Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ zwölf ᵕ̈ ೫˚∗:

Youra mengerutkan dahi. Matanya dipejam. Perlahan-lahan, dia membuka mata hanya untuk melihat kesemua lampu yang dipasang di bangunan di situ sedang menghala ke arah mereka berdua.

"Jungkook? Kenapa ni?" soal Youra cemas. Dia tahu ada sesuatu buruk yang telah terjadi. Jungkook mendiamkan diri sebelum dia bersuara pelan.

"Diorang dah tahu."

"Well well well... Tengoklah, dua ekor lovebirds yang tengah cuba nak larikan diri tu. Romantiknya."

Satu suara kedengaran sinis dari pembesar suara seiring dengan gelak tawa jahatnya. Youra mengetap bibirnya. Penumbuk dikepal.

"Kau fikir kau siapa ha? Nak larikan diri eh? HAHAHAHA! Jangan harap!"

"Kook, palli," ujar Youra. Jungkook masuk ke dalam lubang tersebut. Tidak sempat dia keluar lagi, satu suara kedengaran lantang.

"Tangkap!"

Membulat mata Youra melihat beberapa orang pengawal sedang berlari laju ke arah mereka semua dari seluruh penjuru. Dengan cemas, tangan Jungkook ditariknya kuat.

"Palli!" ujar Youra. Jungkook sudah hampir melepasi pagar itu sepenuhnya apabila seorang pengawal menarik kaki Jungkook dari dalam. Terjatuh terus Youra yang sedang menarik tangan Jungkook.

Jungkook yang tertarik masuk ke dalam terus berpaut pada pagar berdawai itu untuk menahan dirinya. Dia meringis kesakitan apabila dawai yang tajam itu mencucuk tangannya.

"Jungkook!" jerit Youra, membulat matanya melihat tangan Jungkook yang sudah berdarah dek memegang dawai di pagar. Tanpa berlengah terus dia menarik tangan Jungkook sekuat tenaga. Malangnya, pengawal yang tiba semakin ramai lalu mereka semua menarik tubuh Jungkook dengan lebih kuat.

"Andwae!" Youra terus mencapai tangan Jungkook apabila lelaki itu diseret masuk. Habis dengan Youra terheret masuk kembali ke dalam lubang pagar berdawai itu. Sempat Youra mencapai pagar berdawai itu. Sekarang, tangan kiri Youra menggenggam erat pagar dawai manakala tangan kanannya memegang tangan  Jungkook.

"Youra, lari!" ujar Jungkook. Sambil itu dia menyasarkan kepala kesemua pengawal. Sekelip mata sahaja mereka semua disepak oleh Jungkook. Jungkook lantas mendapatkan Youra di luar pagar.

"Salah seorang dari kita kena survive. Dan itu awak,"

"Habistu awak?!" soal Youra. Tangan Jungkook dipegangnya erat melalui lubang di pagar itu. Jungkook memejam matanya rapat. Bibirnya digigit.

"Jebal. Areum perlukan awak,"

"Takkan saya nak tinggalkan awak?" soal Youra. Kepalanya digeleng-gelengkan. Mahu sahaja Jungkook menengking Youra agar gadis itu pergi, namun niatnya terhenti sejurus melihat tangisan di pipi Youra.

"Youra," panggil Jungkook. Dia tersenyum kecil.

"Ingat apa yang awak janji tadi? Awak dah janji awak akan lari je. Jadi pergilah. Saya alihkan perhatian diorang eo?"

"J-Jungk-"

PANG!

Membulat mata Youra apabila kepala Jungkook dipukul kuat dengan sebatang besi oleh salah seorang pengawal. Rebah terus Jungkook ke tanah. Youra pula pantas mencapai tangan Jungkook. Tubuh Jungkook diheret oleh beberapa orang pengawal, namun Youra kekal memegang erat tangan Jungkook.

"Andwae..." gumam Youra. Dia lantas berpaut pada pagar berdawai itu dengan sebelah tangannya.

"Tengok budak-budak mentah ni,"

Saat itu, Turtle tiba di tempat kejadian bersama Jellyfish di sisi. Jellyfish melentokkan kepalanya di bahu Turtle. Elok sahaja mereka memerhati situasi di hadapan mata mereka seperti ianya sebuah movie.

"Sayang, kalau betina tu tak nak lepaskan tangan dia, sayanglah yang kena lepaskan," ujar Jellyfish. Turtle mengangkat keningnya.

"Should I?"

"AH!" Menjerit Youra jadinya apabila tangannya yang memegang tangan Jungkook dipijak oleh Turtle. Turtle pula seperti seorang psiko, tergelak suka melihat Youra dalam kesakitan.

Jungkook yang sudah lemah dek dipukul melihat sekeliling. Melihatkan sebuah batu yang agak tajam, terus dia menguatkan diri untuk mengambilnya lalu dicucuk kaki Turtle yang sedang memijak tangan Youra.

"ARGH!" Terjatuh terus Turtle dek kesakitan yang melampau. Darah membuak-buak keluar dari kakinya. Jellyfish yang melihat sudah terjerit kecil. Lantas poket kot putihnya diseluk.

"You-Youra, lepas,"

"Shireo!" ujar Youra dengan suara yang bergetar. Tangannya yang sedang memegang tangan Jungkook dilihat. Sudah lebam. Namun dia tidak akan melepaskan tangan Jungkook!

"Tak guna!"

"AHH!" Kedengaran bunyi jeritan nyaring Youra yang kuat di situ apabila Jellyfish mencucuk tangannya dengan sebuah jarum. Belum sempat Jellyfish ingin menekan plunger itu agar cecair di dalamnya masuk ke dalam tangan Youra, Jungkook terlebih dahulu menumbuk jururawat perempuan itu dengan sekuat tenaga.

Youra juga pantas menarik tangannya secara spontan. Saat itu, jarum suntik itu terpatah. Bahagian jarum yang tajam terbenam di dalam tangan Youra.

"Lelaki bodoh!" Turtle menjerit kuat dengan marah. Youra menekup tangannya yang kesakitan. Darah mula mengalir laju keluar dari tempat yang terbenam jarum suntik itu.

"Jungkook..." sempat mata Youra meliar mencari kelibat Jungkook. Kelihatan lelaki itu sedang ditarik oleh beberapa orang pengawal dalam keadaan tidak bermaya. Youra mengeluarkan esak tangisnya.

"Tunggu apa lagi? Tangkap budak tak guna kat luar tu!" suara Turtle lantang kedengaran. Mendengarkan arahan itu, laju konco-konco Doktor Do berlari laju beredar dari situ, ingin keluar melalui jalan keluar mereka. Youra pula masih terduduk sambil memegang tangannya yang masih mengalirkan darahnya. Kata-kata Jungkook mula terngiang-ngiang di kepala.

"Kalau ada apa-apa yang berlaku, lari je. Jangan sesekali toleh belakang."

Youra mengesat tangisannya. Dengan segala kudrat yang ada, dia berdiri dan terus berlari dari situ. Sakit di kakinya yang terhasil dek tersadung beberapa kali tadi cuba ditepisnya.

Gadis itu berlari selaju yang mungkin menjauhi hospital itu. Kawasan hutan yang tebal itu diredahinya dengan bantuan cahaya bulan. Tangisannya masih lagi mengalir laju apabila mengingatkan Jungkook dan Areum. Sebolehnya dia tidak mahu meninggalkan mereka, tetapi dia harus pergi dan mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mereka!

"Tu dia!"

Tersentak Youra apabila satu suara lantang kedengaran. Youra menoleh sekilas ke belakang. Melihatkan konco-konco doktor Do sedang berlari mengejarnya, Youra semakin melajukan lariannya.

Laju orang suruhan doktor gila itu berlari mengejarnya. Youra mengetap giginya. Kakinya sudah semakin lembik dan tidak bermaya untuk meneruskan larian apatah lagi untuk menguatkan larian. Otak kancilnya mula memikirkan rancangan.

Saat itu, anak matanya terpandang akan sebuah tebing di hadapannya. Cemas Youra jadinya. Tidak sempat ingin memberhentikan larian, kakinya secara tidak sengaja tersadung sebuah akar pokok. Menjerit kuat Youra jadinya, tubuhnya bergolek-golek dan terus terjatuh dari tebing itu.

Beberapa orang suruhan doktor Do yang semakin mendekat pun terus memberhentikan larian mereka selaju yang mungkin. Mereka berdiri di tepi tebing itu memerhati tubuh Youra yang bergolek jatuh ke bawah.

"Babi!" Carut seorang dari mereka. Ketika itu, dapat mereka lihat tubuh Youra terlanggar sebuah pokok sekaligus menghentikan golekannya.

Youra mengaduh kecil apabila perutnya berlanggar kuat dengan batang pokok yang keras itu. Tanpa membazirkan masa, Youra terduduk perlahan-lahan. Dia melihat ke atas tebing di mana mereka semua sedang memandang ke arahnya.

Youra memegang perut. Sakit di tangannya semakin berbisa apabila jarum suntik itu terbenam semakin dalam saat dia tergolek tadi. Tanpa berputus asa, Youra kembali meneruskan lariannya.

"Tak guna!" ujar seorang konco apabila dilihatnya Youra masih berlari. Mereka semua tertoleh ke kiri kanan cuba mencari jalan untuk turun dari tebing itu.

"Sini, ikut aku!"

Di saat mereka semua cuba menuruni tebing itu tanpa sebarang cedera, Youra pula laju berlari menjauhi mereka semua. Namun, setelah lebih kurang tiga minit berlari, lariannya sudah tidak sepantas tadi.

Youra menggeleng kepala. Cuba melajukan lariannya, tetapi boleh pula kakinya tersadung akar pokok yang besar ketika itu. Youra meringis perlahan. Sakit di kakinya terasa semakin mencucuk dan pedih. Dengan terpaksa, dia kembali berdiri dan meneruskan larian.

Youra terus berlari sehinggalah lariannya menjadi semakin perlahan. Apabila sudah terlalu lemah, Youra terduduk di balik sebuah pokok yang besar. Berbantukan cahaya rembulan yang remang-remang di situ, Youra menilik tangannya. Darah masih tidak henti keluar.

Youra melihat sekeliling cuba mencari objek tajam. Sebuah ranting dicapainya lalu Youra mengoyak lengan bajunya yang panjang sehingga ke paras lengan. Lengan baju itu kemudiannya dibalut pada tempat jarum suntik itu terbenam. Youra meringis kesakitan apabila dirasakan jarum itu semakin terbenam ke dalam apabila dibalutnya.

Selesai hal tangan, dia menilik pula kaki kirinya yang terasa pedih. Dia memasukkan tangannya ke dalam kasut lalu dikeluarkannya. Melihatkan cecair pekat berwarna merah yang melekat di tangannya, tahulah dia bahawa kakinya sudah berdarah.

Youra menyandarkan badan pada batang pokok itu. Dia terdiam seketika melepaskan penat lelahnya ditemani dengan bunyi cengkerik. Di dalam hutan, sudah semestinya akan ada banyak haiwan liar terutamanya pada waktu malam. Namun Youra lebih takut sekiranya konco-konco doktor gila itu dapat menangkapnya.

Saat itu, sayup-sayup dia terdengar suara orang yang datang dari arah dia berlari tadi. Youra menggigit bibir. Dia cuba berdiri dari duduknya.

Kiri kanan dipandang. Sesungguhnya, dia tidak tahu arah mana yang sepatutnya ditujui. Youra menarik nafas dalam sebelum memejam matanya. Dia akan ikut naluri hatinya.

Tidak lama kemudian, Youra kembali membuka matanya. Dia telah memutuskan untuk mengambil laluan ke sebelah kanan. Lantas kasut sebelah kirinya diambil lalu dibaling jauh ke arah laluan kiri. Terhinjut-hinjut Youra cuba berjalan dan menyorok di sebalik sebuah batang pokok.

Tidak lama kemudian, bunyi beberapa orang manusia berlari semakin kuat mendekati Youra. Youra membatukan dirinya di situ. Cuba untuk tidak membunyikan sebarang bunyi.

"Aish!" seorang konco mula merengus marah. Dia menyepak sebuah batang pokok di situ dengan geram.

"Mana budak tu?" soal sorang lagi konco. Mereka semua memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Youra yang dirasakan masih tidak jauh dari situ.

Youra menekup mulutnya apabila mereka berjalan semakin mendekat ke tempat dia bersembunyi. Namun, tiba-tiba sahaja Youra merasakan ada sesuatu di atas kepalanya. Kaku terus Youra jadinya.

"Weh, ada dua laluan kat sini. Kau rasa budak tu ambil yang mana?" Kedengaran seorang konco bertanya. Youra masih kekal membatu. Benda yang berada di atas kepalanya tadi perlahan-lahan bergerak ke bahunya dan turun ke lengan yang sedang menekup mulutnya. Youra menjeling benda di lengannya.

Membulat matanya melihat seekor tarantula sedang merayap di lengannya.

"Argh, takde masa nak fikir! Kita berpecah! Kumpulan Lobak, Kobis, kau ambik kanan. Kumpulan Terung, Sawi, Tauge, kau ambik kiri. Cepat kejar budak tu!" arah seorang konco. Mereka semua mengikut arahan, berlari menuju ke arah laluan yang ditetapkan.

Youra pula masih diam tidak bergerak. Tarantula yang berada di lengannya perlahan-lahan bergerak ke pergelangan tangannya dan menuju ke tapak tangan yang sedang menekup mulutnya. Youra menutup mata erat apabila tarantula itu semakin mendekat dengan wajahnya.

"Lobak, Kobis!"

Suara konco itu kedengaran. Ahli kumpulan Lobak dan Kobis yang mengambil laluan kanan tadi laju berpatah balik ke arah laluan kiri apabila dipanggil.

"Budak tu ambil lorong kiri. Tengok, kasut dia ada kat sini," ujar seorang konco. "Bergerak semua!"

Bunyi mereka berlari kedengaran semakin menjauh. Youra masih kekal dengan posisinya biarpun mereka sudah pergi. Dengan mata yang terpejam, dapat dirasakan tarantula itu merayap ke wajahnya.

"Jebal, cepat pergi..." Youra hanya mampu berharap di dalam hati. Tarantula itu berhenti bergerak buat seketika di wajah Youra. Tidak lama kemudian, ia kembali bergerak turun ke leher Youra.

Perlahan-lahan, Youra mengangkat kedua tangannya dan menarik bajunya agar tiada ruang yang membolehkan tarantula itu masuk ke dalam bajunya. Rancangannya berhasil apabila tarantula itu merayap turun ke badannya di luar baju.

Youra menelan liur apabila tarantula itu diam tidak bergerak di perutnya. Perlahan-lahan, dia cuba mencapai sebuah ranting. Ranting itu didekatkan dengan tarantula itu seperlahan yang mungkin.

Youra menarik nafas dalam. Sepantas yang mungkin, dia menepis tarantula itu ke tepi menggunakan ranting itu dan terus berdiri. Dia menjauhkan diri dari pokok itu dan berlari anak ke laluan kanan. Terhinjut-hinjut dia berlari dek kaki kirinya yang sakit dan sudah berkaki ayam.

"Ah!" Youra mengaduh kecil apabila kaki kirinya terpijak sesuatu. Terus dia terjatuh di situ. Youra meringis kesakitan seraya mendudukkan dirinya. Apabila ditilik, kaki kirinya yang tidak berkasut itu telah terpijak serpihan kaca. Habis terbenam kaca itu ke dalam tapak kakinya.

Youra menghela nafas. Tanpa berlengah, kaca itu ditariknya keluar. Darah merembes keluar dari luka itu. Youra mengetap bibir menahan rasa sakit dan pedih. Kaca itu ditariknya sehingga berjaya keluar dari kakinya.

"Appo..." ujar Youra lemah. Kasut kanannya dibuka dan stokin yang dipakainya dicabut. Stoking itu diikat di kaki kirinya, cuba menghentikan pendarahan.

Youra mengeluh kecil. Dia berdiri dan menyambung perjalanannya walaupun dengan kaki yang terhincut-hincut.

Dia perlu mencari jalan keluar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro