Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

↳˳⸙;; ❝ acht ᵕ̈ ೫˚∗:

「 DAY-4 」

"Kalau macam tu, awak ingat tak masa kita pergi tengok wayang sama-sama?"

"Tak! Hihihi!"

"Masa kita pergi pantai?"

"Tak!"

"Pesta lampu?"

"Apa dia?"

"Pesta lampu. Awak ingat kan?"

"Tak! Hahaha!"

"Areum-ah jebal..."

Youra meraup wajahnya. Badannya disandarkan pada dinding.

Sumpah. Dia masih tidak mampu menerima hakikat yang Areum kini bukanlah dirinya yang sebenar. Semenjak Areum tiba semula di bilik itu pagi tadi, dia tidak henti berkelakuan pelik, sama seperti Raeun dan Chaeri. Youra cuba untuk menormalkan semula Areum, tetapi usahanya sia-sia. Memori mereka bersama pun langsung tidak diingatinya.

"Selamat pagi semua pesakit kesayanganku."

Satu suara mula kedengaran melalui pembesar suara. Spontan Raeun, Chaeri dan Areum berlari laju menuju ke pintu bilik. Bersama pelajar-pelajar lain, mereka semua menjerit teruja mendengar suara Doktor Do, lagaknya seperti peminat yang menjumpai artis kegemaran mereka sahaja.

"Doktor!"

Youra bangkit dari duduknya dan menuju ke pintu bilik. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berlakon menjadi pelajar gila buat masa ini.

"Wah. Terasa segar mendengar sorakan pesakit-pesakit hospital ni."

"Tch," Youra berdecit mendengar ayat itu. Kalau boleh, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk ke wajah lelaki tua itu.

"Baiklah semua. Disebabkan baru harini aku berjaya suntik semua pelajar, jadi harini aku akan edarkan baju pesakit untuk korang semua. Kesian korang, dah empat hari pakai baju sama ya?"

Kesemua pelajar mula tergelak besar. Seolah-olah apa yang doktor Do cakapkan itu ialah sebuah jenaka yang sungguh lawak.

"Bagus semua. Teruskan ketawa sebelum aku buat hidup korang terseksa nanti."

Bukannya ingin berhenti, gelak tawa para pelajar mula menjadi kuat. Youra mengetap gigi. Penumbuknya dikepal.

"Okey semua. Edarkan baju pesakit yang aku bagi tu. Jangan lupa test diorang dulu. Kalau ada yang nampak normal, jangan berlengah lagi. Terus heret ke Black Room."

Pembesar suara ditutup. Youra menghela nafas mendengar. Ada ujian?

"Tepi, tepi,"

Youra mengalih pandangan ke arah jururawat yang bersuara di muka pintu. Dua orang jururawat berjaya masuk ke dalam bilik mereka dengan bersusah-payah dek tiga orang pesakit yang mengerumun di situ.

"Beratur!"

Arahan jururawat perempuan itu dipatuhi. Keempat-empat mereka terus beratur membentuk satu barisan. Youra mengerutkan dahi melihat wajah tidak asing jururawat perempuan itu.

"Sayang. Budak dua tu yang kejutkan sayang semalam kan?"

Turtle memuncungkan mulutnya ke arah Youra dan Areum. Youra laju tersengih seperti orang gila apabila dua jururawat itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Jellyfish di sebelah menganggukkan kepalanya sambil mencebik.

"Haah. Nasib baik sayang tak mati!"

Sempat Youra mencuri pandang ke arah poket belakang seluar Jellyfish. Tiada gugusan kunci kelihatan. Youra menggigit bibir. Nampaknya kunci itu sudah tiada padanya lagi.

Turtle membaling baju-baju yang diangkutnya ke atas lantai. Raeun yang berada di barisan hadapan sekali dilihat.

"Kau ada kat mana sekarang?"

"Kat rumah!" jawab Raeun tanpa ragu. Jellyfish menganggukkan kepalanya lalu menghulurkan Raeun sepasang baju pesakit berwarna putih. Raeun tersengih lebar.

"Seterusnya."

Kini Chaeri pula yang berhadapan dengan Turtle. Tersengih-sengih Chaeri melihat baju pesakit itu. 

"120 tambah 2?"

"Pokok!" 

Jellyfish terus menghulurkan baju pesakit itu kepada Chaeri tanpa ragu.

"Seterusnya."

Youra mengangguk pelan. Jikalau beginilah ujiannya, mudahlah dia untuk lolos. Dia hanya perlu memberi jawapan yang tidak masuk akal sahaja.

"Kau kacau dia kan semalam?" soal Turtle sambil menunjuk ke arah Jellyfish. Youra mengerutkan dahi seketika mendengar. Areum pula tanpa ragu lagi terus menjawab.

"Ya!"

Turtle dan Jellyfish mula berbalas pandangan tersirat. Pandangan Youra bersilih-ganti terarah kepada mereka berdua. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"Hantuk kepala kau kat dinding sekarang."

Membulat mata Youra mendengar. Pandangannya yang terarah pada senyuman licik Turtle dan Jellyfish terus berpaling pada Areum.

"Okey!" ujar Areum gembira. Kakinya diatur ke arah dinding. Youra menggeleng kepala. 

'Jangan Areum! Jangan!'

Areum menyentuh dinding yang kini berada di hadapannya. Tanpa berlengah, kepalanya terus dihantuk pada dinding itu beberapa kali tanpa henti.

"HAHAHAHA!" Tergelak besar Turtle dan Jellyfish melihat. Youra menutup mata, pandangannya dialihkan ke tempat lain. Air mata mula membasahi pipi.

Areum sedang mencederakan diri, namun Youra tidak mampu berbuat apa.

"Berhenti!"

Areum berhenti menghantukkan kepalanya. Dia mula berlari anak ke arah mereka semula. Youra mengangkat kepala memandang Areum. Melihatkan kepala Areum yang berdarah teruk, laju Youra mengalihkan pandangannya semula.

"Aish, darah!" Jellyfish spontan menjarakkan diri dari Areum. Turtle juga berbuat demikian. Sepasang baju pesakit dibaling kepada Areum dari jauh.

"Yah, ambil ni. Pergi basuh darah kau dan pergi jauh-jauh."

"Nae!" Ceria sahaja Areum membalas, nadanya seperti dia tidak sakit langsung ketika menghentak kepalanya. Usai Areum pergi ke tandas, Youra melangkah setapak ke hadapan.

"Ha kau. Kau pun kacau dia juga semalam kan?"

Youra mengangkat kepala. Matanya tajam merenung wajah Turtle.

Dia akan pastikan dua jururawat ni merana!

"Apa tengok-tengok? Biadap!"

Turtle mengangkat tangannya ingin menampar Youra , namun Youra pantas mengelakkan diri. Sempat dia memandang tajam Jellyfish yang tampak terkejut.

Kalau Areum berubah menjadi orang gila yang ceria...

Youra ingin menjadi orang gila psikopat.

"Kau!" Turtle menunding jari ke arah Youra yang kini duduk bercangkung di atas lantai dengan rambut yang menutupi wajahnya.

"Haha... Hahahaha!"

Youra mula tergelak besar. Jellyfish menelan air liur. Tanpa berkata apa-apa, terus baju pesakit dibalingnya kepada Youra.

"Ambiklah! Berhenti ketawa! Seram aku dengar!" ujar Jellyfish takut. Dia mendekatkan diri dengan Turtle lalu lengan Turtle dirangkulnya.

Sepantas kilat tawa Youra berhenti. Dia hanya diam bercangkung di situ. Jellyfish yang sudah takut lantas menarik lengan Turtle.

"Oppa, jom lah lari..."

"Kau nak lari mana?"

Meremang bulu roma dua jururawat itu apabila Youra mula bersuara dengan nada yang rendah. Youra mengangkat kepala memandang mereka berdua.

"AKU TANYA, KAU NAK LARI MANA?"

"AHHHHH!" 

Jellyfish menjerit kuat sambil berlari keluar dari bilik itu. Youra turut berlari mengejar mereka. Sepantas yang mungkin Turtle mengunci pintu itu dari luar. Youra mengetuk kuat pintu bilik dari dalam, menjerit sekuat hati.

"Kau nak lari mana? Lepaskan aku! Lepaskan!"

"Oppa, Jelly takut," Jellyfish bersuara pelan. Air mata sudah mula bertakung di pelupuk matanya. Turtle langsung memeluk tubuh teman wanitanya.

"Ya sayang, yang ni memang betul-betul gila..."

"Aku tak gila! Aku tak gila!" Youra menyerabutkan rambutnya. Kepalanya digeleng laju. Tutrle dan Jellyfish yang melihat laju melarikan diri dari situ. Takut sekiranya Youra bertindak di luar kawalan lagi.

Melihatkan jururawat itu sudah pergi, Youra perlahan-lahan memberhentikan lakonannya. Bilik air ditujui, usai melihat Areum sedang membasuh kepalanya dengan air paip yang mengalir, Youra terus meluru ke arahnya dan memeluknya.

"Areum-ah, gwaenchana?" soal Youra risau. Wajah Areum ditekupnya. Seluruh badan Areum diliknya.

"Gwaenchana!" ujar Areum sambil tersenyum menampakkan gigi. Youra melihat sekeliling. Jaket berhud Areum yang diletak di lantai bilik air diambil lalu dikoyakkan baju itu. Helaian yang dikoyak itu kemudiannya diikat di dahi Areum.

"Wah, dapat rantai kat dahi!" ujar Areum teruja. Youra mengemam bibirnya, cuba menahan tangisannya keluar. Tubuh Areum didakapnya lagi.

"Mianhae Areum. Jeongmal mianhae..."

Sempat Youra bermonolog di dalam hati. Keluar dari tempat ini tidak lagi menjadi keutamaan. Keselamatan Areum lagi penting! Dia tidak mahu Areum terus kekal begini. Dia tidak kisah jika dia tidak berjaya keluar dari sini, asalkan Areum kembali normal!

Ayat doktor Do kembali bermain di minda. Pesakit yang nakal diberi 'ubat' di Black Room. Sekiranya racun yang disuntik ke dalam pelajar berada di Black Room, pastilah penawarnya berada di sana juga kan?

Youra mengusap kepala Areum. Pelukan diketatkan.

"Areum-ah, bertahan. Aku akan pulihkan kau."

【💉】

"Beratur!"

Seperti biasa, mereka semua disuruh beratur usai habis makan. Youra juga sudah berada di dalam barisan dengan memegang dulang makanannya. Sambil berjalan, dia memerhati sekeliling. Kepalanya juga ligat merangka rancangan untuk ke Black Room.

Ya, Youra bertekad untuk ke sana. Dia ingin memulihkan semula Areum!

Youra memalingkan kepalanya ke belakang. "Dokyeom-ah," panggil Youra. Tersengih-sengih Dokyeom memandangnya.

"Wae? Wae? Hihihi,"

"Mianhae," ujar Youra. Sejujurnya dia berasa bersalah ingin mengorbankan Dokyeom dalam misinya ini. Maklumlah, satu sekolah tahu bahawa Dokyeom mempunyai jiwa yang baik. Nyamuk pun dia tak sanggup nak tepuk!

Youra menghela nafas. Sekelilingnya dipandang, kelibat doktor Do yang berada di hujung barisan dilihat. Usai melihat keadaan yang sesuai, Youra laju menjatuhkan dirinya ke hadapan, menyebabkannya menolak Areum di hadapannya.

Disebabkan terdapat beberapa pelajar di hadapan Areum, maka mereka semua bergilir-gilir jatuh menghempap satu sama lain, seperti kepingan domino. Youra menggigit bibir melihat mereka semua terjatuh. Perasaan bersalah yang bersarang di hati lantas dia tepis.

Saat itu juga, pelajar yang berada di hadapan sekali terdorong ke hadapan. Kebetulan pula Doktor Do berada di situ. Habis pelajar itu menumpahkan sisa makanannya di dalam dulang ke arah doktor Do.

Membulat mata kesemua jururawat di situ menyaksikan situasi itu. Youra melihat ke arah doktor Do yang tampak menahan marah.

"Siapa..."

Lelaki berumur itu mula bersuara.

"SIAPA YANG BERANI CARI PASAL DENGAN AKU?!"

Kesemua mata para jururawat mula meliar memerhati para pelajar yang terjatuh. Usai melihat Youra yang menjadi pelajar pertama yang terjatuh, seorang jururawat pantas menarik Youra.

Youra menelan liur. Dia hanya mampu melihat doktor Do yang sedang mengatur langkah ke arahnya. Satu sengihan cuba ditayang.

"Doktor!" ujar Youra lalu tersenyum teruja. Jantungnya berdegup laju. Doktor Do semakin mendekat. Tiba di hadapan Youra, doktor itu berdiri statik, melihat Youra.

"Hihi, hai doktor hensem!" ujar Youra lalu melambaikan tangannya, namun tangannya terus ditarik dan dipegang kasar oleh jururawat di sebelahnya. Doktor Do berjalan setapak ke hadapan, lalu wajah Youra dicengkamnya kuat.

"Ah–" Youra meringis sakit. Doktor Do memandang tajam wajah Youra.

"KENAPA KAU CUAI SANGAT SAMPAI BOLEH TERJATUH?!" tengking Doktor Do. Terhinjut bahu Youra terkejut. Perlahan-lahan, kepala ditoleh memandang Dokyeom. Sempat mulutnya dibentuk mengucapkan kata 'Mianhae' pada Dokyeom.

"Dia... Dia yang tolak!" ujar Youra. Jari ditunjuk ke arah Dokyeom. Dokyeom yang semestinya tidak normal, tersengih lebar apabila ditunjuk sebegitu.

"Haah! Saya tolak dia! Heeee~"

Doktor Do mengetap rahang. Tubuh Youra ditolaknya sehingga gadis itu terjatuh, lalu dia mara ke arah Dokyeom. Kini Dokyeom pula yang dicengkam rahangnya. Dokyeom masih lagi tersengih, seolah tidak merasa kesakitan.

"KENAPA KAU TOLAK DIA?!" soal Doktor Do marah. Dokyeom ketawa kecil.

"Sebab dia cantik!"

DUSH!

Satu tumbukan hinggap di pipi Dokyeom. Terjatuh terus lelaki itu apabila ditumbuk sebegitu. Membulat mata Youra menyaksikan situasi itu. Tidak cukup dengan itu, doktor Do menyepak perut Dokyeom beberapa kali.

"Lain. Kali. Jangan. Cari. Pasal. Dengan. Aku!" setiap patah perkataan yang disebut, satu sepakan diberi kepada Dokyeom. Dokyeom mengaduh kesakitan. Tidak lagi tersengih ceria, lelaki itu kini sudah menangis seperti kanak-kanak kecil.

Youra mengemam bibir. Ingin sahaja dia menolong Dokyeom, namun dia tidak mampu. Ini salah dia, ya. Dia juga yang mulakan benda ini. Tapi tidak dia sangka doktor Do seorang yang pantas naik angin. Habis dibelasahnya Dokyeom yang tidak bersalah...

"Bawa dia pergi Black Room. Kita bagi dia pengajaran," ujar Doktor Do. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia beredar dari situ. Jururawat bertugas pula laju mengusung tubuh Dokyeom.

"Yang lain tunggu apa lagi? Bergerak!"

Keadaan sekali lagi menjadi kelam-kabut apabila pelajar yang jatuh kesemuanya membuat onar. Mereka semua menjerit kuat dan tidak mahu bangun apabila disuruh. Terpaksalah kesemua jururawat yang ada di situ menarik satu persatu pelajar. Lebih teruk lagi, ada juga pelajar tidak jatuh yang menjatuhkan dirinya. Bising keadaan di dalam dewan makan itu kerana ketidakcukupan jururawat.

Mungkin sahaja itu nasib baik buat Youra. Melihatkan keadaan yang kucar-kacir, Youra perlahan-lahan bangkit dari duduknya. Sambil memerhati sekeliling, dia mula berjalan menuju ke barisan belakang. Apabila dia tiba di hujung, laju Youra berlari keluar dari pintu dewan makan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro