↳˳⸙;; ❝ sechs ᵕ̈ ೫˚∗:
「 DAY-3 」
"Beratur! Makan!"
Seperti hari-hari sebelumnya, mereka semua disuruh beratur untuk makan. Kesemua pelajar mula beratur. Kali ini berbeza dari hari yang lainnya, kerana kesemua pelajar kelihatan tidak waras. Kesemuanya membuat bising dan tersengih-sengih di dalam barisan.
Hari ini adalah hari ketiga Youra terseksa di dalam neraka itu. Dan hari ini juga, dia dan Areum perlu berlakon sebagai seorang gila. Youra mempunyai suatu firasat yang mengatakan jika Doktor Do tahu akan kenormalan mereka, mereka turut menjadi mangsa seterusnya.
Mereka perlu melindungi kewarasan mereka. Mereka perlu keluar dari sini. Secepat mungkin.
Tidak jauh dari situ, dapat Youra lihat Doktor Do yang sedang memerhati barisan ini. Tersenyum doktor itu.
"Semua pelajar dah kena suntik?" soal Doktor Do kepada jururawat bernama Crab. Crab menganggukkan kepala. Matanya turut mengimbas barisan itu, melihat satu-persatu pelajar gila.
"Aku nak kau perhatikan diorang. Kalau nampak ada yang normal, terus suntik ubat tu pada diorang," arah Doktor Do. Crab mengangguk faham dan menundukkan badannya ke arah Doktor Do apabila lelaki itu berjalan pergi.
Youra yang sedari tadi memerhati mengetap gigi. Doktor Do. Benci benar dia dengan lelaki tua itu. Punca mereka semua terperangkap di sini.
"Reum," panggil Youra. Areum mendekatkan diri dengan Youra, ingin mendengar apa yang rakannya katakan.
"Nanti kita jalankan rancangan kita," ujar Youra. Areum mengangguk kepalanya faham. Selepas itu, mereka berdua terus berlakon seperti orang gila. Nasib baik juga mereka memang pandai dalam bidang lakonan, jadi tidaklah ketara penipuan mereka.
【💉】
Keadaan di dalam dewan ini bising sekali. Bisingnya terasa lebih bingit dari hari-hari sebelumnya. Mungkin sahaja disebabkan oleh bilangan pelajar yang gila sudah semakin meningkat. Boleh juga jadi kerana pelajar yang gila semakin menggila.
Youra kekal memerhati sekeliling dari tempat duduknya. Sudah tentulah, lakonan sebagai seorang gila tidak ditinggalkannya. Makanannya sengaja dimakan comot-comot dan ada yang tertumpah ke bajunya.
"HEHEHEHE!" Areum mencucuk garfunya beberapa kali ke atas permukaan meja lalu tersengih suka. Airnya juga diambil dan diminum laju, sehingga ada air yang tumpah ke baju. Selepas itu, mulutnya dilap dengan baju.
"Youra, nak pergi bila?" bisik Areum. Garfunya kekal dicucuk-cucuk ke meja. Youra terdiam kecil. Garfunya turut diambil lalu dia menggesekkannya ke atas pinggan, menghasilkan suatu bunyi yang membingitkan.
"Sekarang,"
"Haksaeng. Senyap sikit," seorang jururawat menghampiri Youra. Anak matanya memandang ke arah garfu yang berada di tangan Youra. Melihatkan jururawat datang padanya, terus Youra melancarkan serangan lakonannnya.
"Ahjussiiiiiiiiii!"
"Apa?" Berkerut dahi jururawat itu seketika apabila dipanggil pak cik. Dia tidaklah tua mana untuk dipanggil sebegitu. Pulak tu, dia seorang perempuan!
Youra menayang satu sengihan.
"Nak... Berak!"
Jururawat itu menayang wajah jijik. Anak matanya diguling.
"Ha jom lah. Menyusahkan."
Youra berdiri dari duduknya. Sempat dia menghantar isyarat mata kepada Areum. Areum pula tanpa berlengah terus merentap tangan Youra.
"Yah imma! Eodiga?"
"Berak!" balas Youra, dahinya dikerutkan apabila lengannya tiba-tiba sahaja direntap. Areum menggeleng kepala. Gelasnya diambil lalu dituang ke arah Youra. Youra pula seperti tahu-tahu sahaja, dia mengelakkan diri dari serangan itu, menyebabkan jururawat itu pula yang terkena tempias.
"Woi!" marah jururawat itu. Bajunya ditilik. Yaish!
"Pergi sama-sama. Aku nak berak juga. Aku nak berak! Faham tak!" soal Areum, dia mula mara bersama garfu di tangan ke arah Youra. Jururawat itu pula langsung menangkap Areum, garfu di tangan Areum diambilnya.
"Yelah, pergi sama-sama! Sumpah stres aku layan orang gila macam korang ni!" bentak jururawat itu sambil merengus geram. Tangan Youra dan Areum ditariknya lalu dibawa menuju ke bilik mereka. Dalam diam, Youra dan Areum berkongsi satu pandangan tersirat.
【💉】
"Cepatlah! Cepat!"
Areum mengetuk ganas pintu tandas yang kini sedang diduduki Youra. Youra menjerit kecil.
"Sabarlah!"
"Ey bising tahu tak bising?! Pergilah berak tandas sebelah!" si jururawat yang menemani mereka mula menengking apabila mereka berdua asyik bertengkar tidak habis.
"Tak nak! Aku nak tandas ni!"
Areum kekal mengetuk pintu tandas. Jururawat itu merengus kuat.
"Kau ingat kau ketuk macam tu dia boleh cepat siap lah? Sini kau, berak tandas sebelah!"
Jururawat itu meluru ke arah Areum. Belum sempat dia ingin merentap tangan Areum dan membawanya ke bilik sebelah, pintu tandas sudah pun terbuka.
"Ha! Siap pun!"
"Jangan masuk!" arah Youra. Keadaan menjadi senyap seketika sebelum Youra tergelak besar dari dalam tandas. Areum mengambil beberapa tapak dari tandas sebelum turut tergelak.
"MUAHAHAHAHA!"
"Korang dah kenapa? Gila?" jururawat itu bertanya. Dia memeluk tubuh lalu mengambil langkah besar menuju ke tandas.
"Yah keluarlah cepat, aku dah tak tahan jaga korang!"
Jururawat itu menolak kasar pintu tandas. Berkerut seketika dahinya apabila tiada kelibat Youra di situ. Dia masuk ke dalam tandas sambil melihat sekeliling.
"BOO!"
"ARGH–"
PAK!
Youra muncul secara tiba-tiba mengejutkan jururawat itu. Jururawat itu terkejut, sewaktu itu pula, Areum pantas memukul belakang leher jururawat itu dengan kasut tinggi kepunyaan Chaeri. Berbekalkan tenaga yang kuat, jururawat itu terus jatuh menghempap lantai lantas.
"Omo," komen Youra. Tidak sangka pula jururawat itu boleh pengsan secepat itu. Areum tersengih bersalah, belakang kepalanya digaru.
"Kuat sangat ke?"
"Ani ani," Youra berjalan ke sisi Areum. Dia sudah sedia maklum yang kawannya itu memang mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi. Tetapi, walaupun fizikal Areum kuat, dari segi mental dia lemah. Berbeza dengan Youra yang kuat dari segi mental dan lemah dari segi fizikal.
"Kajja."
【💉】
Youra dan Areum sekarang menuju ke bilik di mana Younghoon mengatakan bahawa dia telah menjumpai jalan keluar kemarin. Mereka melalui lorong tempat persembunyian mereka kemarin. Mata tetap meliar memerhati sekeliling, bimbang sekiranya tertangkap oleh jururawat.
"Eo..."
Kaki mereka berdua terhenti apabila mereka tiba di penghujung lorong tersebut. Di hadapan mereka, kini terdapat sebuah pintu besi yang sudah berkarat. Mereka berdua saling berpandangan. Youra mendekati pintu itu lalu cuba membukanya.
"Aish," ujar Youra. Mangga di pintu itu dipegangnya. "Kunci."
"Yah, jururawat tadi..." Areum bersuara. Mangga itu ditiliknya. "Wae?" soal Youra. Areum mengangkat kepala memandang Youra.
"Dia ada kunci untuk mangga ni,"
"Eh? Jinjja?" soal Youra tidak percaya. Areum mengangguk yakin.
"Aku ternampak tadi, jururawat tu ada gugusan kunci kat tepi seluar dia," ujar Areum. Dia yakin, dia ada terpandang gugusan kunci itu semasa jururawat itu pengsan. Youra pantas mencapai lengan Areum.
"Kalau macam tu, jom cepat pergi sana and ambil kunci tu sebelum dia bangun. Mungkin kita kena bertahan sikit nak try satu persatu kunci tu, tapi takpe. Kalau tu nasib kita, kita akan keluar."
【💉】
"Jellyfish!"
Beberapa orang jururawat menerjah masuk ke dalam bilik itu. Terhenti seketika semua apabila melihat dua orang pelajar sedang bermain dengan sebuah tubuh yang terkujur di atas lantai. Kedua pelajar itu mengangkat kepala memandang jururawat itu.
"Oh! Doktor lah!"
"Anneyonghaseyo!"
"Yaish!" seorang jururawat lelaki bernama Turtle lantas memeriksa keadaan Jellyfish, jururawat yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Pipinya ditepuk beberapa kali namun dia kekal tidak menyedarkan diri.
"Woi! Korang berdua buat apa kat dia?" soal jururawat lainnya, Monkey kepada Youra dan Areum. Youra mengangkat bahu. Dia sambung bermain dengan rambut Jellyfish sebelum tangannya ditepis Turtle.
"Ala, kitorang kejutkan dia je. Mengada je nak pengsan!" ujar Areum jengkel. Membulat mata Monkey mendengar.
"Jaga mulut kau sikit!"
"Dah dah! Korang jaga sikit diorang ni boleh tak? Dah tahu kita tengah jaga orang gila kan. Aware lah sikit! Diorang pun kadang-kadang boleh lose control. Nama pun dah gila," Turtle yang mulai hilang kawalan terus menjerit kepada jururawat lainnya. Terdiam semua jururawat jadinya.
"Siapa gila?"
"Kau lah gila."
"Kau gila. Aku tak gila."
Youra dan Areum mula bertengkar kecil. Turtle menjeling mereka berdua tajam sebelum mengangkat tubuh Jellyfish iaitu kekasihnya sendiri. Jururawat yang lain dipandangnya tajam.
"Bawa budak ni pergi dewan makan. Jaga diorang elok-elok. Jangan biar bos tahu kalau korang tak nak tanggung akibatnya."
"Nae!" Kesemua jururawat menundukkan badan mereka ke arah Turtle. Semua menghembus nafas lega apabila ketua mereka sudah pergi dari situ.
"Oi budak! Yang korang pergi buat hal dengan dia dah kenapa? Tahu tak dia ketua kat sini?" Hippo mula memarahi Youra dan Areum. Kedua pelajar itu menayang wajah 'kesah-apa-aku'. Monkey menepuk bahu Hippo beberapa kali.
"Cakap dengan diorang pun takde guna. Korang berdua, sini ikut aku."
Youra dan Areum patuh dengan arahan. Tanpa disuruh, mereka berdua beratur membentuk satu barisan lalu mengikut Monkey menuju ke dewan makan. Sempat mereka berdua melihat satu sama lain. Satu senyuman diberi.
Malam ini, mereka berdua akan keluar dari sini!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro