Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29 | EL

                  MATA Gopal meneroka sekeliling kedai itu. Jadi, ini kerja baharunya. Seorang perempuan dan tiga lelaki termasuk Siao Fang mendekatinya tetapi masih menjaga perjarakkan. Oh, tidak dilupa seorang perempuan berbangsa cina yang berada di kaunter meja!

   "Jadi... ini ke penghantar makanan kita?" Seorang lelaki bertahi lalat di bawah mata kirinya meminta kepastian daripada Siao Fang. Sekali-sekala dia menguap di sebalik topeng mukanya.

   "Macam tak layak sahaja bertugas kat sini." Gadis cina itu selamba memberi pandangan kepada lelaki berbadan besar jauh darinya. Tidak semena-mena, batang penyapu terkena dadanya. "Uhuk! Uhuk!"

   "Yang baling penyapu tadi, Amanda." Siao Fang mengenalkan Amanda yang memakai tudung itu. "Sebelah Amanda itu pula suami dia, Fitri."

   Gopal menunduk sedikit sebagai salam perkenalan. Ush, penghuni rumah si Jack itu pun dah kahwin, orang hadapan aku pun dah kahwin, Siao Fang pun dah kahwin... eh, aku bukan dah kahwin ke? Ah, kau oranglah yang baca ini singlet lagi.

  "Yang nampak depress ini pula Qafael."

   Lelaki bertahi lalat ini hanya mengangkat tangan saat namanya disebut. Jelas ada lebam di bawah matanya. Berapa lama tidak tidur budak ini?

   "Dan duduk dekat kaunter itu pula Kang Ji..." Sesi saling kenal-mengenal dihentikan oleh gadis cina itu sendiri. Dia membetulkan namanya dengan penuh angkuh. "Nama beta ialah Puteri Hang Li Po. Jadi, kamu rakyat jelata kena panggil beta, Hang Li Po." Rambutnya diselak penuh bergaya di akhir kata.

   "Kang Jian kerja jaga kaunter." Qafael menyambung sesi mengenal nama yang tergelanda tadi.

  Hang Li Po secara drastik bangun dari duduknya. "Kamu jangan berani sebut nama palsu beta, wahai rakyat derhaka! Kamu patut dihukum pancung!"

   "Pakai masklah, Hang Li Po! Nanti istana nak buka pukul 8 pagi." Amanda memberi peringatan.

   Gopal memerhati kekecohan yang berlaku selepas 10 minit dia masuk ke kedai itu. Dari sudut hatinya, dia merasakan... inilah keluarga aku yang terpisah! Semuanya gila-gila dan lawak hambar macam aku!
  
   Satu titisan air mata kegembiraan keluar dari mata kanannya.
  
   "Eh, kau okey ke? Kenapa kau menangis?" Fitri mulai risau melihat Gopal menangis tiba-tiba. Dia ketakutan ke sekarang ini?

   Siao Fang memandang kosong Gopal yang menangis sambil ditenangkan Rizu. Yang dia tidak senang duduknya, Gopal menangis bersama senyuman kesyukuran! Sebab inilah dia rasa serba-salah hendak membawa Gopal ke kafe milik isterinya...
  
    Semuanya kaum-kerabat tarzan di sini!

    "Macam aku kata tadi, ini penghantar makanan kita, Gopal Khadeen, adik ipar aku. Ya, dia mualaf. Kau orang boleh panggil dia..." Siao Fang sempat mengangkat tangan bila mulut Gopal gatal ingin menutur bicara. "Gopal. Dia kehilangan kerja jadi dia kena duduk di sini buat sementara waktu."

   Gopal tersengih-sengih. Saat dia membuka mata, semua pandangan simpati beralih kearahnya.

   "Kau kena hilang kerja? Habis itu kau kerja apa sekarang... eh, kerja sinilah. Apalah aku ini. Tetapi kau duduk dekat mana?"

   "Memandangkan tuan hamba nampak menyebalkan, beta akan berkenan untuk ambil kamu jadi pembantu beta."

   "Nak aku dan suami aku bagi bantuan ke?"

   "Aku tak tahu nak cakap apa," suara Qafael.
  
   "Tak, tak aku okey sahaja. Lagipun aku tinggal dekat rumah mertua aku sekarang. Ada bantuan dah diterima jadi susah-susah kau orang sahaja hendak bagi bantuan pada aku." Gopal mengangkat tangan separa dada, tanda tidak mahu. Tiba-tiba, jari telunjuknya diangkat. "Ha, lagi satu! Aku pandai masak!"

   "Oh, sama macam Fitrilah." Jangan risau, meskipun nada suara Qafael langsung tidak bersemangat, tuannya baik orangnya.

   Siao Fang segera menenangkan keadaan. "Dah, dah. Semua kembali ke posisi masing-masing. Gopal, kau boleh guna motor aku untuk hantar makanan. Kerja ini macam Grabfood juga." Siao Fang memberi segugus kuncinya ke arah Gopal. Kalau hilang, mahu aku lempang budak ini guna batang penyapu.

   "Oh, terima kasih." Gopal memasukkan kunci itu ke dalam poketnya. Sambil itu matanya memerhatikan keadaan di dalam kedai itu. Fitri udah masuk ke dalam ruangan dapur, Kang Jian bermain dengan telefon ditegur Amanda.

   Siao Fang sudah menterbalikkan papan 'Tutup' menjadi 'Buka'. Dia berpaling ke arah Gopal yang tercengang seperti patung cendana. "Duduk jelah dekat meja itu. Sambil tunggu panggilan. Berdiri selalu lenguh kaki nanti."

   "Oh, ingatkan kena berdiri macam pengawas sekolah." Gopal berseloroh sebelum mengambil tempat bertentangan Qafael. Yalah, nampaklah beradab sedikit walaupun dia main tidur sahaja  zaman sekolah dahulu.

   Eh, macamlah kau orang tidak pernah buat.

   Namun, tidak sangka huluran bantuan ini baik sebegini rupa. Ingatkan orang dekat kedai ini serius dan tidak bermaya sama macam Siao Fang. Hari ini pun dapat pertanyaan dari jiran malah ada yang sanggup memberi pertolongan. Ada juga sebelah keluarga Sina Yaya yang turut memberi sama. Rasa segan pun ada.

   Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, bukan?

  "Adeh!" Gopal mengaduh kesakitan apabila sebatang pen dibaling ke dahinya. Dia memandang Qafael tidak puas hati sebelum matanya memandang ke kertas yang dipegang lelaki itu.

   Qafael meletakkan di hadapan Gopal. "Ni alamat. Nanti Fitri bagi makanan, kau boleh hantar." Tidak semena-mena kertas kecil itu jauh dari meja mereka. Amanda dan Kang Jiang hanya memandang kosong Qafael dan Gopal yang berebut mahu ambil.

   Macam budak-budak sahaja.

   Sementara itu...

   "Apa? Pāṭṭi masukkan 5000 ringgit dekat akaun Gopal?" Sina Yaya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia duduk di kerusi dapur jadinya. "Tidak menyusahkan pāṭṭi ke? Pāṭṭi kan baru sahaja masuk Islam?"

   "Tak adalah susahkan pāṭṭi. Bukannya pāṭṭi rompak bank dan beri dekat kamu." Puan Sarindi cuba bergurau. Tetapi nenek ini bukan boleh kira, mana tahu dia betul-betul curi duit bank ke. "Lagipun amalan sedekahkan dapat pahala. Jadi pāṭṭi nak cuba amalkan."

   Sina Yaya menguntum senyum lembut. "Yalah, terima kasih nenek ipar saya! Hehehe, mesti Allah sayang pāṭṭi. Orang yang baru masuk Islam kan, bagai dilahirkan semula... tiada dosa. Cemburu juga rasa." Gelakan kecil terlepas dari mulut wanita itu.

   "Tak payah cemburu. Bukannya dapat apa pun. Macam mana dengan Gopal? Tak akan dia duduk bermalas sahaja dekat sofa. Tak cuba cari kerja lain ke?" Walaupun nada tua itu masih lagi sarkistik, sudah timbul rasa kasih di dalam hati Puan Sarindi. Maklumlah, rumah cucunya baru sahaja lepas dibom.

   "Kalau dia malas-malas, Yaya cubit dia nanti. Kalau kerja itu, dia jadi penghantar makanan dekat cafe kakak ipar Yaya. Jadi, pāṭṭi tidak perlu risaulah," terang Sina Yaya. Kadang-kadang dia melukis muka orang yang tidak berapa jadi di atas helaian tisu.

  "Yang letupkan rumah kamu itu, dah kena tangkap ke belum? Siapa yang berdendam sangat dengan kamu?"

   Pen yang bergerak di atas tisu itu terhenti. Sina Yaya mengawal suaranya supaya kelihatan tenang. "Uh... tak tahulah siapa yang letak bom dekat dalam rumah. Polis pun tidak jumpai lagi siapa yang letak bom itu jadi Sina Yaya pun tak boleh nak kata apa..."

   Dia sendiri tidak suka ditipu namun kali ini dia yang menipu Puan Sarindi.

   Talian senyap buat seketika sebelum satu soalan diujarkan. "Kamu... sembunyikan sesuatu, bukan?"

   Sina Yaya masih berdalih. "Sembunyikan? Tak adalah, kenapa hendak sembunyikan?" Aduh, ayat kau pun berbelit-belitlah Sina Yaya. Panik sangat sampai tidak sempat menyusun ayat!

   "Pāṭṭi, baju tidak boleh betulkan. Samantha dah cuba buat, tapi tak betul-betul pun! Sedihlah macam ini?"

   "Lah... betulkan baju pun hendak sedih-sedih ke?" Puan Sarindi kembali ke perbualan mereka. "Tak apalah. Pāṭṭi nak betulkan baju Samantha ini. Nanti kita berbual lagi."

   Sina Yaya menarik nafas lega. Syukurlah Samantha pada masa ini tidak pandai terbalikkan baju. "Okey, pāṭṭi. Dengar suara Samantha macam sedih bebenor itu."

   "Dulu, pāṭṭi selalu buat masalah pada kamu. Tapi... kalau bila-bila rasa ada masalah, boleh sahaja mengadu pada pāṭṭi, okey?" Buat pertama kalinya, Sina Yaya tersentuh bercampur terharu apabila mendengar dari suara Puan Sarindi sendiri.

  "Oh... okey. Terima kasih sekali lagi ya, pāṭṭi."

  Panggilan diletakkan.

  Satu kaki bulu tidak semena-mena menyentuh pipinya. Ditoleh ke tepi, rupanya Puan Finna mengangkat Kya kepadanya seraya tersenyum. Sina Yaya membawa Kya  ke ribanya. "Eh, kenapa bawa Kya datang kat Yaya ini? Ada apa-apa ke?"

   "Memang ada. Kucing kamu itu... Kaiya? Kaya? Pelik-pelik letak nama kucing itu. Macam roti kaya bunyinya." Sina Yaya tersengih terhadap perlian ibunya. Memang sengaja letak nama Kya. Nak nama kucing lain daripada yang lain katakan.
  
   Puan Finna mencapai cawan di rak dapur. "Dia masuk bilik ayah tadi. Habis terhanchum hanchum ayah awak bila kucing masuk. Orang nak mengajar jadi asyik terbersin."

   Sina Yaya menoleh ke arah Kya yang membuat muka tidak bersalah. Dipukul perlahan badan kucing betina itu. "Kya masuk bilik ayah? Tahu ayah alergik masuk juga. Apa ni! Apa ni..." Masalahnya Kya langsung tidak kisah! Bukan bapa dia.

   "Apa ni. Apa ni. Padahal dia yang tak jaga kucing dia." Puan Finna mengisi air teh pada penapis air panas Coway. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan Sina Yaya sambil mengacau teh. "Macam mana dengan Gopal? Dia ada call ke fasal kerja."

   Sina Yaya mengerling ke arah jam dapur. "Baru pukul sebelas pagi. Mestilah abang Gopal sibuk bekerja. Nanti kira curi tulang pula kalau cakap masa bekerja." Padahal masa dulu-dulu, selalu Gopal telefon masa dia hantar tudung. Rindulah katakan.

   "Manalah tahu anak muda zaman sekarang. Baru tidak jumpa berminit, dah bergayut pada telefon. Tengok Sina Yaya pun makin manja sekarang." Puan Finna sengaja mengusik anak daranya. Masa inilah dia dapat meluangkan masa dengan Sina Yaya selepas anaknya itu berkahwin.

  Sina Yaya menafikan. "Mana ada Yaya manja." Tangannya sibuk membelai tubuh Kya semasa mulutnya bercakap. Tengok ke Kya, teringat pula si Gopal. Harap-harap abangnya tidaklah membuli Gopal. Mana boleh percaya Siao Fang ini.

   "Ha, tengok. Mengelamun."

   "Mana adaaa..."

   "Meow."

...

   Skrin telefon itu bertemu dengan tapak sofa setelah ditolak tiba-tiba oleh Kya. Sina Yaya cepat-cepat meletakkan telefonnya ke posisi menyandar semula. "Kya, jangan tolak macam itu sahaja. Tak baik kacau."
  
   Kya hanya membalas dengan ngiauan sahaja. Nanti balas dengan perkataan boleh pengsan pula Sina Yaya.

   Terpapar Habri dan Alia yang bermuka secara atas talian. Habri siap bersongkok pasti baru selesai solat Mahgrib. Dalam dewan masjid, sempat lagi bervideo call dengan keluarga. Sambil makan mi goreng, sambil tunggu azan Isyak nanti.
  
   Haih... topeng muka pun ditarik ke bawah dagu. Tak apalah. Tengah makan... tetapi, mesti dielakkan.

   "Yayaaaa... oh, betullah awak tinggal dengan rumah Mak Long. Eh, mana suami awak? Tak nampak pun kelibat dia?" soal Habri selepas habis memeriksa situasi di belakang Sina Yaya. Adalah dengar bunyi ketung ketang di dapur. Nak kata pak longnya, mesti berada di masjid.

   Belum sempat Sina Yaya menjawab, Alia  sudah terlebih dahulu menjelaskan. "Rasanya baru balik. Sekarang kan pukul lapan sepuluh minit malam. Ini tuan punya penjaga kedai dah balik solat, kejap lagi Gopal baliklah itu."

   "Fuh, ditanya sembilan patah perkataan, dijawab berpuluh-puluh patah." Habri menyelit di akhir penerangan Alia dengan satu gurauan. Satu gulung mi disuapkan ke dalam mulutnya.

   "Eh, orang bagi jawapan itu bersyukurlah. Makan mi elok-elok nanti tercekik tidak fasal-fasal tok imam nak angkut kau ke hospital." Alia terdiam untuk beberapa saat sehingga dia teringat sesuatu. Bersama nada yang teruja, dia bertanya. "Eh, macam mana dengan bakal bini baru kau? Apa nama dia... Raiy..."

   "Ha, Raisha kan?" Sina Yaya masih mengingati nama perempuan yang diberitahu Habri.

   Tersedak serta terbatuk-batuk Habri tatkala nama itu disebut. Puas mengurut dada, Habri mengangkat muka memandang wajah Sina Yaya dan Alia di skrin. "Dia bukan bini baru sayalah. Lagipun kita orang... okey sahaja."

   "Okey? Okey macam mana itu? Okey nak jadi sepupu ipar ke macam mana?" Sina Yaya seolah-olah mengusik Habri, dalam masa yang sama... dia nak tahu juga perkembangan OTPnya.

   "Okey macam... okey sahajalah." Habri seperti enggan menjelaskan. Malah, air mukanya menampakkan seperti sayu sedikit.
  
   Senyuman sepupunya yang pudar itu mendapat perhatian Sina Yaya. "Ada apa-apa jadi ke Habri?"

   Alia yang perasan riak wajah Habri segera menukar topik. "Tapi kan, suami kau Yaya memang tip toplah. Tip top itu bukan nak suruh kau kongsi dengan aku. Dia jadi penghantaran makanan yang bagus sekali dekat cafe akak."

   Sina Yaya mengerutkan dahi. "Akak cuba tukar topik, kan?"

  Menitik peluh Alia ke katil. "Tak adalah. Akak cakap benda fakta. Hari ini pun dah 10 penghantaran dah dihantar dari rumah ke rumah. Penghantaran itu termasuk dengan order buka puasa sekali."

   Entah mengapa terasa bangga di dalam hati Sina Yaya. Suami aku itu! "Mestilah, abang Gopal kan pernah kerja Grabfood dulu."

   "Pergh. 'Abang' Gopallah sekarang." Alia menunjukkan perangai tidak senonohnya dengan mengigit bibir bawah selama satu saat. "Jangan lupa bila 'abang' Gopal balik layan dia elok-elok, tau!" Tangan lemah gemelai menyentuh skrin seperti menyentuh bahu Sina Yaya.

   Pipi Sina Yaya memerah. "Ish, apa kata macam itu. Akak cakap ini mesti akak pernah buat dengan abang, kan?"

   Puan Finna yang sudah basah dengan air sembahyang menjenguk skrin telefon Sina Yaya. "Oh, cakap dengan dia orang ini. Ingat siapalah cakap-cakap sampai pakai tudung." Sina Yaya hanya tersengih sahaja.

   "Assamualaikum! Delivery!"

   "Eh..." Puan Finna menoleh ke arah Sina Yaya. "Yaya ada order ke malam-malam ini?"

   "Tak adalah, Yaya mana pernah order apa-apa. Itu mesti abang Gopal punya." Sina Yaya sudah mempamerkan wajah teruja yang tidak mampu disorok. Dia beralih ke arah telefonnya.

   "Seronoklah itu suami dia dah balik."

   "Hehehe... bye."

   Panggilan ditamatkan.

   Di luar ditemani cengkerik, Gopal sudah bersedia menunggu di hadapan pintu. Meskipun penat, masih meluang masa untuk bercanda dengan isterinya. Kalau Puan Finna yang buka buat malu sahaja dia.

   Harap Sina Yaya yang buka...
  
   Harap Yaya yang buka...

   Harap Yaya yang buka...

   "Kenapa encik delivery datang malam-malam buta ini?" Yes, Sina Yaya yang buka pintu!

  "Lah, macam mana awak dapat cam suara saya?" Gopal pura-pura sedih. Padahal dia kerap kali menggunakan cara ini bilamana tiba di rumah.

  "Tak pernah lagi orang sebut 'ada penghantaran' masa hantar barang. Mesti bagi salam dahulu sampai orang muncul dekat pintu." Gopal termenung sekejap mendengar tutur kata Sina Yaya. Maknanya, aku seorang sahajalah yang buat begitu?

   "Yang dekat luar itu nak sweet sahaja ke? Tak mahu masuk dalam?" Puan Finna menegur kelakuan dua pasangan itu di kaki tangga barulah dia naik ke atas. Takut-takut kalau tidak ditegur, kekal di situ sampai ke subuh.

   "Eh, lupa pula nak bukakan pintu" Sina Yaya tersenyum sumbing lalu memasukkan kunci. Mulutnya kekal berbicara semasa pintu cuba dibuka. "Awak dah solat Mahgrib ke? Erm... saya dah solat dah. Takut awak dah solat jadi saya solat dulu."

   Gopal menepuk dahi. "Allah! Taklah. Baru teringat. Saya balik rumah nak solat terus." Gopal menjejak masuk ke rumah dengan bisikan salam diberikan. "Awak dah solat? Al... ah, tak apalah. Lagipun kira solat awal waktu, bukan? Nanti boleh solat terawih sama-sama."

   Baru sahaja mahu diluahkan kecewa tetapi rasa tidak matang juga. Lagipun Sina Yaya pun ada juga tolong keluarga mertuanya di rumah jadi mestilah kena solat awal untuk rehatkan badan.

   Yalah... sudahlah kelengkapan menjahit Sina Yaya rosak. Tidak mungkin dia mahu menambah beban pada Sina Yaya yang dia sendiri cipta.

   Gopal tersentak dari lamunannya apabila Sina Yaya menyikunya. Sina Yaya bercekak sebelah pinggang. "Yang termenung itu buat apa? Nanti terlepas solat tidak fasal-fasal kena qadha."

   Tangan Gopal menyentuh kepala Sina Yaya yang dilitupi tudung sarung. Kepala Sina Yaya dibelai perlahan sebelum bisikan lembut dituturkan. "Terima kasih."

   Melihat Sina Yaya yang terpaku, Gopal pantas menarik tudung Sina Yaya. Cepat-cepat dia berlari ke bilik agar tidak menghadap kemarahan Sina Yaya. "Saya pergi solat dulu!"

   Kya terjaga gara-gara sikap kanak-kanak ribena Gopal. Kucing itu melompat dari sofa dan menggeser kaki pada tuannya. Dia mendongak ke arah Sina Yaya yang berbahang wajahnya.

   Sina Yaya menekap pipinya. Degupan jantungnya yang tidak tentu arah segera ditenangkan dengan sekuntum senyuman. "Selalu buat macam tu..."
















♦️♦️♦️

Lepas periksa terus kena tulis sweet scene. Bukan tak suka tapi nanti aku sengih sorang-soranglah, ketuk mejalah. Dahlah itu, aku mana ada pengalaman couple.

Nasib lepas ni ada sedikit action scene. 🗿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro