Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ sechsundzwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:

"Andwae!" Youra terus berlari laju menuju ke arah Jungkook yang sudah terbaring di atas lantai. Youra merangkul kepala Jungkook. Dia menangis teresak di situ melihatkan dada Jungkook yang sudah berdarah teruk. Cecair berwarna merah pula bertakung di situ.

"Jungkook..." Youra bersuara. Cuak tangannya cuba ditekan di kawasan dada Jungkook untuk menghentikan pendarahan. Tangisannya sudah tidak terkawal.

"Youra..." Lemah sahaja tutur kata Jungkook. "Appo..." ujar Jungkook. Dadanya sungguh terasa perit dan pedih. Ini adalah kali pertama dia ditembak seumur hidupnya. Sakitnya tidak terkata.

"Mian. Mianhae. Jangan tinggalkan saya, jebal," ujar Youra dalam tangisannya. Dia melihat sekeliling lalu pandangannya bertemu dengan Dumb.

"Tolonglah!" marah Youra. Dumb sekadar mendiamkan diri sahaja. Bukannya tidak mahu menolong, tetapi darah yang keluar terlalu banyak menyebabkan dia takut hendak menolong. Jikalau tiada darah pun, memang tidak dia akan menolong kerana Jungkook bukan berada di sisi Doktor Do.

Dumb melirik ke arah Doktor Do. Kelihatan lelaki tua itu senyap-senyap sedang menghampiri Youra bersama jarum suntik di tangan. Tidak mahu merosakkan rancangan, Dumb hanya diam mengunci mulutnya.

"Jungkook. Bertahan. Jangan tinggalkan saya. Mian. Mianhae," ujar Youra bersilih ganti dengan esakannya. Keadaan Jungkook semakin lemah. Mata Jungkook juga sudah semakin layu ingin tertutup.

Jungkook mahu berkata sesuatu kepada Youra. Jungkook mahu membalas bahawa dia tidak akan meninggalkan Youra. Youra tidak bersalah. Dia akan sentiasa berada di sisi Youra.

Tetapi sakit yang mencucuk di dadanya menghalang segala pergerakannya.

Jungkook cuba menahan matanya dari tertutup. Adakah ini pengakhiran hidupnya? Adakah dia akan mati begini? Mati di tangan Doktor Do?

"Ani ani. Jangan tutup mata. Bangun, Jungkook," arah Youra. Dia memandang Jungkook dengan mata berairnya. Pandangan itu Jungkook balas dengan sayu. Tidak mampu berkata apa-apa lagi, mata Jungkook akhirnya tertutup rapat.

"Andwae..." Youra menggeleng kepala. Kawasan dada Jungkook ditekannya lebih kuat. Kepalanya digeleng.

Tidak... Dia tidak mahu Jungkook meninggalkannya!

"Jungkook..." panggil Youra. Namun dia langsung tidak mendapat sebarang respons dari Jungkook. Youra menundukkan kepalanya lalu menangis teresak-esak. Dada Jungkook masih ditekannya dengan penuh harapan.

Saat itu, Doktor Do sudah tiba di belakang Youra. Perlahan-lahan, doktor itu mengangkat jarum suntik itu, bersedia untuk mencucuk Youra.

Tiba-tiba sahaja, satu bunyi siren polis yang kuat kedengaran. Youra mengangkat kepalanya dengan terkejut. Matanya meliar ke sekeliling dengan harapan Jungkook akan diselamatkan.

"Babi!" Doktor Do langsung mencarut apabila mendengar bunyi siren itu. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia lantas berlari menuju ke arah tingkap yang ada di situ lalu keluar.

"Doktor!" Dumb yang melihat Doktor Do melarikan diri dengan begitu sahaja sudah membulatkan mata. Lantas dia berdiri lalu berjalan terhinjut-hinjut ke arah tingkap itu.

"Berhenti! Jangan bergerak!"

Saat itu juga, pintu bilik itu telah dirempuh dari luar. Dumb yang tidak sempat melarikan diri mengangkat tangannya ke atas, tanda menyerah. Youra yang melihat polis itu langsung sahaja menjerit kuat.

"Tolong! Ada mangsa cedera kat sini!"

Polis-polis itu masuk ke dalam bilik itu lalu menangkap kesemua orang suruhan Doktor Do. Habis kesemua orang suruhannya tertangkap, baik yang pengsan mahupun sedar. Satu-satunya orang yang mereka tidak dapat tangkap ialah Doktor Do sendiri.

Sekumpulan paramedik laju berlari ke arah Jungkook dan mengusungnya keluar. Youra pula kekal berada di sisi Jungkook, mengikuti kumpulan paramedik itu sehingga ke ambulans. Air matanya mengalir laju.

Tolonglah... Selamatkan Jungkook...

【💉】

"Macam mana?" soal Youra dengan penuh harapan. Peguam di hadapannya mengeluh kecil. Di tangannya terdapat sebuah fail yang tertulis 'PSYCHIATRIC DO CASE'.

Tidak perlu berkata apa-apa, peguam yang bernama Encik Yoon itu sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. Youra menghela nafas, matanya dipejam.

"Do Dongryeok tak dikenakan apa-apa hukuman. Dia disahkan tak waras dan dihantar ke hospital sakit jiwa."

"Aish," Youra merengus kasar. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan, cuba untuk bersabar.

"Diorang gila ke apa? Sumpah, lelaki tu sihat dan waras. Kalau tak macam mana dia boleh cipta formula yang berkesan tu?" soal Youra. Encik Yoon hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Walaupun mereka tidak berpuas hati, tetapi sudah tiada apa yang boleh mereka lakukan. Keputusan telah pun dibuat oleh hakim di mahkamah sebentar tadi.

"Habistu dia tak terima death penalty? Walaupun dia dah bunuh ramai pelajar?" Seorang lelaki yang berada di atas katil bersebelahan Youra bertanya. Encik Yoon terdiam seketika lalu menggeleng kepalanya tanda tidak.

"Joesonghabnida," ujar Encik Yoon. Dia menundukkan badannya ke arah dua manusia di hadapannya lalu terua berlalu keluar dari bilik wad itu. Youra menggigit bibir. Wajahnya diraup kasar.

"Geram kan?" soal lelaki itu. Youra langsung sahaja mengangkat kepalanya memandang lelaki berbaju pesakit itu.

"Yah. Siapa je tak geram? Saya benci dia," ujar Youra. Sumpah, ingin sahaja dia pergi ke perbincangan kes Do Psychiatric Hospital di mahkamah itu, lalu dia sendiri yang akan mencekik Doktor Do di situ. Kalau boleh, sekali dengan barisan hakim mahu dicekiknya. Mereka telah membebaskan seorang pembunuh dengan alasan yang sangat tidak masuk akal!

Tidak perlu disangkal lagi, pasti mereka telah menerima bayaran oleh orang dalam.

"Awak benci dia? Tapi dia ayah kandung awak," ujar lelaki itu. Youra menggigit bibir. Wajah lelaki itu dipandangnya.

"Tapi dia cuba nak bunuh awak!"

Jungkook tersenyum kecil. Lantas tangannya didepakan ke tepi lalu digerakkan sikit, memanggil Youra. Youra yang faham akan signal itu langsung memeluk erat tubuh Jungkook.

"Sekurang-kurangnya kita masih selamat. Kan?" soal Jungkook, rambut Youra diusapnya. Youra mengangguk, kepalanya disandar pada dada bidang Jungkook.

"Saya yakin awak akan jadi normal semula satu hari nanti. Saintis dari Seoul National University tengah bekerja keras untuk keluarkan formula tu dari badan awak sekarang."

Masih ingat akan panggilan polis yang Youra buat semasa dia berada dengan seorang wanita mengandung? Nampaknya pihak polis amat peka dengan panggilan tersebut dan pergi membuat siasatan dengan cuba mencari lokasi melalui telefon pintar wanita itu.

Lokasi yang terpapar hanyalah sebentar kerana orang suruhan Doktor Do telah menghapuskan telefon itu. Namun begitu, mujur sahaja terdapat seorang polis yang sempat menyiasat dan mendapat tahu bahawa Youra juga ada membuat panggilan tentang kes yang sama. Mujur sahaja lokasi telefon Youra berjaya dijejaki.

Dengan itu, pihak polis menyiasat tentang Do Psychiatric Hospital. Siasatan yang dilakukan agak lama kerana sukar ingin mencari bahan bukti. Maklumlah, hospital itu sudah lama tidak berfungsi dan ia berada di kawasan pedalaman.

Setelah beberapa hari, akhirnya mereka berjaya menempatkan lokasi sebenar hospital sakit jiwa itu. Tanpa berlengah, mereka terus menyerbu tempat itu. Doktor Do juga telah berjaya diberkas kerana dia masih berada berhampiran kawasan itu.

Sungguh Youra bersyukur kerana bantuan tiba pada masa yang tepat. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya Jungkook tidak dapat diselamatkan.

"Okeylah. Saya nak tukar baju kejap," ujar Jungkook. Youra langsung sahaja melepaskan pelukan. Tanpa disuruh, Youra menolong Jungkook mengambil pakaiannya di dalam beg galas berdekatannya.

"Kook, lepas ni awak ada nak pergi mana-mana ke?" soal Youra. Jungkook terdiam seketika sebelum mengangkat bahu. Youra mengangguk pelan. Wajah Jungkook dipandangnya.

"Boleh kita pergi columbarium?"

【💉】

"Areum-ah..."

Youra tersenyum kecil. Dia meletakkan bunga yang dibelinya tadi ke dalam rak milik Areum. Kelihatan Areum tersenyum manis di dalam gambar di situ. Seolah-olah ia menanti kedatangan Youra ke mari.

"Anneyong," ujar Youra. Satu tangannya diangkat untuk menegur Areum. Youra menggigit bibir seketika. Cuba menahan rasa hiba.

"Kematian kau tak adil. Maaf sebab tak dapat tuntut kematian kau..."

Youra menundukkan kepala. Saat itu, satu tangan menepuk pelan bahunya. Youra mengangkat kepala lalu tersenyum nipis ke arah Jungkook.

"Gwaenchana. Saya pasti Areum faham," ujar Jungkook. Dia memandang gambar Areum yang berada di dalam rak tersebut. Youra tersenyum kecil. Tangisannya dikesat lalu bahu Jungkook dirangkulnya.

"Areum-ah, perkenalkan, ni Jungkook. Jeon Jungkook. Yup, dia ni ahli sukan taekwondo yang paling hebat!" ujar Youra. Jungkook tersenyum senget di sebelah. Hidungnya dikembangkan. Bangga.

"Dan sekarang, Jungkook dah jadi boyfriend aku! Maaflah, aku tinggalkan kau jadi single sorang-sorang," ujar Youra dan tergelak kecil. Jungkook juga sudah ikut tergelak. Tangan Youra diraihnya lalu dipegang erat.

"Aku pergi dulu. Harap kau tenang kat sana. Jangan stalk aku dengan Jungkook! Ada masa aku datang lagi," kata Youra. Wajah Areum diusap seketika sebelum dia menutup pintu rak tersebut. Satu senyuman diberi buat kali terakhir.

"Jalga!"

Youra dan Jungkook berjalan keluar dari kawasan tersebut sambil berpegangan tangan. Di situ, terdapat lagi orang lain yang turut sedang melawat insan kesayangan mereka. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang ibu yang sedang meratapi nasib anaknya.

Youra kenal itu siapa. Ibu kepada salah seorang rakan sekelasnya. Youra menggigit bibir. Matanya dipejam.

Terbit juga rasa kasihan di dalam diri. Dia tidak mampu menyelamatkan pelajar lain...

"Lepasni nak pergi mana?" soal Jungkook, sambil itu tangan Youra ditariknya lembut ke tempat lain. Pasti Jungkook telah menyedari perubahan pada wajah Youra.

"Hmm..." Youra terdiam seketika. Dia mendongakkan kepala memandang Jungkook.

"Pantai!"

【💉】

"Uwaa,"

Youra mendepakan tangan. Matanya dipejam sambil merasai sentuhan lembut bayu di wajahnya. Rambutnya yang panjang beralun ditiup angin. Jungkook di sebelah tersenyum kecil melihat gelagat Youra.

"Ahh, dah lama tak rasa macam ni," ujar Youra. Dia dan Jungkook melabuhkan punggung ke atas sebuah batang kayu yang berada di situ. Youra menyandarkan kepala di bahu Jungkook.

"Rasa apa?" soal Jungkook. Bahu Youra dirangkulnya. Youra tersenyum kecil. Matahari yang terbenam di hadapannya dipandang.

"Rasa disayangi,"

Youra mengangkat kepala memandang Jungkook. Jungkook membalas pandangan tersebut, rambut Youra yang menghalangi wajahnya diselitkan di telinga. Tersenyum Youra jadinya.

"Oh ye. Appa awak?" soal Youra. Jungkook mengeluh kecil. Rambut Youra diusapnya.

"Appa dengar semuanya. Mestilah appa mengamuk teruk,"

Apabila mengetahui tentang apa yang Doktor Do lakukan, sudah tentulah Tuan Jeon marah dan tidak percaya kerana Doktor Do itu ialah sahabat karibnya sendiri. Sanggup sahabatnya melukakan anaknya? Tuan Jeon juga telah berjumpa dengan Doktor Do untuk melepaskan kemarahannya.

Namun begitu, Doktor Do bijak menukar situasi. Dia telah memberitahu Tuan Jeon tentang rahsia gelap Jungkook. Di mana Junghyun, abang kandung Jungkook, terlibat di dalam kemalangan tersebut kerana Jungkook. Walhal Jungkook hanyalah seorang budak yang tidak bersalah ketika itu.

Dikaburi dengan perasaan marah, Tuan Jeon telah mengherdik Jungkook. Tidak cukup dengan itu, habis dibelasah tubuh anak kandungnya itu. Hilang sudah perasaan risau yang dia dapat sewaktu mendengar berita tentang apa yang berlaku kepada Jungkook. Jungkook juga hanya bertahan sahaja. Tidak melakukan apa-apa serang balas kepada insan yang disayanginya itu walaupun dia mampu.

"Habistu awak macam mana sekarang?" soal Youra prihatin. Jungkook tersenyum kecil. Wajah Youra dipandangnya.

"Asalkan ada awak di sisi saya, dah cukup buat segalanya lengkap bagi saya."

"Mwoyaa," Youra menolak pelan tubuh Jungkook. Pipinya ditekup. Apa sweet sangat ayat Jungkook ni? Jungkook tergelak kecil. Tubuh Youra dipeluknya sambil dia menikmati pemandangan indah matahari terbenam di hadapan.

"Oh ya," ujar Youra. Dia baru teringat akan sesuatu. Tangannya dibawa masuk ke dalam poket seluar lalu sebuah objek diambilnya.

"Macam mana benda ni boleh ada dengan awak?"

Bundar mata Jungkook memandang ke arah sebuah rantai loket yang kini sudah berada di tangan Youra. Dia mengambil rantai loket itu dan menilik objek itu.

"Eo, ni saya punya. Awak dapat dari mana?" soal Jungkook. Youra mengecilkan mata memandang Jungkook.

"Awak punya?" soal Youra. Tubuhnya dipeluk. Polos sahaja Jungkook menganggukkan kepalanya.

"Pasti ke?"

Angguk lagi.

"Jinjja?"

Angguk lagi.

"Yakin?"

"Ish," Jungkook mencebikkan bibirnya. Youra tersenyum senget. Loket di rantai itu dibukanya.

"Percaya tak kalau saya cakap budak perempuan tu saya?" Soal Youra sambil menunjuk ke arah gambar budak perempuan yang sedang tersenyum di dalam loket itu. Jungkook mendekatkan dirinya untuk melihat gambar keluarga yang berada di dalam loket itu. Seorang ayah, ibu, dan juga dua orang anak yang merupakan sepasang kembar. Tanpa sedar, dia menguntum senyuman.

"Kalau health examination tu tak dijalankan, saya mungkin tak percaya,"

"Ha, awak dapat dari mana rantai ni?" Youra mengulang soalan pertamanya. Jungkook memandang wajah tertanya Youra lalu tersenyum kecil.

"Ayah awak bagi,"

"Oh. Eww," ujar Youra singkat. Geli pula ingin mengaku lelaki sekejam itu sebagai ayahnya. Jungkook merangkul tubuh Youra lalu dibawa lebih dekat ke tubuhnya.

"Sebenarnya saya ada terfikir nak buang segala pemberian doktor Do, tapi sebab perempuan tu comel sangat, tak sanggup nak buang," ujar Jungkook. Youra menayang wajah jijik. Walhal sebenarnya, dia sudahpun menahan malu.

"Eee, tak payahlah buat alasan cringey macam tu,"

"Betul apa," kata Jungkook, mempertahankan hujahnya. Sememangnya, gadis cilik yang berada di dalam gambar itu memberi suatu aura yang luar biasa. Senyumannya seolah-olah memberi semangat kepada Jungkook, seolah-olah ia memberitahu Jungkook bahawa dia disayangi. Sehingga terdetik di hati Jungkook untuk mencari tahu dan berjumpa dengannya suatu hari nanti. Siapa sangka, takdir telah menemukan mereka dengan cara begini?

Youra menghela nafas lega sambil menyandarkan kepalanya di bahu Jungkook. Tangan Jungkook dipegangnya erat.

Pada akhirnya, dua insan yang masing-masing inginkan kasih sayang bersatu jua. Bermula dari pemeriksaan kesihatan untuk lawatan ke Pulau Jeju, kepada diculik menjadi pesakit mental dan akhirnya menjadi spesimen untuk sebuah eksperimen gila.

Apa-apa pun, Youra lega. Lega kerana semuanya sudah berakhir. Walaupun kini mungkin dia mempunyai trauma kepada pemeriksaan kesihatan yang akan diadakan...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro