↳˳⸙;; ❝ fünf ᵕ̈ ೫˚∗:
Youra memerhati ke luar bilik. Kelihatan sekumpulan jururawat sedang berbual sesama sendiri di luar. Youra menggigit bibir. Kaki dibawa menuju ke arah Areum semula.
"Ada lagi," balas Youra. Areum mengeluh. Wajahnya diraup.
"Aish. Macam mana nak keluar?" soal Areum risau. Kalau mereka tidak boleh keluar, rosaklah rancangan ingin melarikan diri malam ini! Youra terdiam seketika.
"Aku tak tahu."
Seketika kedua gadis itu terduduk diam memikirkan cara untuk keluar dari bilik itu dan menuju ke tempat persembunyian. Sedang fokus berfikir, datang Chaeri mengacau mereka berdua.
"Youra! Areum!"
Bahu Youra dan Areum digoncang kuat oleh Chaeri. Chaeri tergelak suka sebelum menarik mereka berdua ke arah tandas.
"Cepat masuk!" arah Chaeri. Youra dan Areum hanya mengikut sahaja arahan Chaeri itu. Jikalau tidak dipatuhi bimbang pula dia mengamuk.
"WARGH!"
"AH!"
Areum yang terkejut pantas memeluk Youra di sebelahnya apabila Raeun muncul secara tiba-tiba menyergah mereka berdua. Tergelak besar Chaeri dan Raeun melihat reaksi Areum. Youra juga sudah mengurut dada. Terkejut juga, tapi sempat dikawal suaranya.
"Yah kamchagiya! Janganlah buat macam tu lagi!" Areum memukul pelan Raeun yang berada di hadapannya. Raeun tergelak kecil sebelum mendepakan tangannya ke hadapan seperti seekor hantu.
"Raeun, dari mana awak dapat darah tu?" soal Youra apabila melihat ada darah yang dicalit di pipi dan juga baju Raeun. Raeun tersengih. Darah di tangannya ditunjuk.
"Dari bawah!"
"Bawah mana?" soal Areum. Dia berpandangan seketika dengan Youra. Bawah? Jangan cakap...
"Bawah sini lah!"
"Oh my god–" Areum bagaikan ingin pitam apabila Raeun menunding jari ke arah kemaluannya dengan wajah yang tidak bersalah. Youra mengundur beberapa tapak ke belakang sambil berdehem kecil.
"Reum, kau fikir tak apa yang aku fikir?"
"Yang Raeun calit darah period dia kat muka dan baju?" soal Areum sambil menayang wajah jijik. Youra menyengetkan kepalanya sedikit.
"Uh, tu satu. Tapi ada lagi. Ha cepat!"
"Hish. Mana aku tahu!" ujar Areum sehingga berkerut dahinya. Youra tersenyum senget. Raeun ditiliknya atas bawah.
"Kita nak keluar dari sini kan?"
【💉】
"AHHHHHH!"
Terhenti terus sesi membawang para jururawat. Mereka semua berpandangan sesama sendiri sebelum bergegas menuju ke arah sumber suara yakni dari salah satu bilik wad di situ.
"Doktor doktor, tolong saya!" Chaeri langsung mendapatkan mereka di muka pintu dan menuju ke tandas. Tergamam terus semua jururawat melihat Raeun yang sudah berada di atas lantai, badannya turun naik seperti orang kerasukan.
"WARGH! WARGH!"
Raeun bersuara garau. Semua jururawat bertelingkah seketika ingin memutuskan siapa yang menenangkan Raeun. Masing-masing dalam ketakutan lagi-lagi apabila melihat darah di badan Raeun.
"Kau pergilah!"
"Kau lah!"
"Kenapa aku pulak?"
"Kau pergi!"
"AHHHH!"
Perhatian mereka semua digamit oleh Chaeri yang menjerit kuat. Membulat mata semua apabila melihat Raeun sudah mendapatkan Chaeri. Di tangannya terdapat sebuah gunting yang diletakkan betul-betul di tepi leher Chaeri.
"WARGH! ARGH!"
"S–Sabar!" seorang jururawat memberanikan diri menghampiri Raeun. Namun segala keberaniannya gugur apabila Raeun menjerit.
"KENAPA? KAU NAK GANTI DIA KE?"
Berundur terus jururawat itu. Seorang jururawat yang sudah tidak tahu mahu berbuat apa langsung bersuara.
"A–Aku tak tahu nak buat apa. Aku pergi–"
"WARGH! WARGHHH!"
"AHHH!" Terjerit kuat semua apabila Raeun mula mengganas. Lebih parah, Chaeri juga seperti sudah terkena virus hantu itu. Mereka berdua terus-terusan menjerit bagai nak tercabut anak tekak. Takut semua jururawat jadinya, perlahan-lahan mereka berundur keluar dari tandas.
"Apa yang bising sangat ni?"
"Doktor Do!"
Melihatkan kelibat bos besar yang tiba di situ, terus kesemua jururawat menundukkan badan mereka. Doktor Do melangkah masuk ke dalam tandas. Dilihatnya Raeun dan Chaeri yang masih mengganas, lalu satu nafas ditarik.
"K–Kami dah cuba he–hentikan keadaan, ta–tapi–" Tergagap seorang jururawat cuba memberitahu. Doktor Do tersenyum nipis sebelum senyumannya hilang secara drastik.
"TAPI APA?!"
Terhinjut bahu jururawat itu apabila disergah. Kepalanya ditundukkan ke bawah, tangannya menggeletar habis.
"Da–Darah..."
"Eh, doktor baik!"
Terangkat terus semua kepala yang tertunduk sedari tadi apabila Chaeri mula bersuara dengan sangat ceria, seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Terpinga-pinga semua seketika. Doktor Do sekadar melemparkan satu senyuman manis.
"Hai si cantik berdua. Kenapa korang menjerit tadi?" soal Doktor Do lembut. Raeun tergelak suka. Dia ber-hi5 dengan Chaeri.
"Prank berjaya! Yeay!"
Ternganga semua mulut jururawat di situ. Prank...?
Doktor Do kekal tersenyum sahaja, seperti sudah mengetahui itu adalah sebuah prank dari awal. Dia menghampiri Raeun dan Chaeri lalu dua kepala itu diusapnya.
"Aigoo. Nakal ya pesakit doktor ni?"
"Tak nakal pun!" Raeun pantas membidas. Chaeri menganggukkan kepala. "Haah! Kitorang tolong Youra dengan Areum je!"
"Weh. Mana lagi dua pesakit? Bukan dalam setiap bilik ada empat pesakit ke?" soal seorang jururawat. Kesemuanya memandang sekeliling. Saat itu, pintu bilik yang terbuka luas menyapa pandangan mereka.
Satu carutan mula kedengaran dari mulut seorang jururawat.
"Yah Monkey! Kenapa kau biarkan diorang pergi?" seorang jururawat menerpa ke arah jururawat lainnya yang dipanggil Monkey. Monkey membulatkan mata apabila dirinya dipersalahkan.
"Aku pulak?"
"Kau lah, kau yang terakhir masuk!" marah Hippo. Dia merengus kecil.
"Aku terakhir masuk tak semestinya aku yang bersalah!"
"Sudah! Korang ingat kalau bergaduh diorang nak datang semula ke?! Pergi cari diorang sekarang!" arah seorang jururawat bernama Jellyfish. Dia melirik cemas ke arah Doktor Do sebelum menuju ke arah pintu bilik.
"Tak payah."
Terhenti terus semua pergerakan para jururawat. Wajah Doktor Do yang tampak tenang dipandang. Doktor Do tersenyum manis. Senyuman yang penuh makna.
"Aku nak tengok sejauh mana budak-budak tu boleh pergi."
【💉】
"Huff! Huff!"
Tercungap-cungap dua gadis itu mengambil nafas.
"Psst, YouReum! Sini!" panggil seorang pelajar yang namanya Jieun. Youra dan Areum laju menuju ke arah tempat persembunyian mereka usai dipanggil.
"Kita berjaga kat sini?" soal Youra mendapat anggukan Jieun. Lalu mereka bertiga senyap sahaja di situ, mengetahui akan tugas mereka iaitu menjaga koridor itu agar tidak dilalui orang. Pelajar normal yang lain juga ada tugas tersendiri.
Lama juga mereka semua senyap tanpa sebarang bicara, sehinggalah kedengaran sayup-sayup bunyi tapak kaki berjalan. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
"Ada orang datang," ujar Jieun sambil berbisik. Youra melihat sekeliling. Sebuah batu yang berada di situ diambilnya.
"Don't worry. I got this."
Tidak lama kemudian muncul seorang jururawat yang bergegas melalui koridor itu menuju ke arah tempat perjumpaan pelajar yang lain. Youra mengeluarkan kepalanya sedikit dari tempat persembunyian itu, lalu batu itu dibalingnya ke arah bertentangan.
KPANG!
"Siapa tu?!" sergah jururawat itu. Keadaan menjadi senyap seketika, sebelum jururawat itu berlari laju ke arah batu itu dibaling, di mana bertentangan dengan pelajar lain. Mereka bertiga menghembus nafas lega.
"Korang rasa diorang tahu ke plan kita?" soal Areum perlahan. Mereka semua terdiam seketika. "Tak kot...?" balas Jieun kurang pasti.
"Tapi takkanlah semudah ni..." gumam Youra. Walhal ketika mereka fikir senang sahaja ingin melarikan diri di dewan makan semalam, mereka ditembak oleh ubat penenang. Apatah lagi apabila mereka menyedari kehilangan dua pesakit dari bilik Raeun dan Chaeri?
"Apa dia?" soal Jieun apabila butir bicara Youra tidak jelas. Youra menggeleng pelan lalu mengukir senyuman. Mereka bertiga kekal memerhati keadaan.
"Aish..."
Youra dan Areum memandang ke arah Jieun apabila dia bersuara. Kelihatan Jieun sudah membongkok sambil memegang perutnya. Wajahnya sudah berkerut.
"Weh, aku rasa nak terberak lah pulak time ni. Aku pergi dulu eh?" soal Jieun. Youra menganggukkan kepala.
"Hati-hati weh,"
"Eooo," balas Jieun. Kepalanya dikeluarkan sedikit dari situ lalu dia berlari anak keluar apabila melihat tiada siapa di situ. Youra dan Areum kekal berada di tempat persembunyian mereka.
"Kau ingat, semudah tu kau nak larikan diri?"
Terhinjut bahu mereka berdua apabila satu suara kedengaran melalui pembesar suara. Mereka berdua berkongsi satu pandangan takut. Oh tidak...
"AHHHH!"
Saat itu, kedengaran jeritan kuat Jieun tidak jauh dari situ. Spontan Areum mendekatkan diri dengan Youra.
"Youra, Jieun..."
"Arra," pintas Youra. Areum mencapai tangan Youra.
"Patut ke kita pergi selamatkan Jieun, atau keluar dari sini dan selamatkan diri kita?"
"Ani, kita tunggu. Kalau kita selamatkan Jieun, nanti kita pula yang kena tangkap. Diorang tak semudah yang kita sangka," balas Youra tegas. Sekurang-kurangnya, kalau mereka tunggu di sini, mereka akan dipanggil apabila pelajar lain keluar dari situ.
"LARI SEMUA LARI!"
"AHHHH!"
"LARIIIII!"
Tiba-tiba kedengaran jeritan para pelajar serta bunyi kuat mereka semua berlari keluar dari tempat yang dikatakan jalan keluar. Kelihatan mereka semua berlari laju melepasi tempat persembunyian Youra dan Areum.
"Apa..." Areum tidak mampu berkata apa-apa. Youra juga sudah terkedu melihat kesemua rakan mereka melarikan diri. Mengapa?
"Youra, kita kena keluar dari sini. Larikan diri!" ajak Areum lalu tangan Youra ditariknya, namun Youra pantas menarik semula tangan Areum. Areum menoleh ke arah Youra.
"Wae?
"A–Ani. Jangan keluar," arah Youra lalu ditariknya Areum menuju ke hujung lorong sempit itu, tempat persembunyian mereka. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk menanti di luar. Ketika itu, kelihatan sekumpulan jururawat berlari laju melepasi tempat persembunyian mereka. Ramai.
"You–Youra ," panggil Areum, terketar-ketar suaranya. Youra juga sudah terkedu. Lagi-lagi apabila melihat jururawat itu semuanya memegang senjata. Ada kayu besbol, batang paip dan batang besi yang sudah semestinya sakit apabila dibuat pukul.
"AHH!"
"LARIII!"
"APPO!"
"LEPASKAN AKU!"
"TOLONG!"
Bising keadaan di situ dengan jeritan pelajar-pelajar lain. Youra dan Areum hanya mampu mendengar dengan penuh ketakutan. Mereka berdua sudah memeluk tubuh masing-masing. Saat itu, kelihatan seorang lelaki berbaju kot putih berjalan di situ dan berhenti tepat di sebelah lorong itu.
"HAHAHA! Kau ingat aku gila? Kau ingat aku bodoh? Dasar budak-budak mentah tak sedar diri!"
Youra kenal suara itu. Doktor Do.
"Tolong! Lepaskan kami!"
"Lepaskan kau?" Doktor Do meletakkan tangan di dagu dan mendongak ke atas, lagaknya seperti sedang berfikir. Matanya ditutup. "Kalau aku lepaskan kau, apa fungsi aku culik kau? HAHAHAHA!"
Youra mengetap gigi. Jeritan para pelajar dan bunyi pergelutan mereka masih kedengaran, malah menjadi lebih kuat. Areum tidak mampu menahan diri dari teresak kecil. Saat itu, kepala Doktor Do terteleng ke arah lorong gelap tempat mereka berada.
Sepantas kilat Youra menarik badan Areum untuk tunduk ke bawah. Mulut Areum ditekupnya. Mata Youra memerhati Doktor Do yang hanya memandang ke arah lorong ini, seolah tahu mereka berdua bersembunyi di situ. Lama juga Doktor Do memerhati.
"Kenapa aku rasa macam ada aura hitam kat situ?" soal Doktor Do. Dia tersenyum senget sebelum menggeleng kepalanya.
"Sebab tempat tu hitamlah. Aduh."
Youra menghela nafas lega apabila dilihatnya Doktor Do kembali menumpukan perhatian ke arah senario di hadapan matanya. Mulut Areum masih tidak dilepaskan, bimbang Doktor Do terdengar bunyi esakan Areum lagi.
"Hoi! Pesakit nakal mesti dihukum! Bawa diorang semua masuk Black Room! Ada hati nak larikan diri daripada aku?" soal Doktor Do lalu tersenyum sinis.
"Aku nak semua! Semua pelajar disuntik ubat tu! Takde satu pun yang terkecuali! Akhirnya, satu sekolah kena suntik juga! Sepatutnya aku suntik korang semua kat sekolah je haritu!"
Youra menggigit bibir. Jadi, doktor tu ingat dia dah suntik semua pelajar? Youra memandang Areum masih mengalirkan air mata namun tidak keluar sebarang esakan.
"Areum-ah, lepas ni, kita kena berlakon gila."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro