↳˳⸙;; ❝ drei ᵕ̈ ೫˚∗:
「 DAY-1 」
"Argh..."
Youra mengetap bibir cuba menahan sakit yang mencucuk di bahu. Mata dipejam.
Sudah sehari berlalu, sakitnya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin membaik malahan semakin mencucuk-cucuk sakitnya.
Kesemua pelajar Daegu High School juga sudah sehari menghabiskan waktu di situ. Malam semalam, mereka tidur dalam keadaan yang tidak lena di atas lantai. Banyak pula nyamuk yang berkeliaran. Masing-masing sibuk memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dari situ. Ada yang sudah mendapat akal, ada yang masih mati akal.
"Yah, gwaenchana?" soal Areum. Bahu Youra disentuhnya pelan. Laju Youra menepis tangan Areum. Satu senyuman ditayang.
"Gwaenchana. Raeun dan Chaeri dah bangun ke?" soal Youra , lantas topik dialihkan. Areum menggeleng kepala.
"Diorang tak bangun. Aku risaulah..." kata Areum. Kepalanya ditunduk ke bawah. Dia takut. Bagaimana jika doktor gila itu telah memberi mereka sesuatu yang membuatkan mereka mati dalam tidur? Bagaimana jika dia menerima nasib yang sama?
Pandangan Youra mulai berubah mendung. Lantas tubuh Areum dipeluknya. Dia tahu, rakannya itu mempunyai semangat yang lemah.
"Gwaenchana. We'll find a way out," bisik Youra. Areum mengetap bibir.
"I'm scared..."
PANG!
Terlepas terus pelukan mereka apabila satu bunyi yang kuat kedengaran.
"MASA UNTUK MAKAN!"
Serentak dengan itu, bunyi pintu dibuka keras kedengaran. Kali ini, tiada lagi bunyi pelajar yang berteriak memberontak seperti semalam. Tidak lama kemudian, pintu bilik Youra turut dibuka.
"Beratur ke dewan makan sekarang," arah jururawat lelaki yang membuka pintu. Youra dan Areum tanpa membantah laju sahaja menuju ke luar manakala jururawat itu mengambil langkah ke arah Raeun dan Chaeri yang masih terbaring.
"Bangun! Bangun!"
Tubuh dua gadis itu disepak tanpa belas kasihan oleh jururawat itu. Terhenti terus langkah Youra dan Areum. Rakan sekelas mereka dipandang kasihan.
"Tunggu apa lagi? Pergi beratur!" sergah jururawat itu apabila melihat Youra dan Areum yang membatu di pintu. Terus mereka berdua meneruskan langkah, meninggalkan Raeun dan Chaeri yang entah apa nasib mereka.
"Beratur! Beratur!"
Lantang jururawat-jururawat di situ menjerit. Mengikut sahaja rentak permainan, kesemua pelajar beratur menuju ke dewan makan. Usai di sana, masing-masing beratur mengambil makanan di dalam dulang dan duduk di meja makan mengikut kumpulan. Namun, ada perubahan yang disedari Youra.
Bilangan pelajar yang sudah berkurang. Ada kelibat yang langsung tidak kelihatan di situ. Antaranya ialah Raeun dan Chaeri.
"Makan! Makan semua!"
Arahan jururawat itu dipatuhi lagi. Masing-masing mengangkat sudu dan makan apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka. Menu makanan pada hari itu termasuklah nasi, sup, daging, salad makanan laut, ikan kukus dan kimchi lobak.
Youra sebenarnya teragak-agak ingin makan. Takut jika pihak hospital ini meletakkan sesuatu yang bukan-bukan di dalam makanan itu.
"Korang. Perasan tak, pelajar batch kita macam berkurang," Sekyung, salah seorang rakan sekelas Youra yang duduk semeja dengannya mula bersuara perlahan. Myunghee yang berada di sebelah Sekyung laju mengangguk.
"Ye do. Yang aku perasan takde kat sini, Mingyu, Yoohyeon, Miyeon, Minnie, Lisa, Jiho, Bambam, Yuju, Hyunjae, Haseul, Bangchan dan Jiyeon," Myunghee selaku manusia paling peramah di antara mereka semua terus menyenaraikan nama-nama pelajar yang tidak kelihatan.
"Weh, semalam aku dengar diorang ikut menjerit terpekak nak buat doktor tu annoying," Sekyung membulatkan matanya. "Raeun dengan Chaeri pun sama. Diorang kena tangkap semalam, lepastu tadi diorang tak bangun," ujar Areum perlahan. Terbuka mulut Myunghee.
"Semalam pun aku nampak Mingyu dengan Jaehyun kena heret do. Ntah ntah, doktor tu buat something kat diorang. Sebab tu diorang takde harini-"
PANG!
Terhenti terus segala pergerakan mereka apabila satu bunyi kuat kedengaran. Terus kepala mereka tertoleh ke arah sumber bunyi. Membulat mata masing-masing melihat seorang pelajar ditampar oleh seorang jururawat lelaki.
"Weh, tu kan Binnie," Sekyung berbisik. Mereka semua kekal memerhati, ingin mengetahui apa yang terjadi.
"Kau makan makanan tu sekarang!" tempik jururawat itu keras. Menggeletar badan Binnie jadinya. Perlahan-lahan kepalanya digeleng tanda tidak mahu.
"Tak nak. Ma-Macam mana kalau ada-"
PANG!
Sekali lagi pipi Binnie ditampar oleh jururawat itu.
"Kau ingat kitorang hamak sangat ke letak racun dalam tu?" soal jururawat itu lagi. Binnie laju menggeleng kepala. Tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi, wajahnya sudah basah di situ. Dengan kasar, rahangnya dicengkam kasar oleh jururawat itu.
"Aku nak kau makan sekarang. Buka mulut!" Jururawat itu mula menyumbat kasar nasi ke dalam mulut Binnie. Binnie menggeleng tanda tidak mahu. Rakan-rakan semejanya sudah mengalihkan pandangan, tidak mampu menolong Binnie.
KTANG!
Akibat pergelutan itu, habis tangan Binnie tertolak dulang makanannya sehingga jatuh bertaburan makanan itu di atas lantai. Terdiam semua yang melihat. Binnie sudah menangis teruk. Perlahan-lahan kepalanya diangkat melihat jururawat yang sedang menahan marah itu.
"Pesakit nakal mesti dihukum!"
Dengan itu. Binnie diheret oleh jururawat itu. Bising seketika dewan makan itu dengan jeritan Binnie. Malahan, jururawat lain yang berada di situ turut mengheret Binnie keluar dari dewan makan.
"Pesakit yang lain tunggu apa? Makan sekarang kalau tak nak nasib kalian berakhir seperti budak tadi!" Seorang jururawat bersuara. Kalut terus pelajar lain bergerak. Masing-masing terpaksa menelan makanan yang diberikan itu. Sudahlah rasanya tawar sahaja, entah-entah mereka memang masukkan sesuatu ke dalam makanan itu, tiada siapa yang tahu.
【💉】
"They're planning something."
Areum mengalihkan pandangan ke arah pelajar-pelajar kelas 6-3 yang kelihatan mencurigakan di hadapan barisan. Mereka semua kelihatan asyik berpandangan sesama mereka.
"Apa yang diorang rancang?" soal Areum separa berbisik kepada Youra. Youra terdiam seketika. Tidak lain tidak bukan, pastilah mereka sedang merancang untuk...
"Cari jalan untuk keluar dari sini."
"AHHHHH!"
Salah seorang dari pelajar kelas 6-3, Jaehwa menjerit kuat. Perhatian semua orang di dewan makan itu terus tertumpu ke arahnya. Jaehwa membongkokkan badannya, memegang perutnya. Seorang jururawat mula menghampirinya.
"Kenapa?" soal jururawat itu. Jaehwa terus terjelopok ke lantai, menyebabkan lagi seorang jururawat menghampirinya.
"Appo! Sakit perut!" jerit Jaehwa kuat. Sementara dia mengalihkan perhatian, Hyunjae, yang juga merupakan pelajar kelas 6-3 menjatuhkan dulangnya. Dia juga sudah melutut di atas lantai dengan perut yang ditekan-tekan.
"Appo!"
Satu demi satu pelajar kelas 6-3 mulai jatuh kerana sakit perut yang dialami. Pelajar lain termasuk Youra hanya melihat dek tidak tahu mahu berbuat apa. Mereka juga tidak tahu jikalau apa yang berlaku itu adalah benar atau hanya sekadar lakonan.
"Berundur semua! Jangan bergerak!" Seorang jururawat mengawal barisan yang sudah tidak teratur. Di saat itu juga, Eunwoo berteriak kuat.
"SEKARANG!"
Pelajar-pelajar kelas 6-3 terus menyerang jururawat masing-masing. Terkejut pelajar yang lain melihat. Para jururawat yang tidak sempat mempertahankan diri terus jatuh kesemuanya. Maklumlah, majoriti pelajar kelas 6-3 mempelajari seni mempertahankan diri di sekolah.
"Semua, cepat!" ajak Eunwoo. Kesemua pelajar 6-3 laju berlari keluar dari dewan makan. Ada juga pelajar dari kelas lain yang sudah mengikuti mereka keluar. Kesemua mereka terus berlari mencari jalan keluar.
"Korang, jom lari cepat!" Sekyung mengajak, tangan Myunghee ditariknya untuk berlari bersama-sama. Youra dan Areum terkedu seketika.
"Youra, ottokae?" soal Areum cemas. Youra melihat sekeliling. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam dewan makan tersebut, bersama dengan jururawat yang sudah dibelasah. Youra pantas membaling dulang makanannya ke tepi lalu menarik tangan Areum bersama.
"Kita lari!"
Mereka berdua terus berlari menuju ke pintu dewan makan. Namun, kebebasan yang didambakan tidaklah begitu mudah untuk mencapainya. Setibanya di pintu dewan makan, sesuatu bagaikan terbang melepasi mereka dengan laju menyebabkan mereka automatik terhenti dan menundukkan kepala mereka.
"Apa tu?!" jerit Youra terkejut. Sekelilingnya dilihat. Areum pula sudah membulatkan mata. Jari telunjuknya terketar-ketar menunjuk ke suatu arah.
"You—Youra—"
Membulat mata Youra melihat. Dua gadis itu melangkah ke belakang beberapa tapak.
"Tranquilizer dart?"
"AHHHH!"
"ARGHHHH!"
Saat itu juga, kelihatan ramai pelajar yang berlari menuju ke arah mereka. Ada yang sudah terjatuh apabila ditembak sesuatu. Mata Youra meliar melihat sekeliling. Anak matanya tertangkap kelibat seseorang sibuk menyasarkan pistolnya ke arah para pelajar.
"Lari! Masuk dewan semua!" jerit seorang pelajar sebelum dia turut tumbang apabila terkena tembakan ubat penenang. Terkedu Youra melihat satu persatu pelajar yang berlari ke arah mereka tumbang. Ketika itu satu damak melintasinya dan tercucuk di dinding.
Tanpa menunggu persetujuan Areum. terus ditariknya tangan Areum untuk kembali masuk ke dalam dewan makan. Mereka berdua terduduk di sebalik dinding. Pelajar-pelajar lain yang terselamat turut menyelamatkan diri dengan berlindung di bawah meja.
"Youra..." Areum sudah tidak dapat menahan diri untuk menangis. Youra pantas memeluk rakannya, ditepuk-tepuknya bahu Areum. Termengah-mengah dia cuba mencari nafas.
Mengapa sebegini ketat sekali kawalan di sini? Youra melihat ke arah sisa pelajar yang masih terselamat. Tidak ramai. Pasti serangan ubat penenang itu tidak disangka-sangka dan mereka tidak bersedia untuk mempertahankan diri.
"Youra, macam mana kalau kita tak boleh keluar dari tempat ni selama-lamanya?" soal Areum. Youra laju menggeleng kepala.
"Aniya. Jangan cakap macam tu. Kita akan keluar,"
"Ta—Tapi—"
"Reum..." Youra memandang mata berair Areum.
"Please believe in me..."
Areum menggigit bibir. Tangan Youra diambil lalu digenggam erat.
"Aku tak nak mati..."
Youra mengetap bibir mendengar ayat itu. Tangan Areum digenggamnya kembali.
"Aku takkan biarkan kau mati."
"Hah, dah macam mayat je aku tengok!"
Suara dari pembesar suara itu mulai bergema di dalam dewan makan itu. Panik semua pelajar melihat sekeliling.
"Macam mana semua? Takut? HAHAHAHA! Dasar budak mentah! Siapa suruh kau memberontak?"
Youra menggenggam penumbuk. Marah yang teramat dia rasakan pada Doktor Do.
"Untuk semua yang bernasib baik harini, aku akan beri satu pengajaran untuk kau. Jangan sesekali cuba untuk cari jalan keluar dari tempat ni. Kau tahu kenapa?"
Keadaan menjadi senyap seketika apabila Doktor Do berhenti bersuara.
"Sebab tak ada jalan keluar dari tempat ni! HAHAHA! Kau cubalah lari ke sini ke, lari ke sana ke, kau tetap takkan keluar dari tempat ni. Well, kecuali kalau aku yang benarkan. Yelah, kalau kau dah jadi mayat takkan aku nak simpan lagi? HAHAHAHA!"
Ketakutan mula menyebulungi diri semua pelajar. Ada yang sudah menangis teresak di situ.
"Sekarang, aku nak semua pesakit untuk beratur! Beratur sekarang!"
Kalut semua pelajar di dalam dewan makan itu berdiri di dalam sebuah barisan. Masing-masing tidak lagi berani membantah setelah apa yang dilalui mereka.
"Aku nak semua bergerak ke bilik wad masing-masing! Spider, kau tengok budak-budak tu kalau-kalau diorang degil lagi."
Seorang lelaki berbadan tegap yang memakai baju sut hitam menghampiri mereka. Dia memandang pelajar pertama di barisan itu dengan tajam, sebelum mengisyaratkannya untuk mengikutinya. Berjalanlah kesemua pelajar dalam barisan itu mengikuti Spider. Sempat mereka lihat rakan-rakan mereka yang masih terbaring di atas tanah.
"Untuk mayat yang bertaburan ni, aku nak semua kutip diorang masuk Black Room. Kita bagi diorang 'ubat' untuk penyakit diorang yang semakin serius ni."
Beberapa orang jururawat mula mengheret pelajar-pelajar yang sudah pengsan menuju ke suatu tempat. Youra hanya diam memerhati bangunan lama yang jururawat itu tujui. Mulutnya menggumam sesuatu.
"Black Room."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro