Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T w o

Kelab malam itu dihiasi gelak tawa "hari ini kita raikan Issabelle. Congrats for her new brand ambassador" Mereka mengangkat gelas masing-masing yang tentunya berisi alkohol.

"Cheers!" Jerit mereka serentak.

Issabelle menggeleng kepala sahaja melihat tingkah kawan-kawannya "Today you all order apa yang you all nak. My treat"

Mereka bersorak kegembiraan. Ini adalah satu nikmat yang tak terkata. Wanita itu kalau cakap mahu belanja sahaja tentu semua minuman di kelab malam ini akan dipesan mereka.

"Belle"

Issabelle menoleh kepalanya memandang sumber suara "i'm so proud of you" ujar lelaki itu sambil memeluk erat tubuh ramping itu.

Issabelle membalas pelukkan sahabatnya, Ariel. Mereka sudah bersahabat lama. Sejak sekolah menengah lagi tetapi Issabelle tidak cukup bodoh, dia tahu kawannya itu memendam perasaan kepadanya.

Keesokkan harinya,

"Good job Issabelle" wanita itu baru selesai photoshoot untuk jenama terbaharunya. Sebentar nanti ada photoshoot lagi untuk jenama lain pula.

"Darling. You doing a great job" Penerbit terkemuka itu menghampiri Issabelle. Dia amat bangga dapat bekerjasama dengan model terkenal ini. Bukan mudah mahu bekerja dengan Issabelle. Wanita itu bagai pisang goreng panas. Sana sini nak.

"Thank you Shah" satu pelukan diberikan.

Issabelle menilik jam tangannya. Ah dia ada masa lagi sebelum fotoshoot kedua nya. Sekarang dia perlu ke pusat tahfiz untuk projek papanya pula.

"Shah i need to go. Apa-apa you call i okey?" Issabelle mencapai handbag berjenamanya.

"Okey darling"

Dia melangkah pergi dan memandu menuju ke rumah. Issabelle menukar baju. Baju yang lebih sesuai untuk ke sana. Selendang hanya diselempang di atas kepala.

Issabelle segera masuk ke dalam perut kereta dan memandu ke sana. Dia membawa beberapa orang pekerja papanya untuk membantu dirinya.

Kereta dipakir. Dia keluar dari kereta. Kepala didonggak memandang bangunan rendah itu. Dari sini Issabelle boleh melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain bola sepak.

Seseorang menghampirinya "kakak" Issabelle menundukkan kepala. Dia tersenyum kecil. Entah dari mana budak perempuan ini datang.

"Kakak lawa" Issabelle melebarkan senyuman. Tak sempat dia mahu membalas seseorang sudah menyampuk.

"Aria? Buat apa tu? Pergi masuk dalam" seorang wanita menghampiri Issabelle.

Wanita itu memandang Issabelle dari atas hingga ke bawah "nak jumpa siapa?" Soal wanita itu.

"Kami dari Syarikat Hamza ship Sdn Bhd. Ini Cik Issabelle wakil syarikat. Kami ingin berjumpa dengan Ustaz Aayan" ujar salah seorang pekerja papanya.

Humairah menganggukkan kepala, tiada senyuman ramah di wajahnya "mari ikut saya"

Mereka membuntuti Humairah ke satu bilik. Humairah masuk terlebih dahulu sebelum dia kembali keluar "masuk lah"

Issabelle melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan. Seorang lelaki berdiri membelakanginya "assalamualaikum" Issabelle memberi salam.

Lelaki bersongkok itu memalingkan badannya "waalaikumsalam" satu senyuman manis terukir di bibir merah itu. Terpana seketika Issabelle dibuatnya. Lelaki di hadapannya ini sungguh tampan.

"Puan Is-"

"Cik"

Aayan menganggukkan kepala "maafkan saya. Cik Issabelle?" Jari ibunya dihalakan pada wanita di hadapannya.

Issabelle menganggukkan kepala "ya saya"

"Silakan duduk" Issabelle dan dua orang pekerja papanya melabuhkan punggung.

"Mari kita bincang apa yang patut" ujar Aayan. Senyuman masih utuh di bibirnya. Issabelle yang melihat pun terasa penat. Jauh sekali dengan dirinya yang jarang mengukir senyuman.

"Ini dari pihak kami. Dato Sri berhajat melakukan beberapa program dengan tahfiz ini. Kalau ustaz tak keberatan" pekerja Dato Sri Hamza memulakan perbincangan mereka.

"Program berkenaan dianjurkan dalam bulan depan. Kalau pihak usta setuju, mungkin kita akan bekerjasama untuk jalankan program ni. Tentang faedah ustaz Aayan jangan risau. Syarikat akan memberi sponsor penuh pada tahfiz ni" sambung Issabelle pula.

Aayan membaca butiran-butira di kertas yang diberikan pekerja Dato Sri Hamza "pihak kami setuju"

Issabelle menganggukkan kepala. Dia memandang pekerja papanya. Mereka menghulurkan sehelai lagi kertas "boleh tanda tangan"

Aayan segera melakukan apa yang disuruh. Selepas beberapa minit mereka berbincang akhirnya masing-masing sudah setuju untuk bekerjasama.

Issabelle berdiri "terima kasih ustaz Aayan. Saya gembira dapat bekerjasama dengan anda"

Aayan juga berdiri "kalau tak keberatan. Mari saya tunjukkan sekitar tahfiz ini"

Issabelle mengangguk setuju. Dua pekerja papanya kembali ke kereta manakala dia membuntuti Aayan.

"Setiap petang kita akan benarkan semua pelajar beriadah" Issabelle memandang beberapa pelajar lelaki yang sedang bermain bola, ada juga beberapa pelajar perempuan yang sedang bercucuk tanam tidak jauh dari sana.

Mereka berdua berjalan lagi "ini ruang solat" Surau yang ditunjuk tidak lah terlalu kecil dan tidak juga terlalu besar. Cukup selesa untuk pelajar-pelajar beribadah.

Seseorang keluar dari ruangan solat itu "ah Humairah. Kenalkan ini cik Issabelle. Dia sponsor baru kita"

Wanita itu. Issabelle ingat sangat dengan wajah itu. Dia lah yang memandangnya dengan penuh kehakiman. Wanita bertudung labuh itu tersenyum memandang Aayan tetapi senyumannya serta merta termati apabila matanya bersua dengan Issabelle.

"Saya rasa cuaca hari ini tak terlalu panas, jadi boleh lah cik Issabelle pakai tudung elok-elok" sinisnya.

"Humairah" Aayan memberi pandangan yang bermakna. Kepalanya digelengkan sedikit.

Tetapi kata-kata itu langsung tidak terkesan pada Issabelle. Dia sudah di dalam dunia entertainment sudah bertahun lamanya. Bukannya dia tak biasa dengan pernyataan pedas seperti ini. Malah ada yang lebih teruk dari kata-kata wanita bertudung labuh itu.

Issabelle hanya diam. Menayang wajah malas. Dia hanya ingin balik sahaja sekarang ni tetapi disebabkan Aayan merupakan salah seorang klien papanya jadi dia ikut sahaja permintaan lelaki itu untuk membawanya tengok sekeliling tahfiz.

"Ustaz apa yang saya kata tu betul. Tahfiz kita ada peraturan. Jangan ingat dia orang atasan boleh buat apa sahaja" Humairah bersuara lagi. Aayan sudah memejam matanya. Dia tak sangka rakan sekerjanya mulut begitu celupar di hadapan orang penting.

Issabelle mengukir senyuman sinis "cikgu kat sini memang mulut macam ni ke? Kurang beradab? Saya harap pelajar-pelajar kat sini tak ikut lah benda negatif yang ada dekat sekeliling mereka" balasnya tenang.

"Maaf lah ustazah Humairah kalau saya buat awak tak selesa tetapi sebelum bercakap baik awak tengok sekeliling dahulu. Ramai pelajar sekitar awak. Macam mana kalau diorang dengar apa yang awak cakap tadi? Tentu diorang akan terikut tindakan awak. Menghukum orang suka-suka hati" Issabelle mengukir senyuman sinis. Humairah mengetap gigi geram.

"Terima kasih sekali lagi ustaz Aayan atas kerjasama awak. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" Issabelle melangkah pergi.

"Waalaikumsalam" Aayan melihat sahaja figura yang kian menjauh darinya itu.

"Astagfirullahalazim Humairah. Bawa istighfar. Tak elok kita cakap macam tu pada orang. Apa lagi orang tu dah bantu kita" Aayan menggelengkan kepala sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Humairah yang sudah memeluk tubuh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro