Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 | EL

          "WAALAIKUMUSSALAM..." Sayu sahaja nada suara Sina Yaya membalas kembali salam tersebut. Alia terjongketkan keningnya melihat reaksi adik iparnya.

   Alia menepuk belakang Sina Yaya untuk membangunkan dia dari lamunannya. "Wey, kenapa Yaya sedih ini? Jawab salam pun tak bermaya. Ke... Yaya kenal lelaki itu?"

   "Jawab salam?" Yaya seakan tersedar sesuatu. Segera dia palingkan wajahnya ke arah Alia. "Dia... orang Islam ke?"

   "Kenapa macam rasist sangat soalan kau? Mentang-mentang kulit dia gelap sedikit. Ya, sebab akak nampak ada surah Yasin dekat poket kereta dia." Alia menjelaskan berdasarkan pemerhatiannya. Mesti seluruh kereta Gopal diterokanya.

  "Yakah?" Sina Yaya mengetap bibir. Rasa lega dan gembira mula menjengah ke dalam dada. "Sebab sebelum ini... dia agama Hindu. Bukan orang Islam."

   "Bukan orang Islam? Kejap, kejap, kejap. Apa maksud Yaya?" Alia memegang kedua belah bahu Sina Yaya. "Yaya kenal ke lelaki itu?"

   Kalau iya pun, masuklah ke dalam rumah dahulu. Tidak berpeluhkah buat drama di hadapan rumah? Kalau Puan Finna nampak, mahu tergaru kepala melihat sinetron di hadapan mata.

   Yaya mengangguk dengan wajah yang jelas merona merah, tambahan pula mereka di bawah jemuran matahari. "Orang itulah yang Yaya cerita dulu. Lelaki itu."

   Alia secara automatik menutup mulutnya kesan  terkejut sangat. "Waaah! Uuuu! Jangan kata cinta yang dipisahkan lapan tahun dahulu? Cinta sejati Yayalah tadi itu?"

   Kalut Yaya menidakkan walaupun ada benarnya. "Akaaak. Janganlah cakap kuat-kuat. Malu Yaya..." Yalah, suara Alia ini kuat macam tertelan mikrofon. Huhuhu, matilah kalau ibu bapanya dia terdengar.

   Alia menepuk angin perlahan. "Ala, tak ada orang dengar pun. Jangan risaulah. Tak adanya mak cik bawang duduk tengah panas. Spesies dia orang selalu keluar petang-petang atau awal Subuh."

   "Ha, apa nama lelaki kau itu?" Sengaja Alia bertanyakan soalan. Lagipun dia sudah lupa nama lelaki yang bertempat di hati Sina Yaya.

   "Gopal. Aaaa, tapi bukan lelaki Yayalah, kak." Bersungguh-sungguh Sina Yaya menidakkan tetapi ternyata berbunga di dalam hati. "Ha, yang mafia itu macam mana, kak? Mana tahu dia orang masih cari kita ke?"

   "Eh, jangan merepeklah." Alia membetulkan genggaman plastik kedai serbaneka yang hampir jatuh dari tangannya. "Akak yakin mesti orang jahat itu dah lupa nama kitalah. Lagipun, ada abang Gopal akan melindungi Yaya nanti..."

   Panas wajah Sina Yaya mendengar usikan berterusan daripada Alia. "Akak ini... malaslah nak kawan. Akak cakaplah seorang diri dekat sini. Yaya nak masuk rumah."

   Alia tergelak melihat reaksi Sina Yaya. Dia laju mengejar Sina Yaya yang ingin masuk ke dalam halaman rumah. "Ala, Yaya. Akak gurau sahajalah. Memang Yaya nak kahwin dengan abang Gopal Hollywood Yaya itu kan?"

    "Akaaak..."

   "Yalah. Yalah."

   Tanpa disedari mereka berdua, seorang perempuan berambut panjang ikal mayang memerhati mereka dari pokok bertentangan rumah Sina Yaya. Memastikan sahaja dua wanita itu masuk ke dalam rumah, perempuan itu pergi daripada situ.

...

   Permandangan langit berwarna biru kini diganti dengan warna malam dengan hiasan bintang-bintang. Bulan memunculkan diri dengan menenangkan hati yang gusar dan menjadi peneman buat orang menghidap Isomnia.

   Sebuah cawan berisi jus oren diletakkan di atas lantai. Walaupun ada sofa yang disandarkan di dinding, entah kenapa empunya diri suka makan atas tikar. Mahu aura zaman Melayu Melaka agaknya.

   Gopal membuka aplikasi What's app di dalam telefonnya dengan televisyen menyiarkan siaran bola dibiarkan terbuka. Sudah solat Isyak, sunat Witir semua, marilah kita berehat sekejap sebelum tidur.

   Urat-urat muncul di dahi Gopal tatkala membaca salah-satu nama kumpulan What's app miliknya. Ah, ini mesti kerja si Afiq Nazreen itu!

TheTarzansTapiGopalSingle

Nafiq
Ngam-ngam. (emoji simbol bagus) 👍🏻

Hoi, tukar balik! Jahanam betul.

Nafiq
Kita tak boleh tukar kenyataan, Gopal. Terima sahajalah.

😑 (Emoji muka menyampah)

Tunggulah aku dapat isteri lagi lawa daripada isteri kau.

Nafiq
Eh, tak akan wujud perempuan macam itu tau.
Natasha merupakan permaisuri yang tak dapat diganti.

Cewah.

   Gopal tersenyum melihat mesej yang diterima dari Afiq. Sedikit jus oren dihirupnya. Lagipun memang begitu reaksi lelaki kepada wanita yang dicintainya. Matanya terbeliak apabila menerima mesej seterusnya.

Rizal Anak Dua
Jangan tinggal isteri kau dekat pasar raya sudahlah.

Wey, Rizal. Jangan merajuk, wey. 🤣

Aku dah ambil kau tadi, kan? Kosong-Kosonglah kita maknanya.

Nafiq
Ush, Rizal kena tinggal ke?

Rizal Anak Dua
Taklah, aku tengah beli hadiah untuk isteri aku. Lepas itu boleh pula kawan baik kau tinggal aku dekat sana.
Nasib aku ini jenis bersabar orangnya.

Alhamdulillah, bagus itu sahabat.

Rizal Anak Dua
Kurang asam punya SINGLE.

Nafiq
Ayo, Rizal marah. 🤣

Wey, Rizal. Aku janji
tak tinggal kau dah. 🤣

Jangan taip single itu semua capslock. Sampai hati kau. 😭

   Lagipun aku mana ada single. Aku dah jumpa pere...

   Taipan Gopal terhenti seketika. Senyuman pahit dilahirkan. Teringat pada gadis yang dijumpainya pagi tadi. Wajahnya betul-betul iras dengan wanita yang dia tunggu selama bertahun lamanya.

   Entah ingatkah gadis itu kepadanya. Ataupun gadis itu sudah berpunya.

Rizal Anak Dua
(Menghantar rakaman suara)

   Gopal terkeluar dari laut lamunannya. Kedengaran rakaman suara anak perempuan Rizal, Basirah dihantar oleh si Rizal sendiri. "Ampai ati uncle Gopal inggal ayah. Inta aaf karang."

   "Ha, dengar itu Gopal." Suara Rizal mencelah sebelum rakaman ditamatkan.

Nafiq
Rizal pergunakan anak. 🤣

Itulah. Mana adil. Aku mana ada anak sebelah aku. Anak nyamuk adalah.

   "Yalah, uncle minta maaf." Gopal merakam suaranya lalu dihantar ke dalam kumpulan What's app itu.

   Gopal sempat berdoa di dalam hati, 'Ya Allah, kalau benarlah Sina Yaya itu jodoh buatku, dekatlah aku dengan dia dengan cara yang terbaik. Engkaulah sebaik-baik perancang.'

  Gopal berdesis perlahan. "Sina..."

  "YAYA!"

   Terhinjut bahu Sina Yaya saat gegedang telinganya menyambut panggilan ibunya. Nasib tidak tersedak. Perlahan-lahan Sina Yaya menelan segala makanan ke dalam tekaknya. "Ya, ibu?"

   "Banyak kali ibu panggil. Ibu nak tanya, kenapa putuskan pertunangan dengan Jamsyir? Majlis perkahwinan itu dua minggu hadapan, bukan?" Puan Finna menyoal namun nadanya seperti menahan amarah.

   Masakan tidak, hampir gugur jantung semasa menerima panggilan dari kawan baiknya tadi. Dengan barang hantaran yang masih belum dibeli, masalah ditambah dengan anak daranya sendiri... hish, serabut!

   Encik Siao Afiq memandang wajah anak daranya, meminta kepastian. "Putuskan pertunangan? Kenapa dibuat macam itu, Yaya?"

   Walaupun suara ayahnya tidak segarang ibunya, Sina Yaya takut hendak bertentang mata dengan salah seorang dari mereka. "Yaya... Yaya tak nak kahwin dengan Jamsyir."

   Nada suara Puan Finna menjadi sedikit lembut. "Kenapa, sayang? Jamsyir baik tau. Kerja pun elok. Bagus pula agamanya. Mesti boleh teman Yaya sehingga akhir hayat Yaya. Lagipun Yaya dah tunang dengan dia tahun lepas lagi."

   Sina Yaya menyembunyikan helaan nafasnya. Ini yang membuatkan dia terasa lemah! Gadis sepertinya mana sanggup untuk menuturkan kata untuk melukakan hati ibu bapanya. Tetapi, hatinya bagaimana?

  "Yaya tahu dia baik... ibu... ayah. Tapi Yaya tak nak kahwin dengan lelaki yang Yaya tak cinta." Sina Yaya cuba menolak dengan cara yang tidak mematahkan hati kedua orang tuanya.

  "Cinta boleh dipupuk lepas kahwin, sayang. Ibu dengan ayah..." Bicara Puan Finna dipotong oleh Encik Siao Afiq.

   "Awak jangan memandai, ya? Kita pun kahwin atas dasar cinta. Jangan reka cerita kalau nak buat anak dara kahwin." Puan Finna mencebik mendengar kata-kata Encik Siao Afiq. Baru nak pujuk si anak dara... si bapa pula menyibuk.

   Mendengar ayahnya selesai mengujarkan kata, Sina Yaya lantas mengambil kesempatan. "Ha, ibu dengan ayah pun kahwin atas dasar cinta. Abang dengan Kak Alia pun sama. Takkan Yaya tak boleh?"

   "Zaman dulu lain... zaman sekarang lain." Puan Finna menyuap nasi berlauk ikan tiga rasa ke dalan mulutnya. Nanti sejuk pula nasi ini. "Mana tahu Yaya pilih lelaki yang salah ke."

   Sina Yaya pantas menidakkan. "Tak, Yaya... maksud Yaya. Insya-Allah, Yaya tak akan pilih lelaki yang salah. Yaya tak..."

   "Jamsyir boleh jaga Yaya dengan elok, sayang. Lagipun ibu Jamsyir, Puan Maisara, ibu dah kenal lama dah. Tak adanya drama ibu mertua benci dekat menantu. Dia pun kenal Yaya lama dah." Puan Finna cuba meyakinkan Sina Yaya dengan pilihan tepatnya.

   Memanglah drama ibu mertua benci pada menantu tiada. Drama kahwin paksa ini ada pula.

   Encik Siao Afiq membela Sina Yaya, sekaligus memberikan Sina Yaya kesempatan untuk makan. "Awaknya. Tak payahlah memaksa dia. Kenapalah nak dikahwinkan sangat dengan anak kawan awak itu."

   Puan Finna membalas. "Awak pun sama. Saya dah janji dengan Maisara. Tak akan saya nak mungkir janji pula. Lagipun saya kenal Jamsyir. Buatnya Yaya pilih lelaki yang tak baik?"

   "Yaya ada lelaki pilihan Yaya sendiri. Yaya tak nak kahwin dengan Jamsyir." Tegas Sina Yaya mempertahankan pendiriannya. Tanpa disangka, dia terlepas kata.

   Serta-merta dirinya menjadi tumpuan. Aduhai makan petai betullah! Kalau dia tahu akan jadi begini, baik dia makan atas surat khabar di ruang tamu sahajalah.

  "Siapa lelaki pilihan Yaya itu?" tanya Encik Siao Afiq kepada Sina Yaya yang sudah berpeluh lebat itu.

   "Jangan kata..." Puan Finna sengaja memberhentikan ayatnya. "Lelaki itu? Yaya. Yaya kenal dia pun melalui what's app. Tidak mungkin dia lelaki yang baik. Mana tahu sekarang dia dekat kelab malam?"

   "Ibu..." Panas hati Sina Yaya ketika ibunya menuduh Gopal macam itu. Walaupun dia tahu Puan Finna sedang berasap disebabkan dia berdegil tidak mahu kahwin dengan Jamsyir.

    "Baiklah. Baiklah. Macam ini. Ayah dengan ibu bagi Yaya peluang. Kalau Yaya dapat bawa lelaki yang Yaya suka itu pada ibu dan ayah... Dan ibu dan ayah suka. Dalam masa lima hari ini. Yaya tak payah kahwin dengan Jamsyir." Encik Jamsyir memberi sebuah cadangan.

   Puan Finna menambah. "Dan kalau tidak, kahwin dengan Jamsyir. Tiada bantahan."

   Terkedu Yaya dibuatnya. Meskipun dia tidak berapa yakin, Yaya segera mempersetujui. "Baiklah, Yaya setuju."

   Encik Siao Afiq menghela nafas lega dengan satu senyuman. Ha, barulah boleh makan dengan aman. "Ha, dah, dah. Semua bersetuju? Sambung makan."

   "Macam itulah jadi, kak Alia. Macam mana ini? Takkan Yaya nak ketuk rumah dia lepas itu ajak kahwin. Mesti dia ingat perempuan mana tiba-tiba ajak dia kahwin." Panjang lebar Yaya meluahkan masalahnya kepada Alia di sebalik telefon.

   Alia kedengaran terdiam seketika. Mungkin mengangguk-angguk faham barangkali. "Apa susah. Kalau tak nak ketuk, rempuh sahaja pintu dia dan kata. 'Wey, aku suka kau. Jom kahwin'. Mesti berbahagia lepas itu."

  "Akaaak..." Hendak menangis Sina Yaya melayan sengal kakak iparnya ini.

   "Yalah. Yalah. Tetapi tegas juga ya ibu? Masa jumpa ibu dulu, tak adalah garang macam itu. Cuma banyak soalan yang dia tanya sebelum kahwin dengan abang Yaya dulu." Alia memberi komen sikap Puan Finna berdasarkan cerita Sina Yaya.

   Keluhan Sina Yaya lepaskan. "Ibu okey sahaja sebenarnya tetapi bab kahwin itu ibu tegas sedikit. Yalah, sejak Mak Su tersilap kahwin... itu traumanya."

   Adik ibunya, Puan Fanna berkahwin dengan lelaki CEO. Ya, memanglah dengar macam wah, mesti bahagia, bukan? Tidaklah, lelaki CEO itu telah menjadikan Puan Fanna sebagai isteri keempatnya.

   Jangan risaulah, Puan Fanna sudah lahirkan anak pertamanya dengan lelaki CEO itu. Bahagia sahaja hidup. Puan Finna yang lebih-lebih.

   "Hrm... betullah itu." Alia hanya mengiyakan. Dia pun hampir kena mengorat dengan suami Puan Fanna. Dasar miang punya lelaki!

   "Macam mana ini akak? Lima hari kot! Macam mana nak jumpa dengan dia? Rumah dia pun Yaya tak kenal." Yaya meminta pendapat Alia. Dia betul-betul buntu.

   Corong telefon itu juga sunyi tanpa balasan suara. Mungkin Alia turut berfikir sama. "Ha, akak ada idea. Dia kerja Grabfood, kan?"

   Sina Yaya mengangguk walaupun Alia tidak melihat. "Ya, kenapa?"

   Alia memberikan ideanya. "Apa kata esok Yaya order makanan dari Grabfood. Mana tahu, ada jodoh ke. Boleh jumpa dengan abang Grabfood Yaya itu. Bincang masa lalu, ajak kahwin. Settle masalah."

   Mata Sina Yaya bersinar, saat terlihat masa depan yang cerah buatnya. "Ha'ahlah. Akak memang bijaklah! Esok Yaya boleh jumpa dia. Dan..." Ah, sudah! Wajah Sina Yaya kembali merah.

   "Kahwin!" sorak Alia dengan penuh semangat di lain talian.

   "Akaaak..." Berbahang wajah Sina Yaya cuba menafikan.

   "Baiklah bakal pengantin. Abang Yaya dah panggil. Bye, muah!" Tanpa sempat Sina Yaya mematikan panggilan, Alia telah memutuskan panggilan terlebih dahulu. Mesti sebab Siao Fang dah masakkan makanan. Fikir positif, semua...

   Sina Yaya tersenyum beserta semangat baharu. Esok semuanya akan berubah. Tidak perlu dia berkahwin dengan Jamsyir. Kalau ada jodoh, dia akan kahwin...

   Gopal bersarung baju pengantin baru dicipta di dalam memori. Makin merah seperti tomato wajah Sina Yaya dibuatnya. Segera dia sebamkan wajahnya ke bantal untuk hilangkan malunya.

   Esok paginya, Sina Yaya terus memenuhkan storan telefon selepas Subuh dengan memuat turun aplikasi Grab - Transport, Food Delivery, Payment. Isi akaun apa semua.

   Tepat pukul sepuluh pagi, dia memilih makanan untuk dihantar kepadanya. Dia tidaklah suka sangat memesan makanan melalui talian, namun... err, hehehe. Terpaksa.

   "Eh, tak apa. Biar ibu buat." Puan Finna menegah Sina Yaya yang ingin membantunya menyidai kain. Entah mengapa bersemangat semacam Sina Yaya hari ini... atau ingin mengambil hatinya?

   Sina Yaya tersengih-sengih. "Biarlah Yaya tolong ibu. Ibu pergilah buat kerja lain. Biar Yaya sidai kain."

   Puan Finna menggeleng, perlahan. "Hah, suka hati kamulah. Ibu nak masuk dalam kejap. Jangan terpijak baju itu sudahlah."

   Sina Yaya memuncung mulutnya. "Mana ada Yaya cuai macam itu." Kain batik diambil dari bakul itu dan dikibasnya perlahan. Melihat Puan Finna melangkah masuk ke dalam rumah, entah kenapa dia tersenyum sendiri.

   Lagipun kalau betul di... eh, maksudnya. Kalau betul penghantar makanan datang. Mesti berkerut dahi Puan Finna. Yalah, dalam rumah ini tidak pernah pula ada orang pesan makanan atas talian.

   Sampai sahaja pada kain sidaian yang terakhir, sebuah motor penghantar makanan berlogo GrabFood berhenti di hadapan pagar rumahnya. Sina Yaya menuju ke pintu pagar seraya cuba mengawal rasa terujanya.

   'Abang Gopal...' Sina Yaya bergumam di dalam hati.

   Lelaki penghantar makanan itu membuka helmetnya. Hati Sina Yaya menjadi hampa dan layu melihat mata lelaki itu tidaklah seperti yang dia kenali. Dan kulit lelaki itu bukan coklat manis tetapi kuning langsat.

    "Ini dia MyBox Classic Np cik. Semua sekali 25 ringgit." Lelaki itu menghulur bungkusan makanan yang dipesan oleh Sina Yaya yang menunduk itu. Hendak kata dia tidak hensem, tidaklah pula.

   Ke betul Sina Yaya tidak pandang dia sebab dia tak hensem? Ah, kalau perempuan lain pun pandang dia tidak hensem, apatah lagi pujaan hatinya! Okey, gurau.

   "Terima kasih." Sina Yaya menghulur sekeping dua puluh ringgit serta lima ringgit kepada penghantar makanan itu. Lelaki itu hanya menyambut lalu menyimpan ke dalam poketnya. "Sama-sama."

   Melihat lelaki itu berbalik ke motor, Sina Yaya mengetap bibir. Lepaskan peluang... dia akan berkahwin dengan Jamsyir! Mahu bertanya... adakah benar lelaki itu mengenali sang dia?

   Yaya melaungkan satu soalan. "Kenal Gopal tak? Dia kerja satu pejabat dengan encik?"

   "Satu pejabat? Amboi, cik! Ingat kerja grab ni macam kerja pejabat ke?" Terkulat-kulat gadis itu mendengarnya. Perasan perubahan Sina Yaya, lelaki itu tergelak kecil lalu berpusing ke belakang. Lelaki itu kelihatan berfikir sejenak. "Gopal? Gopal Khadeen ke?"

  Gopal Khadeen? Gopal mana tu? Ragu-ragu Sina Yaya ingin membenarkan. Lagipun dia tidak tahu nama Islam lelaki itu. Ah, adakah takdir dia akan berkahwin dengan Jamsyir? Tidak mahu!

   Lelaki itu sempat membetulkan mask yang dipakainya sebelum mengujarkan kata. "Kalau kenal... saya ada nombor telefon dia. Yang mualaf itu kan? Ha, saya ada."

   Sina Yaya mengukir senyuman lega. Hatinya terasa berbunga mendengar tutur bicara lelaki di hadapannya. "Ya, Gopal itulah. Boleh bagi nombor telefon dia?"

  

 

















💓💓💓

Baru Bab 3, penulis dia sudah tersengih macam orang gila walaupun single. Apatah lagi bab seterusnya. Mesti kebas mulut aku nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro