Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T w e n t y

Issabelle berjalan keluar dari bangunan di mana set pengambarannya berlangsung. Dia mencari telefon di dalam handbagnya mahu menelefon Aayan.

Seseorang mahu mencengkam tangan Issabelle namun wanita itu lebih pantas untuk menepis tangan besar yang mahu menyentuhnya.

"Eh kau jangan kurang ajar eh!"

"Belle!"

Aayan menghampiri Issabelle. Mereka berdua melihat sosok lelaki yang sudah berlari bertempiaran meninggalkan mereka.

"Siapa tu?"

"Aku tak tahu" Issabelle memandang Aayan. Dia berkerut seketika "aku tak telefon kau lagi macam mana kau boleh ada dekat sini?"

Aayan memeluk tubuh sambil mengangkat kening berkali-kali "saya kan pantas" Issabelle mencebik mendengar kata-kata sombong Aayan.

"Jom kita balik" ucap Aayan sebelum mereka berdua melangkah pergi.

Awal pagi lagi Aayan sudah bangun dari tidurnya. Dia meraba katil sebelah. Kosong. Kemudian terdengar rintikan air di bilik air. Aayan bangun dari perbaringannya dan keluar dari bilik. Dia mengambil wuduk di bilik air luar sahaja.

Tak lama selepas itu dia kembali masuk ke dalam bilik namun langkahnya terhenti, badannya mengeras keseluruhannya, matanya terbuntang sedikit dan mulutnya hampir ternganga.

"Awak imam kan saya boleh?"

Pemandangannya ini cukup indah. Issabelle sudah bersiap bertelekung putih, duduk di birai katil. Aayan merasa lututnya lemas. Dia segera berlutut dan bersujud.

"Terima kasih ya Allah!" Tangisnya. Dia tidak sedar air matanya sudah laju mengalir tapi kali ini bukan air mata kesedihan malah air mata bahagia dan syukur.

Melihat suaminya, Issabelle juga membiarkan tangisnya pecah. Berkat kesabaran Aayan juga dia mampu membuka hatinya. Ikut kan hati dia mahu memeluk Aayan sekarang juga tetapi dia membatalkan niatnya kerana mereka berdua masing-masing ada wuduk.

"Jom kita solat"

Sejadah sudah terbentang. Aayan berdiri di posisinya iaitu di hadapan sebagai imam. Hatinya terlalu gembira sehingga kan dia tak mampu mengawal air matanya.

Selesai solat dan doa Aayan memusingkan badannya menghadap Issabelle. Tangan yang di hulur segera diraih Issabelle lalu mengucupnya.

Namun Issabelle tidak mengangkat muka. Dia masih erat mengenggam tangan Aayan "ampunkan dosa Belle. Maafkan Belle"

Sekali lagi tangis mereka berdua pecah. Aayan tersenyum kecil. Dia menarik kepala Issabelle lembut untuk melihat wajah cantik isterinya.

"Saya pun nak minta maaf. Saya bukan suami yang baik. Saya terlalu ikut emosi sampai luka kan hati isteri sendiri tapi Issabelle kena ingat ni sampai bila-bila. Issabelle seorang je yang ada dalam hati saya" suaranya lembut menyapa gegendang telinga Issabelle.

Mata mereka bersatu. Pipi putih itu diusap lembut. Ditenungnya mata cantik Issabelle dalam-dalam.

"Dulu, sebelum kita belum kahwin, saya takut untuk pandang mata awak bukan sebab awak tak cantik tapi saya takut saya hanyut pada seseorang yang belum jadi milik saya"

Issabelle melebarkan senyumannya. Kalau lah dia tahu suaminya ini pandai mengungkap kata cinta tentu dia sudah lama menerima Aayan.

Kata-kata yang keluar dari mulut Aayan memang semuanya manis-manis. Semanis senyuman lelaki itu.

"Beri saya peluang untuk bimbing awak. Saya cuba sedaya upaya saya untuk bawa kita berdua ke jalan yang Allah redhai"

Issabelle mengukir senyuman. Matanya berkaca-kaca. Melihat kilatan di mata cantik isterinya dengan segera ibu jari Aayan mengelus lembut mata indah itu menghentikan mutiara itu dari jatuh mengenai pipi mulus Issabelle.

Dia tak mampu menggambarkan suasana hatinya sekarang ini kerana dia benar-benar bahagia. Dia mahu teriak keriangan.

Saat ini lah yang dia nantikan sepanjang perkahwinan mereka dan dia bersyukur sangat Issabelle berusaha untuk menerimanya.

mereka berdua merapatkan dahi masing-masing, mata terpejam rapat. Mereka masih duduk di atas sejadah dan menikmati kebahagiaan yang Allah beri.

"SAYA balik lewat sikit. Hari ini banyak kerja. Kalau nak apa-apa call saya. Bye. Assalamualaikum" Aayan mematikan panggilan telefon dengan senyuman lebar di bibirnya.

Langkahnya terhenti dan senyumannya juga perlahan-lahan termati "lah Humairah? Ada apa ni?" Soal Aayan

Wanita itu memandang Aayan tanpa berkelip. Mereka berdua berada di pejabat Aayan. Wanita itu menghampiri Aayan sebelum pintu di belakang lelaki itu ditutupnya.

Pintu itu akan dibuka sekiranya ada orang lain bersama Aayan. Mengelakkan fitnah.

"Buka lah pintu Humairah. Tak manis kan kalau orang masuk nanti tengok kita berdua ada dekat dalam" Ucapnya lembut.

"Dengan Issabelle boleh berdua pula?"

Aayan menghela nafas. Entah berapa kali dia memesan kepada wanita itu agar tidak melibatkan sesiapa dalam hal mereka terutama sekali Issabelle.

"Dia isteri saya"

"Kalau macam tu jadikan saya isteri ustaz"

Aayan berkerut "Astagfirullahalazim Humairah. Apa yang awak cakap ni?" Kepalanya digelengkan perlahan.

"Ustaz tahu tentang perasaan saya kan? Kenapa ustaz buat saya macam ni?" Wanita itu sudah menangis teresak-esak.

Aayan meletakkan kedua tangannya di atas meja. Dia membuka songkoknya dan diletakkan di tepi.

"Saya tak faham apa yang awak cakap"

"Ustaz bukan tak faham tapi buat-buat tak faham!" Suaranya meninggi.

"5 tahun ustaz. 5 tahun saya tunggu ustaz tapi perempuan tu senang-senang je rampas ustaz daripada saya!"

Aayan meraup wajahnya "Humairah, Issabelle tiada kena mengena dalam hal ni. Ini semua perancangan Allah. Kita cuma hambaNya sahaja!"

Humairah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Sekali pandang tentu orang jangka Humairah sudah tidak siuman kerana begitulah dia sekarang, seperti orang gila.

"Beri lah saya peluang ustaz. Saya betul-betul tak boleh lupa kan ustaz. Apa lebihnya perempuan kaki kelab tu?!"

"Saya minta maaf Humairah sebab luka kan hati awak tapi saya dah berjanji pada Allah untuk menyimpan satu nama sahaja di hati saya iaitu Issabelle. Orang yang patut awak caci itu ialah saya bukan Issabelle. Jangan kata isteri saya bukan-bukan saya tak suka"

Aayan memulakan langkah. Humairah sudah terduduk di atas lantai dengan tangisannya. Kepalanya tertunduk. Bahunya terhinjut-hinjut keeana menangis.

"Lebih baik kita sebatas kawan daripada tiada apa-apa. Hormat saya sebagai kepala tahfiz, hormat saya sebagai seorang ustaz, hormat saya sebagai suami orang kalau awak tak nak saya pergi dari hidup awak" Seraya itu Aayan melangkah pergi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro