Chapter 2
Yana tersenyum. Kini, dia berada di dalam bilik pengetua Esmeray. Dan Esmeray Highschool lah sekolah terakhir dia kunjungi. Nasib baik lagi 3 sekolah tu dah settle.
Teringat akan ketiga pengetua tadi, Yana rasa macam nak nangis je.
Di Ramsey Highschool,
Yana berjalan ditemani 2 bodyguardnya dengan yakin. Ya, memang dia pilih nak settle dengan sekolah ni dulu. Selepas tu, Crimsyn, Meirion dan yang terakhir Esmeray.
Yana memasuki bilik pengetua Ramsey setelah mendapat kebenaran. Pengetua Ramsey terus berdiri sambil tersenyum, terkejut bila dapat tahu Timbalan Perdana Menteri datang secara tiba- tiba.
Yana tersenyum lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dan secara tak sengaja, Yana terpandang perut pengetua itu. Terkejut dia dibuatnya.
Sekolah sukan terhebat tapi kenapa perut pengetua ni buncit gila? Semalam dia selidik tentang keempat pengetua yang dia akan kunjungi harini. Seingat dia, dekat profile pengetua Ramsey ni, takde lah berisi sangat. Kurus je. Ini dah buncit? Makan rasuah ke apa?
"Silakan duduk, Timbalan-- "
"Just call me Cik Yana, " Yana pantas memotong. Dia masih tak biasa dipanggil 'Timbalan Yana' itu.
Pengetua Ramsey tersengih, "Maafkan saya Cik Yana. Apa- apapun silakan duduk, "
Yana tersenyum lantas dia pun duduk di hadapan pengetua Ramsey itu. Bodyguardnya setia di sisi.
"Apa hajat Cik Yana datang ke sini? "
Yana tersenyum, "Encik Zain, encik tahu kan tentang video yang viral tu? "
Pengetua Ramsey atau dikenali sebagai Encik Zain terus gelisah. So dia datang sini nak saman sekolah kitorang ke? Tapi dalam tu pergaduhan antara Meirion dengan Crimsyn. Takde pula dia nampak pelajarnya.
"Saya datang untuk meminta persetujuan encik tentang projek baru kami, " Yana memotong.
"Projek? "
Yana mengeluarkan satu sampul surat di begnya lalu sampul itu diberikan kepada Encik Zain.
Encik Zain terus membuka, "FABLUS Academy? "
"Ya! "
Encik Zain memandang Yana, "Apa maksud semua ni, Cik Yana? "
Yana meletakkan kedua tangannya di atas meja, "Encik Zain sendiri tahu kan tentang isu ni? Perbalahan antara murid di Bandar Lasterd ni dah terjadi lebih dari 10 tahun. Macam mana dengan keamanan orang di bandar ini? Sampai bila kita nak berdiam diri? Sebab tu kami, pihak kerajaan ingin wujudkan FABLUS Academy. Dengan ini, kita dapat tentukan pemenang antara 4 buah sekolah yang terlibat dengan kes ni dari dulu lagi, "
Encik Zain terdiam.
"Encik jangan risau. Kami cuma perlukan 4 pelajar terkuat dan mesti terbaik dari Ramsey Highschool, " Yana menyambung.
"Maafkan saya, Cik Yana. Saya tak boleh benarkan murid- murid saya terlibat dalam projek bahaya ni. Dan mereka perlu ada disini untuk kami, "
"Apa kata kita bincang tentang hadiah kepada pemenang? "
"Hadiah? " Encik Zain nampak teruja tapi dia cepat- cepat sembunyikan.
Yana tersenyum, "Kepada pemenang, pihak sekolah akan menerima hadiah duit sebanyak 10 juta, "
Encik Zain tersenyum lebar, "Benarkah? "
Yana ketawa, "Saya takkan menipu tentang hal ni. Malah kami dah sediakan semuanya termasuk jumlah wang sebagai hadiah tu. Jadi, encik nak sertai projek ini? "
Encik Zain mengangguk, "Jangan risau, Cik Yana. Kami ada ramai pelajar yang berbakat! Tapi saya akan panggil ketua pelajar kami, yang terkuat sekarang juga! "
Encik Zain terus keluar dari biliknya, berlari.
Yana terus menyandarkan badannya di kerusi empuk itu. Haih lah orang tua ni. Dia bukan pikir pasal keselamatan anak murid dia pun. Dari awal lagi, dia tak nak hantar diorang sebab diorang tu asset dia untuk naikkan nama Ramsey. Tapi lepas dapat tahu hadiah duit tu, laju je jual anak murid sendiri.
"Cik... " salah seorang bodyguardnya menghulurkan air mineral.
Yana tersenyum sambil menolak.
Encik Zain terus masuk ke dalam biliknya kembali, "Dia akan datang ke sini! "
Encik Zain terus duduk. Termengah- mengah orang tua tu. Lari sikit je dah penat?
Yana termenung. Nampaknya dia kena bincang dengan Menteri Pendidikan pasal pengetua dekat sini. Better tukar rasanya. Yedok?
Tok tok!
Encik Zain terus memandang, "Masuk! "
Yana pula memusingkan kerusinya, ingin melihat pelajar terbaik di Ramsey. Pintu terus dibuka dan seorang pelajar lelaki masuk ke dalam.
Yana merenung pelajar itu.
"Cik Yana, inilah ketua pelajar kami. Adam Caezen! " Encik Zain berkata dengan penuh semangat.
Yana menongkatkan dagunya. Yana terus meneliti Adam dari atas sehingga bawah. Hmm nampak lah dia memang ada ciri- ciri ketua.
"Adam! " Encik Zain menjerit halus, memberi isyarat untuk anak muridnya itu menunduk hormat kepada tetamu.
Adam dengan tak ikhlasnya menunduk, "Selamat tengahari, "
Yana mengerutkan dahinya, "It's 8 a.m, "
Adam terdiam. Encik Zain dah mula gelabah.
"Haha, budak- budak memang suka bergurau kan Cik Yana? " hmm nak cover murid lah tu.
"I don't care. As long as he will participate in FABLUS Academy, " Yana bersuara tegas.
"Of course he will, "
"FABLUS Academy? " Adam menyoal.
Yana terus bangun, mendekati Adam, "Yes, FABLUS Academy. Kamu dan lagi 3 kawan kamu akan menyertai projek yang kerajaan dah sediakan. Kamu kena masuk akademi tu dan bertanding dengan wakil- wakil dari sekolah lain. Esmeray, Crimsyn dan Meirion, "
Adam terkejut mendengar. Wah wah. Bukan ke ini bagus?
"Tapi dilarang bergaduh tanpa sebab. Dilarang membunuh. Dekat sana, kamu akan disediakan seorang guru yang professional. Dia yang akan memantau kamu semua. Kamu akan bertanding dengan ketiga sekolah tu dalam beberapa aspek. Dan guru kamu tulah yang akan menilai kamu serta memberi markah, "
"Untuk apa menilai? " Adam memandang Yana.
Yana tersenyum, "This is war, young man. Kamu kena bertanding untuk tentukan siapa pemenang antara 4 buah sekolah di Lasterd. Pemenang nya akan mendapat wang tunai sebanyak 10 juta, "
Encik Zain dah memaksa Adam mengangguk dari belakang. Adam dah menyampah. Orang tua ni kalau pasal duit, laju je.
"How about us? "
Yana menjongketkan keningnya, "Isn't 10 million are enough? "
Adam memasukkan kedua tangannya di poket seluarnya, "I'm pretty sure that all the money will be our principal-- I mean our school's money, "
Yana ketawa sinis lalu dia pun mendekatkan dirinya ke Adam. Dia terus membisik, "Then how about... the winner will be the ruler of this town? "
Adam terkedu. Wah, bukankah ini peluang?
Yana menjarakkan dirinya, "So what is your answer? "
Encik Zain memaksa Adam untuk setuju. Yana pula tersenyum melihat Adam.
Adam tersenyum sinis, "I will participate. And I will bring the best students from Ramsey with me, "
Encik Zain dah melompat gembira mendengar.
"That's good. I will come to Ramsey again in 2 days. Make sure that 3 of them, including you are here, " Yana terus memandang kedua bodyguardnya.
Mereka terus mengangguk.
"Encik Zain, saya akan pergi dulu. Lagi 2 hari, saya akan datang untuk sesi mengukur. Saya nak tempah baju mereka, " Yana tersenyum.
"Ah ya! Terima kasih, Cik Yana, " pengetua menunduk hormat.
Yana tersenyum lalu dia pun keluar, diikuti bodyguardnya. Yana sempat tersenyum memandang Adam.
******
"Nampaknya sekolah ni patut dibubarkan, "
Pengetua Crimsyn terkedu mendengar.
"Cik Yana, apa kata pihak kami akan membayar ganti rugi yang pelajar kami dah rosakkan semasa mereka bertengkar haritu, " Encik Thans memujuk.
Yana tersenyum memandang lelaki berumur 50-an itu.
"Saya tak terima. Setakat ganti rugi, takde nilai di mata kami. Kami, pihak kerajaan ingin wakil- wakil dari Crimsyn, " Yana bersuara tenang.
Pengetua Crimsyn iaitu Encik Thans buntu. Takkan lah dia nak jual anak muridnya sendiri? Dah tentu bahaya kalau diorang sertai.
Yana terus bangun dan melangkah keluar, "Looks like there will be no Crimsyn Highschool in the future-- "
"Cik Yana! "
Yana terhenti. Dia tersenyum sinis. Heh senang.
"Fine, I'll let them participate, " Encik Thanks bersuara. Nampak terpaksa betul tu.
Yana menoleh ke Encik Thans lalu dia pun tersenyum manis. Dia segera duduk kembali, "That's more like it, "
Yana terus menghirup teh yang disediakan.
"I will call our best student, " Encik Thans terus mengeluarkan handphonenya. Nombor pembantunya di dail.
"Panggil Ray, datang ke pejabat saya sekarang, " Encik Thans mengarah pembantunya.
Beberapa minit kemudian...
Seorang pelajar lelaki memasuki bilik itu setelah diberi kebenaran. Dia tersenyum manis memandang pengetua dan tetamu- tetamu itu.
Yana hanya memandangnya kosong. Pikir dia tak tahu apa disebalik senyuman tu?
"Cik Yana, kenalkan. Ini Ray, ketua pelajar di sini, " Encik Thans segera bangun, menuju ke Ray.
"Ray, ini Cik Yana. Kamu kenalkan siapa dia? "
Ray mengangguk, "Mustahil saya tak kenal Timbalan Perdana Menteri negara kita. Merangkap timbalan paling termuda dalam sejarah negara, "
Yana terus meletakkan cawan itu kembali. Baguslah kalau budak ni dah kenal. Senang nak berurusan.
"Ray, saya suruh kamu datang sini sebab ada hal yang kami tengah bincangkan, " Encik Thans menepuk bahu anak muridnya.
Ray tersenyum, "Apa dia pengetua? "
Encik Thans mengeluh lalu dia pun bercerita FABLUS. Beberapa minit kemudian, barulah Encik Thans berhenti.
"You have to participate it, no matter what. This is for our school, " Encik Thans bersuara.
Ray tersenyum, "I would gladly join it if it's for our beloved school, "
Yana hanya mendiamkan diri. Ceh! Pikir dia tak tahu ke budak tu join sebab nak kalahkan students lain?
Yana terus bangun, "That's good. Make sure that Crimsyn will send the other 3 students with him, "
Encik Thans menunduk paham. Begitu juga dengan Ray.
"After few years, goverment finally notice us, aren't they? " Ray tersenyum.
"KAU! "
Yana menghentikan kedua bodyguard nya yang dah bersedia untuk menyerang Ray.
"Ray! What do you think you're doing? " Encik Thans bersuara perlahan.
Yana berjalan mendekati Ray, "Exactly. It takes few years. It's not our fault that this town is nothing. So why should we care about this town? "
Ray tersenyum. Tapi Yana sedar yang budak tu macam nak meletup bila dia hina bandar ni.
Yana terus mendekatkan dirinya ke telinga Ray. Dia ingin Ray sahaja mendengar, "This town is totally hopeless, right? I'm totally shock that there's a few smart students from here, "
Ray menggenggam penumbuknya.
Yana terus menjauhkan diri lalu dia pun tersenyum, "To be honest, I wanna stay longer and look around Crimsyn. But I have to go to Meirion and Esmeray. So, please find another 3 candidates from Crimsyn. I'll come back in 2 days and I wanna meet all candidates, "
Encik Thans menunduk paham, "I will, Cik Yana, "
Ray tersentak lalu dia pun tersenyum, "Please be safe no matter where you are, Cik Yana, "
Yana tersenyum, "I will. And don't forget to read all the information in that file. Make sure to follow all the rules to win, "
Yana terus keluar, diikuti kedua bodyguardnya.
Ray memandang Encik Thans, "Sir, I'm sorry for my behaviour towards Cik Yana, " Ray menunduk.
"That's okay. She don't mind but please don't do that again. We don't know what could happen if you test her patience once again, " Encik Thans menepuk kedua bahu Ray dan menyuruhnya untuk kembali ke kelas.
Ray menunduk lalu dia pun keluar. Baru saja dia keluar, matanya bertemu dengan Yana di dataran bawah. Yana tersenyum. Ray juga membalas senyumannya.
Ray terus berjalan. Dia akan pastikan apa yang timbalan tu cakap tak betul! Berani perempuan tu hina bandar ni?
******
"Kamu tahu yang pelajar kamu terlibat dalam kes tu, kan? " Yana memandang gadis muda di depannya.
Cik Athia, pengetua Meirion hanya menundukkan kepalanya.
Yana mengeluh. Mula- mula masa dia selidik maklumat pengetua semalam, dia tak percaya yang pengetua Meirion ni seorang gadis. Dan paling buat dia terkejut adalah gadis itu masih berumur 25 tahun. Mudanya...
Ceh Yana. Dia tak sedar yang dia pun muda. Timbalan Perdana Menteri pula tu.
Yana tersenyum. Walaupun muda tapi mudah kerjanya kalau begini. Dia tahu nak buat apa.
"You should take the responsibility, " Yana menyambung.
Cik Athia terdiam. Kenapa lah dia kena lalui benda ni? Dia baru je jadi pengetua sekolah ni pertengahan tahun lepas.
Yana terus bangun bersama sehelai kertas. Dia pergi ke Cik Athia lalu kertas itu diletakkan di hadapan Cik Athia.
Cik Athia terkedu melihat kertas itu. Dia memandang Yana disebelahnya, "Cik Yana, apa maksud semua ni? "
Yana tersenyum, "Saya akan letak jawatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau saya gagal laksanakan projek FABLUS Academy ni. Jadi kenapa Cik Athia tak boleh buat juga? Beside... If you can't control your own students, what's the point of being principal? "
Cik Athia terdiam. Tak mungkin... Susah payah dia dapat jawatan ni. Dan dia kena letak jawatan kalau dia tak benarkan anak- anak murid dia terlibat dalam projek kerajaan tu?
Yana merenung Cik Athia, "Kamu tahu pelajar- pelajar kamu yang paling teruk dekat bandar ni kan? "
Cik Athia hanya mendiamkan diri. Pasal hal tu, dia tak boleh nafikan. Memang semua orang di bandar ni tahu pelajar Meirion lah yang paling teruk.
"Kalau susah sangat, kan. Apa kata... "
Yana menyeluk poketnya lalu dia pun mengeluarkan sebatang pen.
Bam!
Yana menghentak pen itu ditepi kertas tadi, "Just sign this paper. We have plenty candidates for Meirion's new principal, "
Cik Athia terdiam. Dia tak mahu ambil pen tu. Kerja dia nilah satu- satunya sumber kehidupan dia.
"What are you waiting for? Sign it! It's totally useless to talk with you, " Yana menekan meja itu.
Melihat Cik Athia yang hanya mendiamkan diri, Yana mengeluh. Dia terus memandang kedua bodyguardnya.
"Hold her, "
Kedua bodyguard Yana mengangguk lalu mereka terus memegang kedua tangan Cik Athia.
Cik Athia terkejut, "Cik Yana, apa semua ni? Lepaskan saya! "
Cik Athia mula bergelut tapi gagal untuk lepas. Mana mungkin dia menang lawan dua lelaki yang sasa.
Yana terus memaksa Cik Athia memegang pen lalu kertas itu didekatkan, "Sign this now! "
Cik Athia menggeleng, "Tolonglah jangan begini. Kita boleh bincang elok- elok, Cik Yana, "
"Bincang elok- elok huh?! I've been patience with you for an hour! Now I can't stand your bullshit anymore. Sign this now! " Yana terus menekan tangan Cik Athia yang memegang pen itu.
Baru saja Cik Athia ingin menandatangani, seseorang masuk ke bilik itu.
"Lepaskan dia, "
Mereka berempat memandang gerangan itu.
"Luth! " Cik Athia menjerit.
Luth menghempas pintu itu dengan kuat lalu dia pun bergerak ke kami berempat, "Berani kau bertiga buat macam tu dekat pengetua kitorang. Kalau tetamu, buat cara tetamu! "
Kedua bodyguard Yana sudah bersedia untuk berlawan namun Yana menghalang. Itu juga membuatkan Luth berhenti berjalan. Cik Athia sudah menangis dalam diam. Kedua tangannya dah mula menunjukkan kesan lebam kerana dicengkam kuat tadi.
"I assume that you are the best student in Meirion, right? " Yana memandang Luth. Haa baguslah umpan dah masuk.
Yana tersenyum bila plan dia berjaya. Dia rancang untuk buat sesuatu yang buruk terhadap pengetua Meirion. Dan biarkan kakitangan sekolah di luar bilik dengar jeritan Cik Athia. Lepastu, biar mereka panggil Luth untuk meminta bantuan.
Luth hanya mendiamkan diri.
Yana menjongketkan keningnya. Budak ni tak paham bahasa ke apa?
"Luth tak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris, " Cik Athia bersuara perlahan.
Yana terdiam. Oh patutlah dia ignore aku. Okay paham paham.
Yana memeluk tubuh, " Jadi Luth, kamu ni pelajar terkuat Meirion? "
Luth memandang Yana dengan tajam, "Kalau aku pelajar terkuat pun, ada masalah dengan kau? "
Yana tersenyum. Wah, terbakar hati ni dengan sikap biadap budak tu.
"Ya, ada. Masalah saya, saya nak kumpul 4 pelajar terkuat untuk sertai projek yang kami sediakan, " Yana masih lagi berlembut.
"Projek? " Luth kelihatan hairan.
"Luth, kamu tak perlu sertai! Projek tu bahaya! " Cik Athia menjerit.
Yana mendecit, "Kenapa susah sangat nak ikut apa yang kitorang buat? Pihak kerajaan susah payah pikirkan jalan penyelesaian untuk hal ni. Lepastu korang semua nak langgar? Bahaya? Habistu bila murid- murid kau mengganas, ada kau pikir keselamatan penduduk dekat bandar ni?! Ada kau pikir bahaya yang anak- anak murid kau lalui masa diorang berentap macam tak sayang nyawa?! "
Semua orang terdiam mendengar jeritan Yana.
Yana memandang Cik Athia, "Dalam 2 hari lagi, aku akan datang sini. Kalau kau tak sediakan 4 pelajar terkuat dari Meirion, bersiap sedia untuk letak jawatan. Dan aku akan pastikan takde tempat kerja yang terima kau lagi, "
Yana terus berjalan keluar, diikuti kedua bodyguardnya. Mereka berjaga- jaga apabila Yana melalui Luth. Yana terhenti apabila dia terdengar sesuatu daripada Luth.
"Aku akan join projek tu, "
"Luth! " Cik Athia menjerit kerisauan.
Yana tersenyum sinis, heh. Kan senang.
Yana terus berpaling, "Baguslah, jangan lupa pilih 3 pelajar terkuat yang lain. Pasal projek tu, kamu boleh baca semua maklumat dekat fail yang saya dah bagi dekat pengetua kamu. Ingat, hadiah dia sangat lumayan jadi kalau kamu nak, menanglah. Jangan sesekali langgar peraturan, "
Yana terus keluar bersama dua bodyguardnya. Luth hanya memandang mereka pergi. Cik Athia pula sudah terduduk.
******
"Aku tak setuju, "
Yana memandang pengetua Esmeray, Puan Shareeza. Haih, harini semua pengetua bagi dia ujian ye.
"Puan... cuba tengok dari segi-- "
"Kau cakap pasal keselamatan penduduk di sini. Habis macam mana dengan keselamatan anak murid aku? " Puan Shareeza membalas.
Yana terdiam. Memang betul lah sangkaan dia. Pengetua Esmeray ni lah paling susah dan ujian paling berat bagi dia. Dia pilih Esmeray sebagai sekolah terakhir sebab dia tahu siapa pengetua Esmeray.
Puan Shareeza, boleh dikatakan dia seorang lagenda dalam bidang perguruan. Selama 45 tahun dia mengajar, semua pelajarnya berjaya menjadi orang yang berkhidmat untuk negara. Dan antaranya ialah Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan. Perdana Menteri pula sahabatnya dahulu.
Ramai yang minta Puan Shareeza mengajar di tempat mereka tapi ditolak mentah. Entah mengapa dia memilih untuk kekal di Esmeray Highschool, Bandar Lasterd. Malah dia dah kekal di Esmeray Highschool ni dalam 20 tahun.
Kalau betul lah dia lagenda, kenapa Esmeray tak tersenarai dalam top sekolah di negara ni? Sekurang- kurangnya top 10 jadi lah. Tapi dekat Lasterd pun Esmeray tak top 1. Malah sekolah ini hanya taraf biasa saja.
Yana terus memandang Puan Shareeza kembali. Ini bukanlah masa nak buat teka teki pasal Esmeray. Dia kena pastikan projek ni berjalan lancar! Pasal Esmeray ni, nantilah dia tanya seseorang.
"Puan, ini semua demi penduduk disini termasuklah pelajar Esmeray-- "
"Keselamatan diorang terjamin? " Puan Shareeza ketawa.
"Saya minta kerjasama puan untuk laksanakan projek ni. Lagipun, pelajar Esmeray juga terlibat dalam kes ni, " Yana memandang Puan Shareeza.
"Memang diorang terlibat. Tapi semuanya dah berlalu. Kesemua pelajar yang terlibat dah tamat belajar. Yang ada cuma pelajar biasa saja. Malah dulu mereka langsung tak terlibat dengan pergaduhan senior mereka. Jadi, kenapa mereka perlu risiko kan diri mereka atas kesalahan senior mereka yang dulu? " Puan Shareeza menjawab dengan yakin.
Yana terdiam. Ya, memang betul. Dah masuk tahun baru ni, takde laporan pun cakap yang pelajar Esmeray mengancam keselamatan penduduk. Mereka tiba- tiba tak terlibat setelah bertahun menjadi juara disini.
"Aku tak nak bahayakan anak murid aku yang tak ada kena mengena dalam hal ni. Kau pergi balik dan bagitahu orang tua tu, aku takkan setuju! " Puan Shareeza menghentak tongkatnya dengan kuat.
Yana terkedu. Takkanlah...
"Puan-- "
Puan Shareeza menekan butang yang menghubungkan dia dengan pembantunya, "Fina, tetamu- tetamu nak pulang. Iring mereka sampai ke luar pejabat aku, "
Yana terus terdiam.
Puan Shareeza memandangnya, "Pulang lah dengan selamat dan jangan lupa sampaikan mesej aku dekat dia, "
Yana terus bangun. Nampaknya... dia dah takde pilihan.
Yana menunduk lalu dia terus berpusing, "Kami perlukan 4 pelajar terkuat dari Esmeray. Bersiap sedia dengan hukuman daripada pihak kerajaan jika enggan memberi kerjasama, "
Yana terus bergegas ke pintu itu namun suara Puan Shareeza menghentikannya.
"Kau nak paksa aku letak jawatan? Kau nak bubarkan sekolah aku ni? "
Puan Shareeza bangun dengn tongkatnya itu, "Selagi aku hidup, aku takkan biarkan kau dengan ahli politik tak guna kau tu musnahkan sekolah yang aku dah bina ni! Susah payah aku bina semua ni! Dan kau yang masih mentah nak hancurkan?! Jangan sampai aku jatuhkan kau semua-- "
Tok tok!
Kami semua memandang pintu yang diketuk tadi. Pintu itu dibuka dan seorang pelajar masuk.
Yana meneliti. Siapa budak perempuan ni?
"Kenapa? " Puan Shareeza memandang pelajar itu.
"Nenek-- maksud saya, pengetua... Saya ada sesuatu nak bagitahu, " gadis itu menunduk hormat.
Yana tersentak. Nenek?
"Apa dia? " Puan Shareeza bergerak menuju ke cucunya dengan perlahan.
"Sebenarnya saya tak kesah kalau saya dengan-- "
Yana mencengkam kedua bahu cucu pengetua itu, "Kamu ni cucu pengetua?! "
Pelajar itu tersentak. Puan Shareeza nampak sangat marah.
"YANA! "
"Urmm.. " pelajar itu kelihatan risau.
Yana kelihatan sangat terdesak, "Boleh tak kamu pujuk nenek kamu? Kami perlukan 4 pelajar terkuat dari Esmeray untuk projek kami. Jadi saya-- "
Puan Shareeza merentap cengkaman Yana dari cucunya, "HERET PEREMPUAN NI KELUAR! "
Puan Shareeza menjerit dengan kuat sekali.
"FINA! MANA KAU! "
Fina, pembantu Puan Shareeza datang dengan pantas, "Ya saya, puan, "
"Kau suruh perempuan ni berambus dari sini dengan orang- orang dia. Jangan berani dia jejakkan kaki ke sini lagi! " Puan Shareeza memandang tajam ke Yana.
Fina kelihatan takut namun dia tetap mengikuti arahan ketuanya, "Cik-- "
"Jangan sentuh aku! " Yana bersuara mendatar.
Yana terus memandang Puan Shareeza, "Puan Shareeza, ini amaran terakhir. Esmeray Highschool akan dihapuskan buat selama- lamanya jika pihak puan tidak memberi kerjasama. Saya bagi masa 2 hari untuk puan fikir sebaiknya. Saya akan datang semula, "
Yana terus keluar, diikuti kedua bodyguardnya. Fina menunduk hormat kepada tetamu.
"Fina, pastikan diorang tak kacau seorang pun pelajar kita, " Puan Shareeza bersuara perlahan.
"Baik, puan, " Fina terus keluar, ingin memerhati Yana sehinggalah dia balik.
"Nenek... " Shane memegang bahu Puan Shareeza.
Ya, Shane lah cucu pengetua Esmeray. Merangkap cucu tunggal yang Puan Shareeza ada.
"Ann, kamu okay? Sakit tak perempuan tu cengkam? " Puan Shareeza mengusap bahu Shane dengan lembut.
Shane menggeleng, dia tak sakit langsung.
"Kenapa Ann datang? Ann nak cakap pasal apa? " Puan Shareeza tersenyum memandang cucunya itu.
Shane menunduk, "Pasal tetamu tadi... "
Puan Shareeza tersentak. Dia dengar ke?
"Nenek-- "
"Ann, pergi ke kelas semula. Belajar ye. Nenek perlukan masa untuk sendirian sekejap, " Puan Shareeza pantas memotong.
Shane mengangguk lemah, "Baiklah nenek, "
Shane terus bergerak keluar.
Puan Shareeza mengambil nafas. Haih, makin lama makin menyusahkan lah orang politik ni. Dia yang berdiam diri dekat bandar dia pun kena kacau?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro