↳˳⸙;; ❝ achtzehn ᵕ̈ ೫˚∗:
Youra mengerutkan dahi. Dia mengubah posisinya kepada duduk. Kepalanya dipegang.
Dia kembali teringat akan kejadian semalam. Apa yang menyebabkan kepalanya sakit dengan begitu teruk sekali? Tetapi, tak silap Youra... Dia sudah mendapat kesemua derianya semula semalam.
"Aaa..." Youra cuba bersuara, lalu jelas kedengaran suaranya sendiri di pendengarannya. Serak sahaja suaranya, barangkali kesan kerana sudah lama tidak meminum air. Ya, sudah lama Youra tidak makan mahupun minum apa-apa, tetapi dia lamgsung tidak berasa lapar.
Youra menyentuh lantai yang didudukinya. Dinding yang berada di belakangnya turut disentuh. Melihatkan tekstur yang tidak asing, dapat Youra simpulkan bahawa dia sekarang berada di dalam sebuah bilik.
Sebuah bilik...
Youra mengerutkan dahi. Tangannya naik menyentuh mata. Kali ini, jelas terasa seperti ada sesuatu yang diikat di matanya yang menghalang pandangan matanya. Youra meraba-raba benda yang berada di matanya dan cuba menariknya, namun tidak berjaya. Seolah-olah benda itu melekat terus di kepalanya.
Youra mengetap gigi. Dia cuba menyeimbangkan dirinya dan berdiri dari duduk. Dengan berhati-hati, dia berjalan sambil meraba-raba sekeliling. Ada juga waktu dia hampir tersadung disebabkan sudah lama tidak berjalan.
Tidak lama kemudian, tangan Youra tersentuh sesuatu benda yang aneh pada dinding. Ia bersambung pada dinding tetapi teksturnya bukan sama sekali sebuah dinding. Youra menyentuh benda itu dan cuba mengingat menggunakan memorinya selama dia hidup.
Kaca?
Youra mengetuk-ngetuk kaca yang disentuhnya itu tanpa berfikir panjang.
"Tolong! Tolong saya!"
Sementara itu, di luar bilik spesimen itu pula, kesemua orang sudah terkejut apabila Youra mula meminta tolong. Masing-masing tidak tahu mahu berbuat apa. Jungkook yang turut berada di sana laju sahaja bergerak menuju ke kaca yang membolehkan keadaan di dalam bilik spesimen itu diperhatikan.
"Takde orang nak keluarkan dia ke?!" soal Jungkook keras. Terdiam seketika semua jururawat di situ. Saat itu juga, pintu bilik dikuak dari luar lalu masuk seorang lelaki berkot putih.
Doktor Do.
Tergelak kecil lelaki itu melihat Youra yang sedang meminta tolong. Pandangannya dialihkan ke arah Jungkook yang sedang menatapnya tajam.
"Nampaknya semua deria dia dah pulih," ujar Doktor Do. Dia tersenyum senget ke arah Jungkook. Jungkook mengepal penumbuknya. Geram melihat wajah doktor itu.
"Tolong!" Youra kekal mengetuk kaca itu. Tangannya yang terasa sakit digosok seketika. Sambil itu, dia menekap telinganya pada kaca itu. Cuba mendengar apa-apa yang boleh didengarinya untuk mengetahui di mana dia berada sekarang.
"Lepaskan Youra sekarang!" Jungkook berteriak kuat ke arah Doktor Do. Saat itu, Youra terdengar akan suara itu. Spontan dia bergerak menjauhi kaca itu. Berkerut seketika dahinya.
"Jungkook?"
Sekali lagi kesemua orang di dalam bilik itu terkena kejutan mendengarkan Youra menyebut nama Jungkook. Jungkook menoleh kepalanya memandang Youra yang turut terkejut. Dia berlari anak mendekati kaca itu. Diketuk-ketuk kaca itu beberapa kali.
"Youra-ah! Diorang jadikan awak sebagai spesimen dalam eksperimen ni! Doktor Do— mmph!"
Tidak sempat menghabiskan ayatnya, Doktor Do lebih pantas menekup mulut Jungkook. Sepantas yang mungkin, tangan Doktor Do naik menyuntik sesuatu ke dalam lengan Jungkook yang sedang meronta. Jungkook terus berhenti meronta, lalu jatuh menghempap bumi.
"Jungkook? Jungkook!" Youra pula langsung mengetuk kaca itu beberapa kali. Ditekupnya telinga ke kaca itu, ingin mendengar semula suara Jungkook. Dia tahu itu suara Jungkook, dan dia tahu dia tidak akan salah. Tetapi dia ingin mendengar suara itu lagi.
"Bawa budak mentah ni pergi dari sini," arahan Doktor Do dipatuhi oleh jururawat yang berada di situ. Youra pula langsung terdiam mendengar suara itu. Perlahan-lahan, dia bergerak menjauhi kaca itu.
Doktor Do...?
Otak Youra ligat memproses segala maklumat yang dia dapat. Apa yang berlaku ni?!
【💉】
Youra menggigit bibir. Jarinya diketuk beberapa kali di dahinya.
Sumpah, dia tidak senang duduk setelah mendengar suara Doktor Do. Dia tahu, dia masih tidak terlepas dari genggaman doktor itu. Dia masih berada bersamanya!
Tetapi, di manakah dia? Sekiranya doktor Do yang membuatnya seperti ini, mengikut spekulasi Youra, pasti dia sudah menjadi gila atau sudah tidak bernafas lagi. Tetapi kedua-duanya tidak berlaku pada dirinya.
Malahan, persekitarannya langsung tidak menunjukkan bahawa dia bukan berada di hospital gila itu lagi. Ke mana lagi doktor itu ingin membawanya? Mungkinkah... Lelaki itu sedang merancang untuk melakukan pembunuhan yang brutal kepadanya?
"Lepaskan Youra sekarang!"
"Jungkook..." Youra menggumam kecil.
Adakah Jungkook baik-baik sahaja? Adakah dia sihat? Adakah dia normal? Tetapi mengapa? Mengapa Jungkook berada di situ?
Youra menghela nafas. Apa-apa pun, dia lega kerana Jungkook masih hidup. Sudah lama dia tidak mendengar khabar lelaki itu. Terbayang juga Youra sekiranya lelaki itu dibunuh oleh doktor Do selepas ditangkap...
Adakah Jungkook masih berada di luar sekarang? Sedang memerhati Youra?
Youra berdiri dari duduknya. Tangannya meraba-raba sekeliling dan dia mula mengatur langkah menuju ke kaca yang dirasainya semalam. Setibanya di situ, lantas dia mengetuk-ngetuk kaca itu beberapa kali.
"Jungkook?"
Tidak seperti semalam, kali ini kesemua jururawat di luar langsung tidak mempedulikan jeritan Youra. Masing-masing sibuk membuat kerja mereka. Langsung tidak dihiraukan Youra yang sedang mengetuk-ngetuk kaca itu.
"Kook? Jungkook-ah!"
Youra menggigit bibir apabila tiada sahutan. Telinganya ditekapkan beberapa kali pada kaca itu, namun tiada apa yang didengarinya.
Mengingatkan bahawa dia hanya berjalan setakat di situ sahaja sebelumnya, Youra terus menyambung semula perjalanannya merasai bilik itu dengan tangan yang tidak habis meraba sekeliling.
Saat itu juga, dia terasa sesuatu yang lain dari dinding dan kaca. Youra langsung meraba benda itu. Pintu! Sepantas kilat tombol pintu itu dipulasnya. Berkunci.
Youra mengeluh kecil. Semestinya berkunci. Dia juga tahu pintu itu berkunci. Doktor itu bukannya tidak berakal untuk membiarkan pintu itu tidak berkunci. Dengan rasa tidak puas hati, Youra kembali menuju ke kaca di bilik itu.
"Jungkook?"
Youra kembali mengetuk-ketuk kaca itu beberapa kali. Entah mengapa, dirinya langsung tidak berasa sakit melakukan hal itu. Tidak seperti semalam yang masih terasa sakitnya. Youra menghela nafas, lalu kaca itu diketuknya dengan lebih kuat.
"Jungkook-ah!"
"Kook!"
"Awak ada kat luar ke?"
"Kook jawablah!"
"Jungkook!"
Jururawat yang bertugas kini sudah mula mengalihkan pandangan mereka ke arah Youra. Bukan disebabkan mereka terganggu oleh jeritan kuat Youra, tetapi mereka semua mulai berasa risau melihatkan Youra mengetuk kaca itu kuat. Sudahlah bunyi yang dihasilkan sama kuat dengan suara jeritan Youra. Namun tangan Youra langsung tidak luka, Youra juga tidak menunjukkan sebarang reaksi kesakitan.
Pada ketika itu, Doktor Do masuk ke dalam bilik itu. Perbuatan Youra yang dapat dilihat jelas melalui kaca itu menarik fokusnya sejurus menapak di situ. Doktor Do mengangkat keningnya.
"Wow."
Tanpa membuang masa, Doktor Do mengambil langkah mendekati kaca itu. Youra kekal melakukan aktivitinya itu. Doktor Do mengetuk kaca itu lembut sebanyak tiga kali, ingin menghentikan perbuatan Youra. Mendengarkan ketukan yang berasal dari luar, Youra langsung berhenti. Telinganya ditekup pada kaca.
"Ketuklah kuat mana pun. Benda tu takkan pecah," ujar Doktor Do. Youra terdiam seketika. Bibirnya digigit. Yang dicari Jungkook, yang muncul si mangkuk pula.
"Jungkook ada kat mana, doktor gila?" soal Youra, sengaja bertanya soalan sebegitu. Doktor Do tergelak besar.
"Ingat lagi suara aku eh?" soal Doktor Do. Wajah Youra dipandangnya seketika sebelum dia menjawab dengan tenang.
"Don't worry. Jungkook is in a better place."
Youra mengetap gigi. Geram dengan jawapan itu. Penumbuknya dikepal.
"Oh, silly me. Mestilah kau risau bila dengar suara kekasih kau lepas dah lama berpisah kan?" soal Doktor Do. Jarinya diangkat berselang-seli, seperti dia sedang mengira sesuatu. Youra kekal mendiamkan diri. Cuba menahan bara api di dalam dirinya.
"Aww, dah dua minggu korang tak berjumpa. Poor you," ujar Doktor Do. Dia menggeleng kecil. Kaca itu diketuknya pelan dengan kukunya.
"Kalau aku bunuh lelaki tu, mesti kau akan mengamuk teruk kan?"
PANG!
Tidak mampu menahan kemarahan, Youra menumbuk kuat kaca di hadapannya. Terhinjut bahu Doktor Do terkejut. Jururawat lain yang berada di dalam bilik itu pun semuanya tersentak. Terkejut bukan kepalang.
"Jawab elok-elok. Selagi aku masih berbaik hati."
Bukannya tergugat akan ugutan Youra, Doktor Do malah tergelak besar di situ. Wajah dingin Youra dan suara tegas Youra langsung tidak menggugat dirinya. Lama juga lelaki itu tergelak seorang diri. Usai bertenang, dia tersenyum senget ke arah Yours, biarpun gadis itu tidak dapat melihat.
"Berani ye kau," ujar Doktor Do. Wajah Youra dipandangnya.
"Kau kena ingat, kau tu spesimen aku. Tikus makmal aku. Kalau ada apa-apa yang salah tentang eksperimen aku, kau yang akan kena dulu," ujar Doktor Do. Berkerut dahi Youra seketika.
Spesimen...?
Doktor Do hanya diam melihat Youra menafsir segala ayatnya. Youra menggigit bibir. Maksudnya, sekarang dia sedang menjadi spesimen bagi eksperimen Doktor Do?
Eksperimen apa?
"Kalau kau nak lari dari sini pun, benda yang aku dah suntik ke dalam badan kau takkan hilang macam tu je. Hanya aku je yang dapat buang semula benda tu dari dalam badan kau," tambah Doktor Do lagi. Youra terdiam seketika. Berkerut dahinya.
"You're nothing without me..."
Doktor Do melihat wajah Youra. Dia tersenyum sinis seketika.
"...Kim Youra."
Tanpa menunggu apa-apa lagi, terus sahaja Doktor Do mengatur langkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Youra yang masih berteka-teki. Youra menggigit bibir.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro