Chapter 1
Di Bandar Lasterd, terdapat 4 buah sekolah yang dikenali ramai. Takdelah ramai noh. Setakat dekat bandar tu jelah. Dekat bandar lain, takde pun yang kenal. Famous sikit je. Lebih- lebih siapa nak layan?
4 sekolah itu ialah, Esmeray Highschool, Crimsyn Highschool, Ramsey Highschool dan juga Meirion Highschool.
Esmeray Highschool hanyalah sekolah biasa je. Akademik dengan sukan seimbang. Taklah cemerlang sangat dan taklah juga teruk sangat. Biashe- biashe je. Bukan nak humble tapi memang tak gempak. Taraf standard gituw.
Untuk Crimsyn Highschool pula, sekolah itu dinobatkan sekolah paling cemerlang dalam bidang akademik di Bandar Lasterd. Semua pelajarnya pandai belaka tapi kalau pasal sukan, hmm hampeh! Baru lari 2 round padang, terus pancit.
Kalau Ramsey Highschool, sekolah atlet. Semua pelajar yang kuat bersukan mesti masuk sekolah tu. Asal sukan je, Ramsey. Asal bodoh time belajar juga, mesti Ramsey. Eh sorry terjujur pula.
And last sekali Meirion Highschool. All boys highschool. Yeah, macam yang dikatakan, Meirion hanya mempunyai pelajar lelaki. Boleh dikatakan sekolah inilah juara yang tak pernah dikalahkan selama bertahun. Juara paling tercorot dalam semua aspek dekat sekolah!
Keempat- empat sekolah ini sering bergaduh di mana jua. Pantang bersua, mesti bertumbuk.
******
'Kes pergaduhan pelajar- pelajar di Bandar Lasterd, Johor Bahru, '
Itulah berita hangat di media sekarang. Disebabkan ada beberapa pelajar bergaduh tak ingat dunia, ada yang rakam pun diorang tak perasan. Sekarang ni, satu negara dah heboh!
Pihak kerajaan pula semakin runsing. Tak tahu nak buat apa...
Seorang lelaki menarik kamera wartawan, "Korang nampak tak papan tanda tu dah patah?! Haa yang terbaring dekat lantai tu! Itu dua hari lepas elok je tegak berdiri tapi semalam, budak- budak tu boleh patahkan macam tu je! Tengok-- "
"Dah dah ler tu, " seorang lelaki berumur menegur.
"Mana boleh sudah, ayah. Budak- budak tu dah melampau! Kita patut hentikan diorang sekarang ni. Kalau tak-- "
"Benda ni memang dah jadi bertahun- tahun lalu. Kamu dulu pun apa kurangnya. Bukan ke kamu bekas pelajar Meirion, kamu pun dulu gaduh juga tak ingat dunia, " ayahnya membalas.
"Ayah, janganlah expose! Rosaklah imej Mirul, yah! " Lelaki itu merengek.
Lelaki itu hanya menggeleng melihat perilaku anak terunanya itu. Mirul menarik ayahnya ke kamera.
"Haa tengok semua warganegara! Ini ayah saya, dah tua-- "
"Memanglah aku tua! Kalau muda, dah berderet adik- beradik kau tahu tak! " Ayah mengetuk kepala Mirul.
Mirul mengaduh, "Ayah, that's not so halal. Kita dekat siaran ni, kantoi lah ayah ni dirty mind-- "
"Maaf tapi saya nak tahu pasal kejadian semalam. Bukan masalah pakcik anak beranak, " wartawan itu menyampuk.
Mirul dan ayahnya menoleh. Mirul tersengih, "Maafkan saya, "
"Baiklah sekali lagi semua lihatlah ayah saya yang dah tua kerepot ni, dah tenat-- "
Pang!
Sedas Mirul dilempang oleh ayahnya.
"Aku belum nak matilah bingai! Kalau aku ni dah nak mati, aku heret katil hospital aku ke sini depan kamera ni! " Ayah memiat telinga Mirul.
Maka bergaduhlah dua anak beranak tu depan kamera. Dahlah live pula tu. Malu ni kalau sedara mara tengok dekat tv.
Beep!
Siaran itu terus dimatikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Semua yang ada di dalam bilik mesyuarat itu mendiamkan diri. Kini, menteri- menteri berkumpul untuk membincangkan hal terpenting. Hal apa lagi? Hal pergaduhan dekat Bandar Lasterd lah.
"Jadi... apa yang kita patut buat? " salah seorang menteri menyoal.
"Kita sepatutnya serahkan semuanya dekat polis di bandar tu je! Kita bayar gaji mereka! Dan apa yang diorang buat?! Polis di Johor memang tak buat kerja ke? Memalukan! " Menteri Kewangan menjerit. Mana taknya, Lasterd tulah tempat kelahirannya. Bandar di mana dia membesar. Alih- alih boleh pula kes ni naik.
"Tolong jangan menjerit, tuan. Kita sepatutnya selesaikan hal ni. Saya mohon jangan timbulkan apa- apa pergaduhan di sini, " Timbalan Perdana Menteri bersuara tenang.
Menteri Kewangan mendengus.
Menteri Ekonomi menepuk mejanya, "Haa, apa kata kita pilih setiap polis di setiap balairaya dalam Johor. Atau mungkin negeri lain sekali? Pilih yang bagus- bagus dan gantikan dengan polis di Bandar Lasterd tu--- "
"Mana boleh. Kita tak boleh sesuka hati buat keputusan macam tu. Kena tengok juga dari aspek yang lain. Diorang ada keluarga tak? Kalau ramai yang ada keluarga, mesti tak nak punya. Diorang pun kena pikir keselamatan keluarga diorang kalau duduk dekat bandar tu, " Menteri Pengangkutan membalas.
Kesemua menteri memberi pendapat. Namun, ada je yang membantah. Ada je yang tak kena. Senang cerita, semua menteri tengah bergaduh mulut sekarang. Ada yang geram sebab cadangan asyik dibantah, ada yang asyik membantah dan ada yang langsung tak beri kerjasama.
Perdana Menteri runsing lantas memicit kepalanya. Timbalan di sebelah perasan akan kerunsingan ketuanya lantas memandang ke arah semua menteri itu. Nampaknya, makin tua makin tak paham bahasa.
Pap!
"Diminta semua diam! " Tidaklah kuat tapi ada nada tegasnya disitu. Kesemua menteri memandang Timbalan Perdana Menteri yang baru saja bersuara.
"Saya baru saja minta jangan timbulkan apa- apa pergaduhan. Kalau nak selesaikan masalah ni pun kena bergaduh, apa bezanya kita semua dengan pelajar- pelajar di Bandar Lasterd itu? " Timbalan Perdana Menteri, Yana bersuara tegas.
"Jadi, kamu ada apa- apa cadangan wahai Cik Yana? " Menteri Pengangkutan menyoal.
Yana memandang Perdana Menteri. Ketuanya mengangguk, menandakan bahawa dia mendapat kebenaran untuk melontarkan ideanya. Sejujurnya, ideanya itu sudah dibincang dengan ketuanya semalam. Dan nasib baik, ketuanya setuju.
Yana mengambil nafas, "Saya tahu idea saya agak merepek tetapi saya minta kerjasama semuanya di sini untuk dengar sampai habis. Jangan membantah walau sekalipun, "
Yana terus memulakannya. Kesemua menteri mendengar dengan tekun. Melihat air muka Yana yang yakin itu, mereka terus memberi perhatian sepenuhnya untuk mendengar idea Yana.
Setelah beberapa minit, Yana berhenti. Dia terus memandang kesemua menteri, menginginkan jawapan. Sama ada setuju atau tidak.
"Jadi, kamu nak bina satu akademi di mana keempat sekolah tersebut perlu wakilkan beberapa pelajar cemerlang mereka? Dan mereka akan bertarung di akademi itu? " Menteri Pertahanan menyoal.
"Ya! " Yana menjawab dengan yakin.
"Bagaimana kalau semakin teruk pergaduhan mereka di akademi itu? Saya rasa mereka memang tak boleh bertembung. Inikan pula nak satukan mereka semua menjadi sekelas? Hah! Silap- silap ada yang mati nanti, " Menteri Teknologi bersuara.
Semua menteri setuju dengannya.
"Sebab itulah, saya cadangkan untuk kita lantik seorang ejen FBI untuk awasi mereka serta menjadi guru mereka di akademi itu. Dan yang paling penting, hanya dia saja yang diberi kebenaran untuk menjadi cikgu di sana! " Yana menjawab.
Perdana Menteri mengangguk puas hati. Tak sia- sia dia korbankan masa dia selama bertahun- tahun hanya untuk mengajar Yana. Nampaknya, kebolehan Yana ni mampu kalau nak gantikan dia yang dah tua ni.
"Bukan senang nak minta pertolongan mereka. Jadi macam mana kalau mereka menolak? " salah seorang menteri menyoal.
"Tuan- tuan semua jangan risau akan hal itu. Saya dah pun hubungi mereka semalam dan mereka setuju tentang hal ini. Dan paling penting, mereka ada seorang ejen yang memang sempurna dari segalanya! Akademik? Sukan? Semuanya dia hebat! Dia lah calon guru yang boleh diharapkan! " Yana melontarkan suaranya, sangat yakin.
Menteri Kewangan mengangguk, "Dan untuk bayaran, jangan risau. Aku akan bayar terus dalam sekelip mata , "
"Kamu yakin duit kita cukup? " Perdana Menteri menyoal tenang.
"Cukup tuan. Malah teramat lebih dari apa yang diperlukan! " Menteri Kewangan menjawab.
"Dan Cik Yana, jangan lupa untuk sediakan beberapa ejen yang lain. Pelajar- pelajar tersebut perlu diawasi, " Menteri Pertahanan bersuara.
Yana mengangguk, "Itu juga sudah selesai, "
Mereka semua mengangguk.
"Jadi, bila kita akan mulakan? " Menteri Pertahanan menyoal.
Yana tersenyum, "Minggu depan, "
Mereka terdiam.
"Di mana akademinya? Bukan ke kita kena bina dulu-- "
Menteri Pembangunan memotong, "Tentang hal itu, aku dah lama selesaikan. Dah sebulan akademi itu siap dibina. Tak terlalu besar tapi cukup untik satu kelas belajar, 4 tandas, satu padang besar, satu perhimpunan dan satu kafe. Dan beberapa kelas lain seperti kelas muzik dan kelas seni bela diri, "
Kesemua menteri yang lain memandangnya.
"Dah sebulan? " salah seorang menteri menyaol. Menteri Pembangunan mengangguk.
"Sebenarnya, kes ni dah lama berlaku. Banyak aduan saya dapat dari pihak polis di Bandar Lasterd. Kalau kamu nak bukti, tanyalah Menteri Pertahanan. Tapi saya runsing, tak tahu nak selesaikan bagaimana. Sehinggalah Yana beritahu ideanya, saya terus setuju. Jadi bagaimana yang lain? Kamu setuju? " Perdana Menteri memandang semua menteri.
Tanpa berpikir lagi, mereka semua terus setuju. Haa kan senang kalau Perdana Menteri bersuara dari awal. Semua konco dia terus setuju.
Yana tersenyum, dia bangga dengan diri dia.
"Jadi, esok saya akan keempat sekolah tersebut dan buat pengumuman tentang hal itu, " Yana bersuara.
"Projek FABLUS, The Academy will start now. We'll see which one of them is the winner, " Yana bersuara yakin.
******
Di Esmeray Highschool,
Ivara mendengus, "Patutnya aku yang viral pasal video gaduh tu! Asal time aku yang gaduh, takde yang amik kesah pula! "
Mikey tergelak besar macam raksasa, "Kau? Kalau setakat gaduh tepuk tampar sebab ada orang curi makanan kau, siapa nak amik kesah? Lagi- lagi pasal kau! Tulang kau nak kemek ke, patah ke... takde orang heran! "
"Eh kau memang lebih eh! " Ivara terus mengejar Mikey. Maka, bergemalah sekolah tu dengan suara diorang je.
Sorang nak membunuh, sorang lagi nak dibunuh. Alhamdulillah kurang lah satu beban akademi tu nanti.
Shane menggeleng melihat dua rakannya dari koridor tingkat tiga. Sorang merangkak, kena kejar. Sorang lagi terkangkang- kangkang mengejar.
"Tak senonoh, " kutuk Shane bila melihat aksi binatang kawan- kawannya itu.
"Shane? "
Shane menoleh ke belakang, seorang lagi kawannya datang, berdiri sebelahnya.
"Mana diorang? " Noah menyoal.
"Cuba cari, " Shane menjawab tenang.
Noah melihat tingkat bawah, mencari dua lagi kawannya. "Ah, " Noah bersuara perlahan. Dia dah jumpa dua malaun a.k.a kawannya.
Noah tersenyum kecil melihat dua orang rakannya macam orang terencat. Boleh tak nak jujur sekarang? Malu sebenarnya nak mengaku yang dua ketul tu kawan dia. Takut dilabel terencat sama macam diorang kang.
"Is that your friend? " Noah soal perlahan.
"Taklah, aku kutip diorang masa on the way ke sini pagi tadi. Kalau tahu diorang jakun macam ni, takdenya aku nak kutip. Biar je menggelupur tepi jalan tadi, " Shane membalas tenang. Noah menggeleng sambil tersenyum.
Shane memandangnya, "Actually aku peliklah, " Shane berpeluk tubuh. Noah pula mengangkat keningnya.
"Kenapa ramai budak kita cakap yang diorang tak pernah nampak kau senyum eh? Sedangkan setiap hari aku nampak kau senyum je, " Shane hairan. Ke budak- budak sekolah ni yang kelentong dia.
Noah hanya mendiamkan diri. Shane pula terus memandang dua kawannya yang bergusti tu semula. Dia paham yang Noah takkan jawab.
"Haa tak habis lagi gusti tu? " Shane menopang dagunya di koridor itu.
Noah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat dua kawannya itu. Tersangatlah tak matang. Noah melihat beberapa junior dari jauh dengan ekor matanya. Nampak macam diorang nak lalu belakang dia dan Shane.
Lantas Noah membuka blazernya dan tutup bahagian belakang badan Shane bila mereka melintas. Budak- budak lelaki itu sempat menunduk hormat dan menyapa dia dan Shane. Noah menundukkan kepalanya sedikit, membalas sapaan mereka. Shane pula hanya tersenyum kekok.
Bila diorang dah pergi je, Noah terus memakai semula blazernya. Shane memandangnya, "Skirt aku ni taklah pendek sangat. Paras lutut kut, "
"Just in case, "
Shane ketawa kecil, "No one dares to look at me like that, " Kang ada yang tengok, dia report dekat pengetua haha.
"You never know what they think of girls, " Noah membalas perlahan.
Shane mendekatkan telinganya, "Huh? " sungguh perlahan suara Noah. Atau dia yang pekak?
Mark terus menggeleng. Shah terus mengangguk, paham yang Mark takkan ulang untuk kali kedua.
Shah melihat jam tangannya lalu dia menarik nafas yang panjang, "IVARA CASSANDRA! MIKEY ZAREEFY! LAGI 3 MINIT FIRST CLASS NAK MULA! NAIK SEKARANG SEBELUM NOAH TURUN! "
Noah menjongketkan keningnya. Ek tak pasal dia pula kena mention. Haa lantok awoklah.
Ivara dan Mikey terus berhenti dan memandang Shane serta Noah. Dengan pantas, Ivara dan Mikey naik. Bukan takut dengan Noah, cuma tak nak gaduh je. Ceh setakat Noah tu, apalah sangat. Dia datang nak gaduh, kitorang lari. HAHAHA!
******
Di pekan,
Warga emas menjerit ketakutan. Mereka tak sanggup melihat adegan itu. Ingatkan lepas dah viral, terus insaf. Rupanya masih sama je.
Ya, ada beberapa pelajar sedang bertumbuk macam tak sayang nyawa. Dan kemenangan nampak sangat sepihak.
Luth mencampak salah seorang pelajar Ramsey ketepi. Dia terus menumbuk pelajar yang lain pula.
Brian dan Alvin memijak pelajar- pelajar Ramsey itu. Mereka bersorak kemenangan. Daylan pula menumbuk salah seorang pelajar Ramsey tanpa henti.
Tiba- tiba mereka terdengar tepukan. Luth dan orang- orangnya segera melihat gerangan yang berani mengacau mereka.
Ray.
"What a beautiful fight, " Ray tersenyum manis.
"Kau nak apa huh? " Alvin menerpa ke arah Ray namun dihalang. Luth menyuruhnya berundur.
Ray menyeluk kedua tangannya ke poket seluarnya, "Haa pagi- pagi lagi dah dapat show. Korang ni, hidup memang nak bergaduh je eh? "
Ray ketawa kecil tapi cukup untuk membuatkan hati Luth dan orang- orangnya panas.
Daylan dah bersedia nak bertumbuk lagi, "KAU-- "
"Cukup! " Luth menghentikan Daylan.
Luth dan Ray membalas pandangan. Pandangan yang penuh makna. Kebencian, kemarahan, ketidak puas hati. Semuanya ada.
"It's my pleasure to meet you in the morning, Luth, " Ray tersenyum mengejek.
Luth hanya diam memandangnya.
"Oh maaf! Lupa yang kau tak pandai speaking. Walaupun aku cakap benda paling basic, " Ray ketawa perlahan.
"KURANG AJAR-- "
"Aku kata cukup! Jangan sibuk dengan lelaki tak guna ni, " Luth memandang Brian yang hampir menumbuk Ray.
Brian hanya mendiamkan diri. Dia pantang bila ada orang hina ketua dia. Nak maghoh ni.
"Lebih baik kita settlekan hal tadi. Kau pergi sambung belasah budak- budak tu, " Luth memberi arahan.
Brian, Alvin dan Daylan mengangguk paham lantas bergerak.
Luth memandang Ray dengan penuh kebencian mankala Ray hanya tersenyum sinis.
"BOS! DIORANG DAH LARI! "
Luth menoleh ke belakang lantas menjerit kemarahan, "TAK GUNA! "
Ray ketawa, "Bro, kau tahu pelajar Ramsey memang macam tu kan? Bila kalah, lari. Yang kau bergaduh dengan diorang kenapa? "
Luth memandang Ray kembali, "Sebab kau, diorang terlepas! Lepas ni, kalau aku nampak kau, siap kau! "
Luth terus berjalan diikuti orang- orangnya. Ray hanya tersenyum mendengar kata- kata itu.
"Haa baguslah tu. Terus pergi sekolah tau. Jangan nak bergaduh lagi. Kalau belajar tu, pastikan ilmu lekat sikit dalam otak, "
Luth hanya membiarkan Ray sendirian. Itulah yang selalu dikatakan Ray jika mereka bertemu.
Mana taknya, Ray merupakan ketua pelajar di Crimsyn Highschool yang dinobatkan akademik terbaik. Dia juga pelajar terbaik di sana.
Luth pula hanya ketua pelajar di Meirion Highschool. Sekolah yang teruk dan penuh dengan kes jenayah.
"Haa, luth luth. Masih lagi bodoh, " Ray menggeleng perlahan lantas dia pun berjalan menuju ke sekolahnya.
******
Di Ramsey Highchool,
Adam memandang beberapa anak buahnya yang terdampar di depannya. Mereka mengerang kesakitan.
Dahlah baru kena belasah dengan ketua Meirion. Lepastu sampai sekolah je, kena lagi dengan ketua sendiri.
Ya, mereka lah pelajar Ramsey yang dibelasah oleh Luth tadi. Mereka juga selamatkan diri bila Luth dan anak buahnya leka dengan Ray.
"Bagus! Kau dah buat si gorila marah. Aku suka! " Adam ketawa besar.
"Tapi... " dia menendang salah seorang daripada mereka tanpa henti.
"AKU CUKUP PANTANG BILA DENGAR YANG SI MUSANG TU TOLONG KAU! " Adam menendang tanpa belas kasihan.
Ya, dia cukup pantang bila Ray masuk campur. Lelaki licik tu, selalu je nak masuk campur!
"T-- Tapi kitorang tak ada jalan lain nak selamatkan diri, " salah seorang daripada mereka yang berada di tepi memberi alasan. Mungkin tidak tergamak tengok kawan ditendang tanpa henti.
Adam berhenti menendang orangnya. Dia pantas menoleh ke arah gerangan yang berani memberi alasan lapuk itu.
"So... kau nak cakap yang dia tu hero lah ni? Aku kena jumpa dia untuk berterima kasih sebab selamatkan korang? " Adam berjalan menuju ke arahnya.
Baru sahaja dia ingin menendang orang itu,
"Zen, "
Adam terhenti lantas menoleh ke arah pintu. Kembarnya, Caera masuk ke dalam.
"You better stop now. The class will start soon, " Caera menghulurkan sapu tangannya, menyuruh Adam mengelap darah di tangannya.
Adam tidak mengambil malah dia sambung belasah orangnya, "Aku tak kira, "
Caera mendecit lalu dia pun memasukkan lap tangan itu kembali ke dalam poket bajunya. Dia mendekati Adam lalu kolar kembarnya itu dicengkam dan dilontar ke tepi dengan kuat.
"ADAM CAEZEN! STOP! Even tho you beat them until death, nothing will change. Ray already help them, " Caera memandang tajam ke kembarnya.
Anak buah Adam dipandang sekilas. Oh god they looks terrible.
Adam bangun, "Caera-- "
"Abang, Caera tahu yang abang benci dia. But you don't need to beat your own comrades, " Caera memotong.
Adam menggenggam penumbuknya lalu anak- anak buahnya dipandang, "Kau semua nasib baik harini. Sekali lagi aku dapat tahu musang sial tu tolong kau semua, siap aku kerjakan kau! "
Adam terus keluar dari bilik itu.
Caera mengekuh lalu dia pun memandang anak- anak buah abangnya yang cuba bangun, "Go to clinic. There's no way you gonna attend your class with that injury, "
Mana mungkin dia bagi diorang pergi kelas macam tu. Jangan salah paham. Dia tak kesah langsung pasal diorang. Yang dia kesah, abang dia. Kalau cikgu tahu abang dia yang cederakan diorang, mungkin abangnya akan dibuang.
Abangnya dah dapat surat amaran terakhir tahun lepas. Semuanya sebab dia pernah belasah seorang senior tahun lepas. Separuh mati senior tu dia kerjakan. Dia belasah senior tu pun sebab senior tu cuba untuk meraba kembarnya.
Caera terdiam apabila teringatkan kisah lama. Memang dia trauma dengan apa yang senior tu buat, tapi dia dah tak kesah. Dia tahu yang abang dia takkan biarkan benda macam tu jadi lagi. Senior tu pun dah pindah ke bandar lain sebab ketakutan.
******
Di Crimsyn Highschool,
Ray meletakkan begnya di kerusinya. Dia baru je sampai ke kelas. Syok juga pagi tadi dapat tengok wayang free.
"Ray~ Why did you late? " Nadine melabuhkan punggungnya di meja sebelah Ray.
Ray tersenyum manis, "There's a show. I can't missed it, "
Nadine kelihatan teruja. Dia tahu apa maksud 'show' tu, "Who's win? "
"Like usual, Meirion. And Ramsey, run away, "
Nadine ketawa kecil, "Cowards, "
Ray menggeleng mendengar. See? Even perempuan pun panggil Ramsey's student pengecut.
"I really wanna see Esmeray in fight, " Nadine menggoyangkan kakinya. Dia memuncungkan bibirnya.
Ray yang tengah menyusun bukunya untuk kelas pertama itu terhenti.
Nadine mengeluh, "It's been 2 months. Where did they go? Did they perhaps scared with us? "
Ray tergelak, "Nonsense, "
"They're the champion over than 5 years, " Ray menyambung.
Nadine memeluk tubuhnya, "Diorang tu just normal school yang takde apa pencapaian yang menarik. But in fight, they are champion? So kenapa diorang hilang tiba- tiba? "
Ray terdiam mendengar. Ya, sekarang dah februari. Bermaksud, dah 2 bulan tahun baru bermula dan Esmeray langsung tak tunjuk taring diorang. Seingat dia, selama 4 tahun lepas dia berlawan dengan Esmeray bersama senior dia, dia tak pernah nampak batang hidung student Esmeray yang sebaya dengannya.
Adalah sekali dia nampak. Tu pun 2 tahun lepas masa dia tingkatan 3. Tapi budak lelaki tu seorang je. And dia duduk tepi. Riak muka dia tak payah cakaplah. Nampak macam terkejut beruk. Lepastu jerit serupa pondan bila musuh nak serang. Habis semua senior dia take turn nak protect 'pondan' tu daripada musuh.
Time tu, Ray nak serang pun tak boleh. Dia memang takut nak kena pukul dengan senior Esmeray. Tapi yang paling dia pikir sebenarnya dia tak sampai hati nak pukul 'pondan' tu. And benda paling buat dia takut nak dekat dengan 'pondan' tu sebab protection dia kebal noh. Kau bayangkan mostly senior Esmeray yang bertarung dengan senior Crimsyn boleh protect si 'pondan' tu je. Precious noh ke budak tu?
And start malam tu, dia dah tak nampak batang hidung 'pondan' tu. Actually dia berharap jugalah terserempak dengan 'pondan' tu. Tapi apakan daya, langsung takde. Hebat betul si 'pondan' tu sembunyi.
"Ray! "
Ray tersentak lalu dia terus memandang Nadine, "Yes? "
"I tanya, Esmeray tu memang takde student sebaya kita ke? I mean yang pandai berlawan, " Nadine menyoal.
Ray termenung, "I don't know... "
Nadine mengeluh. Baru dia nak tanya lagi, guru mereka dah sampai.
Nadine terus berdiri, "Bye Ray, "
Ray mengangguk. Nadine terus pergi ke tempat duduknya.
Kelas mula seperti biasa. Namun pada hari ini, Ray banyak termenung memikirkan si 'pondan' tu. Dan dia pun terpikir tentang pelajar Esmeray. Memang budak sebaya dia dekat Esmeray dah pupus ke?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro