↳˳⸙;; ❝ fünfundzwanzig ᵕ̈ ೫˚∗:
"Yah!"
Youra menjerit kuat. Dumb menoleh, lalu ketika itu juga Youra membaling tukul itu ke arah Dumb. Boleh pula tukul itu mendarat tepat di atas tapak kaki Dumb. "ARGH!" Menjerit kuat Dumb apabila kakinya dihempap tukul itu.
Dumber berhenti membelasah Jungkook apabila Dumb menjerit. Dia kini menumpukan perhatian ke arah Youra. Penumbuknya dikepal. Sepantas yang mungkin, dia berlari laju ke arah Youra.
Youra mengambil nafas. Menggunakan otak bijaknya, Youra sekadar menunjukkan tapak tangannya sahaja ke arah Dumber. Berhenti terus lelaki itu jadinya apabila melihat darah di tapak tangan Youra.
"Kenapa? Takut?" soal Youra sinis. Dia melangkah ke hadapan manakala Dumber berundur beberapa tapak ke belakang. Tanpa disuruh, Dumber sendiri yang berganjak pergi, menuju ke arah Dumb yang kesakitan. Tidak sanggup dia berhadapan dengan darah.
Youra pantas berlari mendapatkan Jungkook yang sudah terbaring lemah di atas lantai. Wajah Jungkook sudah lebam-lebam. Youra merangkul kepala Jungkook.
"Jungkook!" panggil Youra. Wajah Jungkook ditiliknya risau. "Tak payah lah lari macam tu!" marah Youra. Matanya mula berair. Sungguh dia takut jika kehilangan Jungkook. Jungkook tersenyum lemah ke arah Youra. Dia membuka mulut ingin mengatakan sesuatu, namun lain jadinya apabila dia terbatuk darah.
"Kook..." panggil Youra pelan. Air matanya mula mengalir ke pipinya. Jungkook menghela nafas lemah. Wajah Youra dipandangnya.
"Mian..."
"Ani! Jangan cakap!" marah Youra. Dia cuba mendudukkan tubuh Jungkook sambil memerhati sekeliling.
"Kita keluar dari sini, eo?"
"Tch," Doktor Do berdecit melihat drama di hadapan matanya. Dia tergeleng kecil. Saat itu, anak matanya bertemu dengan Dumber. Doktor Do mengangkat kening, lalu melihat ke arah Youra. Dumber mengetap bibir, memahami signal tersebut. Perlahan-lahan, sebuah tukul yang berada tidak jauh dari situ dicapainya.
"Kook, bertahan! Kita akan keluar dari sini," ujar Youra. Tangan Jungkook dilingkarkan ke lehernya lalu Youra membantu lelaki itu berdiri. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Youra mengatur langkah ke arah pintu bilik bersama Jungkook. Perlahan sahaja langkah mereka.
"Youra..." panggil Jungkook. Youra menggeleng kepala.
"Diam. Jangan cakap apa-apa," arah Youra. Youra mengelap kasar air mata yang sudah membasahi wajahnya.
Ketika itu juga, Dumber berlari ke arah mereka bersama tukul di tangan. Jungkook yang mendengar bunyi tapak kaki mendekat langsung menoleh ke belakang. Melihatkan Dumber menuju ke arah Youra, spontan Jungkook memeluk tubuh gadis itu. Sekelip mata sahaja, Jungkook telah menerima pukulan tukul yang seharusnya diterima oleh Youra.
Membulat mata Youra. Perlahan-lahan, tubuh Jungkook yang memeluk dirinya mulai jatuh menghempap lantai. Youra terus mendapatkan Jungkook. Dia teresak kecil.
"Yah!" marah Youra. Air mata semakin deras mengalir. Pipi Jungkook diusapnya pelan, Jungkook sekadar tersenyum lemah. Dengan marah yang membara, Youra pantas mengambil pisau yang diselitkan di seluar belakang Jungkook.
Tanpa memberi sebarang amaran, Youra terus berlari ke arah Dumber menikam perutnya. Dumber langsung terdiam apabila ditikam. Darah mengalir keluar dari perutnya. Sempat dia membalas tatapan marah Youra sebelum gadis itu menarik semula pisau, lalu Dumber jatuh terjelopok ke lantai.
"Kau!" Kini perhatian Youra tertumpu ke arah Doktor Do yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Youra berjalan laju menuju ke arah doktor itu. Pisau berdarah di pegangannya diangkat lalu ditunjuk kepada Doktor Do.
"Aku akan buat kau bayar semua perbuatan kau!"
Doktor Do meneguk liur. Takut melihat gadis itu mara ke arahnya bersama pisau dan mata yang sudah hitam belaka. Ingin dia berlari dari situ, tetapi pintu bilik berada terlalu jauh dan Youra sudah semakin mendekat. Doktor Do berundur ke belakang beberapa tapak.
"Na—Nanti!" ujar Doktor Do gagap. Tapak tangannya ditunjuk ke arah Youra, namun gadis itu kekal tidak terganggu. Doktor Do menggeleng pelan. Tidak, dia tidak mahu mati!
"A—Aku akan bagitahu semuanya pada kau. Itu apa yang kau nak kan?" Doktor Do cuba berkompromi, namun Youra masih tidak menghentikan langkah. Makin cuak Doktor Do, dia berundur sehinggalah belakang badannya bertemu dengan dinding bilik.
"Aku akan bunuh kau sendiri!" jerit Youra marah. Doktor Do melihat sekeliling. Otaknya ligat berfikir bagaimana cara untuk menghentikan Youra.
"A—Ayah kau!"
Terhenti terus kaki Youra. Berkerut dahi gadis itu apabila Doktor Do tiba-tiba sahaja berkata begitu.
Melihatkan reaksi Youra, Doktor Do langsung sahaja bersuara.
"A—Aku tahu siapa ayah kandung kau!" ujar Doktor Do lagi. Mendengarkan itu, Youra langsung sahaja menjatuhkan kembali pisau yang ditunjuk ke arah doktor Do sedari tadi.
"Sebenarnya..." Doktor Do memandang sekilas ke arah Jungkook yang sudah terbaring menahan sakit tidak jauh dari situ. Kemudian, wajah Youra dipandangnya. Liur diteguk. Youra pula hanya diam menunggu.
"Ayah kandung kau..."
"...ialah aku."
"Mwo?!" soal Youra, jelas terkejut. Sebelum gadis itu bertindak apa-apa lagi, Doktor Do pantas mengangkat kedua tangannya, menyuruh Youra untuk menunggu.
"Kejap! Aku tahu, benda ni macam gila. Tapi akulah ayah kandung kau..." ujar Doktor Do. Wajah Youra dipandangnya dengan penuh harapan.
"Do Nari..."
Youra jelas tampak terkejut mendengar nama itu. Dia berundur setapak ke belakang. Do Nari, itulah nama sebenarnya. Nama yang ibu bapa kandungnya beri. Bagaimana Doktor Do...
"Appa?" soal Youra tidak percaya. Doktor Do mengeluh kecil. Bibirnya diketap. Kepalanya ditunduk.
"Mianhae. Appa minta maaf,"
Youra sudah tidak mampu berkata apa-apa. Seperti tidak percaya insan yang dia benci selama ini adalah ayah kandungnya sendiri.
"Kenapa...?" soalan itu keluar dari mulut Youra. Doktor Do mengeluh kecil.
"Dulu, appa sibuk sangat dengan kerja apa. Appa takde masa nak layan keluarga. Sampailah, eomma tinggalkan appa. Dia dah muak dengan semua ni..."
Youra kembali teringat akan memorinya di mana ibu bapanya bertengkar. Selepas itu, dirinya terus dibawa masuk ke dalam kereta secara paksa oleh ibunya. Tiada langsung kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya apatah lagi kepada adik kembarnya.
"Appa rasa macam hidup appa terus musnah masa tu. Tapi, appa tetap teruskan hidup appa. Appa cari kamu sampai jumpa, bertahun appa selidik sebab kamu dah tukar nama. Sumpah, appa rasa gembira sangat bila dapat tahu Youra bersekolah kat Daegu High School..."
Youra masih mendiamkan diri mendengar cerita ayahnya. Jadi, Doktor Do melakukan semua ini hanya kerana ingin berjumpa dengannya?
"Appa..."
Youra mengangkat kepalanya memandang Doktor Do.
"Nabi?"
Berubah terus riak wajah Doktor Do mendengar nama itu. Do Nabi, kembar lelaki Youra yang lahir dua minit lebih lewat. Satu-satunya anak lelakinya. Doktor Do menggigit bibir. Matanya dipejam.
"Nabi... Dah takde."
Terdiam Youra mendengar berita itu. Matahya dipejam rapat, badannya hampir sahaja hilang keseimbangan dek tidak mampu menerimanya.
"Nabi kena buli kat sekolah, sampailah dia bunuh diri. Mianhae. Appa bodoh sebab tak perasan anak appa terseksa," ujar Doktor Do dan menundukkan kepalanya ke lantai. Youra menarik nafas dalam.
Bunuh diri? Sanggup Nabi mengambil tindakan itu?
Di saat kembar lelakinya terseksa, Youra langsung tidak mampu untuk membantunya. Betapa perasaan bersalah menghantui diri Youra saat ini. Andai kata ibu kandungnya tidak bercerai dengan Doktor Do, pasti keadaan mereka berbeza sekarang. Mungkinkah mereka akan hidup bahagia sekeluarga?
"Lepas Nabi dah takde, appa rasa hidup appa sunyi. Appa rindu akan suara Nabi yang asyik merengek. Appa rindu akan gelak Nabi. Appa rindu... Nabi,"
Doktor Do mengeluh kecil. Dia mengangkat kepalanya semula memandang Youra yang sudah mengalirkan air mata.
"Jadi appa cari kamu. Appa cipta formula ni supaya kita dapat hidup selama-selamanya, bersama. Kalaulah appa sempat siapkan formula ni lebih awal, mesti Nabi takkan..."
Doktor Do menapak satu langkah ke hadapan. Tangannya didepakan ke tepi.
"Appa buat semua ni sebab appa sayang Youra. Youra tahu kan?"
"Appa..." Youra bersuara pelan. Tanpa berlengah lagi terus dia berlari laju ke dalam dakapan ayahnya. Berpelukan dua beranak yang sudah lama tidak berjumpa itu. Rindu yang teramat mereka rasakan.
Doktor Do menepuk pelan belakang badan Youra. Dalam diam, sebelah lagi tangannya mengambil sesuatu di dalam poketnya. Tidak lama kemudian, jelas kelihatan sebuah jarum suntik di tangan Doktor Do.
"Appa," panggil Youra yang masih berada dalam pelukan ayah kandungnya. Doktor Do menyahut pelan, sambil itu tangan kanannya bergerak perlahan-lahan ke leher Youra untuk memasukkan cecair di dalam jarum suntik ke dalam tubuh gadis itu. Youra mengeluh kecil.
"Kenapa appa nampak macam cuba nak bunuh Youra je?"
Segalanya berlalu dengan sangat laju. Belum sempat doktor Do ingin memproses ayat Youra, Youra laju menumbuk perut lelaki paruh baya itu. Terbongkok doktor Do jadinya menahan rasa senak di perut. Tanpa membuang masa, Youra terus berlari mendapatkan pisau yang tercampak tidak jauh dari situ. Lalu, dia melangkah laju menuju ke arah doktor Do.
Ayah ataupun tidak, lelaki ini tetap seekor syaitan!
Melihatkan Youra sudah mendapatkan senjata untuk membunuhnya, langsung doktor Do menjadi gelabah. Terus pistol di poket belakang seluarnya dikeluarkan lalu diacukan pada Youra.
"You know damn well that wouldn't hurt me, appa,"
Ujar Youra dengan nada rendah, membuktikan bahawa dia betul-betul benci dengan lelaki itu. Doktor Do terdiam. Namun begitu, dia tersenyum sinis kepada Youra selepas beberapa detik.
"Oh, I know. But you're not the target,"
Terhenti terus langkah Youra jadinya. Dahinya berkerut ingin mengerti maksud doktor Do. Saat itu juga, doktor Do mengacukan pistol itu ke tempat lain. Spontan kepala Youra tertoleh ke arah yang ditunjukkan itu.
Sejurus melihat tubuh Jungkook di situ, matanya membulat.
BANG!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro