, dia mula seimbangkan diri dia demi untuk mengukur badan mereka. Demi sesuap nasi, dia beranikan diri untuk menyambung kerjanya.
Luth dan wakil yang lain juga hanya membiarkan setelah Cik Athia meminta mereka untuk behave.
Beberapa minit sudah berlalu, akhirnya kerja itu sudah siap. Namun, kerja itu adalah neraka bagi seketul 'I will'.
Yana menggelengkan kepalanya melihat saudaranya yang penakut itu. Oh dia lupa nak bagitahu eh yang dia dan Awil saudara? Taklah dekat tapi ada kaitan jugalah.
Yana terus keluar setelah berterima kasih dengan pihak Meirion. Alhamdulillah, pelajar Meirion tiada satu pun membuat permintaan. Semua ikut je design dia.
Awil pula hampir pengsan di tetangga Meirion namun Yana sempat menangkapnya. Bodyguard Yana cuba menolong namun Yana menghalang.
"I'm gonna die... I'm gonna suffer in hell for 50 thousand years, " Itu jelah yang Awil ulang dari tadi.
Yana ketawa kecil. Halahai si budak ni. Kena sergah terus kecut? Nasib perempuan. Kalau lelaki, dah kecut telur. Habis nanti takde siapa nak.
******
"Haa makan dulu, kumpul tenaga. Lepasni kita pergi ke last sekolah, " Yana memandang Awil di sebelahnya yang khusyuk memakan aiskrimnya yang entah ke berapa.
"Why? Sekolah last ni paling teruk ke? " Awil memandang Yana. Menurut apa yang dia lalui dari tadi, sekolah yang dia pergi tu macam turutan daripada okay ke tak okay dan ke paling teruk. Mungkin yang last ni bukan macam neraka tapi memang neraka.
"Boleh dikatakan. Sekolah tu je satu- satunya yang berjaya menolak dan kalahkan akak dua hari lepas, " Yana menggigit batang aiskrimnya. Entah kenapa dia dah terbiasa gigit batang aiskrimnya dari dulu lagi. Bagi dia, macam kewajipan lepas makan aiskrim, kena gigit batang. Kasi nampak sikit seni gigi dia.
Dan untuk pengetahuan semua, bila dia dan Awil di public, mereka akan gunakan panggilan formal. Tapi kalau mereka berdua, mereka akan membahasakan akak-Awil.
Awil terkejut, "Maksudnya kalau Awil buat silap, mungkin kita akan diseksa dengan kejam? Atau paling ringan sekalipun, dibunuh terus? Lepas tu diorang campak mayat kita dekat Lautan Hindi?! "
Yana mengeluh lalu dia mengetuk kepala Awil, "Takde lah sampai macam tu. Kang belum sampai Lautan Hindi, mayat kita dah berbau busuk. Lagi- lagi Awil. Dah lah buat banyak dosa. Ke neraka kamu, "
Awil merungut. Kepalanya yang diketuk diusap perlahan. Sakit woo. Harini dah berapa kali dia kena ketuk? Oh baru 2 kali hehe.
"Akak, Awil ada satu soalan penting. Awil tertanya dari dulu lagi tapi sekarang baru Awil ada keberanian nak tanya akak, "
Yana memandang Awil dengan hairan. Aik over nau budak ni. Namun dia layankan saja.
"Apa? "
Awil kelihatan serius, "Akak, "
"Ya? "
"Kenapa moyang kita boleh ada 9 orang bini kalau dia sendiri hidup merempat? Dan paling penting, kenapa 9 orang isteri dia boleh terima kahwin dengan lelaki orang yang dah tentu- tentu hidup susah? "
Yana terdiam. Haih lah budak ni. Budak ni boleh tanya pasal benda yang dah lama mereput? Muka dia ni nampak macam salah seorang bini moyang dia ke?
Yana mengambil nafas yang panjang lalu...
Buk!
"Adoi! " Sekali lagi Awil diketuk namun kalini lagi kuat.
"Jangan nak pikir benda yang merepek, "
"Awil tanya je... Tapi kan... orang selalu cakap yang mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Jadi kenapa perangai moyang tu tak turun dekat kita? "
"Huh? " Yana hairan. Perangai moyang?
"Yelah, moyang boleh dapat 9 bini. Tapi kita ni cicit dia tak mampu nak tarik seorang pun lelaki-- WAAA! " Awil berlari dengan pantas bila dia perasan yang Yana mengejarnya dengan tangan yang dah bersedia nak memukul lagi.
"Berapa kali akak nak pukul Awil ni! " Awil merungut namun kaki masih lagi berlari.
"Habistu Awil berapa lama lagi nak merepek?! " Yana mengejar dengan laju.
Maka berlari lah dua anak dara (tak laku) di taman itu. Kedua bodyguard Yana hanya memerhati saja dari tepi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro