↳˳⸙;; ❝ elf ᵕ̈ ೫˚∗:
「 DAY-7 」
Youra berjalan mengikuti barisan menuju ke bilik masing-masing. Sambil itu matanya tidak berhenti dari meliar ke serata tempat untuk mencari Jungkook. Masih tiada kelibat yang ingin dicarinya.
Usai masuk ke dalam bilik, Youra terduduk malas di hujung bilik. Kepalanya tidak henti memikirkan tentang Jungkook. Selepas mereka berjumpa petang semalam, dia tidak lagi mendengar khabar lelaki itu sehinggalah ke pagi ini.
Lelaki itu baik-baik sahaja kan?
"UUUUUU!"
Suara teruja Areum langsung tidak menarik perhatiannya. Youra menyandarkan badannya ke dinding. Dia hanya memerhati siling yang putih.
Kelihatan Areum sudah berlari terkedek-kedek menuju ke arahnya. "Rara!" panggil Areum. Bilik air ditunjuknya dengan jari telunjuknya.
"Boyfriend Rara cari!"
Youra kekal memerhati siling di atas. Apa yang dikatakan Areum bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia langsung tidak mengambil perhatian. Namun selepas beberapa saat, dia kembali bertanya semula setelah ayat Areum ditafsir otaknya.
"Mwo?!"
"Boyfriend Rara—"
Tanpa menunggu Areum menghabiskan ayatnya, Youra berlari laju menuju ke tandas. Dia masuk ke dalam tandas lalu figura yang dia cari dari tadi terpampang di hadapan mata. Jungkook tersenyum kecil.
"Anneyong,"
"Kook-ah!" Youra meluru ke arah lelaki itu. Badan Jungkook ditiliknya penuh risau.
"Gwaenchana? Awak pergi mana selama ni hah? Saya cari awak tadi takde pun! Awak dah makan ke belum?" soal Youra bertubi-tubi. Apabila dilihatnya luka di tapak tangan Jungkook semakin bertambah, Youra menepuk bahu Jungkook geram.
"Kan saya dah suruh hati-hati!"
"Dah hati-hati. Tapi pagar tu tak beri kerjasama," ujar Jungkook lalu tersengih tidak bersalah. Youra memandang tajam wajah Jungkook.
"Geokjeongma. Tak sakit pun," ujar Jungkook lalu menguntum sebuah senyuman. Youra menjeling lelaki itu. Tak sakit konon!
"Awak dah makan ke? Saya ada curi roti untuk awak," ujar Youra, roti dan air mineral dari poket bajunya dikeluarkan dan dihulur pada Jungkook. Jungkook menerima huluran tersebut. Satu senyuman ditayang.
"Gomawo."
"Eo," balas Youra. Dia menarik Jungkook untuk duduk di atas lantai. Tiada siapa yang menggunakan tandas itu sejak tadi, jadi lantai di situ tidak basah dan kering sahaja.
"Sebenarnya, saya datang—"
"Cakap sambil makan," arah Youra. Roti dari tangan Jungkook diambil dan dibuka plastiknya lalu disua semula kepada Jungkook. Jungkook hanya menurut perintah, roti itu diambil dan digigitnya. Selepas gigitan itu ditelan, dia mula bersuara.
"Saya dah perhati pengawal tu punya pergerakan. Semalam, ada 20 pengawal yang berjaga—"
"20?!" sampuk Youra terkejut. Membulat matanya. Jungkook sempat mengambil satu gigitan sebelum menggeleng kepalanya.
"Eyy, janganlah terkejut sangat. Kalau kita plan elok-elok, kita takkan tertangka—"
"Tapi ada 20 pengawal kot! Macam mana kita nak lepas diorang satu-satu? Kalau diorang nampak kita macam mana?" soal Youra bertubi-tubi. Jungkook tergelak kecil.
"Sabar, Rara. Awak ni memang suka menyampuk eh?" soal Jungkook lalu dahi Youra dijentiknya. Youra mengaduh perlahan. Dahinya digosok sambil mencebik.
"Suka hati je panggil orang Rara!"
"Tak boleh ke?" soal Jungkook sambil menjelir lidahnya. Tergelak suka Jungkook melihat wajah cemberut Youra. Satu gigitan roti diambilnya lagi. Usai ditelan, wajahnya terus berubah serius. Sehelai kertas dan sebatang pen dikeluarkan dari poketnya.
"Macam ni. Lepas kita pergi belakang bangunan tu, dekat kanan, ada guard post tak jauh dari situ. Ada tiga pengawal yang berjaga dekat situ."
Jungkook mula bercerita tentang kedudukan kesemua pengawal di situ. Sebelah tangannya ligat melukis di atas kertas yang entah dirembat dari mana. Sebelah tangannya lagi menyuap mulutnya dengan roti. Youra kekal fokus dengan segala penceritaan Jungkook.
"Okey dah. Sekarang, awak fikir plan," ujar Jungkook, tangannya diregangkan. Youra mengerutkan dahi. Jarinya ditunding ke arah dirinya sendiri.
"Saya?"
"Yes, you," ujar Jungkook. Maklumlah, di antara mereka berdua, Youra mempunyai otak yang lebih bijak. Youra mencebik kecil. Kertas itu diambil dan ditelitinya buat beberapa ketika.
"Macam mana kalau..."
【💉】
Youra melihat sekeliling. Dengan mudah, dia menyelinap masuk ke dalam bangunan lama itu. Sebuah bilik yang berada tidak jauh dari situ itu ditujui lalu dia masuk ke dalam bilik tersebut.
"Kook?" panggil Youra pelan sejurus masuk ke dalam bilik itu. Gelap gelita keadaan di situ menyebabkan dia tidak dapat melihat apa-apa. Tidak lama kemudian, satu cahaya muncul di situ.
"Youra, sini," panggil Jungkook. Youra segera menapak ke arah lelaki itu.
"Nah." Jungkook menghulurkan sehelai t-shirt dan seluar trek berwarna hitam kepada Youra. Youra menyambut huluran tersebut. Wajah Jungkook dipandangnya hairan dengan bantuan cahaya dari lampu suluh.
"Awak ambil kat mana baju ni?" soal Youra ingin tahu. Jungkook sekadar memuncungkan mulutnya ke arah penjuru bilik. Youra melihat ke tempat tersebut. Membulat matanya melihat beberapa beg galas dan bagasi ditempatkan di situ.
"Beg kita!"
"Saya main rembat je baju siapa-siapa dalam tu yang warna hitam. Jangan risau, tu baju perempuan," ujar Jungkook. Dia mula membalikkan badan membelakangi Youra.
"Tukarlah baju. Saya tak tengok."
"Eo," ujar Youra. Lantas baju pesakit ditukarnya dengan baju dan seluar hitam tersebut. Longgar sedikit apabila disarung pada tubuhnya.
"Dah siap,"
Jungkook membalikkan badannya memandang Youra lalu tersenyum kecil. "Baju pesakit tu, sumbatlah dalam beg mana-mana pun," ujar Jungkook. Youra mengangguk faham. Dia menuju ke arah beg-beg tersebut lalu dimasukkan baju pesakitnya ke dalam sebuah beg secara rawak.
"Jungkook, kalau beg kita ada kat sini, tak boleh ke kita call polis?" soal Youra, suaranya diperlahankan, takut didengari oleh jururawat bertugas. Jungkook mengeluh kecil. Kepalanya digelengkan.
"Takde,"
"Eo?" soal Youra. Berkerut dahinya tidak faham.
"Takde telefon. Saya dah geledah semua beg yang ada dekat situ tadi. Satu pun takde telefon. Mungkin diorang dah kutip phone kita dan letak kat tempat lain," ujar Jungkook. Youra menggigit bibir mendengarnya.
Beg-beg yang berada di situ tidaklah banyak. Rasanya, ada lebih kurang 15 buah beg sahaja di situ. Beg lain mungkin diletakkan di bilik lain.
Jungkook terlebih dahulu tiba di bilik itu sebelum Youra. Maklumlah, Youra bukannya pakar menyelinap keluar seperti lelaki itu, jadinya dia mengambil masa yang lama sedikit untuk menguras minda memikirkan cara untuk pergi ke situ. Mungkin Jungkook sudah menggeledah semua beg dan barang di bilik itu semasa menunggu Youra.
"Dah sedia?"
Youra memandang Jungkook. Dia menarik nafas dalam lalu menganggukkan kepala. Dia berharap sangat bahawa rancangan yang dirangkanya akan berjaya. Malam ini, mereka akan keluar dari 'neraka' itu.
"Sebelum tu..."
Youra mengangkat kepala memandang Jungkook.
"Kalau ada apa-apa yang berlaku, saya nak awak lari je. Jangan sesekali toleh belakang," ujar Jungkook, serius sekali nada suaranya. Youra mengerutkan dahi. Terasa seram pula mendengar pesanan itu.
"Wae?" soal Youra. Jungkook diam tidak menjawab. Youra tersenyum kecil. Bahu Jungkook ditepuknya pelan.
"Awak risau ke rancangan kita gagal?"
"Tak..." jawab Jungkook perlahan. Sejujurnya, dia tidak kisah jika rancangan mereka gagal. Dia tidak kisah sekiranya dia ditangkap dan terperangkap di dalam hospital gila ini, asalkan Youra berjaya keluar. Dia hanya mahukan gadis itu selamat keluar dari situ.
"Janji tau," ujar Jungkook. Youra mencebik kecil. Malas mahu memprotes, dia sekadar menganggukkan kepala. "Arraseo. Awak pun!" ujar Youra. Jungkook sekadar tersenyum nipis. Mana mungkin dia mahu berjanji itu kepada Youra.
Jungkook memegang tangan Youra. Lampu suluh dimatikannya. Tombol pintu dipulas perlahan lalu diintainya ke luar sedikit. Melihatkan keadaan yang kosong dan tiada sesiapa, Jungkook laju menarik Youra keluar dari bilik itu.
Mereka berdua menyelinap keluar dari bangunan itu dan menuju ke tepi bangunan. Tiba di situ, mereka terhenti seketika ingin mengambil nafas.
Jungkook melihat sekeliling. Kelihatan dua orang pengawal sedang menuju ke arah mereka tidak jauh dari situ. Lantas dia berbisik memberitahu perkara itu kepada Youra lalu menarik gadis itu untuk menyorok di balik semak-samun.
Mereka berdua kekal diam tidak bergerak sehinggalah dua pengawal itu berjalan melepasi mereka. Jungkook menghela nafas lega. Dengan keadaan yang gelap itu, agak sukar untuk mereka berdua kelihatan lagi-lagi apabila berpakaian serba hitam. Melihatkan pengawal itu sudah jauh sedikit, Jungkook keluar dari semak.
"Kook!" Youra berbisik keras apabila dilihatnya seorang pengawal sedang menghampiri mereka. Tangan Jungkook ditariknya kuat sehingga terjatuh mereka berdua di atas tanah di balik semak. Pergerakan mereka menghasilkan bunyi dan semak-samun di sekitar mereka bergerak.
"Siapa tu?"
Suara garau pengawal itu kedengaran. Dia menyuluh lampu suluh ke arah semak yang sedang mereka berada sekarang dan menapak mendekatinya.
"Jangan gerak," bisik Jungkook. Youra menelan liurnya. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak bergerak. Sudahlah jarak di antara mereka berdua boleh tahan rapat. Dia boleh merasai haba dari nafas Jungkook.
Nasib menyebelahi mereka kerana seekor tupai tiba-tiba sahaja melompat keluar dari semak itu ketika itu. Pengawal yang bertugas itu meneruskan perjalanannya pergi dari situ apabila difikirnya hanya tupai yang membuat bising di situ. Youra dan Jungkook menghela nafas lega.
"Line clear?" soal Jungkook. Youra membetulkan posisinya dengan berhati-hati. Sekeliling dilihatnya.
"Clear."
Mereka berdua mula keluar dengan berhati-hati. Sambil melihat sekeliling, mereka meneruskan perjalanan menuju ke belakang bangunan. Di sana terdapat semak tebal dan tinggi. Mengikut rancangan asal mereka, mereka berdua mula masuk ke dalam semak tersebut.
Jungkook memegang erat tangan Youra. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pagar keluar diketuai oleh Jungkook kerana dia lebih tahu tentang arah menuju ke sana.
Disebabkan keadaan yang gelap, Youra secara tidak sengaja tersadung akar pokok di situ. Mujur sahaja Jungkook pantas menahannya agar tidak terjatuh.
"Hati-hati."
Perjalanan mereka banyak terhenti beberapa ketika dek kerana Youra yang sering kali tersadung. Setiap kali itu jugalah Jungkook sempat menahannya.
"Mian," ujar Youra. Dia terhenti seketika ingin merehatkan kakinya yang sakit. Mungkin kakinya sudah pun luka ketika itu, namun Youra cuba menghiraukan rasa pedih itu.
"Wae? Awak tak boleh jalan ke? Kaki awak sakit?" soal Jungkook prihatin. Youra pantas menggeleng kepala apabila dilihat Jungkook ingin menilik kakinya.
"Kita asyik terhenti sebab saya. Mian..."
"Gwaenchana," tungkas Jungkook laju. Dia menguntum sebuah senyuman biarpun Youra tidak dapat melihat kerana gelap. Tangan Youra dipegangnya erat lalu mereka meneruskan perjalanan.
Kali ini, Youra mencuba sedaya upaya agar tidak tersadung. Mereka berdua semakin hampir dengan pagar tersebut. Saat itu, kaki Jungkook secara tidak sengaja tersadung sesuatu, menyebabkannya terdorong ke hadapan dan terjatuh kerana tiada sokongan. Disebabkan tangannya memegang tangan Youra, secara tidak langsung Youra yang tidak bersedia turut terdorong ke hadapan.
Youra terjatuh tepat di atas badan Jungkook. Kaku terus mereka berdua dengan posisi tersebut buat beberapa saat. Tersedar akan situasi itu, Youra laju bergolek ke tepi, terbaring di sebelah Jungkook.
Sekali lagi keadaan menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja sebelum Youra akhirnya melepaskan satu tawa. Jungkook yang mendengar pun ikut tertawa. Mereka berdua tergelak kecil.
"Ah mwoya," ujar Youra pelan. Jungkook bangkit dari baringnya lalu ditepuk habuk-habuk yang melekat di bajunya. Tangan Youra dipegang lalu dia membantu gadis itu bangun.
"Kita dah nak sampai. Sikit je lagi," ujar Jungkook. Mereka berdua berjalan beberapa tapak ke hadapan, lalu kelihatan sebuah pagar berdawai di hadapan mereka.
Youra memandang pagar di hadapannya dengan takjub. Tidak disangka, penyeksaan mereka akan berakhir hari ini juga. Tak semena-mena dia teringat akan Areum. Dia akan selamatkan mereka semua!
"Sini," ujar Jungkook lalu bercangkung di situ. Youra mengikut jejak langkah Jungkook. Dapat dilihatnya pagar di sebelah bawah sudah ditarik, menghasilkan sebuah lubang yang agak kecil di situ.
"Setakat tu je saya mampu tarik. Tak sangka nak tarik pun susah kemain. Ingatkan senang je," ujar Jungkook. Mungkin dia yang terlalu pandang rendah pada pagar berdawai itu? Sudahlah susah nak tarik, tajam pula tu. Pengawal pula tak habis-habis nak lalu.
"Awak muat ke nak keluar alik lubang ni?" soal Youra. Jungkook memandang Youra dengan tidak percaya.
"Uish, nak cakap saya gemuk ke?"
"Eii bukanlah!" Youra menampar lengan lelaki itu. Tergelak kecil Jungkook jadinya.
"Ha, jom keluar cepat. Awak pergi dulu," ujar Jungkook. Youra menayang wajah cemberut. "Kenapa saya?"
"Lah, awak kan kecil je. Kalau saya pergi dulu kang tersekat kat tengah jalan. Kalau ada awak kat luar boleh tarik," ujar Jungkook. Youra mencebikkan bibir.
"Arraseo."
"Hati-hati, tajam tu," ujar Jungkook. Bahagian atas lubang itu dipegangnya agar tidak terkena Youra. Youra meregangkan badannya seketika. Dia mula masuk ke dalam lubang yang muat-muat dengan dirinya itu. Mudah sahaja dia meloloskan diri keluar.
"Wah," Jungkook terpana seketika. Tidak menyangka Youra akan keluar semudah itu. Youra mengembangkan hidungnya tanda bangga. Berkat makanan yang tak sedap di hospital ni, dia jadi kurang makan dan semakin kurus!
"Awak pula! Cepatlah keluar," ujar Youra. Keadaan sekeliling diperhati. Mujur sahaja tiada pengawal yang bertugas. Namun, menurut Jungkook semalam, pengawal itu banyak kali lalu-lalang di situ. Disebabkan itulah Jungkook sukar untuk membuat lubang keluar.
Youra menggigit bibir apabila merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia mengalihkan pandangan ke arah pondok jaga yang berada tidak jauh dari situ. Kelihatan sumber cahaya yang berasal dari pondok itu, namun tiada langsung pengawal yang kelihatan.
Apa ni...?
"Okey, saya nak masuk ni. Bersedia untuk tarik manusia gemuk ni," ujar Jungkook teruja. Youra melihat sekeliling. Tiada langsung pengawal di situ, berlainan dengan semalam.
"Jungkook..." panggil Youra. Belum sempat dia berkata apa-apa, secara tiba-tiba sahaja keadaan di situ menjadi cerah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro