「 DAY-6 」
Youra melihat sekeliling. Kelihatan kesemua pelajar sedang sibuk bermain dengan bunga-bungaan di taman. Ada yang sudah mengorek tanah, ada yang mula memakan bunga di situ, ada juga yang menggigit batang pokok. Kesemua perlakuan aneh pelajar itu dihiraukan Youra kerana fokusnya hanya pada satu pelajar sahaja.
Jungkook.
Ke mana agaknya lelaki itu pergi?
Youra menggeleng kecil. Matanya digosok dan dibuka luas, sekali lagi pandangannya meliar ke sekitar taman itu. Masih tiada batang hidung Jungkook di situ.
Youra menggigit bibir. Jungkook baik-baik sahaja kan? Bagaimana sekiranya dia ditangkap oleh pihak hospital ini?
Malam tadi, Jungkook ada menyelinap masuk ke bilik Youra dan memberitahu bahawa dia ingin pergi mencari jalan keluar pagi ini. Youra ingin mengikutinya, namun Jungkook menyuruh Youra untuk tinggal bersama pelajar lain.
Jungkook juga ada meminta pertolongannya untuk membuat onar pada pagi itu supaya dia dapat meloloskan diri dengan senang. Mengikut sahaja arahan yang diberikan kepadanya, Youra berjaya membuat kekecohan di awal pagi. Sekali lagi dia mengorbankan seorang pelajar yang tidak bersalah dalam kekecohan itu.
Masa berlalu, dan sekarang telah pun masuk waktu petang. Bayang Jungkook masih tidak kelihatan. Adakah dia masih mencari jalan keluar?
Youra melangkah ke arah Jaehyun yang berada tidak jauh dari situ. Dia kenal Jaehyun sebagai rakan Jungkook. Sambil itu mata Youra memerhati jururawat bertugas. Nampaknya kebanyakan mereka sedang sibuk berbual sesama sendiri. Ada juga yang sudah tersengguk menahan kantuk.
"Jaehyun," panggil Youra, bahu Jaehyun yang sedang mengorek tanah itu dicuitnya. Jaehyun memusingkan kepala memandang Youra. Youra hanya mampu menahan geli melihat lelaki itu mengunyah sesuatu dengan tanah yang melekat di wajahnya.
"Nampak Jungkook tak?" soal Youra. Jaehyun menggeleng kepala. Dia kembali mengorek tanah dan membalikkan badannya, ingin memberi Youra sesuatu.
"Wae?" soal Youra hairan. Jaehyun menarik pelan tangan Youra, lalu meletakkan benda di dalam genggamannya di atas tapak tangan Youra. Perlahan-lahan dia menarik tangannya semula.
"Apa yang- AH!"
Youra terjerit kuat apabila melihat seekor cacing berada elok di atas telapak tangannya. Tangannya dikebas dengan laju. Cuak dia melihat sekeliling, takut-takut kalau jururawat bertugas mendengar jeritannya. Terpinga-pinga Jaehyun melihat Youra yang tampak dalam ketakutan dan kejijikan.
"Geli lah!" ujar Youra sedikit geram. Jaehyun menggeleng kepala. Cacing yang dibaling Youra tadi diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Jaehyun!" Membulat mata Youra melihat. Tidak sempat ingin menghalang, Jaehyun terlebih dahulu mengunyah cacing di dalam mulutnya. Youra hanya melihat dengan ngeri. Belakang badan Jaehyun ditepuknya.
"Yah! Keluarkan balik cacing tu! Keluarkan!" ujar Youra cemas. Boleh pula Jaehyun menggeleng kepala tidak mahu. Habis ditelannya cacing itu lalu mulutnya dibuka, ditunjuk ke arah Youra.
"Dah habis!" ujar lelaki itu ceria. Youra hanya mampu melihat dengan seram. Ternganga mulutnya dek tidak sangka dengan situasi itu.
"Sedap!" ujar Jaehyun sambil menjilat jarinya. Dia memusingkan badannya membelakangi Youra lalu sambung mengorek tanah. Youra pula bagaikan mayat hidup apabila melihat situasi itu berlaku di hadapan mata.
"Gila..." komen Youra perlahan. Dia melihat sekeliling. Saat itu, baru dia dapat lihat aktiviti aneh para pelajar di situ.
"Semua orang gila," ujar Youra. Satu persoalan mula hinggap di kepala. Mengapa doktor Do mahukan mereka semua gila? Benarkah satu-satunya motif adalah kerana dia menginginkan pesakit di hospitalnya?
Jikalau begitu, dapatlah Youra simpulkan bahawa doktor Do ialah seorang doktor gila. Hospital gilanya tidak mempunyai pesakit dan dia mahukan pesakit. Sebab itulah dia menculik pelajar dari Daegu High School dan membuat mereka gila.
Tetapi, mengapa Youra rasa bahawa itu bukan motif utama doktor Do?
Youra terduduk di atas tanah. Rumput-rumput di sekelilingnya dicabut. Tak semena-mena dia teringat akan keluarganya. Eomma. Appa...
Percutian mereka ke pulau Jeju sepatutnya hanya mengambil masa selama seminggu. Jikalau mereka diculik lebih dari seminggu, tidakkah ibu bapa mereka risau akan keselamatan anak mereka? Sudahlah mereka langsung tidak menghubungi sesiapa dalam tempoh diculik kerana segala barang telah dirampas oleh pihak hospital ini.
Kalau begitu, pastilah ibu bapa mereka akan membuat laporan polis, bukan?
Pasti polis akan menyiasat tentang hal ini!
Youra tersenyum hambar. Gwaenchana. Sikit saja lagi dia perlu bertahan. Harap-harapnya, doktor Do ada meninggalkan sedikit bukti di sekolah untuk memudahkan penyiasatan pihak polis.
"AHHHHH!!"
Tertoleh kepala Youra ke arah sumber jeritan itu. Berkerut dahinya melihat seorang pelajar perempuan sedang berlari laju. Di belakangnya, kelihatan rakan sekelasnya, Koo Minjae sedang berlari laju mengejar perempuan itu sambil menyalak kuat seperti seekor anjing.
Youra kekal melihat situasi itu dengan hairan. Ketika itu, Minjae menerkam salah seorang pelajar lelaki di situ dan menggigit lengannya. Membulat mata Youra melihat. Menjerit kesakitan pelajar lelaki itu. Tak lama kemudian, dia berlari laju sambil menyalak, persis seperti Minjae.
"Minjae dah jadi ni!"
Menjerit kuat pelajar-pelajar di situ mendengar kata-kata pelajar perempuan tadi. Masing-masing mula berlari laju tanpa hala tuju. Youra yang tidak faham akan situasi sekarang turut melarikan diri.
Dia melihat ke arah jururawat bertugas. Mereka semua tampak memasang riak menjengkelkan, bagaikan tidak kisah akan apa yang berlaku sekarang. Youra sendiri juga hairan. Adakah ini permainan para pelajar atau memang Minjae sudah bertukar menjadi zombi?
Tetapi, wujudkan zombi?
"AH-"
Di saat sedang berlari di dalam keramaian, tubuh Youra tiba-tiba sahaja ditarik masuk ke dalam sebuah lorong di situ. Jeritannya terpotong apabila mulutnya ditekup dengan tangan seseorang. Membulat mata Youra sambil cuba memberontak.
"Shhh. Ni saya,"
Terhenti terus pergerakan Youra mendengar suara itu. Tangan yang menekup mulutnya dilepaskan. Youra lantas memusingkan badannya menghadap orang yang menariknya.
"Jungkook?"
"Anneyong," sapa Jungkook dan tersenyum manis. Youra memegang kedua bahu Jungkook. Wajah dan badan Jungkook ditiliknya.
"Awak okey je kan? Takde cedera kat mana-mana kan?"
"Mestilah! Ini kan Jungkook!" ujar Jungkook sambil menepuk dadanya dengan bangga. Youra menghembus nafas lega. Lengan Jungkook dicepuknya.
"Hish! Awak lah! Lama sangat tak munculkan diri. Saya takut kalau ada apa-apa jadi kat awak," ujar Youra. Jungkook mengangkat kening lalu tersenyum nakal.
"Wae? Awak risau eh?"
"Tak!" Youra pantas menjawab. Pandangannya dialihkan. Jungkook tergelak kecil.
"Ha, kenapa awak tarik saya masuk sini?" soal Youra ingin mengubah topik. Jungkook tersenyum kecil. Lengan Youra ditariknya masuk lebih dalam ke lorong itu.
"Saya jumpa jalan keluar,"
"Jinjja?" soal Youra terkejut. Memang dia tahu Jungkook seorang yang hebat, tetapi dia tidak menyangka Jungkook dapat mencari jalan keluar secepat ini. Jungkook menganggukkan kepala.
"Awak tahu bangunan lama tu? Yang ada Black Room. Kita pernah pergi sebelum ni," ujar Jungkook. Youra menganggukkan kepala, tanda dia masih ingat akan bangunan itu.
Jungkook melihat ke hujung lorong, takut-takut kalau ada sesiapa yang lalu di situ. Melihatkan para pelajar sedang berlari dan menjerit kuat di luar, Jungkook mendekatkan diri dengan Youra.
"Kat belakang bangunan tu, ada semak. Bila saya tengok semula, ada pagar kat situ. Pagar berdawai," bisik Jungkook. Terkedip-kedip Youra memandang ke arah Jungkook. Badannya keras tidak bergerak dek jarak dekat antara mereka berdua saat ini.
Jungkook kembali menjarakkan badannya semula. "Nasib baik juga tu bukan pagar elektrik. Saya dah cuba tarik pagar tu untuk buat lubang keluar dari situ tadi. Ambil masa lama sebab pengawal keselamatan kat situ asyik meronda setiap saat."
"Oh," Youra mengangguk kecil. Dia masih lagi terkesan dengan jarak dekat mereka tadi. Boleh dia rasa nafas hangat Jungkook di telinganya. Selepas beberapa saat, dia bagaikan tersedar dari fikirannya.
"Hah?!" soal Youra terkejut. "Awak cakap pagar tu berdawai. Lepastu awak cakap awak tarik pagar tu untuk buat lubang," ujar Youra. Dia terdiam seketika sebelum mulutnya terlopong memandang Jungkook.
"Yah! Tak sakit ke tangan awak?"
"Eyy, kan saya dah cakap. Ini kan Jungk-"
Youra menarik kedua tangan Jungkook. Membulat matanya melihat telapak tangan Jungkook yang penuh dengan luka dan darah. Lengan baju Jungkook diselak, mendedahkan lebih banyak calar dan luka.
"Jungkook! Kenapa..." Youra tidak mampu meneruskan ayatnya. Jungkook pantas menutup semula lengan bajunya yang diselak. Dia tersenyum kecil.
"Saya okey je-"
"Tak! Awak tak okey lah! Awak tunggu sini, biar saya cari ubat," ujar Youra lalu berura-ura untuk pergi, namun tangannya dipegang oleh Jungkook. Jungkook menggeleng kecil.
"Youra, serius saya-"
"Ani!" potong Youra. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia risau dengan Jungkook. Jungkook menatap wajah Youra. Satu senyuman terbit di bibirnya.
"Macam ni lah rasanya bila ada orang yang risau tentang kita."
"Eo?" soal Youra. Jungkook mengusap kepala Youra. Terdiam Youra jadinya.
"Youra-ah. Malam ni, saya nak pergi sana lagi. Saya nak buat lubang sebesar yang mungkin. Lubang tadi pun mungkin kucing je yang muat masuk. Tolong alihkan perhatian jururawat tu nanti ya?"
"Tapi-" Kata-kata Youra terhenti apabila Jungkook meletakkan jarinya di bibir Youra.
"Jangan risau. Saya okey je. Saya pernah kena lagi teruk lagi. Jadi jangan risau pasal saya, okey?" soal Jungkook. Youra mendiamkan diri.
"Kalau awak tak pergi?" soal Youra. Kepalanya diangkat memandang Jungkook.
"Sepatutnya kita pergi bercuti seminggu je. Kita dah ada kat sini selama enam hari. Kita langsung tak contact siapa-siapa. Kalau dah lebih seminggu, mestilah mak ayah kita risau kan? Mesti diorang report polis kan?" soal Youra lagi. Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dia sedang berharap.
Berharap agar Jungkook tidak mencederakan dirinya.
"Jadi... Kita tak payah cari jalan keluar. Kita pura-pura jadi gila macam diorang dan tunggu polis datang selamatkan kita. Eo? Tak payahlah cederakan diri awak," tambah Youra lagi. Jungkook mengemam bibirnya.
"Youra-ah, saya betul-betul okey. Jangan risau pasal saya. Kita dah jumpa jalan keluar, takkan kita nak duduk kat sini lagi? Nak tunggu polis tu siap siasat, entah berapa lama lagi kita kena duduk kat sini. Silap haribulan, kes ni ditutup macam tu je sebab diorang tak jumpa apa-apa bukti. Ibu bapa kita boleh je diberi duit pampasan. Zaman sekarang ni, anything is possible with money," ujar Jungkook.
"Lagipun, kalau kita duduk sini, tak semestinya kita akan hidup. Kita tak tahu apa yang doktor tu rancang..."
"Kalau macam tu, bawa saya sekali!" ujar Youra. "Kita boleh bekerjasama buat lubang kat pagar tu. Kalau dua orang yang bekerjasama, mesti lagi cepat kan?" soal Youra dengan penuh berharap.
Jungkook menggeleng pelan. "Kalau kena tangkap, dua-dua pun kena tangkap..." ujarnya. Youra mengetap bibirnya.
"Habistu, awak nak kena tangkap sorang-sorang lah?!" soal Youra. Tubir matanya sudah mula berair. Dia tidak mahu kehilangan sesiapa lagi. Dia tidak mampu melindungi Areum. Sekurang-kurangnya, dia mahu melindungi Jungkook.
"Kalau saya kena tangkap, at least awak masih normal kan? Awak masih ada peluang untuk cari jalan keluar yang lain," ujar Jungkook. Youra laju menggeleng kepala. "Kalau macam tu, biar saya yang pergi," ujar Youra. Jungkook tersenyum kecil.
"Awak boleh ke tarik pagar tu?"
"Mestilah boleh!" jawab Youra bersemangat, walaupun dia tahu, dia pasti tidak akan mampu menarik pagar itu. Maklumlah, tenaga yang dia ada tidaklah banyak. Dia sendiri ialah seorang perempuan. Tambahan pula, dia memang seorang yang tidak kuat. Nak dibandingkan dengan Jungkook, memang tenaga Jungkook 10 kali ganda lebih banyak darinya.
Jungkook tergelak kecil. Rambut Youra diserabaikannya.
"Dah, jangan mengada,"
"Bukan mengada lah!" protes Youra sambil merengus kecil. Rambutnya dibetulkan. Tersenyum senget Jungkook melihat telatah Youra.
"Kyeopta,"
"Ingat cair lah?" soal Youra lalu berdecit. Dia mengalihkan pandangannya sambil berpeluk tubuh. Tergelak Jungkook jadinya.
"Aigoo..."
Jungkook tersenyum kecil. Lengan Youra ditariknya menuju ke hujung lorong.
"Dah, pergi sana semula. Hati-hati dengan zombie tu. Dia memang suka menggigit. Bila saya suruh dia gigit semua orang, makin sukalah budak tu jadinya," ujar Jungkook sambil melihat ke arah Minjae yang sedang menggigit batang pokok dengan rakus.
"Awak ke yang..." Youra mengecilkan mata memandang Jungkook. Patutlah tiba-tiba je dia jadi zombi. Rupanya anak Jeon ni sudah memanipulasi minda Minjae! Pasti Jungkook berbuat demikian kerana ingin berjumpa dengan Youra. Dengan adanya kekecohan, peluang mereka untuk tertangkap ketika berjumpa lebih tipis.
"Arraseo. Awak pun hati-hati. Jangan cederakan diri," ujar Youra. Dia menyeluk poket seluarnya lalu dihulur sebungkus roti dan sebotol air pada Jungkook.
"Saya curi tadi. Mesti awak lapar kan," kata Youra. Maklumlah, Jungkook hanya makan pagi tadi sahaja. Makan tengah hari dan makan petang tidak kelihatan langsung kelibatnya. Malam ini pula dia mahu pergi lagi, bermakna dia tidak akan makan lagi. Jungkook tersenyum kecil seraya menerima huluran tersebut.
"Gomawo."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro