5 | EL
"AWAK tak kenal saya, saya tak kenal awak. Kenapa awak pilih saya untuk kahwin dengan awak?"
Air milo yang memasuki ke dalam corong tekak itu hampir menyedakkan tuan punya badan tatkala mindanya teringat peristiwa tadi. Terbatuk-batuk Gopal dengan tangan yang mengurut dada demi mendapat kembali nafasnya.
Suara Sina Yaya mula berbisik di telinganya. "Sa... saya. Saya dah tak ada sesiapa hendak minta tolong! Tolonglah saya. Saya merayu."
"Rasa bersalah pula aku tanya soalan macam itu dekat dia." Gopal bercakap sendiri. Entah mengapa rasa tidak sedap hati sejak pertemuannya kembali dengan Sina Yaya kembali.
Wajah Sina Yaya seakan tidak mengenalinya dan terkejut itu membuatkan hatinya terasa pedih. Dalam fikirannya mengulang soalan yang sama, adakah gadis kecil itu masih ada ingatan tentangnya.
Kahwin dengan Sina Yaya? Terus satu senyuman itu diukir pada wajah lelaki hitam manis itu. Tetapi ada satu masalah...
Ya, siapa lagi kalau bukan ibu mertua ibunya, ibu kepada ayahnya dan juga seorang neneknya. Dia iaitu Puan Sarindi! Ha, berikan tepukan. Namun, kalau hendak sediakan bom... jangan lupa bom nuklear sekali. Eh, gurau. Gurau.
Air milo itu diteguk sehingga habis. Kalau kemasukkan dia ke agama yang dicintai ditolak mentah-mentah, apatah lagi kalau dapat tahu dia kahwin.
"Memang mengamuklah pāṭṭi (nenek) nanti. Aduh, aku nak kahwin dengan Yaya. Tapi pāṭṭi pula kena selesaikan." Sempat lagi si Gopal kata neneknya satu masalah. Dasar cucu derhaka.
Dia tidak takut tidurnya nanti dikejar oleh Puan Sarindi menggunakan kerusi roda. Kutuk pun biarlah berlapis. Orang tua itu.
"Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!" Azan berkumandang menandakan sudah masuk azan Isyak.
'Awal pula azan hari ini?' Gopal segera menoleh ke arah jam yang tersangkut di dinding. Ingatkan dalam 8:45 macam itu.
Apa-apa pun, baik dia solat terlebih dahulu! Daripada duduk serabut bersama masalah sampai berbakul tisu yang basah dengan air mata... baik dia meminta kepada yang lebih memahaminya, iaitu Tuhan yang Maha Esa.
...
Permukaan roti yang berwarna krim kekuningan itu bertukar kuning masak hasil tindak balas haba yang datang daripada api gas dapur. Sekejap, apa fasal jadi penerangan Kimia pula?
Sepinggan roti telur itu diletakkan di hadapan tempat duduknya. Fuh, sebentar semua pembaca. Kenapa si penulis terbau-bau roti telur ini? Hebat betul masakan Sina Yaya, sampai sini terbaunya.
"Kata boyfriend Sina Yaya tu datang sarapan sekali? Mananya?" Walaupun ayatnya seperti menyindir, suara Puan Finna bertanya lembut sahaja nadanya.
"Boy... eh, dia bukan boy... eh, sekejap lagi dia datang. Dia kan kerja Grabfood. Mungkin lambat sedikit." Sina Yaya main bantai sahaja alasan diberikan. Sekeping roti telur disuapkan ke dalam mulut selepas membaca Basmallah.
"Ding Dong!" Bunyi loceng itu berselang-seli dengan suara orang memberi salam.
Encik Siao Afiq menghirup sedikit kopi sebelum mengujar kata. "Ha, itu dia sudah sampai. Yaya, duduk. Tak elok perempuan sambut. Bagi ayah sambut."
Yaya yang berura-ura bangun, duduk semula ke tempat duduknya. Dia menyambung makan dengan seribu persoalan. Macam mana agaknya ayahnya menyambut Gopal nanti?
Gopal di luar dengan bersarung pakaian Grabfood mengelap peluh. Aduh, masa-masa beginilah peluh berebut mahu keluar dari badannya. Tetapi, hehehe.... pertama kali sarapan dengan bakal keluarga mertua.
Seorang lelaki keluar daripada rumah tersebut, menuju ke arahnya di luar pagar rumah. Gopal sudah meneguk air liur. Mesti itu bapa mertuanya. Okey, tarik nafas. Huh... oyehoyehoyeh!
"Kamu ke bakal suami anak dara saya? Berpeluh lebat kenapa? Nak kata lari, pakai motor," soal Encik Siao Afiq yang berbaur selorohan.
Gopal melihat pakaian yang direnung Encik Siao Afiq. Nampaknya bakal ayah mertuanya seorang guru. "Pak cik nampak sahaja saya naik motor, tapi hati saya berlari-lari tau."
Sebaik sahaja berbicara, Gopal mendapat jelingan daripada encik Siao Afiq. Ini bukan setakat hati Gopal berlari-lari, sekarang mesti hatinya tengah berenang dalam peluh.
"Hahaha, macam-macamlah kau ini. Tak apa, panggil sahaja ayah." Encik Siao Afiq membuka pintu pagar yang bermanga kepada Gopal.
Oh, pintu pagar itu terbuka seakan memberi signal hijau kepada Gopal! Sungguh dramatik ayat ini! Nasib tidak dipasang latar belakang muzik PUBG.
Terjenguk-jenguk kepala Sina Yaya melihat ke luar. Perbuatan itu terhenti apabila Puan Finna berdehem kuat. Tersengih-sengih Sina Yaya meneruskan sarapannya yang tergelanda.
"Ha, itu dia sampai. Anak dara awak ini terjenguk-jenguk tengok boyfriend dia dah sampai ke belum." Merona wajah Sina Yaya ketika Puan Finna kata begitu.
"Ibu..."
Encik Siao Afiq yang memahami rasa segan Sina Yaya, meredakan keadaan. "Sudah. Sudah. Malu Yaya nanti. Ha, apa tercegat itu? Duduklah Gopal. Makan. Tak susah pun. Nanti nak masuk kerja, kan?"
Gopal terangguk-angguk seperti burung belatuk dibuatnya. Tempat duduk yang dijarakkan dengan Sina Yaya diambil. Punyalah puas dia berlatih bercakap depan cermin, hasilnya... hancur rupanya.
Huhuhu...
"Makanlah. Banyak mak cik dengan Yaya buat." Puan Finna mempelawa Gopal yang tercengang di atas kerusi. Dia hanya memerhati tingkah laku Gopal. Betul ke ini bakal menantu aku?
Gopal tersengih dengan satu pertanyaan. "Err, boleh saya basuh tangan? Tak basuh tangan lagi ini. Hehehe, maaf kekok pula."
Encik Siao Afiq yang ingin meninggalkan dapur tersenyum kecil mendengar permintaan Gopal. "Lah, ingatkan kamu tak nak basuh tangan masa makan. Ha, pergilah. Ayah nak pergi sekolah sekejap."
Puan Finna menjongketkan kening mendengar gelaran encik Siao Fang manakala Sina Yaya tidak tahu hendak teruja ke mahu malu. Puan Finna minum air milo suamnya selepas sahaja pinggannya licin.
Melihat Gopal sudah kembali di kerusinya, Puan Finna menyoal soalan. "Jadi, apa nama kamu? Keluarga?"
Entah berapa kali air liur sudah Gopal teguk. Sudah agak! Memang soalan ini akan keluar, lebih-lebih lagi daripada bakal mak mertua. Tidak mengapa, Gopal. Soalan sahaja. Telan makanan dahulu, baru jawab.
Memandang ke arah Gopal yang tidak menjawab, Sina Yaya bersuara. "Err, dia..."
"Eh, ibu tanya Yaya ke? Biar dia yang jawab." Teguran Puan Finna itu membuatkan mulut Sina Yaya terkunci. Hiks, garangnya!
"Nama saya Gopal Khadeen. Saya seorang mualaf dan sering menjadi mangsa pertanyaan oleh mak cik bawang, kenapa awak tak kahwin lagi? Ha, begitulah." Gurauan Gopal itu berjaya membuatkan si ibu dan anak tergelak kecil.
"Ibu dan ayah saya orang biasa-biasa sahaja. Tapi mereka berdua orang yang luar biasa dalam menjaga saya. Ah, itu sahajalah." Gopal membalas soalan itu berserta satu sengihan. Tidak sia-sia dia hafal kertas pengenalan diri sebelum tidur.
"Jadi, awak memang nak kahwin dengan Yayalah? Bukan kena paksa dengan dia?" Situasi mereka sudah seperti dalam urusan temuduga. Yang lainnya urusan ini melibatkan hidup dan mati!
Sina Yaya gigit bibir bawah. Hendak menyampuk, nampak keterlaluan yang dia memaksa Gopal untuk mengawininya. Tambahan lagi, Gopal langsung tidak mengingatinya.
"Tak, dia tak paksa saya pun." Gopal sempat menjeling sekilas ke arah Sina Yaya bersebelahnya. "Saya buat dengan kerelaan saya sendiri."
Sina Yaya terpaku mendengar ayat tersebut. Keliru sebentar. Eh? Seriuslah?
Puan Finna tersenyum dengan penuh makna. Kalau berada dalam anime ini, pasti muncul tanda soal di atas riak wajah Gopal dan Sina Yaya yang sudah bingung itu. Seram pun ada.
"Ding. Ding. Ding." Bunyi nada dering telefon itu mengejutkan mereka. Gopal mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kepada mereka semua. "Hehehe, nampaknya saya kena pergi kerja. Dah macam masuk banyak order dah tu."
Sina Yaya menoleh ke arah Gopal. "Oh, yakah? Pergilah kerja. Maaflah kalau kacau awak masa kerja." Tangannya meramas-ramas jari sendiri. Jantung ini tidak berhenti berdegup kencang!
Gopal menggosok belakang lehernya. "Eh, tak adalah. Lagipun, sedap sahaja makanan dekat sini. Lagi-lagi roti telur tadi." Dan juga dapat makanan percuma. Namun, semuanya hanya dalam hati. Diluah nampak macam kurang ajar pula.
"Oh, roti telur itu..."
"Aaaa... ibu, okey ke pilihan Yaya?" Tidak mahu Gopal mengetahui siapa yang masak, Sina Yaya bertanya soalan yang membuat dirinya malu sendiri.
Gopal pula hanya sorok senyumannya. Tahulah dia siapa yang goreng. Senang sangat air muka Sina Yaya untuk dibaca. Topeng muka yang tadi disimpan di dalam poket disarungkan ke muka.
"Erm, pergilah kerja itu. Nampak tak menyabar sampai pakai mask. Nanti Sina Yaya hantar mesej dekat kamu, ya?" Puan Finna memberi kata-kata penuh makna.
Gopal hanya tersenyum kekok di sebalik topeng. "Err, saya pergi dulu ya, mak cik, Ya... Yaya. Nanti kalut nak merem... eh, maksud saya bawa motor ambil order. Terima kasih atas makanan tadi. Sedap sangat."
Satu senyuman di wajah Puan Finna tidak hilang-hilang lagi. "Sama-sama. Nanti datanglah lagi."
Datang lagi? Sebaik sahaja Gopal keluar daripada rumahnya, Sina Yaya memalingkan wajah laju ke arah Puan Finna. "Datang lagi? Maksud ibu?"
"Hantarlah. Suruh isi kursus kahwin online dan bagitahu ibu bapa dia. Yang dia nak kahwin dengan anak ibu seorang ini." Puan Finna bangun lalu mencuit hidung anak daranya. Dia membawa pinggan itu ke singki.
Sina Yaya begitu gembira sehingga terbangun dari kerusinya. "Seriuslah, ibu? Ibu tak akan bagi Yaya kahwin dengan Jump... Jamsyir itu?" Haih, ini Habri punya fasal lah! Hampir tersasul sebutan itu.
"Nampak sangat tak nak kahwin dengan anak kawan ibu." Puan Finna memutar tombol pili air. Air paip mula mengalir di celah-celah tangannya. "Ya, lagipun ibu rasa dia jujur. Dari pandangan mata dia, dia seakan... dia dah bersedia untuk jaga kamu."
Sina Yaya tersenyum kecil.
Sempat lagi Puan Finna bergurau. "Kalau Yaya tak nak. Bagi sahaja ibu. Muka pun macam Shaz Rukan sedikit."
Sina Yaya menggeleng, laju. "Ah, mana boleh macam itu ibu! Ibu dah ada ayah. Sibuk rampas bakal suami orang."
Di luar pagar rumah, Gopal menitikkan santinizer ke tangannya. Yalah, nanti terjangkit pada orang... tidak fasal-fasal angka kes Covid-19 di Malaysia meningkat. Tanda pagar, kita jaga kita! Allah Jaga Kita!
Telefonnya yang bergetar di dalam bakul motor menarik perhatiannya. Alang-alang hendak naik motor, cek dahulu mesej.
Oh, dari nombor Sina Yaya yang dia simpan semalam!
Sina Yaya❤️
Ibu kata ibu setuju.
Ibu cadang buat majlis kahwin terus. Patuh SOP katanya.
Gopal melompat keriangan. Siap bersorak kecil pula itu. Gembira sangat abang ini. Kalau ada kucing dekat sebelah lalu, mesti tergaru telinga melihat lelaki itu melompat seperti monyet mendapat bunga.
Bar profil Sina Yaya menunjukkan Sina Yaya menaip mesej yang baru kepada Gopal.
Sina Yaya❤️
Ibu suruh pesan bagitahu keluarga awak.
Aktiviti senamrobik Gopal terhenti serta-merta. Itulah satu-satu masalahnya. Iaitu keluarganya.
Dari tembok jiran sebelah Sina Yaya, seorang perempuan berambut panjang ikal mayang menjenguk kepala. Melihat Gopal dengan motornya meninggalkan tempat itu, dia terus memanjat tembok masuk ke dalam kawasan rumah Sina Yaya.
Kad di dalam poketnya diletakkan di atas kasut hitam Sina Yaya. Mendengar suara Puan Finna berdekatan, perempuan itu laju beredar daripada situ.
Kad itu tertulis...
Kepada, Sina Yaya.
Ini Gopal yang tulis. Nanti petang nanti saya hantar hadiah untuk Yaya, ya? Sempena p̶e̶r̶t̶u̶n̶a̶ eh, tersilap tulis pula. Hehehe. Sempena kita nak kahwin sekejap lagi.
Daripada, Gopal.
...
Daun-daun kering dan habuk di halaman rumah itu terbang saat terkena dengan lidi-lidi penyapu yang digerakkan Puan Jivanta. Dia membawa habuk yang dikumpulkan ke dalam penyodok.
"Pin! Pin! Pin!" Sebuah motorsikal berhenti di hadapan rumahnya. Puan Jivanta mengerutkan dahi. Sejak bila dia pesan makanan atas talian ini?
"Kenapa amma pandang Gopal macam itu?" Gopal membuka helmet yang melindungi wajahnya. "Ini Gopallah."
"Lah." Sebuah sengihan diukir pada wajah Puan Jivanta. "Kamu rupanya. Datang tak bagitahu. Kalau tak boleh masak sedap-sedap untuk kamu."
Melihat kawasan yang agak sunyi, Gopal membuka topeng mukanya lalu berbisik perlahan. "Mana Samantha?"
"Tidur lagi. Penat tengok televisyenlah itu." Puan Jivanta memberi isyarat ke dalam rumah. Tahu-tahu sahajalah anak daranya tengah tidur di ruang tamu. "Yang kamu datang ini kenapa?"
"Eh? Macam menghalau sahaja bunyinya." Gopal dan ibunya sama-sama gelak dengan kata-kata itu. "Sebenarnya Gopal nak beritahu yang Go..."
"Kau? Kenapa kau datang sini?" Semua mata tearah ke arah seseorang di atas kerusi roda. Puan Sarindi bertempik marah. "Dah, balik! Dasar cucu tak kenang budi. Jiva, masuk rumah!"
"Tak! Gopal nak bagitahu yang Gopal nak kahwin!" Gopal terpaksa berterus-terang memandangkan Puan Sarindi agak memaksa ibunya masuk ke dalam rumah.
Puan Sarindi menggenggam tangannya, menahan amarah. "Kamu sudah masuk ke dalam agama itu tiba-tiba, tak bagitahu kami. Sekarang nak kahwin pula? Ha, bila hendak kahwin ini?"
"Dua minggu lagi." Tenang sahaja Gopal menjawab pertanyaan itu.
Puan Sarindi memberi pandangan sinis beserta kerutan tua di dahinya. "Ha? Dua minggu lagi? Lajunya. Perempuan itu dah kena tebuk ke? Tak hairanlah..."
"Mam'mi!" Puan Jivanta mahu tidak mahu bersuaralah juga. Lagipun ibu mertuanya benar-benar melampau! Nasib suaminya sudah pergi keluar bekerja.
"Gopal nak kahwin? Bila amma boleh jumpa? Lagipun, laju jumpa calon." Puan Jivanta teruja mendengar berita yang dikhabarkan anaknya. Tidak sabar untuk dia dapat menantu!
Gopal yang berkerut muka sedaya-upaya menenangkan air mukanya. "Kalau boleh... lusa, mungkin."
"Bagus." Tepukan penuh sindiran datang daripada Puan Sarindi. "Mesti datang nanti perempuan bertudung, 'sopan' macam itu. Kemudian dia ajak kita masuk Islam. Memang pengakhiran yang gembira sangat."
"Kenapa mam'mi cakap macam itu?" Bergetar nada suara Puan Jivanta. Hati ibunya risau jika anaknya terasa dan tidak akan menjenguknya lagi.
"Biar. Biar dia rasa balasan sebab tukar agama yang sebenarnya." Puan Sarindi memegang kuat hujung bahagian pemangku lengan kerusi roda tersebut. "Dan aku tak akan terima budak ini dan bakal isteri dia dalam keluarga aku!"
Nenek... nenek nak cakap pun, diamlah sedikit. Ini kalau orang tengah mandi dalam bilik air mesti terganggu dengan suara nenek itu. Sendu dia tidak dapat menyanyi dalam bilik air.
"Pāṭṭi... saya tak tahu apa yang membuatkan pāṭṭi bencikan sangat agama ini." Gopal membawa tangannya ke dada. "Islam sangat sempurna, tetapi saya hanya manusia. Kalau saya buat salah, jangan salahkan agama saya. Salahkan saya."
"Ah, tak payah kau nak membebel dekat aku." Puan Sarindi langsung tidak mempedulikan bicara cucunya. Tangisan Samantha yang terganggu tidurnya menarik perhatian Puan Sarindi.
"Ha, sebab kau oranglah cucu aku menangis. Dah, balik! Balik!" Puan Sarindi menuju ke arah Samantha dan menghilang dari hadapan pintu. Eh, nenek ini. Tiba-tiba salahkan orang.
"Gopal, jangan terasa dengan pāṭṭi, tau." Nada suara Puan Jivanta sayu sahaja bunyinya. Sejak kedatangan ibu mertuanya, pertemuannya dengan anak terunanya menjadi amat singkat.
"Tak apa. Lagipun pāṭṭi tak tahu apa-apa. Mungkin satu hari nanti pāṭṭi dapat... hidayah?" Gopal menyarungkan topeng muka ke wajahnya. "Okeylah, amma. Gopal nak pergi kerja balik ini."
Bibir Puan Jivanta ternaik nipis melihat Gopal menyalami tangannya. "Nanti datanglah lagi. Bawa menantu amma sekali."
"Ya, nanti Gopal bawalah. Dan Gopal akan pastikan amma akan suka dia. Termasuklah pāṭṭi sekali." Gopal menaiki motorsikalnya dan memulakan enjin. "Kerana Gopal tak akan biarkan sesiapa benci gadis yang Gopal cintai."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro