↳˳⸙;; ❝ siebzehn ᵕ̈ ೫˚∗:
"ARGHHHHHHHH!"
Jungkook pantas menoleh kepalanya ke arah bilik spesimen apabila satu jeritan kedengaran kuat melalui pembesar suara. Kelihatan seorang spesimen sudah terbaring di atas lantai dengan badan yang sudah terliuk-liuk. Menggelepar dia di situ.
"Awak?! Awak okey?"
Seorang spesimen lain yang turut berada di situ lantas menghulurkan tangannya ke hadapan, ingin mencapai seorang lagi spesimen yang tampak sedang meracau.
Jungkook berjalan mendekati kaca yang memisahkan bilik itu dengan biliknya berada sekarang. Spesimen yang seperti kerasukan di atas lantai itu menggelupur hebat sebelum akhirnya kaku tidak menggerakkan diri.
"Awak? Awak?!" Spesimen yang satu lagi lantas cemas apabila rakannya langsung tidak bersuara. Dia cuba meraba-raba sekeliling. Tubuh spesimen yang sudah terbaring kaku itu digerakkan pelan.
"Awak?"
Dia cuba merasa nadi spesimen itu. Apabila merasakan tiada nadi yang ada, dia menggigit bibir. Terduduk dia di situ sambil meraup wajahnya.
"Andwae..." ujarnya pelan. Dia menggeleng kepala. "Ada sesiapa tak di sana? Tolong!"
Soalannya dibalas dengan kesunyian bilik. Spesimen itu tidak mampu menahan lagi, terus dihamburkan tangisannya di situ. Tinggal dia... Hanya dia seorang sahaja spesimen yang tinggal. Sejak dua hari yang lalu, rakannya yang lain kesemuanya sudah mati. Dan dia tahu, dia juga akan menerima nasib yang sama tidak lama lagi.
"Menarik."
Jungkook menoleh ke tepi. Kelihatan Doktor Do sudah berdiri di sebelahnya dan turut menyaksikan situasi yang berlaku. Lelaki berumur itu tersenyum senget melihat spesimen itu menangis di situ. Pandangannya dialihkan pula kepada Youra yang berada di hujung bilik itu. Youra yang hanya mendiamkan diri sepanjang waktu.
"Jellyfish," panggil doktor Do. Jellyfish laju menyahut apabila dipanggil. Doktor Do diam seketika memerhati Youra sebelum bersuara.
"Budak tu ada rancangan apa-apa ke?" soal Doktor Do. Melihatkan Youra yang hanya diam sahaja, bimbang juga jikalau gadis bijak itu sedang merangka muslihat di dalam kepala untuk keluar dari situ. Dia tidak boleh pandang rendah pada gadis itu.
"Doktor nak saya periksa gelombang otak dia ke?" soal Jellyfish memahami. Jikalau Youra tidak merangka sesuatu, pastilah gelombang otak gadis itu rendah kerana dia tidak berfikir apa-apa. Tetapi jika sebaliknya, lebih baik mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Doktor Do laju menganggukkan kepala. Jellyfish pula tangkas membuat kerja, beralih ke bahagian hujung bilik itu di mana ditempatkan alat untuk memeriksa gelombang otak. Lama dia membuat kerja di situ, sebelum akhirnya dia kembali ke arah doktor Do.
"Macam tak je, doktor. Gelombang otak dia rendah sangat. Mungkin dia tengah tidur," ujar Jellyfish dengan spekulasinya. Doktor Do mengangguk faham. Dia memeluk tubuh sambil memerhati seorang spesimen yang tinggal dan Youra bersilih ganti.
Jungkook memandang sekilas doktor Do di sebelahnya. Tidak ingin berdiri bersampingan dengan lelaki kejam itu, dia memusingkan badan untuk ke tempat lain. Namun, serta-merta dia terhenti apabila satu jeritan kuat kedengaran.
"AHHHHH!"
Spesimen yang terakhir menggelupur di situ. Dia jatuh terjelopok ke atas lantai dan meracau buat beberapa ketika seperti orang terkena sawan. Tidak lama kemudian, dia terus kaku terbaring di situ, langsung tidak bergerak.
"Dah mati. Haih. Spesimen yang lain semua tak boleh pakai," ujar doktor Do sambil menggeleng kecil. Youra dilihatnya.
"Kim Youra. Budak tu jelah satu-satunya harapan aku."
Jungkook memandang Youra. Jauh di sudut hatinya, dia takut sekiranya gadis itu akan mengalami nasib yang sama dengan spesimen yang lain. Bagaimana jika Youra juga tiba-tiba meracau dan mati seperti yang lain?
Sungguh, Jungkook akan mempersalahkan dirinya atas kematian Youra buat seumur hidup kerana dia tidak mampu menyelamatkan gadis itu. Dia akan hidup dengan penuh rasa bersalah disebabkan oleh kematian dua insan yang dia sayangi, Youra dan Junghyun, abang kandungnya...
"Ah..."
Youra mengerutkan dahi. Kepalanya dipegang. Rasa sakit tiba-tiba sahaja mencucuk bahagian kepalanya. Sumpah, kepalanya terasa ingin meletup saat itu juga. Jellyfish yang sedang memerhati kadar gelombang otak Youra langsung membulatkan mata melihat gelombang itu tiba-tiba sahaja naik mendadak.
"Doktor! Gelombang otak Youra naik mendadak!"
Terteleng doktor Do ke arah Jellyfish. Dia mengatur langkah pantas ke arah jururawat itu dan melihat sendiri gelombang otak Youra. Jungkook pula terus memandang Youra sebaik menerima berita itu. Dapat dilihatnya Youra sedang menahan sakit.
"Appo!" ujar Youra kuat. Dua tangannya memegang kuat kepalanya. Rasa sakit kepala itu semakin kuat sehinggalah Youra terbaring di situ.
"Apa yang kau dah buat pada dia?!" soal Jungkook kuat, laju dia meluru ke arah doktor Do dan mencekik kolar lelaki itu. Doktor Do memandang Jungkook lalu menepis tangan lelaki itu. Kolar bajunya dibetulkan.
"You're in no position to know."
Satu ayat sahaja yang doktor Do balas. Lelaki berumur itu kembali mengatur langkah menuju ke arah kaca di bilik itu bagi melihat keadaan Youra yang masih menahan sakit. Jungkook mengepal penumbuk.
Jikalau ada apa-apa yang berlaku pada Youra... Sumpah, dia akan kerjakan doktor Do dengan tangan dia sendiri.
Youra teresak kecil. Kepalanya terasa seperti dihempap oleh beribu ekor gajah. Terasa seperti dimasukkan besi panas. Terasa seperti dipotong oleh gergaji. Kesemuanya bercampur aduk, sehinggakan Youra terasa sesak nafas.
Tangan Youra naik menepuk dadanya sendiri. Dia terbatuk kecil. Saat itu, tubuhnya terbaring lemah di atas lantai.
"Youra!" Jungkook spontan memanggil. Dia mendekati kaca itu dan menyentuh pelan kaca itu, ibarat sedang menyentuh Youra yang berada di dalamnya. Dia memusingkan badan memandang Doktor Do.
"Buatlah sesuatu!" teriak Jungkook keras. Doktor Do mendiamkan diri. Lelaki paruh baya itu sekadar menjeling Jungkook sebelum memusingkan badannya untuk beredar dari situ.
Jungkook menggigit bibir. Meliar matanya melihat sekeliling, ingin mencari kunci untuk masuk ke bilik spesimen. Usai menjumpai jururawat yang memegang kunci itu, Jungkook melangkah mendekatinya. Namun, dia terhenti apabila suara seorang jururawat menarik perhatiannya.
"Doktor, dia bangun semula!"
Jungkook pantas menelengkan kepalanya memandang ke arah Youra. Doktor Do yang baru sahaja ingin keluar pun berpatah balik.
Youra mengubah posisinya kepada duduk. Kepala digeleng pelan, ingin membuang rasa sakit kepala yang masih bersisa. Tangannya memegang lantai, cuba menyeimbangkan diri.
Saat itu, Youra terasa sesuatu yang aneh. Lantai itu dirasanya.
Sekejap...
Youra mengangkat tangannya lalu diletakkan di wajahnya. Dia meraba ke kawasan matanya. Dapat dia rasa sesuatu bertekstur kasar melekat di matanya. Youra cuba menarik benda itu kuat, namun tidak terlerai.
Youra menggigit bibir. Dengan sekuat tenaga, menarik benda itu. Namun begitu, tiba-tiba sahaja sakit kepala itu menyerang kembali.
"Ah!" Youra terjerit kecil. Kepalanya dipegang. Saat itu, dapat dia dengar suaranya sendiri setelah beberapa hari dia tidak mendengar apa-apa. Tidak sempat dia ingin berfikir apa-apa, dia terlebih dahulu rebah di situ, pengsan tidak sedarkan diri.
"Youra," panggil Jungkook. Sayu sahaja dia menyentuh gadis itu dari cermin yang dilihatnya. Bersalah kerana tidak mampu membantu gadis itu. Di sebelahnya pula, Doktor Do sedang memerhati dengan satu senyuman lebar di wajahnya.
"Bagus... Aku suka tindak balas dia."
Kata-kata yang keluar dari mulut Doktor Do telah menyebabkan kesemua orang di situ memandangnya. Pandangan ingin tahu dari jururawat di situ dan juga sebuah pandangan kebencian dari Jeon Jungkook.
"Aku nak korang keluarkan mayat semua spesimen yang ada dalam tu. Sekarang ni, aku cuma perlukan Youra seorang je," ujar Doktor Do bersama senyuman yang tidak memudar. Dia memandang Jungkook sekilas lalu beredar dari situ.
【💉】
"Macam ni lah baru bagus."
Doktor Do tersenyum sinis melihat Jungkook masuk ke dalam pejabatnya dengan membawa sedulang makanan. Jungkook menjeling wajah doktor itu, lalu dulang makanan itu dihempapnya kasar di atas meja.
Inilah kerja yang doktor gila ini beri kepadanya. Menghantar makanan kepadanya.
Memang gila.
"Macam biasa, sila makan dulu semua benda ni. Kalau kau letak racun, bolehlah kau mati terus," ujar Doktor Do sambil mengemas kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya. Jungkook merengus kecil. Sudu diambilnya lalu dicedok setiap satu hidangan. Disumbat kasar kesemuanya ke dalam mulutnya.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia meracuni lelaki gila itu. Geram sungguh dengan doktor itu. Namun, dia masih berfikiran rasional. Sekiranya doktor itu mati, dia bimbang sekiranya dia akan dibunuh oleh orang suruhan doktor Do yang sangat setia itu. Youra mungkin berada di dalam bahaya.
Usai menyumbat kesemua makanan ke dalam mulut, Jungkook terus beredar dari bilik itu. Tidak kuasa ingin berlamaan di situ. Doktor Do tergelak suka melihat perbuatan Jungkook. Sempat dia berkata sesuatu kepada Jungkook sebelum lelaki itu keluar.
"Teruskan bekerja kalau tak nak papa Jeon tahu!"
"Huh," Jungkook berdecit kecil usai keluar dari pejabat lelaki itu.
Benci. Dia benci dengan dirinya yang mudah diugut sebegitu.
Sejujurnya, dia kenal doktor Do. Dari awal lagi, dia tahu apa yang akan berlaku.
Do Dongryeok. Teman baik ayahnya sendiri, Jeon Sihyuk. Dari kecil, memang Jungkook sudah kenal dengan doktor Do. Hampir setiap hari doktor itu berkunjung ke rumahnya dengan wajah baik yang dipasang setiap waktu. Tidak dinafikan, hubungan mereka memang baik.
Namun, satu peristiwa hitam bagai mengubah hidup Jungkook sepenuhnya. Peristiwa di mana Junghyun terkorban kerana cuba menyelamatkannya. Dia bodoh. Sangat bodoh kerana mengejar buih yang terbang sehingga ke jalan raya. Disebabkan kebodohannya itu, seorang insan yang dia sayang terkorban.
Lebih teruk lagi, dia langsung tidak memberitahu bahawa dialah punca Junghyun mati kepada sesiapa. Hal itu disimpan hanya kepada dirinya sahaja. Ayahnya sendiri tidak tahu bahawa pembunuh anak sulungnya berkongsi satu rumah dengannya.
Jungkook tidak sanggup jika hal itu diketahui Tuan Jeon. Dia takut sekiranya segala kasih sayang yang diberi kepadanya lesap begitu sahaja.
Dia akui dia egois. Tapi apa yang boleh dia buat?
Pada hari mereka disuruh membuat sebuah pemeriksaan kesihatan dengan diketuai oleh doktor Do, Jungkook tidaklah berasa sangsi. Dia percaya akan lelaki itu dan tidak berfikir yang bukan-bukan.
Namun semuanya berubah selepas dia tahu mereka ditangkap masuk ke dalam sebuah hospital gila.
Saat itulah, segala tanduk dan taring doktor Do dikeluarkan. Perangai sebenarnya muncul. Jungkook terasa dirinya bengap kerana pernah menyayangi manusia kejam sebegitu. Pernah juga doktor itu menjadi idolanya pada suatu masa dahulu. Jijik sungguh rasanya.
Dia tahu cara untuk keluar dari situ. Dia pernah beberapa kali singgah di hospital itu sewaktu itu sedang beroperasi semasa dia kecil. Sering kali dia bermain sorok-sorok bersama Junghyun sementara ayahnya berbual dengan doktor Do. Sebab itulah dia dapat mencari beberapa jalan keluar di situ dengan mudah.
Selepas dia ditangkap, doktor Do telah menggunakan peristiwa hitam itu untuk mengugutnya. Jungkook juga tidak tahu bagaimana doktor itu boleh tahu akan kejadian itu. Dia diberi dia pilihan. Ikut segala arahan doktor Do atau rahsia terbesarnya akan diberitahu kepada Tuan Jeon.
Dan sekarang, Jungkook berada di sini disebabkan oleh pilihannya sendiri. Tuan Jeon tidak akan risau tentang kehilangannya kerana doktor Do terlebih dahulu memberitahu bahawa dia telah mengajak Jungkook bercuti di Los Angeles bersamanya.
Jeon Jungkook...
Dia ialah seorang yang pengecut, bukan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro