↳˳⸙;; ❝ vierzehn ᵕ̈ ೫˚∗:
Youra membuka mata apabila badannya terasa sakit. Berkerut dahinya cuba menafsir di mana dia ada sekarang. Dilihatnya sekeliling. Setelah beberapa saat, barulah mindanya dapat berfungsi. Dia berada di dalam sebuah kereta.
Youra mendudukkan dirinya. Dia sedang terbaring di atas tempat letak kaki di kerusi belakang. Pasti kereta ini telah dibrek secara mengejut yang menyebabkan tubuhnya terjatuh ke bawah.
Youra memandang tangannya yang sudah berikat di hadapan. Merasakan ada selotep yang dilekatkan di mulutnya, Youra lantas mencabut selotep itu. Dengan bersusah-payah, dia cuba untuk duduk semula di tempat duduk belakang.
Bahagian pemandu dan sebelahnya dipandang. Tuan Kim dan Puan Kim. Youra meneliti jalan yang mereka sedang lalui. Dia tidak tahu jalan apakah ini, tetapi di kiri dan kanan jalan ini dipenuhi dengan hutan tebal.
Tak semena-mena situasi pagi tadi menjengah minda. Jalan yang dia jumpa pagi tadi pun terdapat hutan tebal di sekelilingnya.
"Eomma. Appa. Kita nak pergi mana?" soal Youra datar. Puan Kim menoleh ke belakang. Dia tersenyum sinis melihat Youra.
"Eo, dah bangun?"
"Sanggup eomma appa buat Rara macam ni. Macam mana dengan waktu yang kita habiskan bersama?" soal Youra. Sebak sahaja nada suaranya. Terasa seluruh tenaganya sudah menghilang entah ke mana.
"Diam jelah," ujar Tuan Kim. Youra terdiam seketika. Walaupun dia sayang akan dua manusia ini, dia tidak boleh membiarkan mereka mencederakannya seperti ini!
Youra memerhati tali di tangannya. Diperhati ikatan yang digunakan untuk mengikatnya. Tidak lama masa yang diperlukan, terus dia mula menggigit tali itu, meleraikan satu persatu ikatan tali itu.
Keadaan di dalam kereta itu mulai senyap. Tidak lama kemudian, tali yang mengikat tangan Youra berjaya terlerai. Youra meregangkan tangannya.
"Berhenti sekarang," arah Youra. Tuan Kim tergelak kecil. Youra dilihatnya melalui cermin pandang belakang.
"Kalau tak apa? Kau nak belasah kitorang?"
"Kau fikir kau siapa nak suruh orang huh?" soal Puan Kim. Youra menggigit bibirnya.
Saat itu, dia teringat sesuatu. Disebabkan dia hidup dengan ibu bapa yang mata duitan, dia tahu segalanya tidak mustahil. Oleh itu, dia telah menyembunyikan sebuah telefon kecemasan di celah kerusi penumpang untuk mendapatkan bantuan sekiranya ibu bapanya mengulangi kesalahan yang sama.
Lantas dia menyeluk tangannya ke dalam tempat diletakkan telefon itu. Dia meraba sekeliling dan tersentuh sebuah objek keras. Lantas objek itu ditariknya lalu ditekan punat di tepi telefon itu lama. Sementara menunggu telefon itu terbuka, dia menyorokkannya di belakang badannya.
"Eomma, appa, jebal. Kenapa korang buat macam ni pada Rara?" soal Youra. Puan Kim menoleh ke belakang melihat anaknya.
"Sebab kitorang nak duit."
Badannya kembali dipalingkan ke hadapan.
"Siapa sangka lelaki tu sanggup bayar kitorang tinggi semata-mata untuk kau."
Bertaut kening Youra mendengar. Lelaki tu? Bayar tinggi? Untuk... dia?
Mungkinkah lelaki itu doktor Do?
Tetapi, atas alasan apa doktor itu mahukan dirinya?
Youra menyeluk telefon pintar dari belakangnya. Kedua ibu bapanya dipandang sekilas. Lantas telefon itu dibukanya dan ditekan aplikasi Mesej.
Nombor 112 ditekannya. Sepantas yang mungkin, dia menaip butir-butir aksara di situ.
Saat itu juga, Puan Kim menoleh ke belakang semula apabila otaknya terimbas bayangan Youra dengan tangan yang sudah tidak terikat.
"BUDAK TAK GUN-"
Membulat matanya melihat sebuah telefon di pegangan Youra. Youra juga tampak terkejut apabila Puan Kim menoleh ke belakang. Sepantas kilat dia cuba menghantar mesej yang tidak habis lagi ditaipnya itu namun Puan Kim lebih pantas menyambar telefon itu dari genggaman Youra. Mujur sahaja Youra sempat memegangnya erat.
"Lepaslah!" jerit Puan Kim. Dia kini sedang berebut telefon itu dengan Youra. Tuan Kim pula bersilih-ganti memandang ke hadapan dan ke tepi. Youra melirik ke arah teks yang dia tulis.
sos do psychaitruc hosp
Dek menaip terlalu laju, dia telah mempunyai kesalahan ejaan dan tidak sempat menaip sehingga habis. Walaupun begitu, dia perlu juga hantar pesanan ringkas itu!
Dengan terpaksa, Youra terus menggigit kuat tangan Puan Kim yang sedang menarik telefon itu. Puan Kim menjerit kuat lalu melepaskan telefon itu. Di kesempatan itu, Youra laju menghantar mesej tersebut.
Sepantas yang mungkin, Youra mencapai bantal di sebelahnya. Telefon itu diselitkan di dalam bantal itu. Tingkap dibuka lalu Youra membaling bantal itu keluar.
"Anak haram!" Saat itu juga, rambutnya direntap kuat oleh Puan Kim. Youra mengaduh kuat. Dia terdorong ke belakang kerana tarikan kuat Puan Kim. Satu tamparan hinggap di pipi Youra.
"Tak guna!"
Satu tamparan diberi pada Youra.
"Kenapa. Kau. Baling. Telefon. Tu. Keluar?!"
Beberapa tamparan hinggap lagi di pipi Youra. Pecah bibir Youra jadinya. Darah mengalir keluar dari bibirnya, namun boleh lagi dia tersenyum sinis ke arah Puan Kim.
"Kenapa? Eomma nak ambil telefon tu dan padam mesej tu? Youra tak bodoh macam eomma lah."
Usai habis berbicara, wajahnya ditampar kuat sehingga dia terjatuh ke bawah. Puan Kim mengetap bibirnya geram. Youra sudah terbatuk kecil. Seketika dia terasa sebak apabila mengingatkan fakta bahawa Puan Kim ialah ibu kandungnya.
"Kim Youra! Kau dah melampau!" Tuan Kim menjerit kuat. Youra mendudukkan dirinya. Dengan nafas yang turun naik, dia terus meluru ke hadapan dan memegang stereng kereta. Stereng itu dipusingnya ke kiri dan ke kanan.
"Berhenti! Berhenti sekarang!"
"KIM YOURA!" Tuan Kim menjerit kuat apabila kereta yang dipandunya bergerak ke kiri dan ke kanan dengan kelajuan yang tinggi. Puan Kim sudah menjerit ketakutan.
Youra masih tidak melepaskan pegangannya. Dia nekad. Dia tidak kisah sekiranya ibu bapanya mati di dalam kemalangan ini. Apa yang penting sekarang ialah dirinya. Saat itu juga, kelihatan sebuah kereta sedang memandu dengan kelajuan yang tinggi dari arah yang bertentangan.
"YEOBO!" Suara kuat Puan Kim kedengaran. Youra laju melepaskan pegangannya pada stereng kereta dan berundur ke tempat duduk penumpang di belakang. Dalam situasi genting itu, Tuan Kim dengan cemas memusingkan stereng kereta ke tepi, mengelak dari melanggar kereta tersebut sekaligus menyebabkan kereta itu melanggar sebuah pokok.
Berasap habis kereta itu. Remuk bahagian hadapannya. Kereta yang hampir dilanggar tadi berhenti drastik apabila melihat sebuah kemalangan di situ.
Youra terbatuk kecil. Kepalanya yang terasa sakit akibat terhantuk tingkap dipegangnya. Dia melihat ke kerusi hadapan. Kedua ibu bapanya hanya diam sahaja dengan kepala mereka tersandar pada beg udara yang sudah keluar.
Youra menggeleng kepalanya, cuba memfokuskan pandangan yang terhalang dek asap di situ. Dengan berhati-hati, dia pergi ke tempat duduk sebelah pemandu, yakni tempat duduk Puan Kim. Tanpa menghiraukan Puan Kim, Youra duduk di atas pangkuannya dan membuka pintu di sebelahnya. Bahagian hadapan kereta itu sudah remuk dan kaki Puan Kim juga sudah tersekat di situ, namun pintu masih boleh dibuka.
Youra terus keluar dari kereta itu. Terbatuk-batuk dia sambil mencari jalan menjauhi kereta itu. Terhinjut-hinjut jalannya dek kakinya yang masih sakit. Saat itu juga, pemandu kereta yang berhenti tadi keluar apabila melihat kelibatnya.
"Omo! Awak tak apa-apa?" Pemandu wanita yang baik hati itu lantas mendapatkan Youra. Youra yang sudah lemah terus terjatuh di situ. Wanita itu cuak seketika. Tidak mampu menolong Youra kerana perut boyotnya, dia sekadar menarik tangan gadis itu untuk bangun.
"Bangun, awak. Saya dah call polis dah," ujar wanita mengandung itu. Youra memaksa dirinya untuk bangun. Wanita itu memimpin Youra menuju ke keretanya. Pintu sebelah pemandu dibuka lalu dia menolong Youra duduk di situ.
"Gwaenchanayo?" soal wanita itu. Diambilnya kit pertolongan cemas dari tempat duduk belakang untuk merawat dahi dan bibir Youra yang sudah berdarah.
Youra kekal mendiamkan diri. Saat itu, dia terasa sungguh mengantuk dan ingin melelapkan matanya. Namun wanita itu lantas menampar pelan pipi Youra.
"Jangan tidur. Stay with me, eo?" soal wanita itu. Youra menggeleng kepalanya. Sedaya upaya rasa kantuknya cuba ditahan.
"Tolong..."
"Nae? Jangan risau, saya dah call polis. Sepatutnya diorang dah sampai," wanita itu menilik jam di keretanya. Sebenarnya dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan suaminya di sebuah pusat pemulihan untuk berhenti merokok. Dia telah menggunakan jalan ini kerana jalan ini lebih sunyi dan lenggang daripada jalan besar.
Tidak disangka pula dia telah menjadi saksi kepada kemalangan itu. Nyaris-nyaris nyawa dirinya dan anaknya melayang. Dalam hati, dia bersyukur kerana pemandu kereta itu berjaya membelok ke tepi. Namun, mereka pula yang mungkin terkorban.
Tetapi, dia tahu sesuatu tidak betul. Sempat dilihat sekilas tadi, Youra telah mengawal stereng kereta itu dari belakang dan menyebabkan kereta itu hilang kawalan.
"Apa yang berlaku?" soal wanita itu. Pipi Youra ditepuknya pelan apabila dilihatnya gadis itu ingin melelapkan mata. Tangannya lincah bergerak membuka kit pertolongan kecemasan.
"Saya..." Youra menghela nafas. Terasa tiada tenaga langsung untuk bercakap. Namun, secara tiba-tiba sahaja wajah Jungkook muncul di mindanya.
Jungkook...
"Salah seorang dari kita kena survive, dan itu awak!"
Bagaikan satu semangat, Youra terus mengubah kedudukannya. Wajah wanita di hadapannya dipandang. Satu-satunya harapannya yang tinggal.
"Tolong... polis..."
"Eo, jangan risau. Saya dah-"
"Ani," Youra menggeleng kepala. Pelopak matanya mula berair apabila teringat Jungkook yang ditarik masuk semula ke hospital itu.
"Ada doktor yang culik saya. Dia bawa saya ke hospital gila sedangkan saya waras. Saya berjaya keluar dari situ, tapi diorang cuba nak tangkap saya semula. Tolong saya," ujar Youra, tangisannya jatuh ke pipi. Membulat mata wanita itu mendengar. Telefon pintarnya di dalam poket terus dicapai tanpa berkata apa-apa lagi.
Saat itu juga, mata Youra tertangkap kelibat seseorang keluar dari keretanya sambil terbatuk kecil. Berdegup laju jantungnya melihat orang itu. Lengan wanita itu dipegangnya.
"Hello? Saya ada satu kecemasan–"
"Masuk dalam kereta sekarang," ujar Youra cemas. Wanita itu terpinga-pinga seketika dek tidak faham, namun tetap diturutkan arahan itu. Dia berlari anak menuju ke tempat pemandu.
"Kenapa..."
Tergantung terus ayat wanita itu apabila dilihatnya Tuan Kim sedang keluar dari kereta itu. Lelaki itu menghalau asap di sekelilingnya, sebelum pandangannya tertancap pada kereta yang dinaikinya itu.
"Jalan..." arah Youra pelan. Tuan Kim hanya kekal diam memerhati mereka. Tanpa sebarang amaran, dia berlari menuju ke arah mereka.
"JALAN SEKARANG!" Jerit Youra kuat dek terkejut. Wanita itu juga sudah terjerit kecil, lantas gear keretanya ditukar dan dia terus memecut laju dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro