Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 | EL

            SATU kad dihempas ke atas kad-kad aktif yang lain. Berbunyi meja kerana hempasan kad tersebut. Apabila dialihkan sahaja tangan, kad berkuasa itu ditunjukkan. Nampaknya kad itu bukan kad yang biasa-biasa, kad itu merupakan kad Uno kuasa empat!

   "Patutlah senyum-senyum tadi! Dah agak dah, mesti ada kad puaka ini!" Gopal merungut tidak puas hati sambil tangannya mengambil empat kad tambahan ke tangannya. Matanya menjeling Sina Yaya yang tergelak kecil seperti menang habuan besar. Kata tidak pandai main tadi.

  "Hahaha, saya sengaja simpan kad itu untuk masa akan datang. Itulah namanya startegi." Sina Yaya memberitahu rahsianya bermain kad Uno ini. Dalam masa yang sama, tidak perasan langsung kunci kejayaannya diketahui Gopal.

   "Oh, yakah? Ke ada lagi kad  macam itu dekat tangan awak?" Gopal sengaja bangun lalu menundukkan kad dipegang Sina Yaya tetapi berjaya dibawa lari oleh wanita itu. Sina Yaya menjelir lidah, mempermainkan Gopal. "Eh, mana boleh tengok!"
 
   Gopal hanya reda. Kerusi itu diduduknya kembali. Dia yang ajak main, Sina Yaya pula yang beria-ria. Ah, kita layankan sahajalah. Gopal membelek-belek kadnya seraya mulutnya bertanya. "Nak warna apa?"
 
   "Ikut awaklah."
 
  "Eh, apa hal ikut saya pula? Awak yang letak kad itu tadi." Walaupun hati Gopal masih merajuk, nada suaranya masih lagi dalam nada menyakat Sina Yaya.

   "Yalah, orang tanya sahaja." Sina Yaya diam sejenak, memikirkan. Warna pada kadnya ditelek sebelum berkata. "Warna kuninglah."
 
   "Tch, tak ada warna kuning pula. Sengaja, kan?" Nasib Gopal bukan mendapat simpati, bahkan menjadi penghibur kepada Sina Yaya. Tidak mengapa, Gopal. Kau tunggu situ. Aku hendak beli topeng badut untuk kau sebentar.
 
   Gopal mengambil kad-kad itu dengan rela hati. Sesekali dia memeriksa warna kad itu sehingga terjumpa warna dikehendaki. Walau apa-apapun, tidak salah dia serahkan juara kad Uno demi senyuman isterinya.

   Apa-apa sahaja yang mampu membuatkan Sina Yaya tersenyum, hatinya akan turutkan dengan gembira.

   Sina Yaya dengan bangga saat gilirannya tiba. Dua kad di tangannya sudah menunjukkan dia juara! "Uno Kad!" Satu kad diletakkan manakala Gopal hanya tayangkan muka pasrah.

   "Un..."

   "Meow." Kya menjatuhkan kad Pokemon ke atas susunan kad itu. Sepertinya kucing ini mahu bermain juga. Tanpa rasa bersalah menyelit akhir permainan, kucing itu memandang ke arah Sina Yaya. Nak orang umumkan dia pemenanglah itu.

   "Eh, mana dia jumpa kad Pokemon aku? Hilang dari universiti kot!" Gopal terburu-buru mengambil kad tersebut. Satu rumah dia mencari berpuluh-puluh kad yang hilang, boleh pula kucing ini jumpa sekeping kad dalam beberapa hari.

   Ke ada bisnes sesama kucing yang wujud ini?

  "Yay, Kya menang." Sina Yaya menepuk tangan berulang kali, mengumumkan pemenang iaitu Kya si kucing betina. Kya mengiau kesukaan mendengar hasilnya bermain beberapa saat tadi.

   Gopal menolak keputusan pihak juri. "Eh, mana aci. Dia baru masuk tadi, tiba-tiba dia jadi pemenang." Baru sahaja dia buat-buat kalah untuk Sina Yaya, senang-senang sahaja Sina Yaya agungkan kucing ini. Tidak adil betul.

   Tengok kucing itu, buat muka pula. (Sebab inilah Gopal tidak suka kucing, kucing pun tidak suka dia.)

  "Ala, awak ini. Dia perempuan, awak lelaki. Beralahlah. Ha, nak tengok spaghetti. Entah-entah dah lembut ke?" Sina Yaya bangun daripada kerusi menuju ke periuk yang direndam spaggheti.
 
   "Oh, spaghetti! Ah, larit sangat main kad ini." Mendengar hal itu, Gopal turut bangun dari duduknya. Kad itu pun ditolak tepi. Lupa pula dia bahawa dia menjadi chef tidak bertauliah kepada Sina Yaya. Resepi yang diturunkan kepada Sina Yaya pula resepi biasa sahaja... spaghetti carbonara.

  Buih-buih itu berhenti naik ke permukaan air   selepas api dapur ditutup. "Lembut dah ke?" Sina Yaya menyoal kepada 'chef arif' sementara spaghetti itu disentuh-sentuh oleh sudunya.

   Gopal menjenguk ke arah isi periuk itu. Topi jenama Adidas yang diambil dari mana disarung ke kepala. Mungkin dia tiada topi chef agaknya. "Ha, dah cucuk itu kira lembutlah itu. Keluarkan daripada periuk ini lepas itu letak dalam kitchen strainer."

   Otak Sina Yaya berhenti memproses maklumat menerima perkataan baharu itu. Dia berpaling ke arah Gopal. "Eh? Kitchen strainer itu apa benda?"

   Gopal yang tersedar, tergelak dengan kesilapannya sendiri. "Hahaha, sorry. Maksudnya bekas tapis sayur itu. Cuah isi periuk dalam itu. Terbawa-bawa pula istilah itu dekat sini." Maklumlah, dia dulu pernah menuntut ilmu masakan dekat universiti!

   "Lah. Benda alah itu nama kitchen strainer ke? Ingatkan bakul tapis makanan." Sina Yaya terasa kagum mendengarnya. Padahal dia tidak tahu benda itu dalam bahasa Inggeris. Bakul penapis sayur dan sebuah mangkuk diambil di rak dapur.
 
   Terlebih kembang hidung Gopal dibuatnya. Cubalah kawal sedikit inci keluasan itu semasa pujian diterima. "Hahaha, biasa sahaja sebenarnya. Ilmu yang saya ada ini, saya turunkan sahaja kepada awak." Yalah itu, Gopal. Yalah...
 
   "Baiklah chef pelatih, keluarkan bahan-bahan yang kita potong tadi. Kalau hendak masak Spaghetti kenalah ada bahan, kalau tidak memang kena order Grabfood dibuatnya." Gopal mula bertindak seperti chef profesional. Sebotol kecil minyak olive diletakkan di atas meja.

   Segala bahan-bahan sudah terpotong serta dikisar (kebanyakkan Gopal yang potong). Hanya tunggu masa untuk tuang dalam minyak panas sahaja. Apa ingat main kad Uno itu tiada langsung buat persiapan?
 
  "Tapi kalau saya order Grabfood, nanti awak kena hantar." Sengaja Sina Yaya menambah dengan tujuan menghiburkan suasana. Kya yang diletakkan di bawah mendongak-dongak ke atas. Apalah yang dia orang hendak buat itu?

   "Kalau macam itu, orang lain kena hantar depan pintu sebab pekerja Grabfood ini. Tapi kalau mamat itu yang hantar, memang saya terus tutup pintu." Gopal berseloroh dalam masa yang sama terserlit sindiran buat seseorang itu. Harap-harap kalau lelaki itu buat kerja, tidaklah terbersin-bersin.
 
   Malah Gopal sanggup ambil cuti hari ini demi membantu isterinya memasak. Berikan tepukan kepada chef Gopal! Namun jangan kuat sangat, takut terbesar lubang hidungnya.
 
   "Kenapa kena pakai olive oil ini? Minyak kelapa sawit tidak boleh ke?" tanya Sina Yaya. Tangannya sibuk menumis bahan-bahan di dalam kuali tersebut.
 
   Gopal menarik bibir ke atas, berfikir sebentar sebelum membalas persoalan itu. "Ada minyak yang sesuai dengan sesuatu masakan. Ada minyak yang sesuai pada merebus dan ada pula yang lebih kepada menggoreng sahaja. Sama macam minyak petrol, mana boleh guna nak goreng sayur. Nak lagi faham, jika guna minyak yang tidak sesuai, boleh rosakkan tubuh kita macam itulah."
 
   Fuh, dalam bab masakan ini... matang pula kau, Gopal.
 
  "Owh..." Sina Yaya hanya menjatuhkan kepalanya beberapa kali walaupun otaknya dalam proses memahami lagi. Buat-buat faham sahajalah. Penat si Gopal itu terangkan.

   Pandangan mata Gopal ke arah kuali teralih ke arah mata milik Sina Yaya. Satu senyuman dilahirkan melihat semangat yang terpancar dari renungan mata itu. Meskipun tangan Sina Yaya tidak tangkas berada di dapur, wanita ini tidak berputus asa untuk mempelajari dari kesilapan.
 
   Dari situlah cintanya tidak pernah berkurang untuk puteri ini.
 
   Bunyi minyak merecik menjentik Gopal sedar dari lamunan ciptaannya. Gopal menoleh ke arah kuali lalu matanya terbuntang besar melihat isi itu. "Eh, Yaya? Yaya dah letak cili kisar dengan lobak ke dalam itu?"
 
   "Eh? Saya tak letak tadi." Kalut Sina Yaya meletakkan bekas ayam kisar tadi ke tepi. Dia mengigit kuku sendiri. "Kena letak sebelum ayam kisar ke?"
 
   Gopal menurunkan tangan Sina Yaya dari wajah wanita itu sambil isi kuali itu dipandang. "Ala, tak apalah. Kita masukkanlah sahaja bahan-bahan itu. Nak buat macam mana, bukan?"
 
   Sina Yaya menarik nafas lega memerhati Gopal meletakkan hirisan lobak ke dalam kuali. Dia ingatkan Gopal pasti akan memarahinya tadi. Sayangnya lebih baik dari apa yang dia sangkakan.
 
  'Tidak sia-sia aku pilih dia dari zaman sekolah lagi.' Luahan itu hanya mampu disebut di dalam hati. Sina Yaya sempat menegur Gopal yang memegang mangkuk kecil cili kisar itu. "Eh, letaklah banyak sikit."

  Gopal melarikan mangkuk itu daripada tangan wanita itu. "Mana boleh! Nanti saya sakit perut kalau makan pedas banyak-banyak." Masih segar memorinya, sampai jam dua pagi dia berkhemah di dalam tandas ditemani cik lipas.
 
   "Ala, sikit sahaja." Sina Yaya menunjukkan cubitan saiz pemadam.

   "Itu sikit bagi awak. Tak apa, kalau awak nak pedas, awak tabur sahajalah lada hitam letak dalam spaghetti awak itu." Gopal memberi cadangan. Sebanyak dua sudu teh  cili kisar diletakkan ke dalam kuali itu.
 
   "Yalah." Sina Yaya hanya mengalah. Masalahnya dia tidak suka lada hitam, dia suka cili yang sebenar! Lidah jenis apalah budak ini?
 
   Sesi kelas ketuk-ketuk Ramadhan diteruskan. Pengacaranya bukanlah akak Sheila Rusly melainkan pelajar lepasan kulinari iaitu Gopal! Dan juga pembantu (pengacau) iaitu Kya. Boleh datang jenguk tingkap rumah dia orang kalau nak tengok rancangan ini.
 
   Ada kalanya Sina Yaya hampir merajuk disebabkan masakan yang diajari Gopal terlalu rumit. Selalunya pakai campak sahaja bahan masakan yang dia rasakan betul... erm, mungkin sebab itukah rasanya tidak menepati citarasa orang lain?
 
   Sina Yaya menarik pintu peti. Bekas yang menyimpan spaghetti carbonara diambil keluar dengan penuh berhati-hati lalu diletakkan di atas meja. Sempat Kya naik ke atas meja sebelum diturunkan semula oleh Sina Yaya. Spaghetti Carbonara itu dipanas beberapa minit ke dalam ketuhar.
 
   "Wah, tidak sabar hendak makan." Gopal sudah teruja datang bersama pinggan dan senduk. Siap ada garfu lagi di atasnya. Laju sahaja dia mencedok tatkala Sina Yaya mengambil pinggan.
 
   "Aip!" Sina Yaya menepuk tangan Gopal yang mengambil senduk lebih dari kuah. Melebih-lebih cedoknya! Nanti dia hendak makan apa?
 
   "Ala..." Gopal meletakkan lebihan ke atas pinggan Sina Yaya dengan sayunya. Baru sahaja hendak makan lebih. "Awak kan tak puasa, bagilah saya yang puasa seharian merasa lebih sedikit."
 
   Sina Yaya tidak melayan alasan diberikan Gopal. "Tak ada, tak ada, tak ada. Saya perempuan. Saya kena makan banyak. Kan, Kya kan?" Kya hanya mengiau sebagai balasan. Kau tengok, habis satu bekas dituang ke dalam pinggan Sina Yaya.
 
   "Ha, makanlah. Saya baru teringat saya ada diet hari ini. Berkorban, apa salahnya. Huhuhu..." Gopal mengacau-ngacau spaghettinya dengan garfu. Lagipun masih tergiang-giang 'nasihat' Raghib semasa diceritakan fasal El-Amin kepadanya.
 
   "Kalau aku jadi bini kaulah, kan... mesti aku pilih El-Amin itu daripada kau. Kau... kau hensem sahaja, cuma badan kau itu agak comel jika nak dibandingkan dengan El-Amin.

  " Bulan puasa ini, aku cadangkan, cuba kau diet."
 
   "Diet?" Sina Yaya mengambil tempat di hadapan Gopal. "Patutlah awak tak makan banyak pagi tadi? Kenapa awak tiba-tiba nak diet?"
 
   Gopal cuba mengawal reaksi mukanya apabila memori Sina Yaya memeluk El-Amin tergiang-giang di kepalanya. Dia berdehem beberapa kali. "Saja. Ehem! Untuk jaga kesihatan juga. Tidak elok simpan lemak banyak-banyak."
 
   "Erm, tapi adalah nampak turun berat badan sedikit. Sekarang awak okey apa. Comel macam teddy bear." Sina Yaya tertawa kecil pada akhir kata. Walau bagaimanapun, dia maksudkan semua pujian itu.
 
   Gopal menidakkan. "Eh, saya bukan comel! Saya orang sado." Gopal sengaja menunjukkan ototnya yang tidak seberapa.
 
   Terhibur hati Sina Yaya mendengarnya. Dia hanya mempersetujui sahaja. "Ya... ya, awaklah orang paling sado dekat dunia."
 
   Keduanya seperti baru selepas ditampar kuat tatkala mendengar tutur kata yang keluar dari kerongkong Sina Yaya. Bagaikan peristiwa déjà vu, momen sewaktu mereka bercinta di zaman sekolah diputar kembali. Dahulu diucapkan dan meluahkan dalam bentuk mesej, sekarang dikatakan ayat itu secara berdepan.
 
   "Yaya..."
 
   "Allahuakhbar! Allahuakhbar!"
 
   "Eh, dah azan. Jomlah baca doa." Sina Yaya cepat menukar topik lain. Dia kekok cuba menadah tangan, menanti Gopal membaca doa berbuka puasa bersama-sama.
 
    Gopal melepaskan helaan nafas berat "Okey." Nadanya juga berubah hampa. Bukan kerana azan itu penghalangnya, namun dirinya yang lemah untuk menanyakan memori cinta wanita itu terhadapnya. Ya, dia agak lemah dalam bab bab cinta.

   Sina Yaya meraup mukanya seusai doa dibaca. Lada hitam sengaja digoncang sekali supaya serbuknya keluar. Satu gulungan spaghetti dimasukkan ke dalam mulutnya. Sina Yaya lantas mendengung keriangan. "Erm!"
 
   "Sedaplah!" Sina Yaya memberi suapan kedua buat mulutnya. Wajahnya diangkat memandang Gopal yang bersungguh-sungguh makan. Eh, cara makannya pun tidak serupa orang diet!
 
   Kya berpaling ke arah dapur. Bola benang yang dimain di atas tubuhnya bergolek ke tepi. Ada apa-apa terjadi di dapur ke? Tetapi tuan kata jangan masuk dalam dapur.
 
   "Erm. Tengoklah, erm. Chef mana yang ajar pelatih dia tadi." Gopal masih boleh berlagak dalam kunyahannya. Tidak ada adab betul makan sambil bercakap! Kena panggil Puan Jivanta ceramah Gopal di sini!
 
   "Hehehe, terima kasih, Gopal. Nanti bolehlah berlagak dengan abang yang saya dah pandai masak." Tersengih-sengih Sina Yaya terbayang wajah terkejut abangnya. Sibuk kata masakan dia tidak sedap masa dia curi dengar hari itu!
 
   "Eh? Siao Fang boleh masak ke?" soal Gopal, kepelikan. Satu maklumat yang baru.
 
  "Ha'ah, abang sebenarnya belajar, tak ingat abang belajar apa dekat univesiti. Tetapi dia pandai memasak walau luar dari bidang dia." Boleh pula Sina Yaya tidak ingat jurusan apa yang dipelajari Siao Fang. Inilah adik beradik. 

   Walaupun penulis pun sudah lupa nama kelas adik sendiri.

  "Oh." Gopal tidak sangka mendengar berita itu. Mafia, mafia pun... tangan paling tangkas di dapur. Tetapi, tidak setangkas aku. Muahahaha!

   Soalan itu masih bermain di dalam kepalanya. Bahkan hendak menghirup spaghetti dengan tenang pun tidak boleh. Gopal menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang tepat wajah Sina Yaya. "Yaya, yang fasal itu..."

   Sina Yaya yang larit makan tersedar dari lamunannya. "Apa? Boleh ulang balik?"

   "Tak adalah. Ada kesan comot dekat tepi." Gopal menunjukkan ke arah sebelah bibirnya. Tangan kirinya mengenggam kerana geram dengan tindakan diri sendiri lantas dilepaskan perlahan-lahan.

   "Lah." Sina Yaya menjilat tepi bibirnya. Rasa malu pula ada benda tercalit pada wajahnya. "Makan comot rupanya. Kenapa awak tak bagitahu awal-awal?"

   "Hahaha, sengaja tak nak tegur sebab nampak comel."

   "Ee... eh?"

   Mungkin lain kali.

...

   Gopal menutup pintu bilik air serta suis lampu. Jarum jam pendek menghala ke arah nombor tiga. Alang-alang sudah bangun pada pagi-pagi buta, apa salahnya untuk berjumpa dengan-Nya?

   Sempat Gopal mengukir senyum ke arah Sina Yaya yang sedang berselimut lalu barulah dia hampar sejadah di ruang tamu. Si Kya pun sudah dibuai mimpi.

   "Allahuakbar!"

   Lelaki di berhampiran pintu dapur tersenyum besar melihat kunci mangga yang telah terbuka. Dengan penuh berhati-hati, dia membuka pintu masuk ke dalam empunya rumah. Hampir terlompat dia ke belakang kerana nyaris terpijak ekor kucing yang tidur di sofa tidurnya.

   Yang tuan rumahnya pun, letaklah dekat tempat lain. Tepi pintu juga hendak diletakkan.

   "Sami' allahu liman hamidah."

   Lelaki itu terhenti langkahnya. Orang itu seperti mengangkat ikrar dan menjatuhkannya semula. Entah kenapa hatinya rasa berat untuk melangkah mencari seseorang itu. Namun dia tetap lawan perasaan ini. Ah, layan nanti tidak dapat duit pula!

   Lelaki itu senyap-senyap melalui di belakang Gopal yang bersolat. Dia hairan dengan diri sendiri, mengapa perlu berpeluh lebat sedangkan orang yang sedang sujud ini tidak sedar yang aku masuk ke dalam rumahnya?

   Lelaki itu berbisik sendiri. "Bukannya aku nak buat benda ini, nenek itu yang suruh aku. Kalau tidak, memang kena tendang dari rumahlah." Sengaja lelaki itu kuncikan pintu bilik utama itu.

   Bilik utama pandai pula kau kunci, pintu rumah dekat luar tak tutup.

   Kepalanya dialihkan ke belakang. Pandangan matanya tertumpah pada wanita mengurai panjang. Dengan baju yang terselak menambah lagi nafsu buat lelaki bujang sepertinya. "Biar betul nenek ini? Nak aku rasa perempuan ini?"

   Sina Yaya mengubah posisi ke sisi kanan. Kecantikan Sina Yaya makin menarik perhatian lelaki itu. Dia memusingkan tubuh Sina Yaya menelentang. "Tak apalah. Rezeki. Nanti aku dapat juga duit."

   Dia menindih Sina Yaya.

   "Assamualaikumwarahmatullah..."

  "Assamualaikumwarahmatullah..."

   Kepala Gopal berubah semula arah menghadap sejadahnya. Dia meraup wajahnya seraya bibirnya menitikan ayat kursi. Gopal sengaja memandang ke tepi.

   Sekejap, sekejap.

   Memang pintu rumah itu terbuka ataupun mata dia perlukan spek mata sekarang?

  Gopal menuju ke arah pintu pagar. Bahaya betul pintu terbuka seperti ini, bagaikan menjemput segala makhluk masuk ke dalam rumah pula. Macam mana boleh terbuka.

   Wajah berbulu Kya nyenyak tidur dipandang. Ke kucing ini kucing jadian?

   Sinaran cahaya bulan terpancar di bawah. Gopal menunduk untuk mengambil objek tersebut. Berderau darah dibuatnya memegang mangga itu. "Ada orang buka kunci mangga aku? Maknanya ada orang masuk rumah akulah tadi!"

   Tiba-tiba, jeritan perempuan kedengaran.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro