23 | EL
"MEOW..." Kya segera berlari laju menuju ke bekas makanannya. Laju sahaja datang apabila plastik Whisker dibuka. Kalau hendak bermanja dengan dia, elok sahaja dia pulaukan kita. Kurang asam punya kucing.
"Makan banyak-banyak, ya?" Sina Yaya memesan lembut. Hujung plastik makanan whisker yang terbuka itu dilipat lalu diikat dengan getah. Kucing ini, sebelum kita makan, kena bagi dia makan dahulu. Kalau tidak, makanan kita yang menjadi juadah berbukanya nanti.
Sina Yaya menyimpan plastik itu ke tingkat almari yang kedua. Dia menoleh ke arah Gopal yang sudah awal mencedok nasi. "Awalnya cedok nasi. Baru pukul tujuh. Ke sama-sama datang bulan macam saya?"
Gopal meletakkan pinggan nasinya di atas meja. Dia berpura-pura menahan tawa dan mengibas angin sekilas. "Tak adalah. Saya buat persediaan sebelum berbuka puasa. Nanti tiba-tiba azan, kalut hendak buat itu, ini. Kan disegerakan berbuka."
Banyak jawapan kamu berikan, Gopal. Padahal dalam perut sudah bergendang berbagai lagu itu.
"Ha, baguslah kalau macam itu." Sina Yaya hanya bersetuju dengan alasan suaminya. Dia membuka penutup periuk berisi ayam gulai. "Kenapa awak masak lagi? Kan saya dah masak dekat awak untuk berbuka nanti."
Masakan tidak, selepas sahaja Gopal pulang jam enam petang. Terus berasap dapur rumah selepas sahaja lelaki itu mandi.
"Ala... kalau nanti saya pergi masjid solat terawih. Boleh awak rasa masakan saya. Yalah, nanti tiba-tiba ada wartawan datang rumah tanya kenapa Yaya boleh mati kelaparan." Gopal cuba berseloroh di akhir ayat. Mana mungkin dia hendak beritahu terang-terangan bahawa masakan Sina Yaya tidak sedap.
Pasti gadis itu akan berkecil hati. Atau kebarangkalian dia yang akan menjadi arwah terlebih dahulu.
Sina Yaya menutup periuk itu kembali sambil tergelak kecil. "Tak adalah sampai macam itu. Lagipun saya kan tak makan makanan berat waktu malam." Macam tidak betul sahaja Gopal hendak dekat Mahgrib ini. Kesan terlalu lapar ke bagaimana?
"Oh, lupa, lupa." Padanlah dia jarang nampak Sina Yaya makan pada waktu malam. Gopal mengangguk-angguk sendirian.
"Daripada angguk-angguk macam burung belatuk, baik awak basuh tangan. Nanti kalut pegang nasi bila azan nanti." Sina Yaya mengambil pinggan daripada rak. Hehehe, dia pun hendak sertai berbuka walaupun dia tidak berpuasa pun.
"Meow..." Kya menggeserkan kepalanya pada kaki Sina Yaya. Mahu bermanjalah itu! Mentang-mentang sudah kenyang perut itu.
Gopal menjeling ke arah kucing betina itu. Pili air singki itu ditutup. Kucing itu diibaratkan seperti El-Amin juga. Suka sangat hendak mendekati Sina Yaya. Malah Kya turut menyelit di tempat tidur mereka. Buang dia tepi supermarket baru tahu.
"Nak makan juga ke? Baru tadi dah makan. Dah berisi sayang ini." Sina Yaya mengangkat kucing itu ke ribanya. Berbanding daripada beberapa hari lepas, Kya agak kurus namun sekarang sedikit gemuk.
Kya membuat bunyi dengkur menandakan dia selesa diusap penuh kasih sayang oleh Sina Yaya. Tidak semena-mena, kucing itu terhinjut tubuhnya tatkala renjisan air mengenainya.
Kya memusingkan tubuhnya lalu mendengus ke arah Gopal. Gopal pula dengan tenang berlakon seperti tiada apa-apa berlaku. Padanlah dua orang ini bermusuhan bagai anjing dan kucing. Siapalah si anjing itu...
"Ish, awak ini! Kenapa buat macam itu dekat Kya?" Sina Yaya laju mencubit pinggang Gopal yang lalu di sebelahnya. Gopal mengaduh sakit. Dia berjaya mengalih tangan Sina Yaya dari terus mengepit pinggangnya.
Gopal masih tidak mahu mengakui kesalahannya. "Eh, suka hati sahaja tuduh saya. Rasanya bukan saya yang renjis dekat dia. Mana tahu air itu datang dari langit." Dia melabuhkan punggungnya ke arah kerusi. Dia duduk bertentangan Sina Yaya dan si 'perampas' itu.
"Yalah tu. Tak ada kerja penghuni kerajaan langit nak ludah atas kucing." Sina Yaya menurunkan Kya bawah. Janganlah kata si Gopal itu cemburu dengan Kya. Dia kucing betina kot. Lainlah kalau kucing jantan... eh?
Ah, kau orang jangan datang dekat kucing jantan lepas itu ajak dia kahwin kemudiannya. Buatnya kucing itu ada bini ke.
Gopal pantas menukar topik setelah menyedari ketegasan suara Sina Yaya. Tadi kena cubit, esok hari kena apa, dia tidka tahu. "Kenapa awak nak bela sangat kucing? Siap ada tabung kucing lagi."
"Oh, dulu saya memang ada bela kucing. Tapi ibu selalu tak bagi. Saya cemburulah. Yalah kawan-kawan saya selalu bela kucing." Sempat Sina Yaya meneguk air di hadapan Gopal.
"Eh, lagi 10 minit nak buka puasa! Jangan minum depan orang puasa!"
"Eh?" Sina Yaya tersentak. Dia cuba menahan gelaknya. Gelas itu diletakkan di tepi. "Hahaha, sorry. Sorry. Dahaga tadi."
Sina Yaya menyambung. "Satu hari itu, saya sengaja bawa kucing jalanan sorok-sorok dekat dalam rumah. Sorok dalam bilik."
"Ha..." Gopal setia mendengar.
"Sampai ayah saya terjumpa dekat dalam bilik saya, dia terus terbersin-bersin."
"Ha..."
Sina Yaya mengerutkan dahi. Gopal ini asyik ha, ha setiap kali dia menarik nafas. "Ha? Ha apa?"
"Ha, sambunglah. Cakaplah. Sengaja sahaja saya iyakan." Gopal mempersilakan Sina Yaya untuk menyambung ceritanya. Sudah menjadi habit untuk kata begitu semasa orang bercerita.
Sina Yaya menelan air liur lantas meneruskan ceritanya yang tergelanda. "Baru saya tahu yang ayah saya ada alergik. Sebab itulah saya selalu main dengan kucing jalanan. Dari kecil saya simpan duit nak beli kucing bila besar."
"Meow..." Kya di tepi meja juga turut menadah telinga terhadap omong Sina Yaya.
Sina Yaya merenung mata Gopal, lembut. "Sebab itulah. Terima kasih Gopal sebab bagi saya bela kucing. Saya gembira sangat." Satu senyumam semanis lori gula tertumpah dipamerkan ke arah Gopal.
Menyirap wajah Gopal melihat senyuman itu. Tanpa disengajakan, Sina Yaya telah menghidupkan mod malu kucing lelaki itu. Gopal melindung mulutnya dan mengalih matanya ke arah lain. "Sama-sama."
"Allahuakhbar! Allahuakhbar!" Televisyen menyiarkan azan Mahgrib. Popular tok bilal yang mengazankan ini. Beberapa saat kemudian, azan mula berkumandang daripada masjid.
"Ha, makan-makan juga. Doa jangan lupa." Sina Yaya menegur Gopal laju sahaja mencapai buah kurma.
Gopal meletakkan kurma itu ke pinggir nasi. Pipinya masih kemerahan, mungkim kesan dari senyuman isteri tadi. "Fuh, hampir masuk mulut tadi. Apa doanya, ya?"
"Ha, cepatlah tadah tangan."
(Yang puasa dan belum azan Mahgrib, mohon jangan baca. Aku pula bertanggungjawab kalau kau orang terbatal puasa.)
"Allahumma lakasumna, wabika amanna, wa'ala rizqika afthorna, birohmatikaa yaa arhamar roohimiin."
Malam itu, seusai solat berjemaah di masjid, Gopal langsung pulang ke rumah. Kalau yang jenis tidak sayangkan nyawa, dia orang akan melepak di kedai mamak buat beberapa jam. Nasib Gopal masih teringat dengan kucing bini di rumah.
Gopal menyeluk kunci rumahnya. Belum sempat dia memberi suara, suara lain pula yang menyampuknya.
"Woof, woof! Woof, woof! Ai yai yai. I'm your little butterfly. Green, black, blue. Make a colours in the sky." Gopal segera mengeluarkan telefonnya yang memainkan nada dering lagu telefon palsu dahulu. Kantoi pula dia pergi tukar nada dering telefonnya.
Butang berwarna hijau ditekan. Buat apa Siao Fang telefon malam-malam begini? Rumah pun belum masuk lagi.
"Dah habis solat terawih ke?"
"Dah aku call kau maksudnya sudahlah itu. Kau ini. Bagilah aku baring-baring dalam rumah dulu, barulah kau call aku." Gopal merungut sedikit. Dia memandang sekeliling, risau pula kalau tiba-tiba ada encik anjing tumpang mencuri dengar perbualannya.
"Kau ada dekat luar? Ha, baguslah. Kau tahu atau tidak fasal berita cubaan ceroboh penjara Selangor tadi?" Siao Fang menyoal berkenaan berita yang didengari petang tadi. Jangan kata Gopal sibuk bersawit sehingga tidak buka televisyen sudahlah.
Gopal mendongak memandang siling luar rumah. Beberapa kekantung mengelilingi lampu luar rumahnya. "Ceroboh penjara? Tak ada pula aku dengar? Tv berapa itu?"
"Pukul 5 petang macam itu. Ah, lupa pula kau kerja Grab..." Ayat Siao Fang terhenti seketika. Mungkin dia sedang menepuk dahi sehingga lebam.
"Apa kena mengena ceroboh penjara dengan kes aku sekarang? Ke aku kena join kau orang ceroboh penjara?" Tidak tahulah Gopal sedang melawak atau betul-betul terjatuhkan otak tepi longkang tadi.
"Buat apa aku hendak ajak kau ceroboh penjara? Nak ambil siapa? Makanan dekat penjara itu?" Siao Fang menjadi bengang dengan kata-kata Gopal itu. Eh, sabar sahajalah. "Mafia yang buru kau oranglah yang ceroboh penjara tadi."
"Dahulu, dalam misi aku beberapa lepas. Bos mafia itu, Rizu... berjaya disumbat ke dalam penjara. Jadi mungkin geng-geng mafia itu tengah cuba lepaskan bos dia. Dan ianya sangat bahaya."
"Fikir positif, mana tahu dia orang nak beraya dengan bos dia." Gopal cuba bergurau dengan Siao Fang. Walhal hatinya sudah berdebar mendengarnya. "Sebenarnya aku terbagitahu Sina Yaya yang aku tahu kau mafia."
"Ha? Kenapa kau bagitahu dia!" Gopal terpaksa menjarakkan telefon dari telinganya. Kuat sangat Siao Fang menjerit.
Gopal kembali menekapkan telefonnya pada gegendang telinga. "Aku risau fasal darah dia sahaja. Aku tak tahu pula aku terlepas kata. Aku minta maaf, okey?"
"Yalah. Tapi kau jangan buka mulut lagi fasal mafia. Dia itulah dahlah paranoid. Masa aku jalankan misi, ada ke patut dia beritahu dekat Alia yang aku ini orang jahat."
Misi? Alia? Orang jahat? Apa benda yang Siao Fang ini merepek. Ah, layankan sahajalah!
Sina Yaya yang berada di dalam rumah tergerak hati untuk menuju ke arah pintu. Siapa pula yang bercakap-cakap di hadapan rumah aku ini? Mustahil Gopal ajak geng-geng dia datang borak di sini?
"Haih, tak apalah. Kau masuklah rumah dulu. Nanti kita bincang. Kau okey ke dengan masakan adik aku itu?" Gopal yang hendak membuka kunci rumah mengkakukan langkahnya. Eh, suruh masuk rumah tetapi tanya soalan yang membuatkan dia kekal di luar.
"Yaya memang suka benda masin, ya?" tanya Gopal. Dia masih dapat merasa rasa masin ikan tiga rasa pada lidahnya.
Siao Fang terdiam sejenak di sebelah talian sebelum membalas. "Dia memang macam itu. Kalau boleh hendak letak satu senduk dalam masakan dia."
"Lah, padanlah," gumam Gopal.
"Meow?" Kya menghampiri tuannya yang mengetap kuku sendirian. Raut wajah Sina Yaya menjadi sedih dan kecewa.
Selama ini masakan aku tidak sedapkah? Patutlah Gopal buatkan lauk untuk diri sendiri. Tidak mungkin abang, ibu dan ayah pura-pura kata masakannya tidak masin. Tidak boleh jadi ini, dia kena rasa lebihan lauk itu!
Siao Fang bertanya tanpa tapisan. "Kau tak pernah complain ke masakan dia tak sedap?"
"Tak adalah." Gopal tersenyum, ikhlas. "Kalau keluarga kau pun bersungguh-sungguh tak nak terasakan hati dia. Walaupun masakan dia tak macam orang harapkan. Takkan aku senang-senang nak robekkan pula?"
Terasa tenang hati Siao Fang mendengarnya. Tahulah bahawa adik perempuannya tidak tersakiti di bawah jagaan lelaki ini. "Okeylah, kesian kau tak dapat masuk rumah. Pergilah. Aku pun nak layan paus ini."
Alia menyangkal. "Ish, mana ada orang paus!"
Ganggang telefon diletakkan.
Kunci rumah antara dari rantai kunci-kunci itu dipilih lalu dimasukkan ke dalam tombol pintu. Sebaik sahaja pintu rumah berjaya dibuka, satu salam diberikan ke dalam rumah. "Assalamualaikum, Yaya. Saya dah balik."
"Meow!" Kya mengerang, garang apabila kaki Gopal menjejakkan ke lantai. Kucing ini sudah kenapa? Ini rumah dia. Dia halau kucing ini baru tahu.
Gopal mengunci pintu rumah serta pintu pagarnya. Matanya meliar mencari kelibat Sina Yaya. "Yaya?" Mana pula isterinya pergi? Masakan mafia-mafia itu...
"Yaya!" Sekeliling pelusuk dapur itu dicari. Malah siap dibuka tandas. Mana tahu kalau isterinya membuang. Jika iyapun, memang buka macam itu sahaja. Kalau orang buang air, terjatuh ke belakang orang itu dibuatnya.
Bilik menjahit menjadi destinasi pencarian terakhirnya. Lega hatinya melihat Sina Yaya di hadapan mata. Sina Yaya mengesat air matanya. Di tangan wanita itu terdapat lauk yang dimasak petang tadi.
Gopal meluru ke arah Sina Yaya. Bahu wanita itu dipegang, lembut. "Kenapa princess saya ini? Ke... awak terdengar perbualan kita orang tadi?"
Sina Yaya kekal menunduk.
"Saya terdengar tadi. Saya minta maaf kalau saya masak tidak sedap untuk awak selama ini. Apa gunanya isteri tapi bab memasak pun tak reti." Sina Yaya meluah dalam masa yang sama dia cuba menahan sebak. Dalam hatinya beberapa kali melarang. Tidak mungkin hendak menangis kerana hal kecil sebegini.
Engkau memang lemahlah, Yaya!
"Jadi apa gunanya suami kalau tak bantu isteri sendiri?" Gopal mengangkat muka Sina Yaya supaya tetap memandang wajahnya. "Kalau saya setuju nak kahwin dengan awak, bermaksud saya setuju untuk terima kekurangan awak. Sebab bagi seorang suami, isteri mereka sudah seperti bidadari buat mereka."
Sina Yaya tergamam mendengarnya. Dia menarik hingus di dalam hidungnya. Senyumannya yang memudar tadi dilukiskan kembali pada wajahnya.
Gopal mendabik dadanya sendiri. "Baiklah. Mulai esok saya akan lantik kamu menjadi pelatih tukang masak saya. Anda berani menyahut cabaran ini?"
Sina Yaya tertawa kecil. Dia mengangkat tabik. "Mestilah saya sahut, chef Gopal."
Gopal ketawa besar sambil bercekak pinggang. Dua kali pandang seperti penjahat pula gayanya. "Bagus, bagus. Semangat begini yang kita mahu daripada pelatih kita."
Kya yang duduk sahaja di pintu kayu itu hanya memerhati sahaja tuannya bermesra dengan Gopal. Riak kucing itu berkerut seakan cemburu sahaja tengok tuan dia memanjakan 'kucing' lain.
Nampaknya Gopal dan Kya tidak mungkin akan berbaik. Saya dari saluran Eternal Love, melaporkan.
❤️❤️❤️
Wey, baru aku perasan ada rupanya doa berbuka puasa ramai-ramai dengan doa berbuka puasa sendirian. 😭
Aku salah baca doa rupanya. 😔 Siapalah yang doa sama sama dengan aku masa buka puasa selama ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro