Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ sechszehn ᵕ̈ ೫˚∗:

"Youra..."

Jungkook memerhati Youra yang tampak mendiamkan diri sahaja. Sudah beberapa hari berlalu, dan gadis itu tidak pernah menyentuh sebarang makanan atau minuman. Dia hanya diam sahaja menghabiskan masanya dengan memeluk lutut di situ.

Terkadang Youra menangis sendirian di situ. Luluh hati Jungkook melihat. Dia tahu, gadis itu sedang dalam ketakutan sekarang lagi-lagi dengan keadaannya yang sebegitu. Dan dia berasa seperti seorang yang sangat teruk kerana tidak mampu menolong Youra.

"Kenapa kau buat dia macam tu?" Persoalan itu akhirnya terbit dari bibir Jungkook. Dia menoleh ke tepi memandang figura tidak asing yang berada di sebelahnya. Lelaki tua itu tampak sedang menahan gelaknya.

"Kenapa aku buat dia macam tu? Kau tanya kenapa?" soal Doktor Do. Tawanya tidak dapat ditahan lagi lalu terlepas di situ jua. Lama juga dia ketawa, sehingga jururawat tidak bersalah yang berada di sebelahnya pun dipukulnya.

"Lawak betul kau ni," ujar Doktor Do usai tawanya mulai reda. Jungkook hanya memandang lelaki itu dengan riak kosong. Tiada apa langsung yang lawak mengenai soalannya itu.

Doktor Do menggeleng kepalanya pelan, lalu tersenyum sinis ke arah Jungkook.

"Kenapa? Kau tak suka tengok kekasih kau kena dera?"

Jungkook mengetap gigi. Bukannya marah kerana Doktor Do menggelar Youra sebagai kekasihnya, tetapi dia marah dengan nada dan tona suara doktor itu yang seolah-olah mengejeknya. Bukan seolah-olah, tetapi memang betul doktor itu mengejeknya. Penumbuk dikepal.

"Jeon Jungkook..."

Doktor Do mengalihkan pandangannya ke arah Youra yang berada di dalam bilik di hadapannya. Terdapat sebuah kaca lutsinar besar yang ditampal di dinding bilik itu, jadi dia boleh melihat segala benda yang terjadi di dalam bilik itu. Malahan, bukan sahaja Youra yang berada di dalam itu. Ramai, ramai lagi pelajar yang turut dijadikan spesimen eksperimennya.

"Kau patut berterima kasih pada aku sebab aku lindungi kewarasan kau. Aku buat kau sebagai kuli aku instead of spesimen macam diorang tu," ujar Doktor Do, jarinya ditujukan ke arah beberapa orang pelajar di dalam bilik itu.

Jungkook turut sama memandang ke arah bilik putih di hadapannya, dan anak matanya hanya menangkap kelibat Youra yang sedang memeluk lututnya. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu. Tidak perlu sebarang jawapan, dia sudah tahu gadis itu sedang menangis. Semakin tebal perasaan bersalah di dalam dirinya.

"Perlu ke sampai macam ni?" soal Jungkook. Dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah Doktor Do. Tidak sanggup dia melihat Youra yang dalam ketakutan itu.

"Well, yeah!" sahut Doktor Do lalu tersenyum psiko. Dia memeluk tubuhnya sambil memerhati gelagat pelajar-pelajar di dalam bilik di hadapannya.

"Turtle,"

"Ya, doktor?" Turtle laju menyahut apabila dipanggil oleh bos besarnya. Doktor Do melihat para pelajar yang dijadikan spesimen itu bersilih ganti. Jungkook di sebelah sudah menggigit bibir. Takut sekiranya lelaki tua itu melakukan apa-apa yang boleh membahayakan Youra.

"Apa nama budak tu? Ara? Yeoreum?"

"Nama siapa, doktor?" ujar Turtle hairan manakala Jungkook pula sudah memandang doktor Do dengan riak yang sukar ditafsirkan. Apa pula yang lelaki itu ingin lakukan?

"Budak kawan si Youra tu lah, bengap," ujar Doktor Do sambil menunjal dahi Turtle, manakala Jungkook pula bagaikan menerima kejutan mendengar ayat itu. Tanpa sedar dia mara ke arah lelaki itu, namun Doktor Do lebih pantas mengisyaratkan pekerjanya untuk menahan Jungkook.

"Song Areum," beritahu Turtle, dahinya yang sudah kemerahan digosok-gosok. Doktor Do mengangguk faham. Dia memandang Jungkook yang telah ditahan oleh jururawat yang lain.

"Kau nak buat apa hah?" soal Jungkook, tangannya cuba ditarik namun tidak berjaya kerana terlalu ramai jururawat yang menahannya. Barangkali mereka sudah trauma apabila ditumbuk oleh Jungkook pada hari pertama lelaki itu ditangkap dan telah belajar daripada kesilapan.

Doktor Do tergelak kecil melihat wajah Jungkook. "Heol, Jeon Jungkook. Kenapa kau nak risau pasal budak tu? Sebab dia kawan Youra, atau sebab kau ni playboy?"

"Jangan kau berani kacau dia," ujar Jungkook. Rendah sahaja nada suaranya, menandakan bahawa dia sedang serius. Dia tahu, lelaki itu sedang merancang sesuatu yang gila. Dia tidak mahu Areum terkorban kerana dia tahu, Youra sangat sayang akan sahabatnya itu.

"Oh gosh, takutnya. Eomma! Appa!" Doktor Do mula berlakon seperti kanak-kanak yang dalam ketakutan apabila diberi ugutan Jungkook. Dia tersenyum sinis selepasnya. "Kalau aku kacau, kau nak buat apa? Silap haribulan kau yang aku buat jadi spesimen," ujar Doktor Do. Dia mengalihkan pandangan pada Turtle.

"Hentam budak tu sampai dia tak sedarkan diri dan masukkan dia dalam bilik spesimen. Pastikan spesimen lain makan dia."

"Do Dongryeok!"

"Ohoi," Doktor Do menayang wajah cemberutnya ke arah Jungkook apabila lelaki yang lebih muda darinya itu menyebut nama penuhnya dengan marah. Jungkook mengetap gigi. Marah dengan doktor itu.

"Kurang ajar kau sekarang eh?" soal Doktor Do, dadanya dipegang, kononnya dia terasa dengan kata-kata Jungkook. "Dulu masa kecil, kau baik je—"

"Tarik balik arahan kau tadi," ujar Jungkook serius. Dia memandang tajam Turtle yang berada di sebelah doktor Do. Takut-takut Turtle ingin membalas pandangan itu. Akhirnya dia hanya menundukkan kepala ke lantai.

Doktor Do mengangkat kening. Jungkook dipandangnya atas bawah.

"Kau siapa nak arahkan aku?"

Jungkook mara ke arah doktor itu namun jururawat di situ pantas menarik Jungkook sekaligus menghalang pergerakannya. Doktor Do tersenyum sinis melihat Jungkook.

"Geram pula aku tengok kau ni. Turtle, jom. Biar aku yang belasah budak tu sendiri,"

"Aish," Jungkook sekali lagi mara ke arah lelaki itu apabila dia berjalan ingin keluar, dan jururawat di situ pantas menarik Jungkook semula. Malah, semakin ramai jururawat yang menahan Jungkook. Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

"Oh ye," Doktor Do menghentikan langkah, lalu badannya dipusingkan. Dia melangkah mendekati Jungkook. Dagu lelaki itu ditariknya ke atas agar memandang wajahnya. Jungkook pula laju menarik kepalanya. Jijik disentuh oleh doktor itu.

"Kau. Kau boleh bayang apa perasaan papa kau kalau dia tahu kau lah penyebab Junghyun mati?" soal Doktor Do. Ringkas sahaja soalannya, namun ianya menghempap Jungkook kuat. Hilang terus segala tenaga yang dia keluarkan untuk menyerang doktor itu.

Doktor Do tersenyum sinis melihat reaksi Jungkook. Bahu Jungkook ditepuknya beberapa kali. Sempat dia membisikkan sesuatu ke telinga Jungkook sebelum dia keluar dari situ.

"Behave."

【💉】

Jungkook menggigit bibir melihat tubuh Areum diusung oleh seorang jururawat. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Matanya ditutup rapat. Sungguh, dia terasa diri ini tidak berguna.

Dia kembali memandang dan memerhati jururawat yang mengusung tubuh Areum. Pintu bilik yang menempatkan spesimen lain dibuka lalu jururawat itu menapak masuk ke dalam bilik.

"Ada orang!" seorang spesimen berkata. Spesimen yang lain laju melihat sekeliling. Dengan mata yang ditutup oleh kain, mereka tidak dapat melihat apa-apa, namun deria yang lain masih boleh berfungsi.

"Lapar?" soal jururawat itu. Terdiam semua spesimen jadinya. Hampa kerana ianya bukan seseorang yang datang menyelamat. Mahu menafikan pun tidak boleh juga kerana sudah beberapa hari mereka tidak makan. Rasa lapar itu ibarat mencucuk diri.

Tubuh Areum dibaling kasar. Terhasil satu bunyi yang kuat apabila tubuh gadis itu terjatuh ke atas lantai.

"Daging mentah. Baik korang makan kalau tak nak doktor mengamuk," ujar jururawat itu lalu keluar dari bilik. Jungkook memerhati saja Youra yang masih berada di hujung bilik.

Dari awal lagi, rancangannya untuk melarikan diri memang tidak berjaya. Dia tidak tahu bagaimana tetapi doktor itu lebih awal dapat menghidu rancangan itu. Sebab itulah mereka dapat ditangkap.

Dia fikir, Youra akan berjaya menyelamatkan diri. Tetapi tidak. Melihatkan ramai konco-konco doktor Do yang mengejar gadis itu, Jungkook tahu, harapan gadis itu sangatlah tipis.

Benarlah. Di saat gadis itu menyangka dirinya sudah selamat kerana berada di pangkuan keluarganya, ternyata dia masih lagi belum terlepas dari semua ini. Apa yang Jungkook tahu, ibu bapa Youra ialah mata duitan dan doktor Do telah menawarkan sejumlah besar wang bagi mendapatkan Youra.

Ya, Youra. Doktor itu hanya mahukan Youra. Apa alasannya tidak Jungkook tahu lagi.

Kemalangan jalan raya yang dilalui Youra juga disebabkan oleh doktor Do. Lelaki itu yang mengupah konco-konconya supaya mengawasi kereta yang dinaiki Youra. Nampaknya, doktor itu tidak memandang rendah pada gadis bijak itu.

Selepas kemalangan tersebut, Youra dijadikan spesimen dalam eksperimen Doktor Do. Lelaki itu menggelarnya sebagai Eksperimen Kuasa, sesuai dengan namanya Dongryeok yang bermaksud kuasa.

Youra telah disuntik sesuatu, begitu juga dengan beberapa orang pelajar normal yang lain untuk menjadi spesimen. Siapa sangka, bukan Jungkook dan Youra sahaja pelajar normal di dalam hospital itu selama ini. Mereka semua telah diletakkan di dalam bilik yang sama dengan mata yang ditutup dengan kain.

Namun, ada sesuatu yang Jungkook pelik. Youra dan spesimen lain telah disuntik pada hari yang sama, benda yang sama. Pada awalnya, mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa. Deria mereka semua bagaikan hilang serta-merta.

Walaupun begitu, pada hari kedua, deria spesimen lain perlahan-lahan wujud kembali. Setelah sepuluh hari berlalu, spesimen-spesimen itu telah berjaya mendapatkan kembali kesemua deria mereka kecuali deria melihat kerana kain yang menutup mata mereka tidak boleh dicabut.

Tetapi Youra...

Youra masih kekal sama. Tiada deria yang dia dapat kembali.

Jungkook tidak tahu jikalau Youra disuntik cecair yang berbeza daripada spesimen-spesimen lain, namun jururawat yang bertugas menyuntik pelajar itu membawang bersama rakannya dan mengatakan kesemua spesimen disuntik benda sama.

Mungkinkah, Youra disuntik sesuatu yang berlainan? Tidak mustahil jika doktor itu mahu membalas dendam kepadanya melalui Youra...

Jungkook mengeluh kecil. Dia memandang Areum yang sedang dikerumun oleh spesimen lain.

Ini juga satu. Tahap kelaparan mereka sangat berbeza. Spesimen yang lain bagaikan lapar setiap masa. Walau sudah diberi makan tubuh pelajar yang lain dalam jangka masa sepuluh hari ini, namun mereka tetap lapar. Lapar mereka bagaikan dua kali ganda dari manusia biasa.

Youra pula berbeza. Selama sepuluh hari ini, dia langsung tidak makan atau minum apa-apa pun. Jungkook tidak tahu bagaimana dia boleh kekal bertahan hingga ke hari ini. Jika diberi makanan pun, Youra tidak mampu menghidu makanan itu bahkan tidak akan tahu bahawa ada makanan di situ.

Sekarang, Jungkook berharap sangat agar Youra tidak menghidu apa-apa. Biarpun gadis itu lapar, tetapi janganlah dia makan rakannya sendiri...

Kelihatan spesimen-spesimen lain laju mendekati Areum yang berbau sedap itu. Beberapa hari yang lalu, mereka juga diberi makan seorang wanita mengandung. Dan Jungkook di situ hanya menyaksikan aksi penuh kanibal itu.

Jungkook menggigit bibir melihat Areum yang dikerumuni spesimen. Dia memandang Youra di hujung bilik.

"Mianhae Youra..."

"Aish babi!"

Seorang jururawat mencarut kuat. Jururawat yang sedang bertugas memerhati keadaan di dalam bilik itu laju bangkit dari duduk mereka dan keluar dari bilik itu. Laju mereka semua lari dari situ sehingga akhirnya meninggalkan Jungkook sendirian di situ, ditemani bunyi spesimen sedang melahap tubuh Areum yang kedengaran kuat melalui pembesar suara di situ.

Sepanjang dia berada di situ juga, dapat dia simpulkan bahawa pekerja Doktor Do juga kesemuanya telah disuntik sesuatu. Hasilnya, mereka semua menjadi seorang yang berani dan kejam, tidak lain dari bos mereka sendiri iaitu doktor Do. Tetapi, ada satu benda yang mereka takutkan, yang menjadi satu-satunya kelemahan mereka...

Darah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro