Bab 9
EZRAN bangun dari birai katil, menuju ke arah rak buku yang berada di sebelah kanan. Hari ini, dia harus mengajar subjek sains. Maka buku nota Sains yang terletak paling hujung itu dicapai. Dibelek muka surat satu per satu. Mencari topik mana yang belum diajar lagi. Sambil mata melihat ke buku, kaki melangkah menuju ke arah meja kerjanya.
Tiba-tiba pintu bilik ditolak oleh seseorang tanpa diketuk terlebih dahulu. Langsung kepala Ezran menoleh ke belakang. Melihat Zahrin yang berlalu masuk ke dalam biliknya sesuka hati.
"Apa abang nak? Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Soal Ezran. Agak dingin.
"Wow. Relaxlah. Aku masuk aje pun. Bukannya nak merompak."
"Mak dah ajarkan, sebelum masuk kena ketuk..."
"Syhh! Kau tak payah ajar aku. Aku tahulah semua benda tu." Potong Zahrin, malas hendak mendengar. Lantas dia melangkah ke arah katil. Dengan selamba melabuh punggung disitu.
Ezran hanya geleng kepala. Apa-apa ajelah, dia pun malas hendak bertekak dengan abang sendiri. Buku nota Sains itu diletakkan ke atas meja. Kerusi ditarik ingin melabuh punggung, namun suara Zahrin terlebih dahulu mencelah. Semerta menghentikan perbuatannya.
"Siapa perempuan semalam yang hantar kau balik tu?" Soal Zahrin. Dia memandang Ezran yang sedang membelakanginya. Entah mengapa, kali pertama wajah wanita itu dipandang. Dia rasa seperti pernah melihat wajah itu suatu ketika dahulu. Dan mungkin ianya menarik untuk diingat semula.
"Tak tahu. Tak sempat nak tanya nama." Balas Ezran, acuh tak acuh. Dia terus melabuh punggung di atas kerusi. Pen dicapai. Sedia untuk menanda topik yang penting untuk dibincangkan.
"Takkan seharian kau dengan dia, sekali pun tak terfikir nak tanya nama?"
"Tak."
"Ke kau sengaja tak nak bagitau aku?" Soal Zahrin. Menguji.
Ezran tidak menjawab. Sudah dikatakan dia tidak tahu, bermakna tidak tahulah. Tiada masa untuk dia berahsia. Hanya nama Aliya sahaja yang sempat ditanya semalam.
Bahkan respon Ezran membuatkan Zahrin berasa tidak puas hati. Langsung dia bangkit dari katil, menuju ke arah Ezran yang sibuk menanda di buku nota. Terus pen yang dipegang Ezran, dirampas kasar.
"Ish, apa masalah kau ni?! Bagi baliklah!" Ezran cuba untuk mengambilnya semula, namun Zahrin terlebih dahulu melarikan pen itu ke lain.
"Aku tanya tadikan, jawablah!"
"Aku kata tak tahu, kan? Kau pekak ke?!" Bentak Ezran. Amarahnya tidak boleh ditahan lagi.
Zahrin terdiam sejenak. Mata tak berkelip. Terkejut dengan apa yang dia lihat. Tak sampai beberapa saat, dia ketawa penuh sinis. Wow. Tak sangka, Ezran yang dia kenal selama ini pandai memberontak rupanya.
"Dah pandai marah rupanya sekarang ek?"
"Dari dulu lagi aku tahu cara nak marah. Cuma aku tak fikir untuk marah orang sesuka hati." Balas Ezran, acuh tak acuh. Pen yang dilarikan Zahrin tadi dirampas semula. Dia tiada masa untuk bermain-main. Kerusi ditarik, kembali duduk ke tempat asal.
Sekonyong-konyong, Zahrin menjuih bibir. Ceh!
"Apasal dengan kau ni huh? Aku tak pernah tengok kau macam ni. Oh, ini mesti sebab semalamkan? Kau kena marah dengan mak sebab keluar rumah sesuka hati semata-mata nak cari bakal isteri." Katanya penuh nada mengejek.
Ezran diam tidak membalas apa-apa. Sibuk membuat hal sendiri.
Tatkala Zahrin meletus tawa. "Kau ni memang betul-betul tak sedar dirilah. Kau ingat perempuan zaman sekarang boleh ke terima lelaki macam kau? Hidup masih bergantung pada mak ayah? Huh?"
Ezran tetap diam.
"Bagi seribu perempuan pun, dia tak sangguplah bersuamikan lelaki yang tak pandai uruskan diri sendiri macam kau." Sinisnya.
"Kau tak cakap pun aku dah tahu benda tu... tak perlu nak ulang." Ezran bersuara. Bibirnya mengetap. Rasa tercabar dengan sindiran itu, namun dia cuba untuk bersabar. Pegangan pada pen diperkemaskan.
"Oh, maknanya kau cermin dirilah selama ni? Tapi tetap berangan nak kahwin? Macam tu? Kau rasa nak jadi suami yang terpaling mithali sekali dalam dunia ni, tapi malang sekali semua tu tak dapat ditunaikan. Sebab apa? Sebab tiada siapa pun boleh letakkan kepercayaan terhadap kau. Apa-apa yang kau buat dalam dunia ni, semua tak kena. Kau bijak dekat sini aje..." Jari menekan-nekan pada buku nota sains itu.
"Tapi bodoh dalam bab jaga diri sendiri. Budak 7 tahun pun mak ayah boleh lepaskan pergi taman seorang diri, tapi kau? Dah 27 tahun pun, masih lagi mak yang tolong sapu bedak..."
"Hei, cukuplah!!!" Ezran menjerkah. Dia menepis buku nota Sains yang berada diatas meja sehingga terjatuh ke lantai. Spontan berdiri tegak, menghadap Zahrin. Sama tinggi. Anak mata saling menikam antara satu sama lain.
Cukup. Amarahnya sudah tidak dapat ditahan lagi. Kata-kata Zahrin, benar-benar menguji gunung berapi yang berada di dalam hatinya.
"Aku tahulah aku bodoh! Tak pandai berdikari! Tak pandai buat semua benda, tak layak jadi suami! Aku tahu semua benda tu, dan kau tak payah nak ulanglah!!!" Bentak Ezran, geram.
"Aku dah terima hakikat yang aku takkan kahwin sampai bila-bila. Tapi kau tak perlu nak sindir aku!!! Kalau kau masuk dalam bilik ni, semata-mata untuk cakap pasal benda bodoh ni. Baik kau keluar sajalah. Aku dah penat nak dengar semua tu. Keluar!!!" Jerkah Ezran. Menghalau. Siap menunding jari ke arah pintu bilik yang jelas mengalu-alukan lelaki itu untuk berhambus dari biliknya.
Kepala Zahrin terangguk-angguk penuh angkuh. Bibirnya tetap tersenyum sinis.
Baguslah, kalau kau dah mula sedar diri.
"Ezran! Kenapa ni?" Sampuk Datin Shima sebaik sahaja pintu bilik ditolak. Mukanya berkerut.
Jerkahan Ezran kedengaran sampai ke tingkat bawah. Pelajar-pelajar yang sudah menunggu disana pun mendengarnya. Risau Datin Shima dibuatnya. Apabila menyedari Zahrin berada di dalam bilik itu, dia sudah dapat meneka apa puncanya. Tidak lain tidak bukan, adalah kata-kata Zahrin yang menyakiti hati Ezran.
Anak sulungnya ini sekali tak kacau, memang tidak sah!
"Zahrin. Kamu buat apa dalam bilik Ezran? Mak dah cakapkan, jangan masuk bilik Ezran sesuka hati!" Herdik Datin Shima.
Zahrin sekadar menjeling. Pentingkah untuk dia patuh pada arahan itu? Langsung dia melangkah keluar daripada bilik itu. Malas hendak mendengar bebelan daripada maknya.
"Haish... melampau sungguh si Zahrin ni!" Degus Datin Shima. Hilang sahaja kelibat Zahrin, dia pun melangkah mendekati Ezran.
"Abang tak apa-apa ke?" Soal Datin Shima. Berbaur risau.
Ezran tidak menjawab. Malah tunduk mengutip buku nota Sains yang terjatuh tadi, letak ke atas meja semula.
Datin Shima terdiam sejenak. Dia pasti, Ezran masih marahkan tentang hal semalam. Bahkan sewaktu sarapan tadi pun, dia hanya menjamah sedikit sahaja selepas itu terus naik ke bilik.
"Ehem!" Datin Shima buat-buat berdehem membetulkan suara.
"Perempuan yang hantarkan abang semalam datang. Dia tunggu dekat bawah. Nak pulangkan telefon." Katanya. Sebab itulah dia ke bilik Ezran.
Bahkan Ezran tidak membalas apa-apa. Tanpa memandang wajah maknya, dia terus membawa buku nota Sains itu bersama keluar dari bilik itu. Tatkala Datin Shima mengeluh berat. Bagaimana dia mahu memujuk semula hati Ezran?
AIR teh yang masih panas itu dicicip perlahan. Sedikit sahaja sebelum diletakkan semula ke atas meja. Eva pandang ke tepi. Pelajar-pelajar tusyen itu daripada tadi mengintai-intai melihatnya. Bila dia berpaling, mereka pun turut sama berpaling ke lain. Adakala mereka berbisik. Entah apalah gosip yang dibincangkan itu.
Namun, perhatian Eva teralih apabila melihat Ezran muncul di hadapan mata. Spontan Eva bangun dari sofa.
"Duduklah." Arah Ezran, tanpa memandang wajahnya. Terus melabuh punggung di atas sofa yang berada di hadapan Eva.
Eva angguk kepala. Kekok. Dia kembali duduk ke tempat asal. Buat beberapa minit, suasana menjadi senyap. Entah mengapa jantung ini tiba-tiba sahaja berdebar. Dia tidak tahu bagaimana untuk mulakan percakapan. Malah riak wajah lelaki itu pun nampak tidak mesra seperti sebelum ini. Kepalanya asyik tunduk melihat ke buku nota yang dibawa.
Eva telan air liur. Kesat. Dia berdehem sebelum bersuara.
"Semalam. Awak tertinggal telefon dalam kereta saya." Ujar Eva. Telefon canggih milik lelaki itu ditolak perlahan ke atas meja. Menyerahkan kepada Ezran semula.
"Terima kasih." Jawabnya ringkas. Telefon di ambil.
"Macam mana dengan luka semalam?" Soal Eva, dia pun tidak tahu bagaimana soalan itu boleh terpacul keluar dari mulut. Pelik. Kenapa dia perlu ambil berat pula pasal luka lelaki itu?
Ezran sekadar mengangguk perlahan.
"Dah okay. Kurang rasa sakit." Katanya. Juga ringkas.
Eva mengangguk. Baguslah jika begitu.
"Tadi saya dengar suara awak dari tingkat atas. Macam suara orang tengah mengamuk. Pasti ada kata-katanya yang buatkan hati awak terasa. Mungkin dia lupa, awak juga manusia biasa yang ada perasaan. Kan?"
Lagi sekali. Dia tidakk tahu celah mana soalan itu muncul. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri. Sejak bila pula Eva seorang yang jaga tepi kain orang?
"Awak datang sini sebab nak pulangkan telefon aje, kan? Kalau macam tu saya minta diri dulu. Saya ada kelas sekarang." Balas Ezran, acuh tak acuh. Terus dia bangun dari sofa, menuju ke arah sudut pembelajaran yang berada di sana. Meninggalkan Eva seorang diri di ruang tamu.
Bibir bergincu merah itu digigit. Malu. Apalah, kau ni Eva! Tiada topik lain ke nak dibuka tadi?
"Eva, ni Auntie ada bawakan biskut. Yang ini ajelah yang ada dekat dapur. Makanlah." Celah Datin Shima. Meletakkan sepinggan biskut coklat di atas meja sebelum dia mengambil tempat duduk di hadapan Eva.
"Eh, buat susah-susah aje. Saya datang sekejap aje."
"Alah, duduklah lama sikit. Auntie bosanlah tiada teman nak borak. Suami pula pergi kerja. Kenapa? Eva pun nak ke kerja juga ke sekarang?"
Pantas Eva geleng kepala menafikannya.
"Eh, tak. Saya masuk lambat sedikit."
"Baguslah kalau macam tu. Aliya dah pergi tadika ya?"
Eva mengangguk.
"Dah. Saya suruh driver yang hantarkan." Balasnya.
Sedangkan kening Datin Shima berkerut.
"Driver? Kenapa bukan suami?" Soalnya, bingung.
Eva terkedu sejenak. Lupa pula, Datin Shima tidak tahu tentang hal itu.
"Sebab saya belum ada suami lagi." Jawab Eva.
Makin berkerut dahinya. Kalau belum bersuami, bagaimana boleh dapat anak?
"Habis tu? Budak kecil yang dengan Eva tu..."
"Dia anak arwah kawan saya." Sebelum Datin Shima menghabiskan soalan, Eva terlebih dahulu menjawab. Terus terdiam orang tua itu. Mata tak berkelip.
"Dia meninggal sewaktu melahirkan Aliya. Sayalah yang jaga dia sejak kecil. Sebab itu dia panggil saya mama." Ujar Eva, mula bercerita.
Terangguk-angguk kepala Datin Shima mendengar. Turut berasa simpati keatas budak kecil itu. Kasihan.
"Kalau arwah mak dia dah meninggal, mana pula suaminya? Tak ambil hak jagaan kepada Aliya ke?" Soal Datin Shima, tertanya-tanya.
"Suami dia dah lama menghilang. Sampai sekarang saya tak tahu khabar berita tentang dia. Lagipun, bapak sebenar Aliya tak pernah ambil kesah pun tentang mereka berdua. Jadi biar saya aje yang ambil tanggungjawab jaga Aliya, daripada biar bapak seperti itu yang menjaga dia."
"Betullah tindakan kamu tu, Eva. Zaman sekarang ni ramai juga suami yang tak bertanggungjawab. Tahu buat anak sahaja, tapi tak tahu nak menjaga!" Sindir Datin Shima, geram.
Eva tersenyum kecil. Benar. Dia setuju. 'Sama juga dengan anak kau, Zahrin. Tidak guna.' sinis Eva di dalam hati.
"Perempuan pun sama juga. Kadang-kadang tak reti nak jaga maruah diri. Dulukan, ada seorang perempuan ni datang rumah auntie. Merayu-rayu minta anak auntie kahwin dengan dia. Tapi dia ingat auntie ni bodoh? Dia tu cuma nak jadi sebahagian keluarga Auntie untuk kaya aje. Dah ramai sangat perempuan tak bermaruah buat tektik macam itu. Sanggup buat apa-apa sahaja demi dapatkan apa yang mereka mahu!" Luah Datin Shima. Tiba-tiba teringat pula tentang kejadian yang pernah berlaku beberapa tahun yang lepas.
Bibir Eva tersenyum. Penuh kepalsuan. Perempuan yang kau cakap tak bermaruah itulah kawan aku. Anak kau yang sebenarnya tiada maruah. Dasar keluarga kaya berlagak! Tanpa sedar kedua-dua belah tangan Eva sudah mencengkam hujung bajunya. Menahan amarah.
"Macam mana Auntie tahu yang perempuan tu paksa anak auntie kahwin semata-mata nak jadi kaya? Macam mana kalau dia ada sebab yang lain?" Soal Eva.
"Ish, tentulah auntie tahu! Anak auntie ni mana pandang perempuan sengkek macam tu. Auntie dah lama didik mereka, kalau nak isteri. Cari yang sama taraf. Si Zahrin tu berkawan pun dengan orang-orang selevel dia aje. Auntie tak benarkan dia berkawan dengan yang tak sama taraf. Sebab risau mereka mempergunakan anak auntie."
Sombong. Itu perkataan yang sesuai. Eva tersenyum nipis. Tetap tayang muka penuh mesra. Hakikatnya, di dalam hati sudah bermacam-macam makian yang keluar.
'Risau anak kau dipergunakan? Habis bagaimana dengan Iris?! Siapa yang benarkan anak kau untuk gunakan dia?' Jerit Eva di dalam hati.
Rasa seperti amarahnya bakal meletus tak lama lagi. Cepat-cepat Eva tunduk melihat ke jam tangan mahal yang dipakai. Konon-konon sudah lambat untuk bertolak ke tempat kerja. Terus Eva bangun dari sofa.
"Saya rasa saya dah lambat. Pukul tiga nanti saya ada meeting. Kena sampai awal di sana." Ujar Eva.
Datin Shima turut bangun.
"Oh, ya ke? Kalau macam itu takpalah. Hati-hati ya dalam perjalanan ke sana nanti." Pesannya.
Eva mengangguk kepala. Kemudian dia menunduk menyalami tangan orang tua itu. Jijik! Namun dia harus tenang. Sebaik sahaja tangan terlerai, Eva terus berlalu pergi daripada situ. Senyuman hilang sebaik sahaja berpaling dari melihat wajah Datin Shima.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro