Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ neon ᵕ̈ ೫˚∗:

Sebuah bangunan lama tersergam di hadapan mata Youra. Jelas kelihatan bangunan hospital itu lama dan terbiar. Youra melihat sekeliling, lalu terus mengekori jururawat yang sedang mengusung Dokyeom masuk ke dalam bangunan tersebut.

Jururawat lelaki itu masuk ke dalam sebuah lif. Youra sekadar mengintai dari balik dinding. Keberadaan mereka dilihat melalui nombor yang terpapar di atas lif tersebut. Perlahan-lahan, nombor 1 di situ bertukar kepada 2, 3 dan seterusnya berhenti di nombor 5.

Youra melangkah menuju ke arah lif, namun dia terus terhenti apabila melihatkan beberapa orang jururawat sedang berjalan masuk ke dalam bangunan itu. Mereka semua menunggu lif itu untuk turun. Youra menggigit bibir. Melihatkan sebuah tangga tidak jauh dari situ, lantas dia berlari anak ke situ.

Tingkat 1.

Tingkat 2.

Tingkat 3.

Tingkat 4.

Tingkat 5.

Youra mengelap peluh di dahi. Perlahan-lahan, pintu ke tingkat 5 ditolaknya. Melihatkan keadaan sekeliling yang kosong dan sunyi, Youra keluar dari pintu tangga kecemasan itu. Dia mengatur langkah dengan perlahan sambil mata memerhati sekeliling. Apabila matanya tertangkap kelibat papan tanda di atas, lantas dia mendekati papan tanda tersebut.

"ICU... Surgery room..." Papan tanda yang menunjukkan arah itu dibacanya. Membulat matanya membaca papan tanda yang menunjuk ke arah kanan dari situ. "Black room," Youra laju mengambil langkah ke situ.

Tidak lama masa yang diperlukan. Selepas mengikut arah papan tanda yang ditunjuk, Youra kini berada di hujung koridor. Kelihatan sebuah bilik di hujung koridor itu. Hitam sahaja pintunya. Youra perlahan-lahan melangkah menuju ke bilik tersebut. Diintainya pada tingkap yang berada di sebelah pintu, namun tiada apa yang dapat dilihatnya selain kegelapan.

"Aish," Youra merungut kecil apabila tingkap bilik tersebut merupakan tingkap tinted. Lantas dia bergerak ke tepi, takut sekiranya orang di dalam boleh melihat dirinya.

Youra melekapkan telinganya pada pintu bilik itu, ingin mencuri dengar sebanyak yang boleh.

"Huh! Pelajar gila ni buat aku stres betul!"

Berkerut dahi Youra mendengar suara itu. Doktor Do?

"Sabar doktor. Dah nama pun gila. Kenapa doktor suntik hasil ciptaan doktor pada diorang kalau doktor tahu diorang akan jadi gila?"

Satu suara lagi kedengaran, barangkali suara jururawat yang membawa Dokyeom ke situ. Youra mengeluh kecil mendengar balasan itu. Entah kenapa, dia dapat agak yang doktor Do sedang berapi sekarang.

Tapi...

Hasil ciptaan doktor? Maksudnya, apa sahaja yang disuntik ke badan mereka adalah ciptaan doktor Do?

"Joesonghabnida."

"Kau pun buat aku stres sekarang ni. Sudah! Aku nak minum kopi!"

"Biar saya temankan doktor keluar."

Membulat mata Youra mendengar perbualan itu. Kiri kanan dilihat. Melihatkan sebuah bilik berada di sebelah kirinya, Youra laju membuka bilik tersebut. Nasibnya baik kerana pintu itu terbuka. Youra laju masuk ke dalam bilik tersebut. Usai pintu bilik itu ditutup, kedengaran pintu bilik sebelah yakni Black Room dibuka dari dalam.

Youra kekal membisu di dalam bilik gelap itu. Sejujurnya, timbul juga rasa takut di dalam hatinya. Namun lantas ditepis perasaan itu. Bunyi tapak kaki dan suara perbualan doktor Do dengan jururawat itu semakin menjauh. Youra membuka pintu dan mengintai sedikit. Apabila tiada orang di situ, sepantas kilat dia keluar dari bilik itu dan masuk ke dalam Black Room.

Youra bernafas sedikit tercungap selepas masuk ke dalam Black Room. Dadanya dipegang. Jelas kedengaran jantungnya berdegup laju dan kuat. Youra menghela nafas lalu badannya dipusing.

"Kamchagi–"

Youra mengurut dada melihat Dokyeom yang sedang terbaring di atas satu-satunya katil yang disediakan di situ. Youra mendekati Dokyeom. Badannya ditundukkan serendah yang mungkin.

"Mianhae. Jeongmal mianhae," ujar Youra . Perasaan bersalahnya masih tidak hilang. Apa-apa pun, dia berjaya masuk ke bilik ini berkat pengorbanan Dokyeom. Tanpa berlengah, Youra laju menggeledah sekeliling. Tidak lupa dikemas semula segala benda yang disepahkannya, takut sekiranya pihak hospital ini menyangka sesuatu.

Saat itu juga, pintu bilik itu dibuka dari luar. Kaku terus badan Youra . Membulat matanya. Saat itu, dia sedar, dia sudah merosakkan segalanya. Perlahan-lahan, tangannya mencapai sebilah gunting yang berada tidak jauh dari situ. Individu yang membuka pintu tadi berjalan ke arahnya. Apabila merasakan orang itu mendekat, Youra laju memusingkan badannya. Tangannya diangkat bagi mencucuk individu tersebut dengan gunting.

"Eo?"

Mujur sahaja Youra pantas berhenti apabila dilihatnya individu tersebut memakai baju pesakit, sama seperti dirinya. Youra mengangkat kepalanya ke atas. Wajah seorang lelaki menyapa pandangannya.

"Kim Youra?"

"Awak pun normal?" soal Youra terkejut. Dia berundur sedikit ke belakang, tangannya yang diangkat tadi dijatuhkan ke sisi. Terkejut dengan hakikat bahawa dia bukannya satu-satunya pelajar normal di situ.

Tidak sempat ingin berbuat apa-apa lagi, kedengaran sayup-sayup bunyi orang berbual dari luar. Membulat mata Youra. Pelajar lelaki tadi laju bergerak menuju ke tingkap. Melihatkan seorang jururawat sedang menuju ke arah bilik ini, dia laju mencapai tangan Youra dan menariknya masuk bersama ke dalam sebuah almari di situ.

Mereka berdua mengintai dari celah almari itu. Dapat dilihatnya jururawat itu masuk ke dalam bilik itu. Di tangannya terdapat sebuah telefon bimbit. Satu botol diambilnya dari susunan botol-botol yang lain lalu dia keluar dari bilik itu.

Youra menghembus nafas lega apabila jururawat itu keluar. Lelaki yang bersama dengannya menolak perlahan pintu almari itu untuk mereka keluar.

"Kim Youra, kan?"

"Eo..." balas Youra. Kepalanya dianggukkan. "Macam mana awak tahu?"

Lelaki itu tersenyum kecil. "Awak selalu dapat nombor 1 dalam peperiksaan. Macam mana saya tak kenal awak kalau cikgu-cikgu selalu mention nama awak?"

"Ah..." Youra terangguk faham. Dia tersenyum nipis. Terasa bersalah kerana lelaki itu mengenalinya, tetapi dia tidak mengenali lelaki itu. Maklumlah, dia bukannya bersosial sangat. Hanya nama-nama rakan sekelasnya dan pelajar yang terkenal sahaja yang terdaftar di dalam kotak memorinya di sekolah itu.

"Saya nampak awak keluar dari dewan makan tadi, jadi saya ikut awak sebab awak nampak normal, tak macam yang lain," ujar lelaki itu. Youra menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menundukkan kepala, terasa kekok seketika.

"Penawar tu takde lagi,"

"Eo?" soal Youra terkejut. Terkejut kerana penawar tersebut masih belum dihasilkan, terkejut kerana lelaki itu boleh mengetahui tentang hal itu dan terkejut kerana lelaki itu mengetahui apa tujuannya ke sini. Lelaki itu sekadar tersenyum pahit.

"Kita fikir benda yang sama. Nak cari penawar tu untuk sembuhkan kawan kita dulu, lepastu baru cari jalan keluar. Cuma, saya datang sini awal sikit dari awak. Kebetulan pula saya ada terdengar doktor tu berbual dengan sorang jururawat. Dia tak hasilkan lagi penawar tu, dan tak berniat untuk hasilkan."

Youra menundukkan kepala. Bibirnya digigit. Tubir matanya mula berair. Areum...

"Tapi bila saya fikir balik, sekarang ni, cari jalan keluar dari sini lagi penting. Lepas keluar, kita boleh dapatkan bantuan polis. Bila polis ada, diorang boleh suruh doktor tu buat penawar ataupun suruh sesiapa yang mahir dalam bidang tu," ujar lelaki itu lagi.

Air mata Youra jatuh ke bawah. Dia mengangguk kecil. Ya, dia akui dia buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Malu juga saat itu kerana lelaki itu memberi cadangan yang lebih baik dari dirinya yang dikenali sebagai pelajar terpintar di sekolah itu.

Tapi apa yang dia boleh buat? Satu-satunya kawan dia telah pun menjadi gila. Ia bagaikan menjadi pelemah semangat Youra untuk keluar dari situ...

【💉】

「 DAY-5 」

"Youra-ah,"

Mendengarkan bisikan itu, Youra pantas mengalihkan pandangannya ke arah pintu biliknya. Kelihatan lelaki itu menolak engsel pintu ke tepi dan masuk ke dalam bilik. Youra pantas menarik lelaki itu ke hujung bilik, takut sekiranya dilihat oleh jururawat yang lalu di situ.

Semalam, mereka ada membuat rancangan untuk bertemu hari ini apabila Youra mengatakan bahawa dia ada terjumpa jalan keluar. Ya, jalan keluar yang dijumpai Younghoon. Walaupun sudah dua kali cubaannya gagal, namun tidak bermakna dia perlu berputus asa.

"Masatu, saya ada join yang lain fikir plan untuk keluar dari sini. Ada pelajar yang dah jumpa jalan keluar. Saya dah pernah pergi. Dia ada kat lorong–"

"Ah, yang ada mangga tu?"

"E–Eo?" soal Youra terkejut. Bagaimana...

Lelaki itu tersenyum kecil. "Saya tahu. Saya dah pernah pergi situ. Apparently, tu bukan jalan keluar dia."

"Tu bukan?" soal Youra lagi. Perasaannya bercampur aduk ketika itu. Pelajar lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"Saya pun ingat tu jalan keluar juga. Tapi bila masuk, rupanya tu bilik kosong je. Bilik kosong warna hitam. Rasanya, tu umpan je untuk kita. Sebab tu lah diorang berjaya tangkap setiap kali ada yang nak keluar alik situ."

Youra meraup wajahnya. Stres dengan hidup. Lelaki itu mengeluh kecil.

"Bukan situ je yang saya pernah pergi. Saya pun pernah cuba keluar melalui jalan bawah tanah, pembentung, pagar besar yang ada depan hospital ni, laluan rahsia dekat bilik doktor tu..."

Ternganga mulut Youra mendengar. Terkelip-kelip matanya memandang wajah lelaki itu.

"Awak cari semua jalan keluar tu?" soal Youra tidak percaya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya. "Seorang diri?" tambah Youra. Sekali lagi lelaki itu terangguk. "Dalam masa 4 hari?" soal Youra lagi. Lelaki itu tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepalanya lagi.

"Heol... Daebak," ujar Youra yang masih lagi terkejut. Lelaki itu tergelak kecil melihat mulut Youra yang sudah ternganga. Terkejut sangat tu.

"Tapi semuanya tak menjadi. Macam takde jalan keluar je dari neraka ni. But don't worry. Kita pasti akan jumpa jalan keluar lain,"

Youra mengangguk pelan. Sumpah dia akui, lelaki di hadapannya ini sangat hebat. Jangan-jangan, dia bukan manusia–

"Uyo! Rara ada pakwe!"

Membulat mata Youra mendengar Areum berteriak kuat. Pantas mulut Areum ditekupnya.

"Yah, senyap sikit. Kalau jururawat tu dengar macam mana?" soal Youra. Areum sekadar tersengih sahaja. Jarinya ditunjuk-tunjuk ke arah lelaki itu.

"Rara cantik. Pakwe hensem. Kahwinlah!"

"Areum!" Youra berbisik kuat. Wajahnya ditekup. Areum tergelak kecil lalu berlari menuju ke arah Raeun tidak jauh dari situ.

Lelaki itu tergelak kecil melihat reaksi Youra. "By the way, awak tak nak tanya ke nama saya apa?"

"Eo?" soal Youra. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Nama..."

"Saya tahu awak tak kenal saya siapa kan?" soal lelaki itu. Keningnya diangkat. Youra berdehem kecil. Dia melontar pandangan ke tempat lain.

Nak tanya tu memang nak, tapi dia malu.

Lelaki itu tersenyum nipis melihat Youra. Tangannya dihulurkan.

"Anneyong. Saya Jeon Jungkookie dari kelas 6-2. Mannaseo bangawoyo,"

"Cookie?" soal Youra. Terkelip-kelip dia memandang Jungkook.

"Nama awak biskut...?"

"Aniiii," Jungkook tergelak kecil melihat wajah hairan Youra. "Jeon Jungkook. Jeon. Jung. Kook,"

"Ah. Jungkook!" ujar Youra. Dia memetik jari apabila teringat akan nama itu.

"Awak wakil sekolah dalam taekwondo kan? Yang menang pingat emas dalam pertandingan peringkat kebangsaan?"

"Eo, tak sangka awak kenal," ujar Jungkook sambil tersenyum kecil. Youra mengerdipkan mata beberapa kali ke arah Jungkook. Atas bawah dipandang.

Heol. Dia tak sangka pula rupa Jeon Jungkook seperti ini. Selama ni dia hanya mendengar nama sahaja.

"Ah. Saya Kim Youra dari kelas 6-1," Youra pantas menyambut tangan Jungkook yang dihulur sedari tadi. Dia tersenyum ke arah Jungkook.

"Nice to meet you."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro