↳˳⸙;; ❝ neonzehn ᵕ̈ ೫˚∗:
"Hmm hmm hmm~"
Doktor Do bersiul kecil sambil mengatur langkah ke sebuah bilik. Di situ juga terdapat bilik-bilik yang lain. Keadaan di situ sememangnya bising dan riuh dengan pelajar gila yang berada di dalam bilik masing-masing. Usai tiba di bilik hujung sekali, Doktor Do mengeluarkan kunci bilik dari poket kotnya dan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Hi there, anak angkat."
Di hujung bilik itu, kelihatan Jungkook duduk bersandar di situ. Tidak terfikir langsung untuk memandang wajah doktor itu, Jungkook kekal menutup matanya sambil bersandar di dinding.
"Takut duduk dalam bilik gelap sorang-sorang?" soal Doktor Do lalu menapak mendekati Jungkook. Jungkook membuka mata lalu dijeling doktor itu.
"I'm not a kid..."
Jungkook menayang wajah jijik.
"...Superdo."
Tergelak Doktor Do mendengar nama itu. Superdo. Itulah panggilan yang Jungkook cipta kepadanya semasa dia kecil. Katanya, Doktor Do ibarat Superman kepada dirinya.
"Heol, macam tak sangka aku dengar perkataan tu keluar dari mulut kau lagi."
"Tch," Jungkook mendecit kecil. Doktor Do bercangkung di sebelah Jungkook, memandangnya. Jungkook pula langsung tidak memandang doktor itu.
"Rindu betul aku dengan kau, Kook."
"Aku tak rindu kau langsung," laju Jungkook memintas. Doktor Do tampak tidak berasa marah dengan respons itu. Boleh pula dia memegang dagu Jungkook, ingin menilik wajah lelaki itu. Sepantas kilat tangannya ditepis Jungkook.
"Besar dah kau."
"Kalau aku mengecil kau terkejut pula."
"Handsome muka kau. Macam ayah kau."
"Muka kau pula tak handsome. Macam sampah."
"Kalau Junghyun ada mesti dia akan rasa tercabar dengan kau."
Jungkook diam tidak membalas. Doktor Do mengusap kepala Jungkook, lalu sekali lagi tangannya ditepis.
"Yelah... Kau ni handsome, lepastu bijak pula, pandai taekwondo, gentleman pun boleh tahan, badan—"
"Kenapa kau datang sini?" pintas Jungkook. Doktor Do tersenyum senget.
"Kalau kau cuba keluarkan Youra dari sini, aku akan bunuh ayah kau."
Jungkook memandang wajah Doktor Do. Mereka berdua kekal bertatapan buat beberapa ketika sebelum Jungkook tersenyum sinis.
"Cubalah,"
Berkerut seketika dahi Doktor Do. "Jadi kau lebih pilih perempuan tu daripada ayah kau sendiri?"
Jungkook sekadar mengangkat bahunya. Biarlah doktor itu fikir apa yang dia mahu. Doktor Do tergelak besar menerima respons Jungkook.
"And guess what? Aku akan bawa dia lari dari sini. Kau tunggu jelah waktu di mana bilik spesimen tu jadi kosong semula," ujar Jungkook. Doktor Do mengetap giginya. Geram. Tanpa sebarang amaran, tangannya naik menampar pipi Jungkook.
"Huh," Doktor Do berdecit kecil. Wajah Jungkook yang tampak langsung tidak kisah akan tamparannya tadi dipandang. Dia tersenyum sinis buat seketika sebelum berdiri dari cangkungannya.
"Aigoo," ujar Doktor Do. Tangannya ditepuk-tepuk, seperti ingin membersihkan habuk yang melekat di tangannya. Lalu pintu bilik ditunjuk.
"Keluarlah. Aku saja je nak main-main dengan kau. Tak sangka pula kau ni mencabar kesabaran aku," ujar Doktor Do. Jungkook hanya menjeling doktor itu. Tanpa sebarang kata, dia terus berdiri dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik yang telah mengurungnya selama beberapa jam itu.
Ya, dia baik-baik sahaja. Selepas dia disuntik ubat pelali, dia mendapati dirinya berada di dalam bilik itu. Tiada langsung sebarang luka mahupun kecederaan pada tubuhnya.
Jungkook menoleh seketika ke arah doktor Do yang masih berada di dalam bilik itu. Tanpa berlengah lagi, terus dia mengangkat kakinya pergi dari situ. Satu destinasi ditujuinya.
Setelah lebih kurang lima minit berjalan, Jungkook kini berada di hadapan bilik stor di bangunan hospital psikiatrik itu. Dia melihat kiri dan kanan, melihat koridor yang kosong dan lenggang. Usai memastikan keadaan selamat, Jungkook masuk ke dalam bilik stor itu.
Lampu dibuka. Jelas kelihatan seorang lelaki berpakaian serba putih sedang terbaring di atas lantai. Lelaki itu mengangkat kepalanya memandang Jungkook apabila lampu dibuka. Berkerut seketika dahinya cuba memproses cahaya yang muncul.
"Anneyong, Octopus," sapa Jungkook, sebelah tangannya diangkat tanda menegur. Lelaki bernama Octopus itu langsung cuba untuk mendudukkan dirinya. Sukar sedikit pergerakannya kerana dirinya yang sudah terikat dengan tali.
"J–Jungkook..."
Pada hari kemarin, Jungkook telah berjaya menculik seorang jururawat dan mengurungnya di dalam bilik stor ini. Sementara menunggu Octopus sedar dari pengsannya, Jungkook pergi memerhati Youra. Namun, lain pula jadinya apabila dia juga dikurung semalam. Terpaksalah dia menangguh rancangannya.
"Okey, Octopus. Rules dia senang je. Kau ikut cakap aku, dan kau akan selamat," ujar Jungkook mendatar. Octopus menelan liur. Kepalanya dianggukkan tanda bersetuju.
"Aku nak kau bagitahu aku semua benda yang kau tahu tentang eksperimen gila ni," ujar Jungkook lagi. Wajah Octopus dipandangnya tajam. Octopus terdiam seketika. Kepalanya perlahan-lahan ditundukkan memandang lantai.
"A–Aku tak tahu,"
"Tch," Jungkook berdecit kecil. Dia mengeluh seketika lalu menuju ke arah timbunan kotak di situ. Satu kotak dibuka.
"Everyone says that at first. Sebab tu lah awal-awal lagi aku dah sediakan benda ni..."
Jungkook mengeluarkan satu benda dari kotak itu. Membulat mata Octopus melihat sebuah jarum suntik yang berisi cecair berwarna merah... Darah!
"A–Aku betul-betul tak tahu!" ujar Octopus. Cuak dirinya setelah melihat benda yang paling ditakutinya itu. Jungkook berjalan mendekati lelaki itu. Dia bercangkung di sebelah Octopus lalu jarum suntik itu disuanya kepada Octopus.
"Jadi, kau tak kisah lah kalau aku sembur darah ni kat muka kau?"
Octopus tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menjauhkan diri dari Jungkook. Jungkook mengangkat kening. Tanpa sebarang amaran, jarum itu dipicitnya perlahan-lahan, menyebabkan cecair merah itu keluar dengan perlahan dari jarum suntik itu.
"A–Aku bagitahu! Aku akan bagitahu semuanya. Jauhkan benda tu dari aku!" teriak Octopus. Matanya sudah ditutup rapat, tidak mahu melihat darah yang keluar. Jungkook langsung saja berhenti memicit jarum itu, lalu diselitkan di poket seluarnya.
"Okay. Tell me then."
Octopus membuka matanya pelan, lalu menghembus nafas lega apabila tiada jarum suntik berisi darah di pandangannya. Wajah Jungkook dipandang takut-takut.
"Eksperimen Kuasa. Doktor Do Dongryeok. Dia nak jadi immortal. Dia nak hidup selama-lamanya. Jadi dia cipta satu formula untuk tujuan tu. Dan dia cuba formula tu pada spesimen lain dulu."
Jungkook terdiam seketika menafsir maklumat yang dia dapat. Immortal? Kehidupan abadi?
"Kenapa Youra yang jadi spesimen utama?" soal Jungkook. Dari awal lagi, dia tahu, doktor Do memang ingin menjadikan Youra sebagai seorang spesimen di dalam eksperimennya. Pelajar lain yang menjadi spesimen itu hanyalah untuk menutup fakta bahawa doktor itu hanya mahukan Youra.
Octopus menggeleng pelan, tanda dia tidak tahu. Jungkook mengangkat keningnya memandang Octopus.
"Habistu, tu jelah yang kau tahu?"
Takut-takut Octopus mengangguk. "Benda ni je yang doktor bagitahu kitorang. Aku tak tahu yang lain. Sumpah, aku tak tahu. Nak tanya pun tak berani sebab ada khabar angin yang cakap kalau tanya benda tu pada doktor, dia takkan mampu hidup lagi..." Octopus laju bersuara ingin mempertahankan dirinya. Takut jika Jungkook berbuat yang bukan-bukan padanya.
Jungkook terdiam seketika. Wajah Octopus dipandang tidak puas hati sebelum dia bergerak mendekati Octopus dan membuka ikatan tali yang mengikatnya.
"Okey. Pergilah."
Terkelip-kelip Octopus memandang Jungkook apabila dirinya dilepaskan begitu sahaja. Jungkook membalas pandangan Octopus lalu mulutnya dimuncung ke arah pintu bilik stor.
"Pergilah. Sebelum aku ubah fikiran."
"K–Kamsahabnida!" Octopus menundukkan badannya sedikit kepada Jungkook. Walaupun dia lebih tua daripada Jungkook yang hanyalah seorang pelajar sekolah menengah, namun dia tidak dapat menafikan bahawa Jungkook memang menakutkan. Semua jururawat tahu bahawa anak kepada kawan baik Doktor Do itu memang serba boleh dan hebat.
Tergopoh-gapah Octopus cuba berdiri dan berjalan menuju ke bilik stor. Jungkook hanya memerhati saja gelagat Octopus. Sejurus dia memegang tombol pintu, Jungkook lantas bersuara menghentikan perbuatan Octopus.
"Eh kejap,"
Octopus laju memusingkan badannya memandang Jungkook. "Nae?" soalnya. Jungkook tidak membalas, hanya jarinya sahaja yang digerakkan ke arah dirinya sebagai isyarat menyuruh Octopus datang ke mari. Faham dengan isyarat itu, Octopus menapak mendekati Jungkook.
"Kalau kau bagitahu siapa-siapa tentang perjumpaan kita berdua, aku akan buat lebih teruk daripada ni," ujar Jungkook dingin, anak matanya tajam memandang wajah Octopus. Octopus menelan liur. Mulutnya terbuka ingin bertanya sesuatu.
"D–Daripada apa?"
Jungkook tersenyum senget. Sepantas kilat, jarum suntik yang berada di dalam poketnya diambil lalu dipicit terus jarum itu ke muka Octopus. Octopus yang sememangnya tidak sempat berbuat apa-apa terus sahaja membulatkan matanya terkejut apabila melihat cecair merah itu tersembur ke arahnya. Tidak sempat menjerit atau apa-apa, dia terlebih dahulu pengsan di situ. Kuat bunyi yang terhasil apabila tubuhnya jatuh menghempap bumi.
"Heol," Jungkook mengurut dada. Dia menarik nafas dalam ingin menstabilkan pernafasannya. Kedua tangannya digosok.
Tipulah kalau dia berkata bahawa dia langsung tidak gementar ketika berkomunikasi dengan Octopus tadi. Walaupun dia nampak seperti dingin dan menakutkan, tetapi sebenarnya dia juga berasa takut! Sedaya upaya perasaan itu ditutup dengan lakonannya.
Jungkook menundukkan kepalanya memandang Octopus yang sudah terbaring di atas lantai. Jarum suntik dilihatnya.
"Daebak," ujar Jungkook. Tidak sangka bahawa ketakutan Octopus terhadap darah boleh membawa sehingga pengsan. Yalah, dia sengaja sahaja ingin melihat apa yang berlaku jika dia menyembur darah itu ke arah Octopus.
Tiada apa lagi yang ingin dilakukannya di situ, Jungkook pun mengatur langkah menuju ke pintu bilik stor. Namun seketika dia terhenti lalu menoleh semula ke arah Octopus. Dengan idea nakal di dalam kepala, Jungkook mula menuju ke arah Octopus.
"Hehehe," Jungkook tersengih kecil usai menyiapkan pranknya kepada Octopus. Didudukkan Octopus dengan bersandar pada dinding lalu disembur darah pada timbunan kotak-kotak di hadapan jururawat lelaki itu. Buka sahaja mata, pasti Octopus akan terkena sawan terus melihatkan darah itu.
Selesai segala urusan, kali ini Jungkook keluar dari bilik stor itu tanpa berhenti lagi. Dalam kepalanya hanya ada rancangan yang dia rangka sebelum ini. Dia mesti berjumpa dengan Youra...
Ada sesuatu yang dia harus lakukan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro