↳˳⸙;; ❝ vierundzwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:
"Yang kau pergi inject ubat bius tu dah kenapa?!"
"Maaf, doktor."
"Kau bodoh! Babi! Kalau benda tu bercampur dengan formula ciptaan aku macam mana? Kau tak fikir ke kenapa aku tak bagi dia makan atau minum sepanjang dia jadi spesimen aku?!"
"Maaf-"
PAK!
Sayup-sayup kedengaran suara perbalahan di antara Doktor Do dengan seorang lelaki. Youra membuka matanya perlahan. Cahaya remang-remang menyapa pandangannya.
Youra mengerutkan dahi. Dia melihat sekeliling. Nampaknya dia sedang berada di dalam sebuah bilik. Tidak jauh dari situ kelihatan Doktor Do yang memeluk tubuh dan seorang jururawat lelaki yang sedang menundukkan kepalanya.
Youra menoleh lemah ke sebelahnya. Walaupun pandangannya kabur, dapat dia kenal pasti gerangan yang bersandar lemah di dinding bersebelahannya.
Jungkook.
"Jungkook," Youra menggerakkan bahu Jungkook perlahan. Dia menarik nafas dalam. Terasa kesemua tenaganya sudah terbang pergi.
"Jungkook," tidak mengalah, sekali lagi badan Jungkook digerakkan. Namun hasilnya tetap sama. Pasti Jungkook juga telah disuntik ubat bius.
"Dah bangun, sayang?"
Lemah sahaja Youra menoleh ke arah empunya yang bersuara. Doktor Do menayang satu senyuman.
"Macam mana rasanya setelah rancangan kau gagal buat kali kedua?" Soal Doktor Do sinis. Youra sekadar memandang doktor itu sekilas lalu kembali mengejutkan Jungkook, memalaukan lelaki itu.
"Kook-ah,"
"Heol," Doktor Do tergelak kecil. "Kau ni lawak juga sebagai seorang perempuan."
"Jungkook," Youra kekal menghiraukan Doktor Do, bahu Jungkook digoncangnya namun lelaki itu kekal berdiam diri. Youra meletakkan jarinya di bawah hidung Jungkook. Masih bernafas, tetapi kadar pernafasannya sangat rendah.
"By the way, kau dah boleh tengok sekarang? Macam mana rasanya setelah beberapa hari kau jadi buta sekejap?" Soal Doktor Do. Youra memandang doktor Do. Kosong sahaja tatapannya.
"You know what, biar aku check mata kau," ujar Doktor Do lalu mengambil langkah menuju ke arah Youra. Youra spontan mengesot dengan lebih dekat ke arah Jungkook. Sekejap sahaja, Doktor Do sudah berada di hadapan Youra. Dagu Youra ditariknya kasar.
Youra pula laju menepis tangan Doktor Do. Pandangannya dialihkan dari memandang doktor itu. Tergelak kecil Doktor Do melihat reaksi Youra.
"Kau takut? Jangan risau, aku takkan cederakan kau. Aku cuma nak tengok mata kau," ujar doktor Do, dagu Youra sekali lagi ditariknya. Youra juga berbuat perkara yang sama, menepis kuat tangan lelaki tua itu.
"Pergi mampus," ujar Youra. Doktor Do berdecit kecil.
"Kau ni memang mencabar kesabaran aku," ujar Doktor Do. Dua orang pengawal yang berada di hujung bilik itu dilihatnya. Faham dengan signal yang diberi, dua orang pengawal itu menuju ke arah Doktor Do. Dumb dan Dumber.
"Pegang dia," arah Doktor Do. Tanpa membantah lagi Dumb dan Dumber memegang kasar kedua belah tangan Youra. Berkerut dahi Youra cuba melepaskan diri dari lelaki-lelaki kuat itu. Doktor Do mencangkung di hadapan Youra lalu dagu Youra dipegangnya.
Youra yang masih tidak berputus asa langsung menutup kedua belah matanya. Doktor Do tidak berkata apa-apa, ditariknya kelopak mata kanan Youra, membuka mata Youra secara paksa.
Kelihatan anak mata Youra yang berwarna hitam semakin membesar. Saiznya seperti anak mata seekor kucing ketika ia berada di dalam mod ingin bermain. Doktor Do melepaskan dagu Youra lalu berdiri tegak. Satu senyuman tertampal di wajahnya.
"The formula will take over anytime soon," ujar Doktor Do bangga. Dumb dan Dumber melepaskan pegangan mereka pada tangan Youra lalu kembali ke hujung bilik, tempat mereka sebentar tadi. Youra mengangkat kepala memandang Doktor Do.
"Kenapa?" Soal Youra perlahan. Doktor Do mengeluh. Kedua tangannya diletakkan di pinggang. "Habistu, kau seorang je bernasib baik tak mati macam spesimen lain. Mungkin sebab DNA kita yang hampir sama. Lagipun aku cipta benda ni memang untuk aku," ujar Doktor Do.
"Haih, geram pula aku tengok si biskut ni tidur lena," kata Doktor Do. Youra menoleh ke tepi memandang Jungkook.
"Budak ni tak bersyukur langsung aku tak beritahu rahsia dia pada ayah dia. Dahlah cuba nak lari dari sini!" marah Doktor Do. Dia bercangkung di hadapan Jungkook. Tergeleng kecil dia melihat wajah kacak itu sedang tidak sedarkan diri.
"Sepatutnya... Dia dikenakan hukuman!"
Membulat mata Youra apabila tiba-tiba sahaja Jungkook diheret oleh Doktor Do. Automatik dia bergerak untuk menghalang Doktor Do, namun kakinya yang tidak stabil telah menyebabkannya terjatuh.
"Jungkook..."
Youra hanya mampu melihat sahaja Doktor Do dan orang suruhannya mengikat Jungkook ke sebuah kerusi. Dia cuba bangkit semula namun kembali terjatuh. Youra menggenggam penumbuk.
"Ni semua bukan salah Jungkook!" teriak Youra kuat. Air mata mula bertakung di pelopak matanya.
"Aku yang suruh Jungkook bawa aku keluar dari sini. Kalau kau nak, hukumlah aku! Jangan apa-apakan Jungkook!" jerit Youra geram. Doktor Do tersenyum sinis. Sebelah keningnya terangkat.
"Rasanya, tengok Jungkook kena seksa pun salah satu hukuman bagi kau kan?"
Youra menggigit bibir. Dengan segala kudrat yang ada, dia berdiri dari duduknya lalu berjalan ke arah Jungkook. Terhuyung-hayang jalannya, namun Youra berusaha untuk menyeimbangkan diri sehinggalah dia berjaya berpaut pada kerusi di mana Jungkook diikat.
"Jungkook! Bangun!" ujar Youra, pipi Jungkook ditamparnya pelan. Tanpa membuang masa, dia membuka ikatan tali yang mengikat Jungkook pada kerusi itu. Doktor Do hanya memerhati dari jauh. Ingin menonton drama mereka berdua.
"Ugh..." Saat itu, Jungkook tersedar dari pengsan. Jungkook mengangkat kepala memandang Youra yang sedang melepaskan ikatannya.
"Youra?"
Youra melempar ke tepi tali yang sudah dileraikan itu. Dia memandang ke arah Jungkook yang sudah terbangun. Jelas kelihatan matanya berair.
"Jung-"
Tidak sempat menghabiskan ayat, tiba-tiba sahaja Youra diserang dengan sakit kepala yang mencucuk. Disebabkan tidak bersedia, terus dia terjatuh ke lantai. Mujur sahaja Jungkok pantas menangkapnya dari terjatuh. Youra memegang kuat kepalanya. Sakit!
"Youra-ah! Wae? Gwaenchana?" soal Jungkook prihatin. Tubuh Youra didudukkan di atas kerusi. Youra mengerang kesakitan, satu bunyi berfrekuensi tinggi kedengaran di telinganya. Semakin lama bunyi itu semakin kuat seiring dengan sakit kepalanya.
Lalu sekelip mata sahaja ia hilang begitu sahaja. Kedua-dua bunyi dan sakit itu.
"Ah..." Youra bersuara pelan. Turun naik dadanya mengambil nafas dengan tercungap. Dia mengangkat kepala memandang Jungkook. Apabila pandangan mereka bertemu, terkedu terus Jungkook jadinya.
"Youra..."
"Eo?" sahut Youra perlahan. Pandangannya yang kabur tadi sudah menjadi normal seperti sediakala. Dia sudah dapat melihat sekelilingnya dengan jelas. Dan dapat dia lihat wajah Jungkook jelas menunjukkan bahawa lelaki itu sedang terkejut.
"Mata awak... Hitam," ujar Jungkook. Berkerut dahi Youra tidak faham. Tangannya naik meraba matanya. Biasa sahaja. Tiada apa yang lain.
"Maksudnya?"
"Seluruh mata awak warna hitam," ujar Jungkook. Anak matanya bergerak ke kanan dan ke kiri ingin melihat kedua-dua belah anak mata Youra yang sudah berwarna hitam sepenuhnya. Ya, sepenuhnya. Tiada langsung warna putih di matanya saat ini.
Tidak sempat otak mereka ingin menafsir apa-apa, kedengaran satu tawa yang kuat dari belakang.
Doktor Do.
"Akhirnya!" ujar Doktor Do. Senyuman lebar muncul di wajahnya. "Formula ciptaan tu dah beri kesan sepenuhnya!"
Jungkook dan Youra saling berpandangan. Youra menggigit bibirnya. Dia takut...
"Masuk semua!"
Arahan Doktor Do dipatuhi, secara tiba-tiba sahaja pintu bilik itu dirempuh lalu masuk sekumpulan jururawat ke dalam bilik. Mereka semua berbaris di situ, menunggu arahan seterusnya dari Doktor Do.
"Aku nak korang bunuh Youra, sampai mati!" arah Doktor Do sambil tersenyum lebar. Ya, sampai mati. Dia mahu lihat sama ada formula ciptaannya betul-betul berhasil atau tidak. Jungkook sudah membulatkan mata mendengar ayat itu. Spontan tubuh Youra dilindungi di belakangnya.
Orang-orang suruhan Doktor Do laju mara ke arah mereka berdua. Jungkook mengetap gigi.
"Kook," Youra memegang erat tangan Jungkook. Sumpah, dia tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan. Jungkook memusingkan badannya menghadap Youra. Dia tersenyum kecil.
"Kekal hidup, eo?"
"Hah?" soal Youra. Tidak sempat berfikir apa-apa, Jungkook laju berlari ke arah orang suruhan Doktor Do. Membulat mata Youra. Tidak sempat dia menahan lelaki itu.
"Yah! Jungkook!"
Berbantukan ilmu mempertahankan diri yang sudah dia pelajari, dia melancarkan serangan ke arah orang suruhan Doktor Do. Bersilih-ganti dia menumbuk, menendang dan juga mengelak. Youra hanya mampu melihat, bibir bawahnya digigit.
"Apa yang korang buat ni?!" Doktor Do sudah mulai marah apabila konco-konconya ditumbangkan oleh Jungkook satu persatu. "Bunuh je dia! Lambat betul buat kerja! Dasar lembik!"
Youra mengalihkan pandangan ke arah Doktor Do. Penumbuk dikepal.
"Kau berdua! Cepat belasah budak tu!" Doktor Do mengarahkan Dumb dan Dumber yang hanya diam berdiri di sebelah pintu. Dumb dan Dumber akur, mereka berdua laju bergerak menuju ke arah Jungkook.
Cemas Youra jadinya apabila melihat dua orang pengawal berbadan sasa itu menuju ke arah Jungkook. Mungkin Jungkook mampu menumpaskan kumpulan jururawat itu kerana mereka adalah jururawat yang tidak berpengalaman dalam apa-apa seni mempertahankan diri. Tetapi, dua pengawal itu berbeza! Mereka berdua pasti jauh lebih kuat.
Youra tidak mahu Jungkook cedera!
Youra melihat sekeliling. Kelihatan sebuah besi berada tidak jauh darinya. Tanpa berlengah lagi, lantas Youra berlari anak ke arah besi itu.
"Ah!" Youra terjerit kecil apabila rambutnya ditarik dari belakang oleh seorang jururawat. Jururawat itu merentap kuat rambutnya sehingga gadis itu jatuh terjelopok ke atas lantai. Sempat Youra melihat keadaan Jungkook sekilas. Jungkook kini sudah dikepung oleh dua orang pengawal manakala jururawat yang lain sedang menuju ke arahnya!
Tanpa sebarang amaran, tubuhnya dipukul kuat oleh sebuah besi. Youra yang tidak bersedia langsung terbaring ke atas lantai. Melihatkan mangsa sudah terbaring, jururawat yang lain laju membelasah Youra. Ada yang menggunakan besi, kayu besbol, pisau dan banyak lagi peralatan berbahaya.
"Youra!" Jungkook mengetap giginya melihatkan Youra sudah dibelasah oleh jururawat lain. Lantas dia berlari ke arah mereka namun Dumb lebih pantas menahan Jungkook. Tanpa berkata apa-apa, dia melancarkan serangan ke arah Jungkook dan diikuti dengan Dumber.
Jungkook yang mempunyai refleks yang pantas terus sahaja mengelak serangan tersebut. Namun begitu, Dumb dan Dumber terus terusan menyerangnya menyebabkan Jungkook hilang tumpuan, lagi-lagi apabila dia masih dapat melihat Youra dibelasah.
"Ah!" Jungkook mengaduh sakit apabila tumbukan Dumb mengenai pipinya. Tidak cukup dengan itu, Dumber pantas menyepak kakinya menyebabkan Jungkook jatuh terus di atas lantai. Tanpa kompromi lagi, terus mereka berdua membelasah Jungkook. Disepak-sepaknya tubuh Jungkook sekuat tenaga.
Youra kini sedang melindungi dirinya dengan memeluk tubuhnya. Dia dipukul bertubi-tubi oleh sekumpulan jururawat ini dan dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. Dia mahu menyelamatkan Jungkook, tetapi bagaimana?
Serentak itu, satu perkara menjengah fikirannya. Sebentar, Doktor Do memberitahu tadi bahawa formula hidup selamanya itu sudah memberi kesan sepenuhnya kepada dirinya. Jadi... Dia tidak akan mati, bukan?
Sekarang pun dia langsung tidak merasakan apa-apa kesakitan. Dia langsung tidak sakit walaupun telah dibelasah dengan pelbagai objek. Youra mendiamkan diri seketika, sebelum akhirnya memberanikan dirinya.
Youra menangkap sebuah besi yang memukul dirinya. Kesemua jururawat yang memukulnya tampak terkejut, namun mereka lantas meneruskan pukulan mereka ke arah Youra agar gadis itu terganggu. Namun, hampa hasilnya apabila Youra mengambil besi itu lalu memukul kuat kepala seorang jururawat.
Terkejut semua jururawat jadinya. Di saat itu, Youra lantas menghayunkan besinya dan memukul jururawat berdekatannya. Ya, dia akui dia bukanlah seorang yang kuat dan pandai berlawan. Akan tetapi, dia mempunyai otak yang bijak. Youra memukul jururawat di sekelilingnya bukan dengan kekuatan, sebaliknya dia menyasarkan bahagian leher mereka. Hasilnya, kesemua jururawat yang menerima pukulan itu langsung pengsan.
"Korang buat apa? Serang!" Doktor Do menjerit geram apabila dilihatnya beberapa orang jururawat ingin melarikan diri. Dengan tidak rela, mereka semua menyerang Youra secara serentak. Sepantas kilat, Youra membaling besi ke tepi lalu mencapai sebuah pisau di situ. Tubuh seorang jururawat yang sudah pengsan didekatinya lalu Youra menghiris lengan jururawat itu.
"AHHHH!" Jururawat lain automatik menjerit kuat melihatkan darah itu. Ada yang sudah pengsan dan ada yang sudah melarikan pandangan. Youra pula bijak mengambil kesempatan untuk menyerang mereka. Kayu besbol berdekatannya dicapai lalu dihentam ke kepala jururawat yang masih hidup.
Doktor Do sudah membulat mata melihat kesemua jururawat habis ditumpaskan oleh Youra begitu sahaja. Dia tahu gadis itu tidak pernah berlawan sepanjang hidupnya. Adakah begini kesan formula ciptaannya?
Usai memengsankan jururawat yang terakhir, Youra berlari laju ke arah pengawal yang masih membelasah Jungkook. Sempat dia mencapai sebuah tukul yang digunakan oleh seorang jururawat sebagai alat untuk menyerang.
"Yah!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro