Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40 | EL

                        TERCUNGAP-CUNGAP Izzkhair saat kakinya tiba di tempat Rizu berada. "Akhirnya! Huh... aku dapat pun kau, Rizu. Huh... huh... boleh pula lif tempat ni rosak." Kepalanya ditundukkan ke bawah, menarik nafas. Sempat lagi berehat setempat! Ini kalau tumbuk sekali mesti terlentang sudah ke belakang.

   Mata Izzkhair terbuka perlahan-lahan namun jasad orang yang dikehendakinya tiada di pandangan mata." Eh? Eh? Mana dia pergi?"

   "Tik. Tik. Tik."

   "Bunyi apa tu?" Jantung Izzkhair berdebar menangkap bunyi dari bawah meja. Segera dia jenggukkan kepalanya ke bawah, seperti dia sangka... ada bom di bawah meja tersebut!

   "Tik! Tik! Tik!"

   Setelah dibuka telinga sebesar gajah, Izzkhair baru perasan yang bunyi yang didengarnya bukan satu tetapi lebih dari disangkakan. Lambat-lambat dia mengundur sambil kepalanya didonggakan ke atas.

   Satu rangka kanan dinding, satu lagi di bawahnya, satu lagi di bawah meja yang ditemuinya tadi. Tetapi, bunyinya datang dari merata tempat! Nampaknya Rizu betul betul mahu musnahkan tempat ini!

   Izzkhair menekan butang alat penghubung pada telinganya. "Hello? Hello, Siao Fang? Alamak, bateri habis pula! Kenapa bateri pokai sangat!" Seraya mulutnya membebel, kakinya melangkah menurun ke bawah.

   Dia kena bagitahu Siao Fang tentang hal ini!

   Sementara itu, Siao Fang dan Gopal sibuk berseronok melawan dengan tuan Cralet. Hal ini kerana tuan Cralet mempunyai kosong pengetahuan cara melawan mahupun seni pertahankan diri. Yang beliau boleh buat setakat ini hanya dilipat, diaduh dan digolek oleh dua lelaki itu.

   Yang dua orang itu pula nampak ceria sangat berlawan. Hrm, mungkin melepaskan stress. Habis dilipat-lipat tubuh si Cralet itu. Hendak buat kuih lipat masa raya nantikah?

   "Bang!"

   Tukang membuat kuih Cralet berhenti dengan bunyi tembakan itu. Tambahan pula, peluru itu terkena tepat pada kaki kuih tersebut! Kurang asam betul, tak siap lagi kuih raya itu!

   "ARGH!" Cralet meraung kesakitan. Rizu cuma memandang kosong anak buahnya yang menderita tanpa sebarang reaksi. Rokok di mulutnya diludahkan ke tepi. Sampai suara Cralet sudah mati barulah dia mengalih pandangan ke arah Gopal dan Siao Fang.

   Segelintir orang E.R yang hampir kalah semakin berani dengan kehadiran ketua mereka. Semuanya acah acah berani. Cuba bawa polis atau pegawai JPJ, mesti terketar lutut teringat saman yang berapa bulan tak bayar! 

   Salah seorang ahli amatur White Knight menembak dada Rizu. Sayang seribu kali sayang, Rizu memakai baju kalis peluru. Baru sahaja Rizu ingin menembak ahli tersebut, Gopal sudah memberi tumbukan tepat pada Rizu.
  
   Serentak dengan itu, peperangan itu disambung semula. Yang bezanya, semangat E.R semakin menyala!

  "Hurgh!" Gopal melepaskan penumbuk sekali lagi pada Rizu. Rizu membuat serangan balas dengan memukul deras wajah Gopal.

   "Sebab lalat macam kau orang inilah yang ganggu ketenteraman hidup E.R!" Rizu meneranjang ke arah Siao Fang yang cuba menendangnya. Sesak perutnya rasa!

   Gopal berdecit kasar tatkala tumbukannya ditepis berulang kali oleh Rizu. Tidak semena-mena Rizu menendang Izzkhair yang mahu menumbuk curinya dari belakang.

   Peluang! Lantas Gopal pantas menelengkan pipi Rizu ke tepi. "Dan sebab binatang macam kau, ramai yang terkorban!"

   Tercampak jauh gigi hadapan Rizu. Bolehlah dia jadi geng dengan El-Amin. Baru sahaja lelaki itu ingin mengelap darah, perut dan dagunya telah ditendang kuat oleh Siao Fang sehingga Rizu terundur ke belakang.

  Izzkhair laju mengunci Rizu dari belakang. Pistol milik Rizu juga diambil lalu dilempar jauh-jauh. Nak lari ke, bang?

Gopal menyiku anak buah Rizu yang ingin masuk campur. Berdarah hidung lelaki itu bertemu siku Gopal. "Jangan menyibuklah! Nak siku? Nak siku?"

   Sempat pula si Gopal ini menunjuk nunjuk sikunya pada mangsanya. Kalau sikunya lawa tak ada parut tak apalah, ini buruk siku!

   Siao Fang menumbuk beberapa kali Rizu ibarat Rizu itu merupakan beg yang khas untuk ditumbuk. Sampai ke belakang beberapa langkah Rizu dan Izzkhair dibuatnya!

   "Ke tepilah!" Rizu mengangkat kaki untuk menendang namun sempat dihindarkan oleh Siao Fang. Gopal yang maju ke hadapan untuk menyerang sekadar ingin menerima sepakan Rizu tepat terkena kelangkangnya. "Aaaaaarduuuuh."

   Sepantas kilat, Rizu menterbalikkan Izzkhair ke tanah. Dada Izzkhair ditendang beberapa kali tanpa belas kasihan. "Aku kata jangan masuk campur dengan aku, bukan?"

   "Kau pun jangan masuk campur dengan orang aku!" Siao Fang menarik kasar Rizu. Rizu segera memusingkn lengan Siao Fang walaupun begitu, Siao Fang lebih bijak darinya. Perut Rizu diteranjang sepenuh hati oleh Siao Fang.

   Rizu bingkas bangun namun kini yang diterima sebuah tendangan berlanggar dengan mukanya. Serangan itu begitu drastik sehingga Rizu tidak sempat bertahan untuk jatuh ke belakang.

   "DUSH!"

...

   "Meow!" Kya menegur Sina Yaya yang tercongok di hadapan pintu pagar. Khusyuk sangat tuannya menghadap fon! Heh, dibandingkan fon dengan dia, dia yang terletak depan monarki tertinggi tahu tak!

Nooroo : Masalahnya, saya tak tahu kak.

Kya : Diamlah! Bagi aku bermonolog!

   Mata Sina Yaya terpapar pada skrin telefon. Dia mengetap bibir menahan risau. "Kenapa Gopal ini tak balas balas lagi? Ke dia atas motor hantar makanan sekarang?"

   Fikir Sina Yaya, dia ingin meminta izin dari Gopal untuk keluar sebentar. Khabarnya dari Layyin yang kawannya pecah air ketubannya! Keluarganya sibuk jadi Layyin seorang sahaja yang menemani kawan itu.

   'Bersangka baik, mungkin keluarga kawan dia datang kejap lagi,' bisik hati Sina Yaya. Dia mahu menemani tapi takut Gopal tak mengizinkan pula.

Sina Yaya
Gopal, boleh tak Yaya pergi hospital kejap. Ada Layyin.
Layyin punya kawan nak beranak jadi Yaya ingat nak teman sekejap.
Lauk berbuka Yaya dah siapkan.
Yaya pergi kejap je.

   Sepi.

   "Meow." Kya memandang pintu, sampai bila hendak dibuka pintu luas begini, kak oi!

   "Erm, Gopal tak balaslah, Kya." Sina Yaya merungut kepada Gopal. Kya bermuka ceria mendengarnya. Lantaklah suami kau tak balik, kau jadi milik aku selamanya. Muahahaha!

   Melihat muka Sina Yaya yang risau, Kya menggeser-geser pada paha Sina Yaya. Sina Yaya perlahan-lahan mengusap tubuh Kya, menghilangkan pahit hatinya. Perutnya dikerling sejenak.

   Apalah yang Gopal... ayah kamu buat ya, sayang?

   Kelopak mata itu bergerak-gerak. Dengan lemah, kelopak itu diangkat sehingga menampakkan iris coklat dalam kornea matanya. Sekelilingnya masih seakan tenggelam timbul seperti ditelan air.
 
   "Kau dah kalah, Rizu!"
 
   Elmarsya dapat merasa darah dari dahinya mengalir masuk ke dalam mulutnya. Aduh, tidak fasal fasal kena ganti puasa! Kepalanya terasa berdenyut untuk bangun begitu sahaja.
 
   Dari kirinya, dia dapat melihat El-Amin mencucuk pistol pada sisi kepala seseorang. Rizu yang terbaring itu kemudiannya ketawa besar.
 
   "Kau fikir kau dah kalahkan aku?" Rizu bercakap besar walhal seluruh anak buahnya telah dibelasah oleh ahli White Knight.
 
   "Kau dah lemah dan tak berdaya dah. Dengan luka sana sini, kau masih rasa kau tak kalah lagi ke?" Gopal menjenggil garang ke arah Rizu yang diduduki oleh Izzkhair di atasnya.
 
   "Lemah dan tak berdaya? Memang aku lemah dan tak berdaya. Tapi bom-bom aku yang akan letupkan korang semua!" Akhir kata Rizu disambut dengan suasana sepi bersama tawa sinis Rizu.
 
   Izzkhair tersedar sesuatu. "Aku lupa nak bagitahu sesuatu, Siao Fang. Aku ada jumpa banyak bom dekat kawasan bangunan. Tapi bom tu bukan mudah untuk dimatikan, dia nampaknya ada alat kawalan jauh."
 
   "Alat kawalan jauh?" Mata Siao Fang terbeliak besar.
  
   "Ini ke?" Gopal menunjukkan alat kawalan jauh yang ditemui dalam poket saku Rizu. Alat kawalan itu terdapat satu butang besar berwarna merah. Siao Fang pantas menggesa Gopal. "Cepat hancurkannya!"
 
   Wajah air muka Rizu tidak berubah saat alat kawalan itu dihancurkan. Bahkan sangat tenang dalam dua makna. "Kau hancurkan pun, bom tu masih bergerak. Sebab itu alat kawalan yang palsu."
 
   El-Amin menggeserkan giginya, marah. Muncung pistol itu ditolak-tolak pada kepala Rizu. "MANA ALAT KAWALAN SEBENAR?"
 
   Gopal berusaha mencari di poket saku Rizu yang lain namun punah belaka. Dia mengangkat wajahnya ke arah rangka bangunan yang tidak siap itu. Tidak mungkin berada di situ.
 
   "Lepaskan aku dahulu bar..." Bebelan Rizu terhenti apabila sebuah kasut disumbat dalam mulutnya. Izzkhair turut mempengsankan Rizu.
 
   Elmarsya cuba menggagahkan diri bangun sambil cuba melawan rasa sakitnya. Telinganya rasa berdesing mendengar maklumat itu. Bom? Tidak tahu pula ia akan jadi salah satu rancangan ini!

   "Marsha!"
 
   Tidak kira, dia kena hancurkan alat kawalan jauh itu. Dia tidak boleh biarkan sejarah terbakar itu bermain lagi dalam fikirannya. Hancurkan bom dan lari sebagai manusia biasa, dan bukan Tequila.
  
   Elmarsya memandang sekeliling. Kalau aku jadi tuan Rizu, mana aku akan sorok?
 
   "Kenapa kau pengsankan dia?" Nada El Amin seolah olah menahan marah. Izzkhair laju bangun serta menjauhkan dirinya. "Bukan, kalau dengar dia bercakap pun, akan bazirkan masa kita saja."
 
   Siao Fang cuba alihkan pentengkaran itu. "Izzkhair, berapa minit yang kau nampak dekat bom tu?" Izzkhair meneguk air liur. "Mungkin 15 minit?"
 
   "Ah, tak cukup masa! Eh, Gopal! Mana kau nak pergi tu?" Siao Fang menegur Gopal yang tiba-tiba berlari menuju ke arah bangunan. El-Amin yang terduduk terburu-buru bangun. "Dia tengah kejar Tequila!"
 
   Elmarsya menarik tikar menyerupai jalan tar tersebut. Tidak syak lagi, ini merupakan alat kawalan itu. Gopal dari jauh segera melaung. "BERHENTI, TEQUILA!"
 
   Lidah Gopal menjadi kaku melihat Elmarsya merosakkan alat kawalan jauh itu. Kakinya masih berlari menuju Elmarsya akan tetapi mindanya hanyut dalam seribu persoalan.
 
   "BOOM!"
 
   "HATI-HATI, GOPAL!"
 
   Sebuah tiang konkrit laju menjunam ke arah Elmarsya dan Gopal. Bahu Elmarsya ditarik lalu dicampak kasar Gopal pada tempat selamat. Bayang-bayang tiang itu mula terbentuk di atas Gopal.
 
   Terketar-ketar anak mata Elmarsya menengadah terus dia beralih ke arah Gopal. Laju dia menarik Gopal sebelum semuanya kelam dan hitam.
 
 



✨✨✨

Alamak-alamak nasi lemak! ( Pinjam ayat Alfi)

Kalau jadi apa-apa dekat Gopal, Sina Yaya boleh jadi milik Kya selama-lamanya. Zaman bila sahaja ship Gopal dengan Yaya? Saya kapalkan Yaya dengan Kya!

Meme✨✌🏻

Rizu masa muncul tadi be like :

Inilah bukti gambar sebelum Gopal tumbuk Rizu :

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro