Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ fünfzehn ᵕ̈ ೫˚∗:

Youra menoleh ke belakang. Anak matanya melihat Tuan Kim sedang berlari laju mengejar kereta ini namun akhirnya berhenti dek tidak mampu menyaingi kelajuan kereta. Dia menghembus nafas lega.

"Ah, ya, saya ada satu kecemasan," wanita itu lantas melekapkan semula telefon yang dipegangnya ke telinga apabila teringat bahawa polis yang ditelefonnya tadi masih berada di dalam talian. Tidak mahu menyusahkan wanita itu, Youra lantas mengambil telefon itu bagi wanita itu fokus memandu.

"Tolong saya! Saya kena culik dan dibawa ke Do Psychiatric Hospital. Doktor gila tu cucuk sejenis dadah dalam badan kitorang dan kawan saya yang lain dah jadi gila! Saya berjaya lepaskan diri, tapi diorang nak tangkap saya semula!" ujar Youra dengan nada yang kuat dek terlalu panik. Saat itu, anak matanya terpandang cermin sisi kereta. Kelihatan beberapa buah kereta berwarna hitam sedang mengekori mereka dengan laju.

"Apa tu?" wanita berbadan dua yang sedang memandu turut melihat kereta itu. Dia menekan pedal kereta, ingin melajukan lagi kereta.

"Cik, saya minta cik bertenang dan lihat sekeliling. Boleh cik bagitahu di mana cik berada sekarang? Kami akan hantar pasukan secepat mungkin."

Youra melihat sekeliling ingin mencari sebarang papan tanda. Namun, langsung tidak kelihatan papan tanda di situ. Sempat ditilik cermin sisi sebentar. Kereta-kereta di belakang semakin mendekat.

"Awak tahu ke kita ada kat mana sekarang?" soal Youra pada wanita di sebelahnya, terketar-ketar suaranya cuba menahan rasa takut. Wanita itu menggeleng laju. Tangannya kuat menggenggam stereng kereta. Dia takut sekiranya kereta hitam itu mengapa-apakannya.

"T-Tak tahu. Saya cuma ikut jalan ni sebab dia jalan pintas nak pergi Pusat Pemulihan Pohang," ujar wanita itu. Berkerut dahi Youra mendengar. Pohang? Dia fikir dia masih berada di Daegu. Jadi, doktor tu dah bawa mereka ke Pohang?

"Saya tak tahu. Tapi jalan ni jalan pintas nak pergi ke Pusat Pemulihan Pohang. Takde papan tanda kat sini, dan jalan ni dikelilingi hutan tebal," ujar Youra. Sedaya upaya dia memberikan maklumat yang lebih terperinci.

"Kenapa kereta tu makin mendekat?" Wanita di sebelahnya sudah panik apabila dilihatnya kereta hitam di belakang semakin melajukan kereta mereka. Youra menggigit bibir.

"Hospital tu. Nama doktor gila tu Doktor Do. Hospital tu ada dua bangunan besar, satu bangunan lama dan satu lagi baru. Dia kurung kami semua dekat bangunan baru, dan dia suntik ubat pada kami dekat bangunan lama, dalam Black Room. Sekeliling hospital tu ada hutan tebal," laju Youra memberi penerangan tentang hospital itu. Dilihatnya sebuah kereta hitam laju dipandu melepasi kereta mereka. Mereka berdua terdiam seketika sambil memerhati kereta itu.

"Kereta lain dah berhenti," beritahu Youra pada wanita itu apabila dilihatnya kereta hitam di belakangnya sudah terhenti. Kereta hitam di hadapan mereka semakin laju bergerak ke hadapan menjauhi mereka.

"Cik, kami perlukan cik untuk kekal dalam talian dan beritahu ciri-ciri fizikal doktor Do."

Youra menggigit bibir. Kepalanya berserabut, lagi-lagi dengan kehadiran kereta hitam itu. Sambil memerhati kereta itu tajam, dia mula memberi penerangan.

"Doktor Do. Rambut dia putih. Dia ada misai dan janggut warna putih. Tinggi dia lebih kurang dalam 185 sentimeter. Umm... Badan dia berisi dan gempal sikit... Apa lagi..." Youra menghentak kakinya beberapa kali dengan perlahan ke arah tempat letak kakinya. Dengan keadaan yang tegang itu, dia tidak mampu berfikir dengan betul.

Saat itu juga, kereta hitam di hadapan mereka berhenti secara mengejut. Dengan terkejut, spontan wanita itu menghentikan pemanduannya juga. Terdorong ke hadapan dua perempuan itu akibat pemberhentian yang mengejut itu.

"Ah..." Wanita itu mengaduh kecil apabila perutnya terhantuk stereng kereta. Dia mengusap perut. Youra pantas mendapatkan wanita itu.

"Gwaenchanayo?" soal Youra. Wanita itu mengangguk pelan. Youra mengambil telefon yang terjatuh di sebelah kakinya.

"Yeoboseyo? Ada seorang wanita mengandung bersama saya, dan ada kereta hitam yang kejar kitorang sekarang. Tolong cepat..."

Mengendur suara Youra apabila melihat kereta hitam di hadapannya membuat pusingan U di situ. Sekarang, kereta hitam itu berhadapan dengan kereta yang dinaiki mereka. Youra menelan liurnya.

"Apa yang diorang nak buat?" soal wanita itu. Tangisannya sudah keluar dek terlalu takut. Youra memandang kereta hitam itu. Telefon didekatkan di telinganya.

"Saya rasa... Kereta tu... Nak langgar kami..."

Kereta hitam itu menyalakan lampu tingginya beberapa kali. Tanpa sebarang amaran, kereta itu laju bergerak menuju ke arah mereka. Terkejut habis dua perempuan di dalam kereta itu.

"Berundur, berundur!"

Cuak wanita itu mengubah gear keretanya dan berundur ke belakang. Dia sudah menangis teresak saat itu. Youra juga sudah mengeluarkan tangisan. Kereta di hadapan mereka bergerak semakin laju menghampiri mereka.

"Tolong kami! Kami berada dalam sebuah kereta Audi A3 Sedan. Jebal!" Youra menjerit kuat di telefon itu. Wanita di sebelahnya menggeleng kepalanya laju. Dia tidak mahu mati! Bagaimana dengan nasib anaknya?

Kereta hitam itu semakin mendekat. Wanita itu refleks melindungi wajahnya. Saat itu juga, Youra teringat satu maklumat yang penting.

"Doktor Do! Dia ada parut panjang dari dahi ke bawah mata!"

Tepat selepas Youra habis memberitahu hal itu pada pihak polis, satu bunyi yang kuat terhasil akibat pelanggaran di antara dua kereta itu.

【💉】

Youra membuka matanya perlahan-lahan. Kegelapan menyapa pandangan matanya. Youra memegang kepala yang terasa sakit. Dia mengubah posisinya kepada duduk.

Youra meraba sekeliling, namun tiada apa yang dirasanya. Dia terduduk pun seolah-olah sedang terapung di situ. Tiada apa yang dirasanya.

Youra cuba untuk membuka matanya. Namun begitu, tidak ada satu pun benda yang dia rasakan. Keadaan masih gelap seperti tadi. Malahan dia juga tidak tahu sekiranya dia sudah membuka mata ataupun tidak.

Apa yang berlaku?

Youra ingat, kereta yang dia dan seorang wanita mengandung naiki telah dilanggar oleh sebuah kereta hitam.

Sekarang, di mana dia berada? Mungkinkah kereta hitam itu telah membawanya ke suatu tempat?

Siapa gerangan kereta hitam itu? Konco-konco doktor Do?

Youra mengetap gigi. Jikalau begitu, mungkin doktor gila itu telah menangkapnya. Tidak mustahil jika dia berada di dalam Black Room sekarang. Menunggu masa untuk disuntik.

Tak, dia mesti keluar!

Youra meraba sekeliling. Akan tetapi, dia apa langsung yang dirasanya. Seperti tiada langsung objek di hadapannya. Dia menyentuh kedua matanya, tetapi hasilnya masih sama, tiada apa yang dia rasai.

Tangan Youra naik meraba dirinya, namun hasilnya sama, dia bahkan seperti tidak dapat merasa badannya. Youra mengetap bibir. Mengapa deria sentuhannya tidak berfungsi? Seolah-olah dia dibius satu badan...

Mungkinkah doktor Do telah menyuntik sesuatu yang membuatkan deria sentuhannya tidak mampu berfungsi buat seketika?

Youra terdiam di situ. Tidak tahu apa yang mahu dilakukannya. Sekiranya deria sentuhannya tidak berfungsi, bagaimana dia ingin mencari jalan keluar?

Youra berdiri dari duduk. Namun tidak sempat berdiri, dia terlebih dahulu jatuh terjelopok. Youra mengaduh apabila rasa sakit menerpa dirinya. Sakit di kakinya menjadi semakin teruk. Barangkali kesan dari kemalangan tersebut.

Badannya juga terasa lenguh. Youra terdiam buat seketika. Terbit satu soalan di dalam kepala. Apa yang doktor Do mahukan dari dirinya? Sekiranya dia mahukan Youra kerana mahu semua pelajar gred 10 di Daegu High School untuk menjadi gila, pasti dia sudah menjadi tidak waras dan tidak mampu berfikir seperti ini lagi.

Jika doktor itu mahukan Youra kerana tidak mahu tembelangnya pecah, pasti dia sudah tidak mampu bernafas lagi sekarang.

Mungkinkah dia sudah mati?

Youra menelan liur. Mati? Perkataan yang terlalu dahsyat baginya.

Tak semena-mena dia kembali teringat semula akan Jungkook. Jungkook... Jungkook telah membantunya menyelamatkan diri dari tempat itu, namun usaha lelaki itu seperti sia-sia sahaja kerana Youra tetap berakhir di sini juga.

Sudahlah dia tidak mendapat pertolongan lagi. Youra mengemam bibir. Teruk betul dia ni...

Agaknya di mana Jungkook sekarang? Selamat lagikah dia? Mungkin dia sudah menjadi gila seperti pelajar lain. Mungkin juga... Dia sudah tiada di dunia ini...

Youra menggeleng kepala. Menepis segala prasangka buruk. Tak, percaya pada Jungkook! Dia lebih kuat dari apa yang orang lain sangka. Dia pasti mampu bertahan.

Tetapi... Walau kuat mana pun dia, dia tetap akan tewas sekiranya berlawan dengan konco-konco doktor Do yang sudah pasti bilangannya lebih banyak dari Jungkook.

Tidak! Di dalam filem pun, ada sahaja hero yang mampu bertarung dengan 1,000 orang sekalipun tanpa sebarang kecederaan. Pasti Jungkook juga mampu berlawan dengan mereka semua. Dia merupakan naib juara bagi Pertandingan Taekwondo peringkat kebangsaan.

Tetapi, filem adalah filem dan bukannya realiti. Terlalu banyak jurang perbezaan di antara dunia filem dengan dunia realiti.

Bersilih-ganti tanggapan positif dan negatif muncul di benak fikiran Youra. Youra mengelap tangisan yang mengalir di pipi. Hingusnya ditarik.

Berkerut dahi Youra seketika. Sekali lagi hingusnya ditarik.

Mengapa... Dia tidak mendengar apa-apa pun?

Youra berdehem kecil. Tiada langsung bunyi yang didengarinya. Cemas Youra jadinya. Telinganya diraba dan diketuk-ketuk beberapa kali.

"Yeoboseyo?" soal Youra, namun dia langsung tidak dapat mendengar suaranya sendiri. Youra menggigit bibir, tangisannya mula mengalir ke pipi dek ketakutan yang amat.

Apa yang sedang berlaku pada dirinya?

"Yeoboseyo!" panggil Youra kuat. Dia mula teresak kecil apabila suaranya langsung tidak didengarinya. Kosong sahaja pendengarannya. Sudahlah pandangannya juga gelap gelita.

"J-Jungkook?" Nama itu meniti di bibir Youra. Ketika itu, Youra sungguh berharap bahawa Jungkook berada di situ. Dia berharap agar Jungkook menyelamatkannya lagi.

Tetapi, masih hidupkah lelaki itu?

"Eomma... Appa... Areum..." Youra mengeluarkan tangisan. Dia tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Segala perkataan yang dituturnya langsung tidak didengarinya. Bahkan suara tangisannya juga hilang digantikan dengan bunyi yang kosong.

"Doktor Do!" jerit Youra kuat. "Apa yang kau dah buat pada aku hah?!" soal Youra kuat. Mungkin... Dia sudah buta? Dan juga pekak?

Adakah ini juga hasil dari kemalangan tersebut?

Youra menekup wajahnya. Menangis teresak di situ. Jikalau betul dia sudah buta dan pekak, bagaimana dia mahu menyelamatkan diri? Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Mungkin sahaja, dia sedang berada di tengah khayalak ramai dan menjadi tontonan mereka sekarang.

Tetapi, jikalau dia tidak mampu mendengar dan melihat, bagaimana dia ingin tahu jikalau doktor Do yang menculiknya ke mari? Boleh jadi, mungkin pihak polis sempat menyelamatkannya. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk mereka mencari di mana Do Psychiatric Hospital, bukan?

"Tolong!" Youra terus menjerit meminta tolong. Dia tidak tahu kuat mana suaranya, tetapi dia akan menjerit sehingga tekaknya terasa perit.

"TOLONG!"

"ADA ORANG TAK?"

"TOLONG!"

"AHHHHHHH!" Youra menjerit kuat. Dia menumbuk keras lantai yang didudukinya. Tiada apa yang dia rasa, namun sakit di penumbuknya tetap mencucuk. Youra mengusutkan rambutnya.

"Tolong..." Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Tolong, tolong katakan ini hanyalah sebuah mimpi. Mimpi yang sangat buruk.

Youra membaringkan badannya. Lututnya ditarik ke dadanya. Mata dipejam.

Dia harap, segalanya akan menjadi normal selepas dia bangun dari mimpi buruk ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro