T w e n t y f o u r
"Sebelum aku pergi ni aku nak minta tolong kau doakan kejayaan aku dekat sana"
Aayan mengukir senyuman. Wajah tampan Ariel menunjukkan riak kebimbangan, entah kerana risau di tempat baru atau risau tentang sesuatu atau seseorang.
Aayan menepuk bahu Ariel berkali-kali "jangan lah ragu pada rezeki Allah. Jangan putus asa dalam mencari rezeki yang halal Ariel"
Ariel menundukkan kepala. Dia bermain dengan jari jemarinya "Allah terima ke solat aku? Walaupun selama ni aku hidup dalam bergelombangan dengan dosa" suaranya tersekat-sekat.
"Ada penyesalan dalam diri tu dah cukup bagus Ariel. Maksudnya hati kau dah terbuka untuk dekatkan diri dengan-Nya"
Ariel mendonggakkan kepala "Aayan" Dia membetulkan kedudukannya menghadap lelaki tampan berjubah putih yang lengkap bersongkok itu.
"Lagi sebulan aku akan ke US. Boleh tak kau ajar aku solat?"
Aayan terpana seketika, memandang wajah Ariel yang seakan-akan berharap bahawa Aayan sudi membantunya.
Mata bulat itu menunjukkan sinar yang tak mampu Aayan menolak. Mungkin kebaikan yang dibuat sekarang akan dikira di timbangan mizan nanti? Tak salah buat kebaikan.
Lama-kelamaan, Aayan mengukir senyuman. Dia menganggukkan kepalanya.
.
"Lepas muka baru lah tangan" Ariel mengikut apa sahaja yang diarahkan Aayan. Cara mengambil wuduk pun dia sudah lupa. Memang sudah jauh sangat dia dan Maha Pencipta.
"Allahuakhbar" Aayan membetulkan kedudukan tangan Ariel. Menariknya ke bawah sedikit. Lelaki itu membaca al-fatihah dengan kuat agar Aayan terdengar sekali. Memang sengaja, agar Aayan dapat membetulkan bacaan Ariel.
Apabila Ariel sujud, Aayan mengalihkan tangan lelaki itu dari menyentuh dahi Ariel.
Jangan lah risau kerana sekarang ni Ariel bukannya solat betul-betul. Dia hanya berlatih dan diajar oleh Aayan. Ustaz muda itu memang cukup sabar mengajar Ariel.
Tiada satu pun keluhan yang keluar dari belahan bibir merah itu walaupun Ariel membuat kesalahan yang sama berulang kali dan Aayan pun dengan sabar membetulkan.
Entah kenapa, Aayan membuat Ariel lebih yakin, kalau tadi memang dia malu mahu mengaku yang dia terlupa cara mengambil wuduk, bacaan dalam solat, cara sujud yang betul.
Tetapi itu semua dijawap Aayan dengan tenang "takpe benda boleh belajar" dengan senyuman manis yang sentiasa menghiasi ustaz muda itu.
Aayan membawa Ariel di ruang solat. Di sana ada beberapa pelajar-pelajar lelaki yang juga kemas berjubah putih. Salah seorang dari mereka menghulurkan sesuatu atau lebih tepat lain kain bewarna putih.
Kerutan di dahi Ariel terbentuk. Dia menerima huluran pelajar berkenaan dan membuka lipatan kain itu "jubah?"
Aayan mengangguk "jubah macam kami. Pergi lah tukar!" Aayan menolak tubuh Ariel ke tempat wuduk yang sedikit terselindung.
Beberapa saat kemudian, Ariel kembali dengan jubah yang kemas tersarung di tubuh badannya. Salah seorang pelajar menarik Ariel.
"Senyum bang" ucapnya. Ariel memandang depan. Aayan sudah pun memegang telefonnya. Entah bila lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit itu pun Ariel tak pasti.
"Senyum Ariel 1 2..."
Ariel tersengeh menunjukkan barisan giginya yang putih.
ISSABELLE melangkah menuju ke kereta. Hari sudah lewat malam, hari ini dia memang ada fotoshoot malam. Dirinya sudah pun memberitahu Aayan yang dia akan pulang lewat malam.
Issabelle mengeluarkan kunci keretanya dan masih mengatur langkah menuju ke keretanya terpakir. Seseorang melanggarnya.
"Buerkkk"
Issabelle mengundur beberapa tapak kebelakang. Dia memandang sosok wanita yang termuntah-muntah di hadapannya.
Wajahnya sudah mencebik kejijikkan. Dia mendonggak, oh rupanya dia parkir di hadapan kelab malam. Dari luar Issabelle dapat mendengar samar-samar bunyi musik kuat yang diputarkan di dalam sana.
Susah beberapa bulan dia tidak jejak di kelab dan tidak menyentuh alkohol. Dia tak rindu semua itu dan dia tak mahu merindui keseronokan yang dulu pernah diagungkannya.
Sepasang kekasih keluar dari kelab malam itu. Jalan mereka berdua sudah terhuyung hayang dan Issabelle yakin kedua-dua mereka sudah mabuk parah.
Mereka berjalan sambil tertawa bahagia, mata kuyu dan keadaan mereka memang sudah berantakan. Yang si lelaki sudah terlepas butang baju kemeja yang dikenakan, yang si perempuan pula rambut sudah kusut masai.
Mungkin macam ni lah keadaan Issabelle beberapa bulan lepas. Sangat menyedihkan. Kegembiraan apa yang mereka tawakan? Itu semua khayalan semata-mata. Esok selepas bangun pagi hidupnya tetap sama. Tiada kebahagiaan baru pun yang menyapanya.
Di hujung dinding luar kelab malam itu ada seorang lelaki yang sudah separa baring. Di sisinya ada serbuk-serbuk putih dan Issabelle tidak cukup bodoh untuk tidak mengenal apa yang di sisi lelaki itu.
Its a drug
Semua itu memang ada di dalam sana untuk menambah keghairahan pengunjung-pengunjung.
Diam tak diam sudah beberapa minit juga Issabelle tercegat di luar kelab malam itu. Dia akhirnya kembali melangkah memasuki kereta.
AAYAN mendengar bunyi kunci rumah berlaga sesama sendiri kemudian tak lama selepas itu pintu utama dikuak dari luar.
Issabelle melangkah masuk "assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Issabelle memandang ke arah sumber suara "eh awak? Tak tidur lagi?" Issabelle menghampiri Aayan yang memegang al-Quran kecil miliknya. Kitab itu ditutup dan diletakkan di atas meja.
"Saya tunggu awak"
Issabelle mengukir senyuman sambil melabuhkan punggung. Aayan menarik tangan isterinya dan tubuh itu didakap erat.
Issabelle membalas pelukkan Aayan. Lelaki itu membetulkan rambut perang isterinya yang sedikit berantakan "nanti bawa lah tudung kat dalam beg. Boleh pakai sekali"
Issabelle mengangguk. Aayan menyambung lagi. Pipi isterinya dicekup dan menarik lembut wajah cantik itu agar memandangnya "awak memang cantik tapi lagi cantik kalau pakai tudung"
Issabelle melarikan anak mata "saya takut tak konsisten"
Ibu jari Aayan mengusap pipi putih Issabelle "semuanya bermula dengan paksaan. Cuba paksa diri pakai, lama-lama nanti okey lah" Suaranya lembut menenangkan isterinya.
Aayan memang tidak paksa Issabelle tetapi dia selalu mengingati isterinya itu untuk memakai tudung. Dia faham, semuanya perlukan masa dan dia sanggup menunggu walaupun dia perlu tunggu beberapa tahun lagi.
Aayan berkerut sedikit. Ada sesuatu menganggu rongga hidungnya "sayang?" Issabelle mendonggak memandang Aayan.
"Kenapa awak bau alkohol?" Kata-kata Aayan membuat Issabelle berkerut juga. Dia membetulkan kedudukannya
Tiba-tiba otaknya teringat sesuatu "ohh. Tadi masa nak masuk dalam kereta ada perempuan terlanggar Belle. Dia dah mabuk dah masa tu"
Aayan mengangguk perlahan "pergi lah mandi. Tak elok biarkan kotoran tu melekat kat badan awak"
Issabelle mengangguk faham "okey" dia menarik tangan Aayan sekali "jom lah naik"
Aayan terkekeh kecil sebelum dia bangun dan membuntuti isterinya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro