Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 | EL

           SEEKOR monyet dengan sisa pisang yang diambil dari tong sampah melompat ke salah satu pokok. Dia mengigit pisang yang tersisa itu seraya matanya memerhati bahagian rumah di hadapannya.

   Tingkap rumah itu dibuka. "Ah, kau mesti sepahkan sampah lagi kan? Ah, serabutlah aku kalau macam ini. Shuh! Shuh! Pergi!" Haih... menghalaunya pun macam hendak halau kucing.

   Monyet itu lari daripada situ tatkala ditengking oleh lelaki itu. Abang ini, kedekut tempatlah. Saya hendak makan dekat atas pokok rumah abang, dihalau saya. Memang tak ada keadilan buat kami, kaum monyet.

   Sudah itu, kau asyik curi makanan sahaja.

   "Kenapa tadi?" Asap keluar daripada bibir lelaki bersut. Yalah, tiba-tiba orangnya keluar dan menjerit macam orang gila.

   "Tak ada apa-apalah, tuan Cralet. Monyet tadi." Lelaki yang memarahi monyet tadi terus menutup tingkap dan menarik langsir. Dia beralih ke kawannya di sebelah iaitu Scotch.

   "Baiklah, jadi kau ingat ke wajah yang nampak kau bunuh orang itu tadi, Galliano?" Cralet beralih ke arah Galliano yang berbalut kakinya. Inilah kesan apabila topeng muka kena air oren yang disimbah Sina Yaya

   Galliano yang tersalah urat itu terhinjut-hinjut datang ke arah ketuanya lalu menghulurkan tiga keping kertas. "Itu wajah-wajah mereka yang aku lukis."

   Kelihatan tiga keping lukisan yang serupa dengan muka Alia, Sina Yaya dan Gopal. Cralet seakan terkejut sebentar dengan potret lukisan Alia.

   Cralet menunjukkan ke arah Alia yang berupa lukisan itu. "Ini bukan ke isteri pembantu ketua White Knight? Kumpulan mafia yang bekerjasama dengan polis?"

   "Iya, benar." Scotch menjawab tekaan Cralet.

   "Erm, pandai pula kau lukis." Cralet mengangkat kertas yang dilukis wajah Sina Yaya. "Tapi bila lukis muka aku, jadi jahanam jadinya. Kurang asam boi betul!"

   "Hehehe..." Galliano tersengih tanpa rasa bersalah. Ingat comel ke sengih-sengih  dengan hidung terkenang-kembang begitu.

   Lelaki sebelah Scotch bersuara. "Jadi, bagaimana tuan Cralet? Kita hendak cari lokasi mereka bertiga ke atau teruskan rancangan kita dahulu?"

   "Baik kita buat pilihan kedua dahulu. Lebih-lebih lagi salah seorang mereka merupakan aset penting dalam White Knight. Dan..." Cralet beralih pandangan ke arah bingkai gambar yang digantung di belakangnya.

   "Kita perlukan bebaskan seseorang yang terperangkap oleh perbuatan WK."

   "Selepas itu... kita bunuh mereka?" Scotch cuba mengagak tindakan Cralet seterusnya.

   Cralet mengoyak senyuman sinis, membalas pertanyaan itu. Daripada senyuman itu, semua di dalam bilik itu dapat mengagak, mereka bukan sekadar membunuh ketiga-tiga individu itu.

...

   Seorang perempuan ikal mayang termengah-mengah di hadapan tingkap rumah Sina Yaya. Bekas minyak berisi minyak gasoline dimasukkan ke dalam tingkap rumah yang terbuka.

   Perempuan ikal mayang melompat masuk ke dalam rumah Sina Yaya, bahagian ruang tamu. Dia mengangkat kain yang menutup separuh mukanya yang hampir terjatuh.

   Penutup bekas minyak itu dibuka. Disimbah minyak itu ke ruang tamu Sina Yaya, sehingga habis basah sofa dan karpet dengan tumpahan minyak tersebut.

   "Siap pun." Perempuan itu mengeluarkan pemetik api daripada poketnya. Dia menghembuskan nafas yang sedikit bergetar sebelum menyalakan api.

Beberapa minit sebelum...

   "Yurete yuganda sekai no naka dan dan boku wa. Sukitootte mienaku natte. (Di dunia yang penuh mencabar ini, secara perlahanku membesar dan terus hilang.)" Seronok Sina Yaya menyanyi lagu pembukaan anime Tokyo Ghoul sambil menjahit tudung yang ditempah pelanggan.

   Kalau ada pelanggan yang tempah tudung yang berbelit-belit tahap ular sawa, tidak perlulah Sina Yaya membongkok atas kerusi. Jadi kalau melibatkan tudung sarung itu, kenalah kerja keras sedikit.

   Ibu bapanya memang sangat baik dengan menyediakan bilik menjahit untuk dirinya. Dengan segala kasih sayang yang dicurahkan, sebab itulah dia tidak sanggup untuk melukakan kedua mereka.

   Tak ada. Selama ini saya single saja. Huhuhu.

   Mesin menjahit itu berhenti berfungsi sebentar. Sina Yaya terkedu saat memorinya teringat mesej yang diterimanya semalam. Dia... dia bukan ke bekas teman wanita lelaki itu?

     "Insya-Allah, saya, Gopal Khadeen akan jaga awak dengan sepenuh hati saya apabila kita kahwin nanti."

   "Ah, otak... janganlah ingatkan aku!" Sina Yaya menjerit malu tatkala teringatkannya. Ini kalau ibu bapa Sina Yaya melekat di rumah, mahu pelik tengok anak dara mereka menjerit seorang diri.

   Urusan kahwin semua sudah hampir siap. Tinggal dalam tiga hari lagi rumah tangganya akan terbina. Kursus kahwin, baju pengantin.. semuanya sudah siap.

   Dan dia akan berkahwin dengan...

   "Ah, baik pergi makan!" Sina Yaya mematikan mesin menjahitnya. Kalau menjahit dengan Gopal memakai baju pengantin berlari-lari dalam kepalanya, mahu menggila dan rosak tudung pelanggannya.

   Sedang Sina Yaya menuruni tangga, dia terlihat sosok seseorang seakan menyimbah sesuatu ke karpet dan sofanya. Dia berbisik di dalam hati. 'Siapa itu? Macam mana dia boleh masuk rumah aku?'

   "Huh... huh..." Bergetar nafas datang dari perempuan berambut ikal mayang yang panjang itu. Dari lagaknya, seperti dia bersungguh-sungguh ingin menamatkan semua ini.

   Memandang ke arah pemetik api yang dikeluarkan perenpuan itu, Sina Yaya mempercepatkan langkahnya. Bahu perempuan itu ditarik. "Hey, apa awak nak buat!"

   Perempuan itu terkejut dengan pegangan itu segera berpusing. Dengan pantas, dia menolak kedua kaki Sina Yaya ke tepi menggunakan sebelah kakinya namun mujur Sina Yaya berjaya melompat dan mengelak.

   Perempuan itu mengundur beberapa langkah ke belakang. Pemetik api di tangannya ditutup kemudian disimpan ke dalam poket seluar semula. Dia mengangkat kedua tangannya seperti posisi bersedia untuk menumbuk.

   "Apa? Apa awak nak masuk rumah ini? Kenapa nak bakar?" Soalan Sina Yaya tidak dibalas malah dia dihadiahkan dengan sebuah tendangan.

   Tendangan yang ingin menyentuh dada Sina Yaya terhenti apabila berlaga dengan kaki kanan Sina Yaya. Mungkin perempuan itu tidak tahu Sina Yaya pernah memegang juara 'ratu Taekwando' berturut-turut!

   Perempuan itu menurunkan kakinya sekaligus menjaga jarak. Nampaknya dia tidak boleh memandang rendah gadis di hadapannya ini. Mereka berdua sama-sama mempelajari seni pertahankan diri!

   Beberapa tumbukan dimulakan dahulu oleh perempuan itu. Setiap tumbukan itu berjaya Sina Yaya halang elak. Saat satu tumbukan ingin mengenai muka Sina Yaya, Sina Yaya segera menunduk tetapi dia tidak sedar dia melakukan kesilapan besar.

   Perempuan itu menendang dada Sina Yaya membuatkan Sina Yaya bergolek ke belakang. Sina Yaya pantas bangun. Sebuah tendangan yang ingin menyentuh kepalanya terhalang apabila Sina Yaya menendang pinggang perempuan itu, menyebabkan perenpuan itu terjatuh ke lantai.

   Perempuan itu cuba bangun dalam menahan perit menghentak lantai namun tangan dan kakinya segera dikunci Sina Yaya, sekaligus menghalang pergerakannya.

   "Awak tak boleh gerak sekarang. Jawab! Kenapa awak nak bakar rumah saya?" Sina Yaya menyoal garang kepada perempuan yang kecundang itu. "Sekejap... atau awak yang hantar sur..."

   Bicara Sina Yaya terhenti apabila terdengar rintihan perlahan perempuan itu. "Kau memang mental, Layyin. Aku benci kau, Layyin. Kau memang akan selamanya diseksa oleh Jamsyir."

   "Hey..." Nada suara Sina Yaya mengendur. "Awak okey? Siapa Layyin dan... awak kenal abang Jamsyir?"

...

   Gopal menyepak motornya geram. Sesekali dia mengutuk motornya. "Lailahaillallah... kau ini. Masa inilah kau nak rosak. Rosak pun bukan dekat sebelah kedai ke, sebelah acik jual air ke. Tengah jalan! Tengah jalan!"

   Kalau encik motor ini manusia, mesti mahu menangis sendu ataupun bunuh diri masuk longkang. Sedih dia kena kutuk oleh tuan sendiri.

  "Haih... mekanik pun lambat." Gopal membuka telefonnya. Fuh, dengan terik matahari menerangi wajahnya. Pakai topeng muka lagi. Memang 'nikmat' betul!

   Aplikasi telefon ditekan. Dalam menahan terik matahari, Gopal menekan nombor Rizal tetapi tidak sedar dia tertekan nombor orang lain. Panas punya fasal.

   Dia mendekatkan telefon ke telinganya. "Assalamualaikum, Rizal. Wey, tolong ambil ak..."

   Suara perempuan menjengah ke telinganya. "Aku, Layyin, adik Jamsyir, bekas tunang kau. Ya, memang aku tak nak kau kahwin dengan lelaki tu. Aku nak kau kahwin dengan abang aku."

   Gopal menjauhkan telefon dari telinganya. Skrin telefon itu dilihat. Eh, ini bukan nombor Rizal. Ini nombor cik bakal isteri! Tetapi... siapa perempuan yang bercakap dengan Sina Yaya itu?

   Suara Sina Yaya pula keluar daripada audio telefon. "Kenapa? Majlis kahwin tinggal beberapa hari lagi. Lagipun abang awak dah ada girlfriend. Dia pun tak nak kahwin dengan saya."

   "Me... memanglah." Layyin menggenggam riba seluarnya. Dia merenung tajam Sina Yaya yang duduk bertentang dengannya. "Tapi kau kena kahwin juga dengan abang aku!"

   "Jadi..." Sina Yaya meletakkan telefonnya ke kerusi sebelahnya, tidak perasan bahawa dia belum mematikan talian. "Kenapa awak nak sangat saya kahwin dengan abang awak?"

   "Sebab... sebab..." Teragak-agak gadis bernama Layyin itu untuk beritahu. "Aku akan terus diseksa dengan dia. Aku tak nak... hiks... aku tak nak..."

   Layyin mula menangis. "Sebab itulah aku hantar surat dekat kau. Letak anak kucing yang aku nampak kena langgar dengan lori. Aku buat semua tu supaya kau takut dan kahwin dengan abang aku!"

   Diseksa oleh abang? Sina Yaya memandang wajah Layyin, tidak percaya. "Jangan kata..."

   "Masa aku 8 tahun, abang aku dah buat benda tak baik dekat aku. Aku tak tahu apa-apa... jadi aku ikutkan sahaja." Liyyan melihat tangannya yang menggigil. "Sampai aku rasa jijik dengan diri sendiri."

   "Sampailah aku umur 17 tahun sekarang, aku takut hendak tinggal rumah aku sendiri jadi aku tinggal dengan ibu saudara aku yang tak berkahwin." Layyin meluahkan segala-galanya.

   Sina Yaya menjadi tumpang simpati dengan cerita Layyin. Dia memberikan cadangan berbaur pertanyaan. "Kenapa awak tak lapor pada polis? Ibu bapa?"

  Liyyan menggeleng laju. "Aku tak nak. Nanti abang aku burukkan aku. Dia kata dia akan sebarkan gambar dan tuduh aku yang goda dia. Abang anak yang baik, jadi mak bapa aku mungkin tak akan percaya."

   "Aku... aku..." Layyin sudah kehilangan kata-kata. "Aku kotor..."

   Sina Yaya menjadi panas telinga mendengarnya. Kurang ajar betul Jamsyir. Kalau ada hadapan mata, mahu disepak kepalanya.

   "Tolong." Layyin merapatkan diri ke meja makan. Dia menggenggam tangannya. "Tolonglah kahwin dengan abang aku. Aku merayu sangat-sangat."

   "Saya tak akan kahwin dengan abang awak." Sina Yaya masih kekal dengan keputusannya. "Awak yakin, lepas saya kahwin dengan abang awak... segala perbuatan pada awak akan terhenti serta-merta?"

   Mata Layyin terbuntamg. Lidahnya kelu, tidak tahu mahu mengujarkan apa bagi soalan Sina Yaya. Adakah?

   "Saya bukan hendak bersangka buruk, tetapi saya tidak rasa dia akan." Sina Yaya terhenti seketika sebelum menyambung. "Jadi, awak kena beranikan dir..."

   "KAU..." Perempuan itu menyeluk tangan ke dalam poketnya. Dia menaiki meja makan dengan pisau di tangannya, meluru ke arah Sina Yaya. "KAU LANGSUNG TAK MEMBANTU!"

   Sementara itu, Gopal membuka pintu kereta sepantas mungkin. Terima kasih diucapkan kepada pembantu GrabCar itu pun sangat laju. Sebaik sahaja abang itu berlalu pergi, Gopal terus melompat masuk ke halaman rumah Sina Yaya.

  "Yaya!" Gopal berlari dengan telefon di tangannya. Tercungap-cungap dia menyusun langkah menuju ke tingkap rumah Sina Yaya.

    Ini kalau jiran nampak, mesti salah faham tengok Gopal menceroboh masuk rumah orang melalui tingkap. Meskipun begitu, tidak pernah ada lagi abang Grabfood pecah masuk rumah orang.

   "Yaya, Yaya okey tak?" Gopal terkedu melihat suasana di dapur itu.

   Yaya yang mengunci pergerakan Layyin di atas meja memotivasikan Layyin, tegas. "Layyin, awak kena bangkit. Kalau awak tak berani nak lawan, memang senang abang awak untuk pijak kepala awak!"

   "Jangan biarkan ugutan abang awak buat awak terperangkap dalam ketakutan selamanya. Awak ada kuasa untuk memilih. Jika awak takut, awak jangan lupa awak masih ada Allah dan diri awak sendiri! Awak boleh lawan rasa takut itu!"

   Membulat mata dan ternaik bulu roma Layyin mendengarnya. Pisau yang digenggam erat jatuh ke bawah meja. Air mata yang bergenang akhirnya bocor jua.

  "Haaargh!" Layyin menangis dengan laungan yang kuat. "Haaargh..."













 ✨✨✨

Fakta Menarik:

- Watak penjahat pada babak permulaan semua diambil namanya dari nama arak.
- Esok hari Isnin.

. P/s: Bab seterusnya memang semua pembaca nantikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro