Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ zweiundzwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:

Hari ini. Hari terakhir dia perlu bertahan di sini menurut Jungkook.

Youra menggigit bibir. Kepalanya terasa sungguh sakit sedari tadi lagi. Fikirnya ia akan mereda tetapi tampaknya ia semakin memburuk.

Perlahan-lahan, dia mengesot ke hujung bilik. Dia hanya diam statik di situ. Sakit itu ditahan sebolehnya.

Dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia sedang mengalami sakit kepala yang mencucuk. Dia tahu, dia sedang diperhati ramai sekarang. Perasaannya mengatakan begitu. Youra takut sekiranya mereka akan mengapa-apakannya setelah tahu akan sakitnya ini.

"Heol!" seorang jururawat yang bernama Dolphin menjerit kuat. Terketar-ketar jarinya menunjuk ke arah alat mengukur gelombang otak Youra. Jururawat lain yang berada di situ pun pantas mengalihkan perhatian mereka ke arah Dolphin.

"Tengok gelombang otak dia!" ujar Dolphin dengan suara dolphin semula jadinya. Cockroach di sebelah mendekatkan diri dengan alat tersebut lalu diperhatinya gelombang otak Youra. Membulat mata sejurus melihat angka yang tentera melebihi kadar gelombang otak manusia biasa!

"Panggil doktor cepat!" cuak Cockroach bersuara. Beberapa orang jururawat yang mendengar laju berlari untuk memberitahu perkara ini kepada Doktor Do. Setakat ini, itulah bacaan tertinggi gelombang otak Youra.

Jururawat yang tersisa memerhati Youra dari luar. Gadis itu kelihatan terduduk statik sahaja di hujung bilik. Pasti ada sesuatu yang tidak kena...

Tidak lama kemudian, muncul doktor Do dengan tergesa-gesa di situ. Doktor Do melihat ke arah alat pengukur gelombang otak Youra seketika lalu melihat ke arah Youra. Mikrofon yang menghubungkan dirinya dengan spesimen di dalam bilik itu dicapai.

"Kim Youra. Kau dengar aku?" soal Doktor Do. Youra di dalam bilik spesimen mula mengetap bibir apabila seluruh tubuhnya berasa panas secara tiba-tiba. Tanganya menggenggam erat baju miliknya.

"Dengar ni. Aku nak kau bagitahu aku apa yang kau rasa," arah Doktor Do. Youra kekal mendiamkan diri. Dia dengar dengan jelas setiap butir perkataan doktor itu. Jangan haraplah dia akan cakap apa-apa. Pasti semua yang dirasainya ini ada kaitan dengan formula ciptaan lelaki itu yang dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Doktor Do merengus kecil menahan geram apabila gadis itu tidak menjawab. Sudah pastilah begitu, seharusnya dia dapat agak apa yang gadis itu akan lakukan sekiranya dia menyuruhnya sebegitu. Macamlah gadis itu mahu mengikut cakapnya.

Doktor Do diam seketika memerhatikan gadis yang menahan sakit itu. Dilihatnya Youra meremas bajunya. Dia tahu gadis itu sedang berada dalam kesakitan.

Tetapi jika benarlah, ini bermakna...

Doktor Do melihat sekeliling. Dolphin digamitnya.

"Pergi panggil dua orang kat luar tu."

"Baik doktor," patuh Dolphin lalu memusingkan badannya untuk pergi. Namun, sempat Doktor Do menahannya sekali lagi.

"Sekejap."

Doktor Do terdiam seketika. Dia memerhati Youra di dalam bilik spesimen.

"Bawa gergaji sekali."

"Baik doktor," jawab Dolphin lagi lalu segera pergi menyelesaikan tanggungjawabnya. Tertanya dia buat seketika, mengapa pula doktor itu mahukan gergaji secara tiba-tiba?

Youra memeluk tubuh. Kepanasan dan sakit kepala yang dirasai bagai tiba di kemuncak sehingga dia sudah tidak mampu untuk berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku lagi. Ingin sahaja dia menjerit di situ. Sungguh, terasa seluruh tubuhnya dibakar dan terasa kepalanya dicucuk besi.

Tidak lama kemudian, bunyi pintu bilik dibuka dari luar kedengaran. Youra langsung mengubah posisinya kepada posisi bertahan. Dia berdiri perlahan-lahan dengan bantuan dinding di belakangnya.

"Si—Siapa—"

Tidak sempat menghabiskan ayat, satu tumbukan hinggap di pipi Youra. Terdorong Youra ke belakang akibat tumbukan mengejut itu. Sudahlah dia tidak dapat melihat apa-apa dengan balutan di matanya ini. Tidak mampu mempertahankan diri.

Youra ditarik oleh seorang pengawal yang dipanggil Dolphin tadi sehingga jatuh. Usai dia terbaring di atas lantai, dirinya disepak dan ditendang berkali-kali oleh dua orang pengawal itu.

Kuat sekali tendangan mereka. Mereka berdua adalah pengawal yang berprestasi terbaik di situ, Dumb dan Dumber. Sememangnya kembar seiras itu mempunyai kekuatan yang sangat tidak disangka. Badan juga berketak-ketak, meremang bulu ketiak sesiapa yang melihat.

Dalam situasi itu, Youra hanya mampu mengangkat tangannya mempertahankan dirinya dari dipijak sebegitu. Serangan bertubi-tubi dari Dumb dan Dumber membuatkan dia hanya mampu bertahan. Setelah lama waktu berlalu, barulah pasangan kembar itu berhenti.

Youra terbaring lemah. Dia mengeluh kecil. Namun, kepalanya langsung sahaja berfikir.

Sekejap...

Mengapa dia langsung tidak merasa sakit?

Kejadian pada hari sebelumnya mula terimbas kembali. Dia juga tidak merasa sakit ketika itu. Tetapi apabila dia mencubit kuat dirinya, dia masih merasa sakit sedikit. Ini tidak. Tiada langsung rasa sakit.

Dumb dan Dumber juga kelihatan terkejut apabila langsung tiada kesan lebam di badan Youra. Mereka berdua mengalihkan pandangan kepada Doktor Do. Di luar, Doktor Do dan jururawat yang memerhati juga sudah membulatkan mata melihat. Tanpa melengahkan masa, Doktor Do menganggukkan kepalanya kepada Dumb dan Dumber.

Youra mengubah posisi kepada duduk. Tidak sampai beberapa saat dia duduk dengan tenang, wajahnya tiba-tiba sahaja ditampar oleh Dumb. Dumb kemudiannya menarik rambut Youra kuat. Hampir terteleng kepala gadis itu dek ditarik oleh tenaga super kuat itu.

Sekali lagi. Youra langsung tidak berasa sakit. Kepalanya dihentak ke lantai oleh Dumb, tetapi juga, dia tidak merasakan sakit.

Tidak sempat ingin menafsir apa yang berlaku, dia ditarik untuk duduk dengan kasar oleh Dumber. Sebilah pisau dikeluarkan oleh Dumber lalu sepantas kilat, pisau itu dilarikan ke wajah Youra.

"Ah!" Youra terjerit kecil apabila merasakan sesuatu yang tajam menghiris pipinya. Dia spontan menekup pipinya dengan tangan. Berkerut dahinya. Perlahan-lahan, pipinya dirasai.

Dia boleh rasa objek tajam itu mengenai pipinya. Dia boleh rasa ketajaman dan kesejukan objek berbesi itu. Tetapi dia langsung tidak berasa sakit. Dan lebih aneh lagi... Tiada darah langsung yang keluar!

Masih dalam keadaan terkejut, Dumber sekali lagi bertindak menghiris lengan Youra. Terhinjut bahu Youra terkejut, lantas lengannya dipegang. Bajunya sudah terkoyak di situ, menjadi bukti bahawa pisau itu memang menghiris lengannya. Tetapi tiada darah.

Ternganga habis jururawat yang memerhati dari luar. Tidak percaya akan situasi itu. Di saat semua masih sibuk berteka-teki, Doktor Do menganggukkan lagi kepalanya kepada Dumb dan Dumber. Sempat anak matanya melirik ke arah gergaji yang diletakkan tidak jauh dari Dumb dan Dumber.

Memahami pandangan itu, Dumb dan Dumber laju membuat kerja. Dumb mengambil gergaji di hujung bilik itu manakala Dumber sudah menolak Youra sehingga terbaring di atas lantai. Menggelupur Youra jadinya.

"Lepaskan!" jerit Youra apabila dirinya ditahan oleh Dumber. Senang sahaja lelaki bersaiz 10 kali ganda darinya itu menahan kedua tangan dan kakinya sehingga dia tidak boleh bergerak. Saat itu, bunyi gergaji yang telah dihidupkan menyapa pendengaran Youra.

Berkerut seketika dahi Youra. Apa... Apa yang mereka ingin lakukan?! Dengan pelbagai syak wasangka dalam diri, Youra lantas menggelupur di situ.

Dia harus melepaskan diri! Orang gila ini mahu menggergajinya!

"Diam boleh tak, budak?" soal Dumber marah. Abangnya dilihat lalu dia mengangguk pelan, memberi signal bahawa keadaan sudah lancar. Dumb faham akan signal itu, dia mendekati Youra dengan gergaji yang sudah dihidupkan.

"Lepas! Lepaskan!" Youra semakin menggila mendengar bunyi gergaji itu semakin mendekat. Dia cuba melepaskan diri namun segala usahanya sia-sia. Tenaga Dumber terlalu kuat. Mendengarkan bunyi gergaji yang semakin mendekat, Youra hanya mampu berteriak kuat.

"AHHHHH!"

Gergaji itu diletakkan di atas perutnya. Dumb dan Dumber saling berpandangan. Dalam kiraan tiga, tubuh Youra mungkin akan terputus dipotong oleh gergaji ini. Doktor Do di luar menggigit kuku. Takut juga jika hasil eksperimennya tidak berjaya.

"Satu!"

"Jebal! Lepaskan saya!" Youra berteriak kuat. Dia menangis teresak apabila sudah tidak bertenaga ingin memberontak lagi.

"Dua!"

"Tolong! Tolong saya!" jerit Youra lagi. Dia tahu, tiada gunanya meminta tolong di situ, saat itu. Namun dia sudah terdesak. Dia tidak mahu mati! Tidak dengan cara begini!

"Tiga!"

"Jungkook!"

Dengan jeritan nama Jungkook, gergaji itu pun didekatkan dengan perut Youra. Youra menjerit kuat apabila merasakan gergaji itu menyentuh kulitnya. Dumb menekan kuat gergaji itu pada kulit Youra, langsung tidak ada sifat berperikemanusiaan. Doktor Do yang berada di luar bilik sudah memerhati dengan fokus, berbeza dengan para jururawat yang sudah mengalihkan pandangan kerana takut darah akan terpercik.

Keadaan menjadi senyap buat seketika. Bunyi gergaji yang kuat itupun terhenti apabila Dumb bertindak mematikan gergaji itu. Membulat matanya melihat ke arah Youra. Dumber juga sudah melepaskan Youra dan bergerak perlahan-lahan menjauhi Youra.

Youra...

Badan Youra langsung tidak terpisah! Gergaji itu bagaikan tidak mampu memotong Youra tadi. Sekuat mana pun Dumb tekan ia tetap tidak terbenam masuk ke dalam perut Youra. Tiada langsung darah yang mengalir, tiada langsung luka yang terhasil!

Jururawat di luar bilik perlahan-lahan memandang ke arah mereka semula. Ternganga masing-masing melihat badan Youra masih utuh. Walaupun masih hidup, Youra sudah pun pengsan di situ kerana kejutan yang melampau.

Perlahan-lahan, kesemua mata di situ memandang ke arah Doktor Do selaku ketua eksperimen ini dan pencipta formula yang disuntik ke dalam badan Youra. Berkerut dahi Doktor Do memandang Youra.

"Hahaha..."

Tidak lama kemudian lelaki berumur itu mula tergelak. Bermula dari gelak yang perlahan, ia semakin berubah menjadi kuat. Para jururawat yang tidak tahu apa-apa turut sama tergelak. Kesian pula melihat bos mereka tergelak seorang diri.

"Akhirnya!" Doktor Do bersuara. Tangannya didepakan ke atas lalu mata dipejam, kononnya bersyukur kepada Tuhan. Tidak langsung dia menghiraukan fakta bahawa dia hampir sahaja membunuh seorang gadis sebentar tadi.

"Akhirnya, formula ciptaan aku membuahkan hasil!"

Mendengarkan itu, kesemua jururawat mula menepuk tangan mereka kuat, memberi tepukan gemuruh kepada doktor kejam itu. Doktor Do tersenyum senget, berasa puas hati dengan kejayaannya.

Bertahun-tahun dia mengusahakan formula ini. Sudah 30 tahun! Akhirnya usahanya terbalas jua. Formula ciptaannya untuk hidup selamanya sudah menjadi!

Doktor Do tersenyum bangga. Dia memerhati Youra yang sudah pengsan.

"Esok, formula ciptaan tu akan sepenuhnya bagi kesan pada diri dia. Perhatikan dia," arah Doktor Do. Kesemua jururawat mula menundukkan badan apabila doktor itu berjalan keluar dari bilik itu.

Selepas ini, dia sudah tidak perlu takut akan kematian!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro