Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32 I EL

                    "INI dia makanan pak cik. Selamat berbuka puasa. Harap tak ada sampai tercekik pula." Gopal sempat berseloroh sambil tangannya bertukar bungkusan dengan duit lelaki itu. Lelaki menyarung kain pelikat itu tertawa kecil. Tak sangka pula penghantar makanan ini lawak dan ramah orangnya.

   "Tak ada lagi dengar kalau makan roti bakar oleh tercekik. Ke ada... entahlah." Ada pula masa pak cik ini berfikir. Rasanya ada harapan untuk mempunyai otak yang sama bebal dengan Gopal. Bungkusan itu  dibawa ke sisi. "Terima kasihlah , ya.  Selamat... berbuka puasa juga?"

   "Ya, saya mualaf." Gopal mengiyakan sahaja melihat pak cik itu kelihatan teragak-agak. Dia berpusing tubuh namun kepalanya masih memandang pak cik itu. Rasa biadab pula kalau tak pandang wajah seseorang itu bila bercakap. Motornya dinaiki. "Okeylah pak cik, saya pergi dulu."

   "Eh, nanti kejap!" Pak cik itu sempat menghalang Gopal dari terus pergi. Nasib tidak terlajak ke hadapan, lagi teruk kalau termasuk longkang. Sudahlah ini motor pinjam (Qafael punya).

    Pak cik itu kemudian bersuara. "Maaflah tanya masa nak dekat buka puasa ini... tapi pak cik nak jual rumah. Pangsapurilah kiranya. Aras paling bawah. Kalau anak nak beli atau ada kenalan nak beli, boleh jumpa pak cik."

   Gopal hanya menyambut huluran kad yang diberikan pak cik itu. Siap ada gambar pak cik itu tengah berposing siap tentera nombor telefon lagi. Ini nak mempromosi rumah atau promosi tuan rumah? Lagipun sempat lagi pak cik ini berniaga.

    Gopal seakan tertarik dengan tawaran itu. "Murah ke?"

   "Sempena PKP ini, harga dia boleh tahan murahlah. Sesuailah untuk orang yang bergaji tiga ribu ke bawah. Sebab dulu pun pak cik cikgu. Eh, kenapa dengan muka itu? Macam nak sangat-sangat sahaja?" Pak cik itu memandang pelik ke arah Gopal yang tidak mampu mengawal sengihnya. Siap ada efek bersinar-sinar di belakangnya. Mungkin efek duduk rumah lama sangat. Sampai nampak tak betul sahaja orangnya.

   Gopal mengundurkan motorsikalnya betul-betul di hadapan pagar rumah pak cik itu. "Boleh saya tahu lebih lanjut?"

...

  Sisi kepalanya diurut seketika. Sina Yaya mengemam bibir, menahan rasa berdenyut-denyut pada kepalanya. Terasa lega sedikit barulah dia menurunkan tangannya. Dia merenung cincin pada jari telunjuknya. Entah mengapa dia rasa sakit kepala dan loya-loya sejak kebelakangan ini. Tak akan mengandung... kot?

   Sina Yaya menggeleng laju dengan pipi yang memerah. Dia berbisik di dalam hati. 'Tak mungkinlah, aku dengan abang Gopal baru sahaja kahwin beberapa minggu. Mungkin sebab puasa kot." Sina Yaya membuat andaian sendiri. Berharap lebih-lebih, takut nanti dia sendiri yang murung lima hari tujuh malam. Dia mengisi air ke dalam gelas.

   "Kenapa tak teman suami nuh?" Persoalan puan Finna secara tiba-tiba itu mengejutkan Sina Yaya. Tidak fasal-fasal air di dalam gelas itu tertumpah ke lantai akibat daya graviti. Tidak fasal-fasal daya graviti dipersalahkan atas hal ini. Puan Finna memohon maaf beserta tawa. "Maaf, maaf. Tak sangka pula Yaya boleh terkejut. Yalah, ingatkan buat apalah waktu orang nak tidur ni."

   Sina Yaya cuma memerhati sahaja ibunya membawa kain buruk. Terkejut dia, ingatkan han... makhluk mana yang menyergahnya  tadi. Mahu sahaja dia angkat kaki tadi.  "Ibu ini... bagilah salam dulu."

   "Yalah, yalah... nanti ibu bagi salam." Puan Finna menggerakkan kain buruk itu menggunakan kakinya. Tipikal ibu Asia mengelap lantai yang basah. Puan Finna menoleh ke arah tangan anaknya yang menadah air semula. "Itu untuk Gopal ke?"

   Sina Yaya menjawab berserta senyuman. "Ha'ah, nampak macam mata celik lagi, ingatkan nak bagi air untuk dia." Dia mengangkat sekilas gelasnya pada akhir kata. 

   Bibir  Puan Finna ternaik ke atas. Rasa lega seorang ibu melihat anak perempuannya menjadi isteri yang baik malah tampak bahagia di hadapan matanya. Puan Finna menyuruh Sina yaya pergilah. "Ha, pergilah bagi air dekat Gopal tu. Nanti air tak sampai pada tuannya, air liur basi pula yang keluar."

   Sina Yaya tergelak kecil. "Yalah... selamat malam, ibu. Assalamualaikum." Sina Yaya kemudian beredar ke tingkat atas. Harap-harap mulut ibunya tak masinlah, nanti tidak fasal-fasal air itu dia yang kena teguk.

   Sina Yaya menghampiri pintu lalu menolaknya perlahan-lahan. Kelihatan Gopal sedang khusyuk menatap skrin telefon. Entah-entah mesej skandal... eh, tak baik buruk sangka dekat suami kau, Yaya! Timbul idea nakal untuk mengusik Gopal. Baru sahaja tadi dia tegur puan Finna bagi salam dulu sebelum tegur orang. Erm, cakap tak serupa besen... eh, bikin!

   Gopal pula sibuk menggeser skrin telefonnya. Gambar isi rumah yang diterima oleh pak cik kain pelekat itu ditengok berulang kali. Tidak sabar dia  hendak menunjuk gambar rumah yang diterima kepada Sina Yaya. Maklumlah baru teringat, Sina Yaya pergi buang air pula. Semasa dia asyik melihat gambar, pandangan dia menjadi gelap.

   "Eh..."

   "Cuba teka, ni siapa?"

   "Erm... Yaya kan? Takkan ayah pula main cak cak malam buta macam ini?" teka Gopal. Tidak silap ini suara Yaya. Tetapi, kalau betul ini encik Siao Afiq, sekarang juga dia lompat keluar dari tingkap.

   "Hehehe... betul!" Sina Yaya menarik tangannya yang menghalang pandangan Gopal. Gelas di bawah kakinya diambil. "Awak tengok apa tu?" Macam... gambar dalam rumah."

   "Tak ada apa-apalah, princess. Tengok rumah je." Gopal menghalakan telefonnya ke arah Sina Yaya agar dapat dilihat juga. Bahang wajah wanita itu akan usikan panggilan Gopal itu. Sina Yaya lambat-lambat mengujarkan tanya. "Awak... nak beli ke?"

   Nada Gopal berubah teruja. Dia memusing menghadap Sina Yaya. "Saya ingatkan nak beli. Rumah ini rumah pak cik model... eh, seorang pak cik ini. Dia tawar masa saya hantar makanan dekat dia. Rumah pangsapuri katanya. Awak nak ke?" Gopal mengangkat kepalanya ke arah Sina Yaya.

   Sina Yaya mengusap dagunya, riak wajahnya seperti teragak-agak. "Nak kata nak tu... tapi murah ke?"

   "Jangan risau, pak cik itu kata murah sahaja sebab PKPlah katakan. Sesuailah untuk saya dengan awak duduk. Isi rumah dia pun boleh tahan cantik." Suara Gopal pun sudah berintonasi seakan penjual mempromosi produk mereka. Mungkin berjangkit dengan pak cik tadi kot. Asalkan bukan terjangkit Covid-19 sudahlah.

   Jika benar, berlakulah peperangan dekat pusat kuarantin nanti. Orang suruh duduk rumah, dia promosi rumah pula.

   Sina Yaya melabuhkan punggung di sebelah Gopal. Teringat pula niatnya ke dapur saat melihat gelas di tangannya. "Nah, air untuk awak." Gelas dihulurkan.

   Gopal serta-merta meletakkan telefonnya. Perlahan-lahan dia menyambut huluran itu. "Patutlah lama awak pergi. Saya ingatkan awak berak sahaja." Air itu diteguk selepas bacaan basmallah disebut. 

   "Ish, cakap itu biar bertapis sikit." Sina Yaya menepuk belakang Gopal. Macam biasa, pukulan Sina Yaya bukan lemah lembut seumpama nama tuannya... tersedak air Gopal gara-gara tepukan itu. Tidak fasal-fasal tepukan pada belakang berubah pada gosokan pula.

   "Maaf. Maaf."

   "Uhuk! Uhuk! Tak apa..." Gopal mengelap lebihan air pada sisi mulutnya. Dia memberikan senyuman sekilas. "Terima kasih sebab bawakan air."

  SIna Yaya berhenti menggosok belakang Gopal. MUngkin efek malu ataupun sebab lain. Dia mengetap bibir sesaat. "Awak tak suka ke tinggal sini?" 

   Gopal yang baru selesai menghabiskan air terpinga-pinga memandang Sina Yaya. "Alhamdulilah... awak... tanya apa tadi?"Air muka Sina Yaya yang sayu membuatkan perasaan itu terpalit padanya juga. Dan... agak menyakitkan.

   "Tak adalah, awak... tak selesa ke tinggal sini? Sampai awak nak tinggal tempat lain?" Sina Yaya memegang dadanya. Dalam masa yang sama, matanya tidak berani bertentang mata dengan Gopal. 

   Gopal menaikkan dagu Sina Yaya lembut  supaya tetap memandangnya. "Tak ada, tak adalah sampai macam itu." Tangan Gopal bertukar memegang lehernya sendiri pula. "Sebab kan orang jahat E.R tu dah tahu kedudukan kita, jadi saya naklah bawa awak ke tempat selamat. Ha, Siao Fang pun setuju dengan benda ini."

   Telefon dicapai lantas aplikasi What'sapp dibuka. Tunjuk buktilah kononnya. Eh, jadi betullah sangkaan Sina Yaya bahawa Gopal mesej dengan skandal tadi! Cuma skandal itu namanya Siao Fang!

Wey, aku nak pindah rumah!
Rumah itu dekat dengan cafe, jadi tak payah risau. Senanglah kau nak jenguk nanti. Bagi buah tangan berbuka puasa ke?
Okey tak?

Abang Ipar
K.

   Terpampang riak menyampah pada wajah Sina Yaya membaca mesej antara Gopal dengan abangnya. Sering kali Siao Fang merungut rasa tidak puas  apabila dirinya asyik disampuk dan dipotong ayatnya. Akan tetapi, tengoklah mesej dia. Memang tidak peliklah.

  Gopal menurunkan telefonnya. Dia mengeluh kecil. "Tapi, kalau awak tak nak, saya okey sahaja. Alah, setakat bom dua tiga ketul saya boleh hadaplah. Dia belum kenal Gopal lagi sebenarnya." Belagak sungguh! Setakat terjun longkang, dari umur enam tahun lagi penulis dah buat.

   Sina Yaya berasa berat hati pula mahu menolak. Lupa pula berkenaan organisasi mafia E.R itu. Lagipun, apa yang dilakukan Gopal... untuk kebaikan mereka juga. Nafas yang panjang dihembuskan lembut. "Okeylah, saya setuju. Nanti boleh bagitahu ibu dengan ayah esok."

   Gopal memandang laju Sina Yaya, tidak percaya. "Eh, betul ni?"

   Sina Yaya menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

  "Betul, en?"

  "Yaaa..."

   "Serius ini?"

   "Iyaaa... dah, dah, jom tidur."

   Asalkan awak masih bernafas di sebelah saya, saya akan buatkan apa sahaja untuk kekalkan nafas itu.

...

   Rizu menterbalikkan meja saat khabar berita itu menyapa telinganya. Nafasnya dihembus geram. "Gagal? Macam mana boleh gagal? Kau orang buat kerja celah gigi ke?" Ketiga-tiga wajah yang menghadapnya ditatapi satu persatu... pastinya paling tajam renungannya pada El-Marsya, tukang yang menanam bom ke dalam motor target mereka.

     "Ke... dekat sini ada pengkhianat?"

   Cralet menjadi orang pertama mencelah kesunyian itu. Dagunya digosok perlahan. "Cakap fasal pengkhianat, rasanya budak Mirin itu tak datang sekali dengan kita. Sepatutnya dia datang laporkan sama-sama."

   "Kan dia kata dia ada hal. Lagipun tiga orang tolong laporkan dah memandai." Kirsch seakan membela Mirin, malah kalau dibuka topeng... pasti wajah wanita itu terherot-berot sahaja. El-Marsya yang perasan nada Kirsch yang tegang itu hanya tersenyum sinis sahaja. Tahulah dia wanita di sebelahnya ini punya hati terhadap Mirin.

   "Ada hal ke tak ada hal ke. Kalau 'dia' tak datang pun, bukan bergoncang pun dunia ini." El-Marsya selamba menempatkan punggungnya ke salah satu sofa di situ. Dia meregangkan tubuhnya seraya matanya terarah penuh makna pada Kirsch. "Lagipun kalau rancangan ni gagal, ingat sikit siapa 'mastermind' dia."

   "Kau... aku juga kan yang hack bank negara tanpa dikesan!" Kirsch sudah mara mendekati El-Marsya. Jika bayang-bayang Rizu tiada di hadapan mata, pasti tinggal mayat sahaja tubuh Tequila dia kerjakan. El-Marsya mengangkat bahu, saja ingin menaikkan api kemarahan wanita di hadapannya.

   Rizu meletakkan tangan bawah  dagunya. Hembusan keras dilepaskan. Rimas betul dia menghadapi anak buahnya yang bergaduh laksana monyet-monyet di hutan. Wajah Cralet yang diselindung topeng dipandang malas, entah-entah idea dia pun sama sampah tetapi... terpaksalah. "Cralet, boleh berikan idea kau? Pastikan idea kau itu berguna dan bukan..."

   Yes! Yes! Cralet telah melompat keriangan di dalam hati. Perasannya kali ini umpama budak pandai yang akhirnya dipanggil oleh gurunya. Padan muka kau orang berdua. Nampaknya Cralet sahaja yang layak, kau orang hanya kaca terbiar di tengah jalan. Saat mata Cralet terbuka, seluruh perhatian teralih ke arahnya.

   Sekejap, aku cakap tadi dalam hati, bukan?

   Cralet berdehem beberapa kali bagi menghilangkan atmosfera kekok di sekeliling bilik itu. "Tuan, nanti lusa ada sindiket dadah berlaku di sebuah hotel nanti, kan? Cuba cek. Cuba cek."

   Urat-urat mula timbul pada dahi Rizu. "Fasal apa aku kena cek untuk kau pula."

   "Sungai masin (Sumimasen, minta maaf), tuan Rizu. Memandangkan kita memang rancang untuk bunuh Umeret' beserta dadah itu sekali, apa kata kita hantar sahaja dia ke neraka dengan si gemuk itu sekali. Senang kerja kita. Dalam masa yang sama, kita ambil Golden Blood." Cralet menjelaskan rancangannya.

   "Bunuh sekali? Macam mana?" Kirsch masih samar-samar akan penerangan Cralet.

   "Heh, mudah. Si gemuk itu kan kerja sebagai penghantar makanan, kita suruhlah tokan kita order makanan dari cafe dia. Lagipun emas kita memang handal dalam bab ini." Cralet sengaja menghentikan ayatnya. Nadanya diubah menakutkan. "Sama macam kes kau bom salah seorang ahli penting White Knight."

   El-Marsya terbuntang serta mengigil tubuh ketika memori itu terputar semula. Posisinya yang tadi selamba menjadi kaku apabila otaknya memainkan dialog di dalam kepalanya bagai sebuah kaset rosak.

   "Marsha!"

   "Apa yang kau dah buat, ha!"

   "Kamu... syaitan."

   "Tequia?" Seruan bosnya berjaya menghentikan kata-kata mengerikan yang berulang di dalam otaknya. Cralet menyeringai penuh kejam termasuklah Kirsch melihat El-Marsya berusaha menenangkan diri. Lihat sahaja tubuh wanita itu bersahaja, namun sudah tentu jantungnya melangkau denyutannya sendiri.

   "Kau boleh buat semua ini?"

     El-Marsya. "Baiklah, aku akan pastikan rancangan ini berjaya." Cukup sekali ini sahaja aku buat kerja jijik ini.

















♦️♦️♦️

Inilah bab pertama yang aku taip pakai komputer. Maklumlah masa itu telefon rosak, jadi terpaksalah taip guna laptop. Huhuhu.

Ha, buku ini targetnya sampai 40 bab, termasuk Epilog. Rasanya ada tak yang tak sabar-sabar tengok Gopal dan Yaya menemui kebahagiaanya?

Sebenarnya Nooroo ada tiga ending (ending gembira, ending sedih dan ending tragis), tapi sebab nak plot twist... aku gabung sahajalah? Nak tahu. Ha, kenalah teruskan baca!

Terima kasih untuk seribu pembaca! TvT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro