↳˳⸙;; ❝ zwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:
Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik pemerhatian. Kelihatan ramai jururawat yang duduk di situ sambil membuat kerja mereka. Tiada seorang pun yang mengambil kisah tentangnya.
Jungkook mengambil tempat di bangku yang berada di hujung bilik. Jarum suntik dikeluarkan dari poketnya. Lantas cecair berwarna merah pekat di dalamnya diletakkan di tapak tangannya. Dia menggosok darah tersebut ke kedua tapak tangannya agar permukaan yang terkena darah itu menjadi lebih luas.
Tiada masa untuk berasa jijik, hanya ini sahaja caranya. Lagipun, ini adalah darahnya sendiri.
Jungkook berjalan ke arah kaca yang memaparkan keadaan di dalam bilik spesimen. Kelihatan Youra hanya diam terduduk di situ. Tidak pasti sama ada gadis itu tertidur ataupun mengelamun. Diam sahaja dia tidak bergerak.
Jungkook memusingkan badannya memandang jururawat lain yang kini berada di hadapan matanya. Kesemua mereka sibuk membuat kerja masing-masing. Ada yang menulis di kertas, ada yang sedang menaip di komputer, ada juga yang sibuk menekan kalkulator. Entah apa kerja mereka, Jungkook pun tidak tahu.
"Yah!" Jungkook menjerit di situ. Seperti sangkaannya, tiada sesiapa langsung yang menoleh ke arahnya. Masing-masing tidak mempedulikannya, hanya terus menerus membuat kerja masing-masing.
"Yah!"
Sekali lagi Jungkook menjerit tanpa menghiraukan fakta bahawa dia lebih muda daripada semua orang yang berada di situ. Ada dua tiga orang jururawat mula melihat ke arahnya, namun sekejap sahaja. Jungkook melihat sekeliling. Dia berdehem kecil.
"ARGHH!"
Jungkook membongkokkan badannya, tangannya dipegang seperti ia baru sahaja tercucuk pisau. Mendengarkan jeritan kuat Jungkook, kesemua jururawat yang berada di situ langsung memandang ke arahnya.
"Sakit!" ujar Jungkook kuat, lalu dilihatnya kesemua jururawat yang berada di situ. Perlahan-lahan, kedua tapak tangannya ditunjuk ke arah mereka semua. Mencarut terus jururawat yang melihat, sepantas kikat mereka melarikan diri keluar dari bilik itu.
"Darah!"
Jungkook tersenyum puas apabila bilik itu sudah kosong dalam sekelip mata. Cepat-cepat dia berlari anak menuju ke luar pintu bilik itu lalu disemburnya darah di dalam jarum suntiknya di laluan pintu itu. Tombol pintu turut dicalit darah. Jungkook kemudian menutup pintu tersebut dan menguncinya dari dalam.
Mata Jungkook meliar melihat sekeliling. Usai menangkap bayang sebuah kunci di atas meja, lantas Jungkook berlari mengambilnya. Dia meneruskan larian menuju ke pintu bilik spesimen. Kunci itu dimasukkannya ke dalam mangga.
【💉】
Youra yang sedang terduduk di dalam bilik spesimen itu terus menoleh ke arah sumber suara apabila dia terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Dia menggigit bibir, takut sekiranya orang suruhan doktor Do ingin mengapa-apakannya. Mendengarkan tapak kaki yang semakin mendekat, Youra pantas berdiri dari duduknya.
"Jangan dekat!" ujar Youra. Tangannya dihalakan ke hadapan, ingin memberhentikan sesiapa yang berada di hadapannya.
"Youra, ni saya," satu suara menyapa pendengaran Youra. Terdiam Youra seketika.
"Jungkook?"
"Eo, naya," ujar Jungkook. Tangan Youra dipegangnya untuk menenangkan gadis itu. Youra mengetap bibir. Lantas tubuh Jungkook dipeluknya.
"Saya takut..." luah Youra. Jungkook mengeratkan pelukan mereka. Belakang tubuh Youra ditepuknya, ingin menenangkan gadis yang sudah menangis itu.
"Gwaenchana. Saya ada dengan awak."
"Kita kat mana sekarang? Apa yang berlaku?" soal Youra. Jungkook terdiam seketika. Kepala Youra diusapnya.
"Tempat yang sama. Do Psychiatric Hospital. Cuma kita ada kat basement, tempat doktor Do buat kajian dia."
Tergamam Youra mendengar maklumat itu. Tidak tahu bagaimana patut dia bereaksi. Tempat yang sama? Setelah jauh dia melarikan diri, dia berakhir di tempat yang sama juga?
"Awak... Okey?" soal Youra. Jungkook tersenyum nipis.
"Eo, saya okey je. Awak jangan risau. Saya akan cari jalan keluar. Saya akan bawa awak keluar dari sini,"
Youra menggeleng kepalanya laju. Sekali lagi tubuh lelaki itu dipeluk.
"Shireo. Saya tak nak keluar kalau awak takde. Jangan tinggalkan saya lagi..."
Tanpa sedar bibir Jungkook menguntum sebuah senyuman. Tangannya naik mengusap rambut Youra.
"Arraseo. Geokjeong ma,"
Jungkook meleraikan pelukan mereka. "Awak bertahan tau. Tiga hari je. Saya janji saya akan bawa awak keluar dari sini. Eo?" soal Jungkook. Youra menganggukkan kepalanya.
Jungkook memandang wajah Youra. Perlahan-lahan, dia mengangkat tangannya lalu mengusap air mata Youra di pipi.
Kaku terus Youra jadinya. Jantungnya berdegup laju. Terasa pipinya membahang.
Jungkook diam memerhati wajah Youra. Perlahan-lahan, anak matanya turun memandang bibir Youra. Tak semena-mena Jungkook semakin mendekatkan badannya dengan Youra. Youra yang tidak dapat melihat apa-apa hanya mendiamkan diri sahaja. Keadaan menjadi sunyi seketika.
Jungkook menutup matanya apabila wajah mereka semakin mendekat. Masing-masing dapat merasai haba dari nafas mereka. Bibir mereka hampir sahaja bersentuhan.
Tiba-tiba sahaja pintu dikuak kasar dari luar. Jungkook laju menarik semula badannya ke belakang. Youra juga tampak terkejut mendengar bunyi itu.
"Hahaha..." Doktor Do, gerangan yang merempuh pintu tadi mula tergelak melihat Jungkook di dalam bilik spesimen. Sambil ketawa, dia menepuk tangan lalu berjalan mendekati kaca yang memisahkan mereka.
"Jeon Jungkook, bijak ya kau," ujar Doktor Do. Dia tergeleng kecil sambil memandang ke arah mereka.
"Tahu pula kau gunakan kelemahan diorang. Macam mana? Seronok dating dengan girlfriend?"
Jungkook berbalas pandangan dengan doktor Do. Dia tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Lantas bahu Youra dirangkulnya. Terkejut Youra seketika dengan aksi tidak terjangka itu.
"Mestilah seronok. Aku bukan macam kau, single."
Doktor Do mengetap gigi mendengar ayat Jungkook. Youra sudah menahan tawa. Berani pula Jungkook berkata sebegitu.
"Kau!" Doktor Do merengus geram. Lantas dia berjalan menuju ke pintu bilik spesimen, ingin memberi pengajaran kepada Jungkook. Jungkook yang melihat beruk ganas menuju ke arahnya laju menolak Youra pelan ke belakangnya, ingin melindungi gadis itu.
"Kau memang mencabar kesabaran aku!" Doktor Do muncul di muka pintu bilik spesimen. Jungkook hanya memandang doktor itu dengan sebelah kening yang terangkat. Atas bawah dia memandang Doktor Do.
"Sentap ke?" soal Jungkook sinis. Doktor Do lantas sahaja masuk ke dalam bilik itu dengan perasaan marah dan geram. Jungkook pula cepat-cepat membalikkan badannya ke arah Youra lalu dibisikkan sesuatu ke telinga Youra.
"Just three days. Hang in there."
Tanpa sebarang amaran, terus badan Jungkook direntap oleh doktor Do. Youra terus sahaja mengawang-awangkan tangannya ke hadapan, ingin menghalang Jungkook dibawa pergi. Mujur sahaja Jungkook masih berada di situ. Namun begitu, disebabkan tidak nampak apa-apa pun, Youra secara tidak sengaja telah memegang rantai di leher Jungkook.
"Jungkook!" panggil Youra. Dia ingin memegang tangan Jungkook, namun Doktor Do lebih pantas menolak dirinya. Hal itu menyebabkan dirinya tidak stabil ditambah lagi dengan mata yang tidak dapat melihat apa-apa. Terus sahaja Youra jatuh ke atas lantai. Rantai Jungkook yang dipegangnya tadi telah putus ditariknya.
"Jungkook!" panggil Youra. Dia cuba membangunkan diri, rantai di tangannya dipegang erat. Namun dirinya kembali ditolak oleh doktor durjana itu sehingga terlepas rantai itu dari genggamannya. Jungkook bergelut kecil dengan doktor Do sebelum dia diheret keluar dari bilik spesimen itu.
Pintu bilik spesimen itu ditutup kuat dari luar. Youra menggigit bibirnya. Lantas dia meraba-raba di sekitar lantai berdekatannya, cuba mencari rantai Jungkook yang terjatuh.
Tidak lama, dia kembali menjumpai rantai itu semula. Youra menghembus nafas lega, dipegangnya rantai itu erat, seperti itu adalah Jungkook sendiri dan dia tidak mahu melepaskannya.
Youra mengesot ke tepi bilik. Badannya disandarkan pada dinding. Youra menghela nafas sambil tangannya menyentuh rantai Jungkook. Namun, rantai itu terasa agak aneh. Berkerut dahi Youra.
Kali ini, rantai itu dirasanya lagi. Tekstur pada rantai itu mengingatkannya kepada sesuatu. Untuk memastikan, Youra menyentuhkan jarinya di sepanjang rantai itu. Sampai di tengah rantai, jarinya tersentuh loket berbentuk hati di situ.
Bagaikan tidak asing dengan rantai itu, Youra langsung membuka loket. Jari Youra menyentuh permukaan loket itu.
"Appa?"
Rantai loket ini. Jelas mengingatkannya kepada keluarganya. Keluarga kandungnya, untuk lebih tepat.
Ya, Youra telah diambil sebagai seorang anak angkat oleh keluarga Kim. Tuan Kim dan Puan Kim bukanlah ibu bapa kandungnya. Sebab itulah mereka langsung tidak kisah menggadaikan nyawanya demi sejumlah wang.
Keluarga kandung Youra? Sejujurnya, Youra tidak tahu. Dia hanyalah seorang perempuan berumur lima tahun ketika ibunya meletakkannya di pusat jagaan kanak-kanak. Wajah ibu dan ayahnya juga langsung tidak diingati. Memorinya terbatas.
Tetapi... Loket ini. Dia masih ingat loket pemberian ayahnya ini. Rantai loket ini merupakan hadiah hari jadinya. Ayahnya membuat sendiri rantai loket ini. Di dalam loket berbentuk hati ini, terdapat gambar mereka sekeluarga. Ibunya, ayahnya, dirinya sendiri dan kembar lelakinya, Nabi.
Tetapi, seingat Youra, dia telah tertinggal rantai loket ini di rumahnya dahulu. Dia sedang nyenyak tidur di dalam biliknya apabila ibunya tiba-tiba sahaja menyuruhnya bangun di tengah malam.
Tanpa memberi apa-apa penjelasan, ibunya telah menariknya masuk ke dalam kereta dengan paksa. Barang-barangnya telah dikemas oleh ibunya, namun rantai loketnya tidak diambil kerana berada di dalam laci meja.
Dalam perjalanan, mereka ada terserempak dengan ayah Youra yang baru pulang dari kerja. Ya, ayah Youra selalu bekerja sehingga lewat malam. Youra yang tidak tahu apa-apa ketika itu hanya mampu berdiam diri sahaja ketika ibunya mulai meninggikan suara kepada ayahnya.
Usai bertikam lidah, dirinya terus diheret oleh ibunya menuju ke arah kereta. Sempat dia memanggil ayahnya ingin meminta tolong kerana takut dengan perubahan drastik personaliti ibunya, namun ayahnya hanya diam sahaja berdiri di situ. Youra tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, juga kepada Nabi...
Malam itu juga, dia terus dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Di dalam kereta, dia ada memberitahu bahawa rantai loketnya tertinggal di dalam bilik. Seperti babak-babak di dalam filem yang lain, ibunya berkata bahawa dia ingin pergi mengambil rantai loket itu dan meninggalkan Youra bersendirian di tengah malam di hadapan pusat asuhan kanak-kanak.
Youra ditinggalkan bersendirian bersama keadaan sekeliling yang gelap gelita dan kesejukan. Terasa dia ingin membeku pada malam itu lagi-lagi apabila dia hanya memakai pajama yang nipis. Youra menunggu dan menunggu sehinggalah dia tertidur di situ. Dia tetap menunggu apabila dia disuruh masuk oleh penjaga di pusat asuhan itu. Sehinggalah pada waktu dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Kim, dia membantah dan tetap menunggu ibunya.
Tetapi tidak lagi. Ya, Youra akui dia sangatlah bodoh dahulu. Menunggu sesuatu yang sudah pasti tidak akan muncul kembali.
Peristiwa itu jugalah yang membuatnya seperti ini sekarang. Seorang yang dahagakan kasih sayang. Seorang yang takut dibuang dan diabaikan begitu sahaja.
Youra menyentuh pelan rantai loket yang menyimpan seribu kenangan itu. Muncul satu pertanyaan di benak kepalanya.
Mengapa rantai loket ini ada pada Jungkook?
Memikirkan akan personaliti ibunya dahulu, Youra pasti ibunya tidak akan kembali ke rumah mereka dan mengambil rantai loket ini. Pasti ayahnya atau Nabi yang menyimpan rantai loket ini.
Tetapi, bagaimana pula rantai loket ini ada pada Jungkook?
Mungkinkah mereka telah menjual rantai loket ini? Ataupun... Mereka sendiri yang telah memberi rantai loket ini kepada Jungkook?
Ini bermakna, Jungkook tahu siapa dan di mana kedua-dua ahli keluarganya itu.
Kan?
Youra menggigit bibir. Dia membaringkan diri di situ. Rindu, sumpah dia rindu akan ayahnya dan Nabi. Ayahnya merupakan insan yang paling dia sayang, dahulu dan sekarang. Nabi pula merupakan satu-satunya teman baiknya.
Dia mahu berjumpa dengan mereka. Sekarang juga kalau boleh.
Tetapi lihatlah, dia berada di mana sekarang...
Dijadikan spesimen oleh doktor Do.
"Appa, Nabi-ah..." Youra bersuara kecil. Rantai loket itu dipeluknya erat. Dia teresak kecil di situ, melepaskan rindu yang mencengkam diri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro