Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2 | EL

          SINA Yaya menghela nafas lega apabila semua penghantaran telah selesai dibuat. "Selesai pun semua." Beg berkain plastik itu dicampakkan ke belakang tempat duduk keretanya.

   Melihat Sina Yaya ingin membuka topeng mukanya, Alia segera melarang. "Eh, jangan. Akak nak pergi kedai kejap. Nak beli barang dapur. Barang dapur dekat rumah itu nak habis dah."

   "Oh, okey, kak." Sina Yaya melarikan tangannya dari muka lalu memegang stereng. Dia menanyakan soalan sebelum menekan pedal minyak. "Kedai biasalah, kan?"

   "Ah, macam Yaya tak tahu..." Alia membuka topeng mukanya sekejap untuk membasahkan bibirnya dengan lipbam. Panas juga hari ini!

   Beginilah kehidupan seharian di Malaysia. Ada yang dalam perjalanan kerja dan ada yang keluar untuk membeli barang keperluan. Juga terdapat seseorang yang tidak jaga SOP dengan melepak dekat tengah ja...

   Okey, kita tidak bincang perkara itu di sini.

  Sesampai sahaja di parking lot bertentangan dengan kedai SpeedMart, Sina Yaya dan Alia keluar daripada kereta. Jangan risau, tiada lagi ada kes kecurian kereta di kawasan ini. Kereta langgar signal adalah.

   "Eh, Yaya. Yaya." Alia menepuk bahu Sina Yaya yang menekan punat kunci keretanya. Gelagatnya seperti ternampak sesuatu yang menarik.

   Sina Yaya menoleh ke sebelah. "Kenapa kak Alia?"

   "Itu." Alia menjuihkan mulut ke arah lelaki yang menyedut asap rokok tidak jauh daripada mereka. "Itu tunang Yaya, kan? Ha, kata nak minta putus. Jomlah, akak teman."

   Riak wajah Sina Yaya berubah melihat Jamsyir berada di luar kedai Speedmart. "Ah, kenapa dia duduk dekat situ? Kalau dia marah Yaya sebab Yaya minta putus macam mana? Nanti ibu..."

   Alia berdecit, perlahan. "Kau ini fikir negatiflah. Tak ada apa-apalah. Jomlah. Alang-alang kita hendak ke sana, kan." Haih... Alia ini. Sina Yaya yang hendak minta putus tunang, dia pula yang bersungguh-sungguh.

   "Ibu dengan ayah tak marah ke?" Sina Yaya meminta kepastian sambil dia dan Alia melintas seberang jalan.

   Alia menepuk lembut belakang Sina Yaya berkali-kali. "Tak, tak marah punya. Lagipun takkan Yaya nak kahwin dengan lelaki yang Yaya tak cinta, kan?"

   "Erm..." Sina Yaya perlahan-lahan mengangguk.

   Jamsyir melepaskan asap rokok tanpa rasa bersalah. Seorang mak cik keluar daripada kedai serbaneka itu pun menutup hidung ketika melalui Jamsyir. Abang ini, nak sebarkan asap. Sebarkan di tempat lain.

   "Jamsyir." Suara Sina Yaya memberhentikan keenakkan Jamsyir menikmati asap rokok itu.

   Jamsyir terus menjatuhkan rokok itu dan memijaknya. "Oh, Yaya? Kenapa ini?"

   Sina Yaya meneguk air liur. Aduh, ini yang dia lemah ini! Dia langsung tidak sanggup untuk mematahkan hati orang lain. Lambat-lambat dia menuturkan kata. "Sebenarnya... Yaya nak minta putus tunang."

   Sunyi seketika mereka bertiga dengan jarak 1 meter. Sampai akak kaunter itu terjenguk kepala ke luar kedai (memandangkan tak banyak pelanggan). Drama apakah yang sedang terjadi itu?

   "Oh, aku okey sahaja."

   Sina Yaya dan Alia membisu terkedu bersama-sama. Eh, seriuslah. Alia meminta Jamsyir mengulang semula. "Eh? Apa kau cakap tadi? Seriuslah... tak membantah?"

   "Apa? Ingat ini macam dalam drama ke? Aku nak meronta tak ingat dunia? Lagipun memang aku tak nak kahwin dengan kau pun. Aku dah ada girlfriend." Itu dia, beribu-ribu patah si Jamsyir balas.

  "Oh, syukurlah.". Sina Yaya menarik nafas lega. Tidaklah lega sangat sebab terbau nafas sendiri. Kan tengah pakai topeng muka.

   Jamsyir menyeluk tangan ke dalam poket seluar. "Tetapi, aku tak tahulah apa reaksi ibu bapa kita macam mana."

   Sebuah kereta meluncur laju di hadapan mereka. Seorang lelaki menyarung topeng muka menurunkan tingkap keretanya. "Hoi, Jamsyir! Tengah mengorat awek ke? Cepatlah, kereta nak gerak dah ini!"

   "Ha, aku nak pergi ini. Dahlah panas." Jamsyir memasuki kereta sahabatnya. Setelah itu, kereta itu memandu laju pergi daripada situ. Entah pergi manalah itu.

   Beberapa saat kemudian, Sina Yaya dan Alia tersedar dari lamunan mereka. Alia laju berbicara. "Ah... ha, kan akak dah kata. Semuanya akan okey. Walaupun akak harapkan dia meronta dan menjerit tidak terima kenyataan."

   Sina Yaya tersenyum di sebalik topeng muka. "Erk, hehehe.... kita tengok banyak sangat dramalah, kak. Tapi... macam mana dengan ibu dengan ayah nanti?"

   "Itu jangan risau. Sebab nanti kita fikirkan." Alia mengangkat beg tangannya yang ingin terjatuh dari bahunya. "Ha, kalau Yaya tak nak masuk, tunggulah dekat luar. Akak nak masuk kejap."

   Penjaga kaunter perempuan itu serta merta berdiri tegak macam askar tatkala Alia melangkah masuk ke dalam. "Selamat datang, puan." Itulah... larit sangat tengok drama.

   Satu ukiran senyuman tersenyum di belakang topeng muka itu masih belum hilang dari Sina Yaya. Kelakarlah juga sebenarnya. Ingatkan Jamsyid akan mewujudkan pergaduhan di sini.

   Haih... inilah akibatnya terlalu banyak menonton drama Melayu dan membaca novel romantik dekat Wattpad.

   "Meow..." Seekor kucing gebu berwarna putih dan sedikit kotor bulunya keluar daripada celah mana. Kucing itu secara kebetulan lalu di hadapan Sina Yaya.

  "Comelnya..." Sina Yaya bersuara, geram. Dia menunduk, ingin membelai bulu kucing itu.

   Perasan dengan tindakan Sina Yaya yang agak tiba-tiba, kucing itu membuka langkah meninggalkan Sina Yaya. Yalah, tiada angin, tiada kentut, tiba-tiba mahu menyentuhnya.

  "Hey, tunggulah." Sina Yaya membelok di lorong sebelah kedai itu untuk mendapatkan kucing itu. Lagipun, dia peminat kucing. Jaranglah dia berjumpa kucing gebu putih di jalanan seperti itu.

    "Mana semua duit tu!"

   Jeritan berbentuk soalan itu membekukan langkah Sina Yaya. Sina Yaya menangkap sebuah kereta berwarna hitam di lorong yang sedikit tersorok.

   Tanpa berfikir panjang, Sina Yaya terus menyorok di belakang lori yang tidak jauh dari kereta itu. Kucing itu pun sudah pergi menyorok entah ke mana.

   "Sumpah saya tak tahu. Saya cuma orang biasa sahaja. Tahu-tahu sahaja kau orang pandang aku macam artis korea." Suara lelaki dalam 20-an seakan merayu untuk dilepaskan. Namun, sempat lagi dia melawak.

   "Apa sudah jadi ini?" Sina Yaya berbisik sendirian. Tetapi kakinya langsung berdegil ingin kekal di belakang lori itu.

   Lelaki berkot hitam di dalam kereta itu kedengaran tergelak besar. "Kau ingat mafia macam aku mudah tertipu? Mesti tuan kau tak nak bayar hutang dadah pada kita orang, kan?"

   "Apa dah jadi in..." Alia menyapa Sina Yaya, ceria. Tidak semena-mena tangannya ditarik Sina Yaya untuk menyorok di belakang lori. Alia berkerut dahi, bingung. "Kenapa ini, Yaya?"

   "Tak tahu... tapi. Orang itu macam jahat dan ada kata fasal dadah. Eh, apa yang kita buat ini? Cepatlah lari dari sini." Sina Yaya menolak tubuh Alia, lembut, menggesa mereka berdua keluar daripada sini.

   "Dadah?" Alia mengintai di sebalik lori. Alia kedengaran menarik nafas terkejut sebelum lambat-lambat bercakap. "Yaya... baik jangan datang sini."

  "Kenapa?" Sina Yaya turut menoleh ke arah pandangan yang dipandang Alia. Kepala seorang lelaki terkeluar daripada tingkap kereta dengan darah yang menitik membasahi jalan.

   "Aaaa!"

   "Siapa itu!" Seorang lelaki bertempik garang saat jeritan Sina Yaya memasuki gegendang telinganya.

   "Yaya." Mujur Alia sempat menekup mulut Sina Yaya. Sina Yaya sudah menggigil ketakutan. Apa... apa yang sudah berlaku sebenarnya?

   Seorang lelaki memegang sniper serta menyarung topeng muka keluar daripada kereta. Bunyi motor datang daripada arah lain serentak pada masa itu.

   Penunggang motor yang perasan kasut Sina Yaya yang terkeluar daripada tempat persembunyian mereka berdua segera melaung. "Ha, itu pun! Ada orang!"

   "Ktang!" Berdesing kepala si penembak sniper itu tatkala kepalanya terkena tin susu yang dibaling Alia. Benjol teruk rasanya kepala abang itu. Kesian... Tetapi bazirlah tin susu itu.

  "Akak, kenapa akak baling?" Sina Yaya bersuara panik dengan tindakan drastik Alia.

    "Akak paniklah! Cepat, lari!" Alia menarik tangan Sina Yaya untuk lari daripada tempat itu. Kecoh juga suasana di belakang disebabkan 'serangan' daripada Alia itu.

  "Kereta kita jauhlah." Sina Yaya termengah-mengah berkata seraya dirinya cuba melawan rasa takut di dalam badannya. Ah, dia orang sudahlah kata... mafia, bukan? Habislah!

   "Tak apa. Akak ada cadangan."

   Sementara itu, Gopal sedang sedap-sedap memakan bertih jagung di dalam keretanya. Ya, hasil daripada dompet Rizal. Memandangkan Rizal sedang membeli barang kemas untuk isterinya di kedai sisinya, baik dia makan dahulu.

   Dia membuka telefon menggunakan sebelah tangan manakala tangan kanannya pula menyuapkan bertih jagung ke dalam mulut. Bacaan basmallah jangan dilupa.

  "Tok! Tok! Tok!" Bunyi cermin kereta diketuk kasar mengejutkan Gopal. Kelihatan seorang wanita mengetuk cermin keretanya bertalu-talu.

  "Sekejap..." Gopal membuat isyarat sekejap. Tangannya sibuk mengemas barang di sekelilingnya lalu menurunkan cermin tingkap. Habuan yang dia dapat, satu tumbukan daripada Alia.

   "Ah, Corona!" Alia mengeluarkan tangannya dari kereta Gopal. Botol santinizer dikeluarkan dan disembur pada buku limanya.

   Sina Yaya mengalih ke cermin tingkap kereta yang terbuka itu. "Maaf tapi boleh tak bawa kita orang lari dari sini? Tadi kita orang nampak... ah."

   Gopal yang mengusap mukanya turut terpaku memandang anak mata Sina Yaya. Mereka berdua hanyut dengan dunia masing-masing saat dua mata itu saling bertatapan. Dalam fikiran masing-masing pasti mengukapkan satu kata. 'Macam kenal sahaja dia ini.'

   "Kenapa main tenung mata macam drama Hindustan pula!" Alia mendengus bengang dengan mereka berdua. Dengan paksaan, dia membuka pintu kereta belakang yang terkunci dengan tisu basah.

   Main selamba sahaja Alia ajak Sina Yaya masuk. Alia memberikan arahan laksana Komander. "Pergi keluar dari kawasan ini cepat, nanti aku pasang GPS."

   Sebuah kereta hitam keluar di hadapan mereka mula menyulitkan keadaan.

  "Cepatlah! Nak kita orang mati ke!"

  "Erk, okey!" Gopal walaupun tidak tahu menahu, hanya memusingkan stereng dan meluncur laju meninggalkan kawasan kedai itu. Entah akak askar mana pula masuk ke dalam keretanya.

   "Hoi! Hoi! Hoi! Gopal!" Rizal berlari anak keluar daripada kedai emas itu dengan bungkusan plastik di sebelah tangan. Boleh pula kawannya meninggalkan dia di sini.

   Melihat kereta Gopal tiada di hadapan mata, Rizal merengek kecil. "Ahaaa... aku nak balik pakai apa ini? Gopal ini..."

   "Vroom!" Beberapa helaian rambut Rizal terangkap kesan kelajuan kereta yang meluncur laju di sebelahnya, diikuti dengan sebuah motorsikal.

   Rizal membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. "Siapa pula bawa kereta macam pelumba litar F1 ini?"

   Yang pastinya, target mereka ialah kereta Proton Saga milik Gopal.

  "Siapa yang kau orang cuba larikan diri ini? Ah Long ke?" Gopal mengintai sedikit ke belakang. Namun mata masih lagi pandang ke hadapan. Nanti terbabas, susah pula.

   Alia sekadar menjungkit bahu. "Manalah kita orang tahu. Yang pasti dia orang tembak seorang lelaki ini dan kita orang terbuat bunyi."

   Terketar-ketar nada suara Sina Yaya memberitahu. "Ya... ya... dengar... dia orang kata... mafia..."

  Alia membeliakkan matanya. "Sekejap... sekejap. MAFIA?" Sambil itu, tangannya menguatkan bunyi pada telefonnya.

   'Yaya?' Orang lain dengar ayat lain, Gopal fokus pada nama gelaran Sina Yaya. Melihat seorang lelaki bermotor yang agak mencurigakan, Gopal memberi pesanan kepada penumpang di belakang. "Pegang kuat-kuat."

   Pedal minyak ditekan, kelajuan ditambah... maka berlakulah perlumbaan halal di tengah jalan masa Covid-19 melanda dunia ini. Nasib baik jalan raya ini agak lengang memandangkan baru nak dekat tengah hari.

   Pada mulanya abang penunggang motorsikal itu selari dengan kereta Gopal namun dia ditewaskan dengan kelajuan Gopal. Semuanya beterusan. Kadang-kadang kereta Gopal yang ke hadapan, dan ada kalanya selari.

   Hampir menuju ke selekoh juga dengan lampu isyarat, penunggang motorsikal itu berada selari dengan cermin tingkap Sina Yaya.

   Belum sempat penunggang motorsikal ingin menambah kos memperbaiki cermin kereta pada kereta Gopal, Sina Yaya menurunkan tingkap dan segera menyimbah air oren daripada plastik kedai serbaneka barangan Alia.

   "Ah, mask aku basah!" laung penunggang motorsikal itu menyebabkan dia tercampak ke tepi.

  "Fuh... nasib baik." Sina Yaya menghela nafas, lega. Cermin tingkap kereta itu dinaikkan semula. Gopal pun turut menarik nafas, lega. Bukan apa. Cermin tingkap kereta tidak pecah.

   "Tak baik sangat. Kereta hitam itu masih ikut kita." Alia memberikan peringatan, tegas. Kereta Honda berwarna hitam itu masih setia mengekori mereka melalui cermin pandang belakang kereta.

   "Nak tak nak... kita kena masuk dekat lampu isyaratlah." Gopal memasuki selengkoh.

   Seorang lelaki berpakaian seragam polis bahagian trafik berdiri di sebelah tiang lampu isyarat. Mungkin tengah berehat sebab tengah minum air.

   Melihat sebuah kereta berwarna merah seperti dibantu pemandu mabuk segera dia bangun dan halang. Lelaki itu membongkokkan badan agar sama tinggi dengan cermin kereta itu.

   "Ha, laju-laju ini hendak pergi mana? Lampu isyarat me..." Bebelan lelaki berseragam polis itu dipintas laju Sina Yaya.

   "Encik, kakak saya nak beranak dah ini! Kalau dia beranak tengah jalan, encik nak sambut ke?" Sina Yaya memulakan lakonan, memarahi encik polis trafik yang menghalang mereka.

   Alia pula memainkan peranan yang bagus, membuatkan mimik muka yang menahan perit yang amat. Dengan memegang bahagian pinggang, memang nampak macam hendak melahirkan anak.

   Gopal pula terkelu di situ. Baik dia tidak payah bercakap, nanti hancur pula lakonan tadi. Tadi pun dia terperanjat ingat ketumban Alia pecah betul-betul tadi.

   Hasil lakonan itu begitu memuaskan, lelaki itu pun tumpang panik. "Eh, maaf! Maaf! Boleh jalan. Bagitahu tau lelaki ke perempuan!"

   Sibuk sahaja pak cik ini hendak tahu jantina bayi. Muka macam bujang ini sudah ada anakkah? Lelaki itu mengeluh sendirian. "Kan best kalau aku berbini."

   Ha, aku sudah kata, bukan?

  Sebuah kereta hitam datang serentak dengan lampu isyarat berubah menjadi berwarna merah. Lebih menyulitkan keadaan, datang juga beberapa kereta lain ke kawasan trafik itu.

   Melihat kereta itu ingin memotong isyarat, lelaki itu lantas melarang dengan meniup wisel. "Priiit! Jangan! Lampu isyarat merah. Ke nak saman dengan tiga ratus ringgit?"

   Lelaki berkepala benjol menurunkan sedikit cermin tingkapnya. Dia tersengih dan memohon maaf. "Maaf, tak nampak pula. Saya dah berhentikan kereta."

   Dalam hati, dua lelaki mafia yang duduk di tempat duduk pemandu dan penumpang pemandu berdesis geram. Nampaknya dua wanita itu telah nampak mereka membunuh seseorang di dalam bonet mereka.

   Dan seorang lelaki yang membantu mereka.

   Tidak mengapa, kita akan bertemu lagi. Dan di situlah, perbuatan mereka akan ditutup.

...

   Kereta Gopal berhenti betul-betul di hadapan rumah Sina Yaya. Tarik sahaja pedal brek, terus tercungap-cungap Gopal menstabilkan nafasnya. Rasa macam kena kejar-kejar pula.

   "Terima kasih kerana tumpangkan." Alia mengucapkan terima kasih sekaligus menjadi orang pertama keluar daripada kereta tersebut. Sempat Alia berbisik. "Fuh, nak tercabut jantung aku."

   Gopal menurunkan cermin tingkap untuk memudahkan bercakap dengan dua wanita itu. "Siapa yang kejar kau orang itu? Tiba-tiba ajak lumba masa Covid-19."

   "Macam kita orang kata, dia orang itu bunuh seorang lelaki dan kita orang nampak. Jadi dia orang kejarlah takkan nak lempar hadiah pula. Logiklah sedikit, kan Yaya?" Alia menyiku adik iparnya yang membisu sahaja.

   "Erm, ya..." Sina Yaya menunduk, tidak mahu mengangkat muka. Terlalu malu untuk menatap wajah Gopal... kerana dia yakin lelaki itu yang dia tunggu selama ini.

   Atau... lelaki ini bukan dia? Ah, macam ma...

  "Hoi, yang kau mengelamun jauh ini kenapa?" Siku Alia yang mengenai lengan Sina Yaya mengejutkan Sina Yaya daripada lamunannya. Haih, fikir jauh ini!

   "Kenapa tak report polis?" soal Gopal.

   "Dah tak ada bukti. Nombor plat pun kita orang tak hafal. Takkanlah main report sahaja. Nanti kena cop gila pula." Bertalu-talu Alia memberikan alasan.

   "Nam... awak kerja apa?" Kedua pasangan mata itu memandang ke arah Sina Yaya. Merona wajah Sina Yaya tatkala dirinya jadi perhatian. Segera Sina Yaya membela pertanyaanya. "Err, saja nak tahu."

   Gopal menjawab tanpa segan-silu. "Oh, kerja biasa je. Kerja penghantar Grabfood."

   "Wah, boleh order makanlah ini! Bagi percuma dan diskaun boleh tak?" Mata Alia bersinar membayangkan segala makanan yang murah untuknya. Alang-alang ada pekerja penghantaran makanan dekat depan mata.

   "Erk, saya cuti hari ini. Esok baru masuk kerja semula. Okeylah, pergi dulu." Gopal memusingkan badannya menghadap stereng. Namun anak matanya masih memandang Sina Yaya.

   Gopal menyoal kepada Sina Yaya. "Aw... Nama awak... si..."

  "Sepohon kayu daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya." Nada dering daripada telefon bimbit Gopal menghentikan niat Gopal ingin mengetahui nama wanita itu.

   Gopal melihat pada telefon bimbitnya. Matanya terbuntang melihat nama tentera pada telefonnya. Aduh, macam mana boleh lupa fasal abang ini? Habislah nanti dia perkena bebelan kuasa dua!

   "Erk, saya gerak dulu, ya? Nanti habis telinga saya! Bye! Assalamualaikum!" Dengan laju, Gopal menaikkan tingkap dan menekan pedal minyak dalam detik 5 saat. Selang beberapa saat, kereta itu meninggalkan kawasan kejiranan itu.

   Takut sangatlah itu.

   Sina Yaya melambai lemah dengan senyuman pahit. "Waalaikumussalam..."






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro