↳˳⸙;; ❝ sieben ᵕ̈ ೫˚∗:
"Tidur! Tidur!"
Monkey berjalan di sekitar koridor. Diintainya satu persatu bilik yang menempatkan para pelajar lalu diterjahnya mereka yang masih tidak tidur.
"Hoi! Tidur! Tidur!"
Monkey meneruskan perjalanan. Sehinggalah telinganya tertangkap satu bunyi yang aneh. Terhenti terus langkah kakinya. Dia melihat sekeliling.
"EOMMA!" Melatah terus Monkey apabila terlihat satu lembaga menyeramkan di sebelah kakinya, sedang menggores dinding. Monkey mengurut dada sebelum menegur lembaga berbaju ungu itu.
"Yah haksaeng! Kamchagiya! Kenapa kau ada kat sini? Masuk bilik sekarang!" arah Monkey. Lembaga berbaju ungu atau Youra hanya diam menggores dinding itu.
"Oi, pekak ke! Yaish, masuk bilik sekarang! Ni, dapat dari mana?" Monkey menarik Youra lalu merampas pensel yang digunakan Youra untuk menggores dinding. Youra terus mengganas di situ apabila barangnya dirampas.
"Barang aku! Pergi! Pergilah, gila! Hahahaha..." Youra mula tergelak besar. Monkey menatap Youra jijik. Tangan Youra ditariknya.
"Masuk bilik kau lah! Ada hati nak buat filem seram pula kat sini!" ujar Monkey keras, pintu bilik Youra yang terkunci dari luar dibuka lalu badan Youra ditolak masuk. Engsel ditolak semula bagi mengunci pintu. Youra terus melihat ke arah Monkey melalui lubang yang berada di pintu.
"Jangan kurung aku. Lepaskan aku sekarang! Aku nak makan! Nak makan!"
"Nak makan tunggu esoklah! Dasar gila. Urgh, boleh gila aku layan orang gila macam ni hari-hari," Monkey mengurut pelipisnya sambil berjalan pergi dari situ. Bilik-bilik yang lain diperhati sambil menegur sesiapa yang dilihatnya masih berbual.
Youra pula kekal melihat ke luar melalui lubang itu. Lama. Sampailah satu masa, keadaan sekeliling tiba-tiba sahaja menjadi gelap. Sudah boleh menyesuaikan diri sedikit, Youra tahu bahawa jururawat bertugas sudah selesai bertugas dan lampu sudah ditutup.
"Youra, sekarang ke?" soal Areum perlahan. Youra menggeleng kecil, cuba berjalan menuju ke arah Areum tanpa melanggar apa-apa.
"Ani. Kejap lagi ada jururawat ronda lagi. Kita pura-pura tidur dulu eh?" ajak Youra. Areum mengangguk faham. "Tapi, kalau aku tertidur, kejutkan tau," pinta Areum lalu tersengih kecil. Youra membulatkan matanya.
"Eh, habistu kalau aku yang tertidur?"
"Alaa kau tak payah lah tidur,"
"Weh, tidur."
Youra laju menarik kepala Areum agar terbaring di atas lantai. Mereka berdua diam tidak berkutik dengan posisi mengiring, mata ditutup, persis orang yang sedang tidur. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki berlegar-legar di koridor.
Lama kelamaan, bunyi itu semakin mendekat. Sampai di bilik mereka, bunyi itu kemudiannya kian menjauh. Youra menghela nafas lega.
"Rara, sekarang?"
"Ani, ani. Kita tidur dululah. Tunggulah lagi dua tiga jam ke," arah Youra. Areum mengangguk faham. Mereka tidak boleh terburu-buru sangat, kerana apabila pelajar baru masuk tidur, pasti kawalan keselamatan sangat ketat. Sebaiknya mereka tunggu beberapa jam untuk menunggu jururawat turut melelapkan diri.
Dua gadis itu kian senyap. Areum kini sudah selamat berada di alam mimpi sebaik Youra menyuruhnya untuk tidur. Youra pula masih terbuka luas matanya. Dia mengubah posisinya kepada baring menghadap siling yang hitam.
"Keluar dari sini...?" gumam Youra perlahan. Areum di sebelahnya dilihat biarpun tidak kelihatan dek keadaan yang gelap. Youra mengeluh kecil. Entah mengapa, dia mendapat firasat yang kurang baik.
"Semuanya... Akan baik-baik je kan?"
【💉】
Youra menarik perlahan tali baju yang disangkut pada engsel pintu sewaktu dia berada di luar tadi. Ya, itu juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka. Youra telah menggunakan tali baju sweater miliknya dan mengikatnya di engsel pintu, lalu dibawa masuk melalui lubang di pintu. Mujur sahaja tali bajunya cukup panjang.
"Hati-hati," pesan Areum, bimbang sekiranya Youra secara tidak sengaja menghasilkan bunyi dan mengejutkan semua orang. Lama juga Youra berperang ingin menarik engsel itu dengan berhati-hati. Apabila separuh engsel berjaya ditarik, Areum pula yang mengambil alih.
"Dah siap!" ujar Areum teruja namun nada suaranya masih dikawal agar tidak terlalu kuat. Perlahan-lahan, pintu bilik mereka Areum tolak. Terhenti terus perbuatannya apabila terhasil satu bunyi yang datang dari pintu berkarat itu.
"Ottokae? Pintu ni berbunyi lah," ujar Areum. Youra meraup wajahnya.
"Cuba tolak perlahan-lahan. Seperlahan yang mungkin. Lantaklah lama pun."
Pintu itu cuba ditolak dengan sangat perlahan. Tiada bunyi yang dihasilkan, namun hampir satu jam juga dua rakan karib itu menolak pintu bilik itu. Usai keluar dari bilik, ditutup pula pintu itu dengan perlahan. Hampir dua jam terbazir di situ.
"Heol. Panas," ujar Areum, peluh di dahi dilap dengan lengan baju sweater berwarna merah jambunya. Youra tersenyum kecil. Tangan Areum dipegangnya.
"Kajja."
Youra menyentuh dinding. Dengan sebelah tangan memegang Areum dan sebelah lagi menyentuh dinding, Youra mula berjalan menuju ke tempat mereka tujui pagi tadi. Berkat ingatan yang kuat, dia masih ingat laluan untuk ke tempat tadi. Disebabkan keadaan yang gelap, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak tersepak apa-apa.
【💉】
"Hati-hati,"
"Eo,"
Youra dan Areum berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke pintu keluar yang dijumpai oleh mereka pagi tadi. Cahaya di situ kelihatan remang-remang, pergerakan mereka tidaklah sesukar tadi. Tidak lama berjalan, mereka berjaya sampai ke pintu keluar. Kelihatan ada tulisan 'EXIT' di atas pintu itu.
Areum mengeluarkan gugusan kunci dari poket sweater miliknya. Sememangnya mereka berdua hanya memakai baju yang sama sejak ditangkap ke sini. Mujur sahaja mereka berdua memakai baju yang selesa dan panjang, tidak seperti kebanyakan pelajar perempuan yang memakai baju gaun dan skirt.
Tanpa berkata apa-apa, Areum laju mengigit tali yang mengikat kesemua kunci itu menjadi satu gugusan sehingga tercabut tali itu. Kesemua kunci itu kemudiannya dihulurkan kepada Youra. Youra mengambil satu persatu kunci lalu diberi kepada Areum untuk mencubanya.
Pergerakan mereka tidak terlalu laju kerana bimbang akan bunyi bising. Sedaya upaya Areum cuba untuk tidak menghasilkan bunyi ketika mencuba kunci-kunci itu. Separuh daripada kesemua kunci sudahpun dicuba namun masih tiada yang padan dengan mangga di pintu itu.
"Ah, penat," rungut Areum. Tangannya diregangkan. "Macam mana kalau takde kunci tu dekat sini?"
"Yah, jangan cakap macam tu. Kan ada lagi separuh ni," ujar Youra lalu memberi kunci yang tersisa kepada Areum. Areum memberi satu persatu kunci kepada Youra yang kini mencuba kunci itu. Kunci yang sudah dicuba diletakkan di atas lantai.
"Eo?" Youra bersuara perlahan apabila sebuah kunci masuk ke dalam mangga itu. Dia dan Areum saling berpandangan. Cepat-cepat Youra memusingkan mangga itu. Tuah berada di sisi mereka apabila mangga itu terbuka.
"Assa!" Youra dan Areum terus berpelukan dan melompat kecil di situ. Masing-masing melakar senyuman gembira di wajah.
"Okey, okey. Tarik eh?" soal Youra mendapat anggukan dari Areum. Youra memegang pemegang pintu itu. Pintu itu ditariknya perlahan.
KREKKKK
"Aish–" Spontan Youra menutup semula pintu itu apabila pintu itu berbunyi kuat, lagaknya seperti sudah beribu tahun sejak ia berkarat. Pintu itu kembali tertutup dengan bunyi yang sama. Cuak Youra dan Areum melihat sekeliling. Nasib juga tiada orang di situ.
"Gwaenchana. Perlahan-lahan. Macam pintu bilik kita tadi," ujar Areum. Kunci-kunci yang berada di atas lantai tadi diambilnya lalu dimasukkan ke dalam tali yang menempatkan lagi beberapa kunci. Youra pula menolak pintu itu dengan perlahan. Bunyi yang dihasilkan tidaklah begitu kuat namun pintu itu dibuka dengan sangat lambat.
"Weh, lambatnya. Kalau macam ni esok pagi lah baru kita boleh keluar," Youra mula merungut. Areum menepuk bahu rakannya beberapa kali.
"Sabarlah Rara. Sekurang-kurangnya kita dapat kelu–"
Ayat Areum tidak sempat dihabiskan apabila kedengaran sayup-sayup bunyi tapak kaki yang berjalan ke situ. Membulat mata dua sekawan itu. Spontan Youra melepaskan pegangannya pada pintu berkarat itu dan menarik tangan Areum menuju ke lorong berdekatan untuk menyembunyikan diri.
Kelihatan dua orang jururawat lelaki sedang berbual-bual sambil menuju ke arah pintu itu. Kaku terus badan Youra dan Areum, tidak mahu membuat sebarang bunyian. Dari lorong itu, dapat mereka lihat jururawat itu sudah berdiri di hadapan pintu tersebut.
"Cheetah. Kenapa pintu ni terbuka?" seorang jururawat lelaki bersuara. Cheetah, rakannya turut melihat pintu itu.
"Cobra, kau rasa ada pelajar yang nak larikan diri ke?"
Semakin kuat degupan jantung Youra dan Areum mendengar. Kedua sahabat itu semakin merapat, genggaman tangan mereka semakin kuat. Peluh memercik di dahi kerana takut dan gementar.
Saat itu juga, gugusan kunci yang dipegang Areum secara tidak sengaja terlepas dek terluncur apabila tangan Areum berpeluh. Membulat mata Youra mendengar. Areum juga sudah terketar-ketar apabila bunyi yang kuat terhasil.
"Siapa tu?!"
Cheetah mula menyuluh lampu suluhnya ke dalam lorong tempat mereka bersembunyi. Mereka berdua pantas menundukkan badan mereka.
"You–Youra, ottokae?" Areum sudah mahu menangis di situ. Youra menggeleng kepala. Tidak tahu mahu berbuat apa. Tangan Areum dipegang kuat.
Beginikah akhirnya? Adakah dia dan Areum juga akan menerima nasib yang sama dengan pelajar lain?
Tidak... Menerima suntikan 'ubat' itu langsung tiada beza dengan mati!
"Woi! Siapa tu? Keluar sekarang!"
"You–Youra–"
Youra mengangkat kepala memandang Areum. Air mata mula bertakung di matanya apabila melihatkan Areum yang sudah menangis. Areum tersenyum dalam tangisnya.
"Youra, janji dengan aku, kau akan cari jalan keluar. Arra? Dapatkan pertolongan. Aku percayakan kau..."
"Yah, eodiga?" Youra menarik tangan Areum apabila dilihatnya gadis itu mengambil gugusan kunci yang terjatuh dan mula berdiri. Areum tersenyum pahit. Tangan Youra ditepisnya pelan.
"Saranghae."
"Andwae..." Youra berbisik pelan. Tangan Areum cuba dicapainya namun Areum terlebih dahulu berlari keluar dari lorong itu. Youra menggeleng kepalanya. Air mata mula mengalir di pipi.
"Wow. Tak sangka korang jumpa aku ya?" Areum mula bersuara apabila dia keluar dari lorong itu, menghadap dua jururawat lelaki. Air mata dikesat kasar.
"Kau cuba nak larikan diri kan?!" soal Cobra, pisau lipatnya diambil dari poket baju putihnya. Areum tersenyum sinis. Tubuhnya dipeluk.
"Kenapa? Terkejut sebab aku masih normal sedangkan yang lain dah gila?"
"Kau! Kau normal–"
"Woo woo, berhenti!"
Areum pantas memberhentikan dua jururawat itu apabila dilihatnya mereka ingin menyerang dirinya dengan pisau lipat yang berada di tangan masing-masing.
"Korang nak serang aku dengan senjata, sedangkan aku takde apa-apa? Are you stupid or dumb?" soal Areum sambil mengangkat keningnya. Youra yang mengintai dari lorong itu sudah mengalirkan air mata. Mulutnya ditekup agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Dia tahu apa yang Areum buat. Provoke.
"Tak syok lah bro. Lelaki jenis apa korang ni?"
Cheetah yang mula rasa tercabar langsung melempar pisau lipatnya ke tepi. Dia mula berada di dalam posisi ingin bertarung.
"Kau nak lawan adil sangat, lawan lah!"
Cobra turut mengikut jejak langkah Cheetah. Pisau lipatnya dibaling ke tepi, lalu tangannya ditunjuk ke arah Areum.
"Ladies first."
Areum tersenyum. Kepalanya ditunduk. Tak semena-mena air matanya mengalir mengingatkan Youra. Namun dia perlu berjuang untuk Youra. Biarlah dia mati demi Youra, dia tidak kisah.
Asalkan Youra selamat.
Tanpa sebarang amaran, laju Areum bergerak menumbuk kuat perut Cheetah sehingga lelaki itu terjatuh. Tanpa berhenti lagi, Areum menyasarkan penumbuknya pada wajah Cobra pula. Usai menumbuk dua lelaki itu, Areum pantas melarikan diri dari situ. Sempat dia tersenyum pada Youra yang berada di dalam lorong itu.
"Yaish. Bangun!" Cobra menarik tangan Cheetah. Walkie-talkie yang diselit di poketnya diambil.
"Call for backup. Ada pelajar normal yang cuba nak larikan diri!"
Dua jururawat lelaki itu mula beredar, dan Youra hanya mampu menghamburkan tangisannya di situ. Tangannya digenggam kuat. Kedengaran bunyi pergelutan yang kuat tidak jauh dari situ. Tidak lama kemudian, jeritan nyaring Areum kedengaran. Youra menggigit bibir. Tangisannya tidak henti mengalir.
"Mianhae Areum..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro