Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

T e n

Issabelle jalan menuruni tangga. Dia sudah bersiap dengan baju crop topnya untuk ke tempat kerja. Rambut perangnya dibiarkan lepas tidak berikat.

"Belle"

Issabelle menghentikan langkah. Dia berdecak malas. Kepala dipusing memandang Aayan yang berada di sofa "nak ke mana?"

"Aku nak pergi kerja lah. Nak pergi mana lagi?"

"Mari lah sarapan dulu"

"Aku makan kat luar" Issabelle sudah mula mahu menyambung langkahnya "Belle"

Langkah terhenti. Dia menahan maki di dalam hati "pakai lah sopan sikit. Tak elok orang memandang"

Issabelle menoleh ke arah Aayan. Dia ketawa sinis "ini memang pakaian kerja aku, aku nak buat macam mana?" Aayan memejamkan matanya, cuba menahan kesabarannya.

"Saya suami awak. Nanti apa pula orang kata kalau tengok awak pakai macam ni. Pakai baju berlengan je pun dah cukup. Saya tak paksa awak untuk bertutup litup"

"Suami? Kau cakap pasal suami pula sekarang ni? Kau lupa ke? Aku tak nak pun kahwin dengan kau"

"Tapi saya tetap suami awak yang sah. Awak isteri saya. Tanggungjawap saya!" Suara Aayan kedengaran tegas tetapi sikit pun tidak memberi kesan pada wanita di hadapannya ini.

"Lepaskan aku kalau aku ni jadi beban pada kau! Ini kehidupan aku. Kau tak akan boleh tahan! Kau tak akan boleh ubah!" Suara Issabelle tidak kalah tingginya.

"Saya percaya pada perancangan Allah. Saya tak akan ceraikan awak" gumamnya perlahan.

"Terserah! Kalau itu yang kau nak tapi kau kena ingat aku tak pernah anggap kau suami. Kalau kau nak terus terseksa, simpan lah aku sampai kiamat" Dia melangkah pergi selepas perdebatan mulut antara mereka. Pintu rumah dihempas kuat.

Aayan istighfar di dalam hati berkali-kali. Dia mengelus dadanya "buang lah amarah yang ada pada diri aku ya Allah"

LANGKAHNYA terhenti. Dia memandang sosok yang berada di hadapannya. Masing-masing tidak mengucapkan sepatah kata pun.

"Humairah?"

"Ustaz"

"Awak apa khabar? Lama saya tak nampak"

Wanita itu tersenyum kecil "saya balik kampung sekejap. Mak saya tak sihat. Tu yang tolong jaga dia tapi sekarang alhamdulillah dia dah mula membaik

Aayan mengangguk kecil "syukur lah macam tu"

"Ustaz"

"Ye?"

Humairah meneguk air liurnya. Tangannya bermain dengan hujung tudungnya "saya nak ucapkan tahniah atas perkahwinan ustaz. Maaf saya tak dapat datang. Ada hal sikit"

Aayan mengukir senyuman manis. Senyuman yang menjadi kegilaan Humairah dan gadis-gadis di luar sana "terima kasih. Tak apa lah Humairah. Saya faham. Lagipun saya buat kecil-kecilan je"

"Kecil-kecilan? Bukan kah ustaz berkahwin dengan Issabelle? Model terkenal tak akan lah buat kecil-kecilan" Kali ini nada suaranya berubah. Kalau tadi nadanya kedengaran lembut dan sopan tetapi kali ini berubah menjadi sinis.

Aayan yang mahu memulakan langkah serta merta terbantut niatnya. Dia memandang wajah manis di hadapannya "tiada apa yang nak di gahkan Humairah. Kecil-kecilan sudah memadai"

"Ustaz. Mungkin mulut boleh membohong tapi mata ustaz tak boleh tipu. Ustaz tak bahagia?"

Aayan menghela nafas. Dia mengukir senyuman kecil "saya bahagia Humairah. Awak jangan lah fikirkan hal saya. Saya ada isteri yang baik yang Allah utuskan pada saya"

Humairah terkekeh kecil "isteri yang baik? Baru malam semalam saya nampak isteri baik ustaz keluar dari kelab malam dekat bandar tu"

Aayan tersentak seketika sebelum dia sambung perbicaraannya "itu semua atas kelalaian saya. Tak perlu lah hukum isteri saya. Orang yang patut awak hukum itu adalah saya. Saya yang gagal menegur dia"

Humairah mengetap gigi geram. Dia sudah muak dengan segala alasan yang diberikan Aayan untuk membela isterinya yang tak guna itu.

Dia ada di hadapan mata. Calon isteri yang sesuai untuk Aayan tetapi kewujudannya hanya sia-sia buat Aayan. Aayan lebih memilik perempuan kaki kelab itu berbanding dirinya.

"Ustaz. Berhenti salah kan diri ustaz. Kita semua tahu perangai sebenar Issabelle. Tiada apa lagi ustaz perlu selindung. Cukup lah dengan alasan lama tu" Suara Humairah sedikit menegas

Aayan yang berada di hadapannya hanya bersikap tenang. Wajahnya tidak menunjukkan yang di sedang marah atau kecewa. Bibir merah itu tidak henti mengukir senyuman lebar.

"Bukan alasan tetapi kenyataan. Seorang suami wajib menegur isterinya. Mungkin saya terlalai, itu yang Issabelle terbuat perkara yang patut dia elak" Aayan dengan cukup sabar membela isterinya. Walaupun Issabelle di rumah memperlakukannya bukan seperti seorang suami tetapi itu lah dugaan yang perlu dia hadap.

Memang dia yang setuju akan perkahwinan ini. Depan mata dia sendiri Issabelle sudah menolak perkahwinan ini tetapi dia juga yang beriya-iya bernikah dengan Issabelle kerana mahu membantu Dato Sri Hamza. Jadi dia terima semua ini dengan hati yang terbuka.

Jauh di sudut hatinya, dia percaya isterinya akan berubah. Bukan sekarang mungkin nanti. Dia akan berusaha semampu yang dia boleh untuk membawa isterinya ke jalan yang benar.

Dia mahu memegang tangan Issabelle dan menguruskan pusat tahfiz ini dengannya, dia mahu solat bersama-sama Issabelle, dia mahu mengaji dan menjadi guru untuk isterinya, dia mahu sama-sama berjuang dalam menyebarkan agama islam dengan isterinya. Dia mahu melakukan semua perkara dengan Issabelle.

Sesungguhnya dia tak sabar menanti saat itu.

"Ustaz. Jangan seksa diri ustaz macam ni. Ustaz tahu kan ada wanita lain yang masih setia menunggu ustaz"

Dan tentunya wanita yang disebut ialah dirinya. Betul, dia masih menanti Aayan setiap saat.

"Saya tak seksa diri saya Humairah. Ini jalan yang saya pilih jadi saya terima ujian Allah dengan hati yang terbuka. Allah tak akan uji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. Saya yakin dengan perancangan Allah Humairah"

Mata Humairah berkaca. Dia kecewa dengan Aayan yang selalu mengabaikan cintanya.

"Saya masuk dulu. Ada beberapa tugas yang saya kena siapkan" Aayan sudah mula melangkah.

"Ustaz"

Langkah Aayan terhenti

"Kalau suatu hari ustaz tak bahagia dan ustaz mahu mencari rumah baru dan kebahagiaan baru dengan membuka buku baru. Saya ada ustaz. Saya akan sentiasa tunggu ustaz"

Aayan memejam mata. Hatinya perih tetapi dia tak boleh memaksa perasaanya. Cintanya bukan untuk Humairah. Dia tak mahu membuat wanita itu sedih tetapi dia terpaksa menolak Humairah berkali-kali.

'Ya Allah tolonglah beri jodoh yang terbaik buat Humairah'

Aayan tidak membalas kata-kata Humairah. Dia sambung melangkah memasuki pejabatnya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro