Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17 | EL

                  "JADI, kau nampak kan lelaki itu?" soal Siao Fang setelah kenderaan ambulans itu berlalu pergi daripada situ. Matanya sekejap memandang ke arah bomba yang sibuk memadamkan api.

   Gopal mengelap hidungnya. Riak tergamamnya masih belum hilang dari wajahnya. "Macam mana aku boleh lupa? Dia nak bunuh aku kot?" Tidak mungkin dia tiba-tiba hilang ingatan selepas kejadian itu terjadi?

   Encik Eshan menghampiri mereka. "Gilalah... tak sangka betul aku geng-geng dia orang itu berani munculkan diri." Dia melepaskan batuk-batuk pada akhir ayat.

   "Tak mungkinlah..." Gopal yang tadi memerhati kedai yang sudah rentung itu beralih wajahnya ke arah Siao Fang dan encik Eshan. "Tak mungkinlah yang hendak bunuh aku itu, salah seorang daripada suspek itu."

   Siao Fang tidak memberi sebarang perubahan pada wajahnya. Dia hanya mengangkat bahu bersahaja. "Mungkin. Sebab daripada apa yang pengintip aku dapat, Tequila ada bawa sniper."

   Kening Gopal bercantum. "Tequila?"

   "Ya, orang yang dihantar..."

   "Dan satu lagi... mungkin?" Kesian Siao Fang... Baru hendak habiskan bicaranya, sudah dipotong oleh Gopal. "Kau baru nampak dia datang bawa sniper dan nak bunuh aku, tapi kau kata mungkin. Silap-silap masa aku tidur, boleh dibunuhnya aku."

   "Allah ada." Siao Fang berjaya membuatkan mulut Gopal terkunci. Terus terkikis-kuis kaki Gopal dengan jalan tar seperti anak baru lepas kena marah dengan ibunya. "Tequila itu manusia, kau pun manusia. Lagipun, kalau kau takut, lagilah dia orang berani nak serang."

   "Kau pun, dah janji nak lindungi adik aku, kan?"

   Bunyi pengepam tandas menghentikan lamunan Gopal. Pili air dibuka lalu dicuci tangannya sehingga bersih, barulah dia melangkah keluar daripada tandas. Dia masuk ke dalam ruang tamu dan mendapati pintu rumahnya terbuka. Eh, sejak bila dia jemput perompak masuk rumah ini?

   Yalah, Rizal bukankah pernah berkata... kalau biarkan pintu rumah tidak berkunci, seolah-olah buat rumah terbuka untuk pencuri.

   "Eh, mana pula bini aku ini?" Gopal bertanya pada dirinya sendiri saat menyedari Sina Yaya tiada di atas sofa itu. Hendak kata dia bermimpi kahwin, tidak mungkinlah.

   Gopal terkedu sebentar. "Jangan kata..." Dia lantas mengorak langkah menuju ke pintu rumah.  Dalam sedap dia berlari, dia disapa dengan sebuah sergahan yang tidak dijangka. "Bah!"

   "Mak kau hijau!" Nasib baik Gopal dapat berpaut pada dinding. Dia mengurut dadanya berkali-kali. Ini kalau tahi masih berada di rektum, mahu tercirit dia buat kali kedua. Sekejap, okey... itu agak memualkan untuk diingatkan.

   Sina Yaya sibuk tergelak berserta linangan air mata. Dia perlahan-lahan cuba meredakan tawanya apabila ditegur Gopal. "Seronok ya gelakkan orang? Macam tengok Maharaja Lawak."

   Sina Yaya mengelap air matanya yang masih bersisa. "Sorry... sorry, hehehe... saya sengaja duduk dekat luar, lepas itu saya nampak awak macam kucing hilang anak. Saya kejutkanlah awak."

   "Sengaja duduk luar rumah? Menghirup udara segar ke?" Gopal menjenguk kepalanya ke luar rumah. Hendak kata isterinya sidai kain, tiada satu bakul pun diletakkan sebelah besi penyidai. Lagipun jarang orang sidai waktu matahari baru naik.

   "Tidaklah. Saya kan belajar taekwando masa sekolah dulu. Jadi dah jadi rutinlah untuk saya bersenam setiap hari minggu." Sina Yaya mengangkat tangan, kononnya menunjukkan otot-ototnya.

   "Oh, yakah?" Gopal mengusap janggutnya yang nipis beberapa kali. Rajin betul isterinya bersenam, dia naik tangga pun kira bersenamlah itu, bukan? "Cuba buat demo sedikit."

   "Oh..." Sina Yaya menggaru lehernya. Dia mengetap bibir sebelum memandang wajah Gopal, kekok "Kalau orang perhati saya bersenam, rasa malu pula."

   "Tak apa, cubalah. Saya tak akan judge punya." Gopal meyakinkan Sina Yaya. Lagipun dia tidak pernah melihat budak Taekwando beraksi di hadapan matanya.

    "Kalau macam itu..." Sina Yaya kelihatan meliar mencari sesuatu. Dia siap keluar daripada kawasan rumah lagi. Batu-bata di sisi pagar jiran sebelah yang tersusun diambil. Eh, pencuri!

   Terpinga-pinga Gopal tatkala batu-bata itu sampai di tangannya. Apa yang perlu lakukan? Baling lepas itu tunggu anjing datang kutipkan? Eh, tidak logik.

   "Ha, pegang biar sampai aras ini." Sina Yaya menaikkan tangan Gopal ke paras dada lelaki itu. Gopal sudah ternaik keningnya, tinggi wanita itu hanya paras dadanya, boleh ke dia...

   Sina Yaya sudah menarik nafas dalam-dalam, siap dengan aura berapi-api di belakang. Air muka Gopal sudah berubah cuak. Eh, kalau macam ini, baik pembaca yang pegangkan untuk aku!

   "Hiargh!" Baru-bata itu terbelah dua. Sampai terundur beberapa langkah Gopal dibuatnya. Serta-merta Gopal melepaskan batu-bata itu ke rumput dan menoleh ke bawah. Aku kahwin dengan SuperGirl ke apa?

   Kaki Sina Yaya yang berada sama tinggi dengan kepalanya diturunkan ke bawah. Sangat fleksibel! "Macam mana? Okey ke tidak?" Sina Yaya tersenyum bangga dan bercekak pinggang.

   Gopal perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Ibu jari dikeluarkan daripada buku limanya. Dia mengumpul nafasnya sebelum mengujar teruja. "Pergh, hebat gila princess saya ini! Tak sangka pula Yaya boleh buat batu-bata itu terbelah dua sampai macam itu sekali."

   'Dan... agak menakutkan. Dia kuat sangat.' Ya, ayat ini hanya dikatakan di dalam hati.

   Wajah Sina Yaya berbahang tatkala mendengar nama panggilan itu. "Princess?"

  "Ya..." Gopal berdehem sekali bagi menghapuskan rasa malunya. Lagipun, nampak tidak macholah nanti. "Lagipun awak yang cadangkan panggilan ini kan, princess?"

   "Bu... bukan macam itu maksud saya." Sina Yaya laju menukar topik perbualan. "Err... uh, batu belah terbelah itu pun sebab saya selalu berlatih, tau! Ke awak nak saya ajarkan?"

   "Ajar? Tak..." Gopal pantas menukar ayatnya apabila teringat nasihat Rizal dalam perbualannya semalam. "Boleh juga. Tapi tak rasa memalukan ke kalau diajar oleh perempuan?"

   Sina Yaya mengibas tangannya sekilas. "Tak adalah malunya. Macam sekolah dulu pun belajar dengan guru perempuan. Lagipun kita nak menuntut ilmu. Bukan buat apa pun..." Eh, kenapa rasa macam tersalah cakap sahaja pada penghujung ayat itu.

   "Bukan buat apa itu buat apa?" Bak kata peribahasa, bagai serampang dua mata sahaja usikan Gopal itu.

   Sina Yaya menjeling tajam ke arah Gopal. Dia menggembungkan pipinya yang sedia pau itu. "Inilah orang lelaki, suka fikir bukan-bukan!" Kemarahan Sina Yaya dibalas dengan gelakkan daripada Gopal.

   "Lah, saya tanya sahaja. Ke princess fikir bukan-bukan?"

   Hrm, namun hairan juga dengan perangai Gopal hari ini. Tadi pun dia luahkan mahu makan sedikit sahaja. Dan pagi ini hendak belajar taekwando. Macam orang hendak berdiet sahaja nampaknya. Selalunya kalau orang lelaki bersemangat hendak jaga penampilan ini, bermakna...

   'Ah, jangan fikir bukan-bukanlah, Yaya!' Yaya menampar pipinya sendiri. Gopal terhinjut bahu mendengar tamparan itu. "Eh, kenapa tampar diri sendiri?"

   "Oh, nyamuk..." Sina Yaya sengaja berbohong. Dia mengelap tangannya ke seluar, kononnya mengeset nyamuk di tangannya. Tidak mungkin dia ingin utarakan fikirkannya bahawa dia fikir Gopal diet untuk perempuan lain.

   Ish, tidak baiklah kau ini, Yaya! Suami kau penat kerja untuk kau masa Covid ini, kau sanggup tuduh dia ada perempuan lain!

   "Yang ini yang basic sahaja tau. Kalau tendangan asas, mula-mula angkat kaki separas lutut macam ini." Sina Yaya mengangkat lutut separas dadanya sambil menunggu Gopal mengikuti langkahnya. Ketiak dikepitkan rapat ke sisi. "Kemudian undurkan kaki ke belakang."

   Gopal hanya menuruti langkah yang ditunjukkan Sina Yaya. Macam betul-betul hadiri kelas taekwando pula ini. Siapa mahu datang... ha, marilah bungkus barang datang ke Selangor. Itu pun kalau boleh rentas negerilah.

  Sina Yaya mengulang kembali cara-cara yang didemonstrasi pada Gopal tadi. "Kali ini, masa awak angkat lutut itu, awak tendang setinggi awak mampu. Kalau awak mampu tendang setinggi kayangan, awak tendanglah. Hehehe..."

   "Oh, macam ini ke?" Sebuah tendangan dilepaskan ke angin oleh Gopal. Itu pun lelaki itu sudah mahu terjatuh ke hadapan. Tidak mengapa... dan encik semut, buat-buatlah tidak nampak aksinya tadi itu, ya?

   "Ha, macam itulah. Lepas itu ulang pergerakan dengan lebih laju macam ini." Sina Yaya mempamerkan seni pertahankan dirinya. Kaki yang mencecah lantai ditarik maka dengan sepantas kilat oksigen yang tidak bersalah diterajang oleh wanita itu.

   "Ah, senang kacang sahaja ini! Setakat benda macam itu, lelaki belajar sekali pun boleh buat." Gopal bertutur penuh berlagak. Walhal belum mencuba lagi. Setelah banyak berdoa di dalam hati, kakinya meneruskan mengikut langkah yang ditunjukkan.

   "Hiyargh! Eh, eh, eh!" Kerana terlalu kuat menendang, Gopal terlebih langkah beberapa kali ke hadapan dan melanggar Sina Yaya. Itulah, sibuk menendang angin tanpa mengetahui kewujudan kurma (karma). Kurma apa lagi? Keenakan kurma dari Timur Tengah (tidak ditaja Yusof Taiyoob).

   "Ah, dasar angin!" Tengok, angin pula dipersalahkan Gopal! Sina Yaya tersengih mendengarnya. Rasa berat pula bahu ketika Gopal memaut padanya. "Kesian angin awak salahkan dia. Biasalah, saya pun mula-mula belajar taekwando pun macam itu."

   Gopal menghela nafas berat. "Mentang-mentang jualan kurma makin meningkat sekarang, makin banyak kurma pula datang dekat saya." Kalau didengari kembali, ayat itu seperti benar-benar yang Gopal rasakan sekarang.

   "Disebabkan awak macam sedih kurma selalu datang pada awak, mari sini saya buat sarapan untuk hilangkan kurma itu." Sina Yaya memegang pipi Gopal dan mengangkat wajah Gopal menghadapnya. Wanita tersenyum memaparkan gigi saat mata mereka bertembung. "Khas untuk prince saya ini!"

   Senyuman Sina Yaya memudar bertukar  tergamam tatkala wajah Gopal seakan menghampiri kulit mukanya. Hembusan nafas Gopal menyapa lembut pada wajahnya.

   "Can I kiss you now?"

   "Kami dari Jabatan JAIS mendapat laporan daripada..." Terkocoh-kocoh Gopal dan Sina Yaya menjarakkan diri ketika disergah sebegitu rupa. Alia menyambung lakonannya yang terhenti gara-gara mereka. "Eh, aku belum habis lagi. Ehem, mendapat laporan bahawa ada maksiat, aduh!"

   Siao Fang hanya membiarkan Alia menggosok dahi yang dijentik olehnya tadi. Habri ceria keluar daripada perut kereta. "Ha, kita orang ada bawa barang yang awak nak, Yaya?" Di tangan lelaki itu terdapat plastik beg, pastinya di dalam beg tersebut mengandungi dadah, eh kain fabrik!

   "Eh, kenapa datang rumah orang tak bagi salam?" Gopal bercekak pinggang seolah melakonkan watak seorang guru disiplin. Masakan tidak, suka sangat orang melawat rumahnya tidak memberi salam.

   Lagi satu... baru aku hendak ambil first kiss isteri aku!

   Sina Yaya menepuk dahinya, perlahan. Satu senyuman tidak bersalah diukirkan saat menoleh ke arah Gopal. "Maaf, pri... awak. Saya lupa yang saya ajak Habri dengan Alia datang cium eh silap, datang tolong saya urus baju." Burung apa yang sorok kepala dalam tanah, kalau ada... izinkan dia mahu jadi burung tersebut!

   "Awak, saya tahu awak penat... saya tahu perit ujian awak. Saya tahu sakitnya rasa bila awak pendam masalah awak. Tetapi kenapa kita orang nak datang cium awak?" Kesilapan kata sengaja Alia tegur dengan tujuan ingin mengusik lagi Sina Yaya.

   "Kak Alia, Yaya salah cakaplah!"

   Siao Fang menuding jari ke arah belakangnya. Maka dengan itu Gopal turut berpaling ke belakang. Memandang ke arah Gopal, Siao Fang mengusut sedikit rambutnya sebelum menunjukkan ke arah tapak tangannya, barulah si Gopal itu memahami.

   Haih, tidak mungkin terlepas peluang, terus mengelamun ke arah lain. Mata pun gatal pandang tempat yang sama pula itu!

   "Yaya, saya nak keluar dengan abang awak, tau! Ada hal sedikit hendak bincang. Duduk rumah elok-elok. Kalau nak beli barang, mesej saja," pesan Gopal. Sedap perkena air berais selepas aktiviti memeluhkan tadi!

   "Awak, saya nak salam." Malu-malu Sina Yaya menghulur tangan. Isteri solehah orangnya ini. Kita sama-sama pura-pura tidak ingat akan sikap tomboy Sina Yaya memecahkan batu-bata ini. Sina Yaya mencium tangan suaminya serta...

   Satu kucupan dihadiahkan kepada dahinya.

...

   "Ah, bosannya!" Sina Yaya menyandar pada sofanya. Kepalanya yang didongakkan rapat ke dinding. Memandangkan Gopal cuti satu hari sahaja, memang hanya perabot dan tumbuhan dekat luar sahaja menjadi penemannya.

   Hendak kemas rumah, rumah ini sentiasa bersih. Bahkan memang jarang habuk mahu menampakkan diri pada bilah kipas. Ha, walaupun perangai Gopal macam itu, lelaki ini boleh tahan pembersih juga, tau!

   "Prang!"

   Sina Yaya yang sedap menyandar bingkas duduk tegak. Dia menoleh ke kiri, rasanya bunyi itu datang daripada dapur. Masa Covid pun, pencuri ada niat hendak mencuri ke? Segera dia berlari menuju ke dapur.

   "Meow... meow..." Seekor kucing oren mengiau tanpa rasa bersalah selepas memecahkan pinggan. Siap heret ikan lagi! Eh, Oren ini! Sudahlah masuk rumah suka hati, pecahkan pinggan rumah orang pula.

   "Lah, kucing rupanya pecahkan pinggan. Pecahkan pinggan?" Sina Yaya laju menuju ke arah serpihan pinggan kaca yang berterabur di lantai. Kucing itu pantas meninggalkan Sina Yaya dengan ikan di mulutnya.

   "Pandai pula Oyen ini lari..." Sina Yaya mengalih ke arah pintu yang terbuka itu. Padanlah si kucing oren itu datang mencuri, pintu pagarnya ditutup namun pintu kayunya tidak.

   "Tapi sejak bila aku tak tutup pintu kayu?" Sina Yaya bertanya sendiri. Seingatnya dia tutup tadi... ah, mungkin dia cuai tadi. Dia kemudian memandang semula ke arah pinggan yang pecah itu. Kukunya digigit. "Agak-agak abang Gopal marah ke? Habislah aku..."

   Kucing oren itu tidak melarikan diri sebaliknya dia menyorok di sebelah pintu agar Sina Yaya tidak menyedarinya. Robot lipas yang berkamera keluar dari bulu-bulu kucing itu lalu masuk ke rumah. Selepas tugasannya selesai, kucing itu meninggalkan tempat itu.

   Habuk-habuk kaca di dalam penyodok itu dimasukkan ke dalam plastik sampah. Plastik sampah itu diikat sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Tiba-tiba, bunyi hon dari luar rumah sampai ke gegendang telinganya.

   "Eh, siapa pula itu? Aku dahlah tak pakai tudung." Sina Yaya menutup separuh pintu. Kalau keluar lelaki dari kereta itu, habis auratnya nanti! Tudung di dalam bilik diambil lantas pintu rumah menjadi langkah tujunya.

   "Lambat kau buka pintu."

   Sina Yaya terpana melihat tetamu di hadapan matanya. Lebih tepat, tetamu yang langsung dia tidak duga. "Puan... Sarindi?"

   "Hai, akak!" Samantha di belakang kerusi roda Puan Sarindi menjenguk kepalanya keluar. Kanak-kanak itu melambai ceria ke arah Sina Yaya. "Abang ada tak?"

   Sina Yaya membongkokkan badan supaya sama tinggi dengan Samantha. "Abang tak adalah, Samantha. Abang pergi kerja."

   "Saya sudah katakan, mam'mi. Gopal pergi kerja. Kalau kita nak jumpa Gopal, waktu cuti dia kita datang. Jom balik, mam'mi." Puan Jivanta berusaha memujuk ibu mertuanya untuk peluang namun hanya wajah masam yang dia dapat. Dia tahu pasti ada niat lain kedatangan ibu mertuanya ke sini.

  "Aku kisah apa kalau budak itu ada ke pun. Kalau kau nak terhegeh-hegeh nak balik, baliklah. Lagipun... salah ke kalau aku nak melawat 'ahli keluarga' sendiri. Nak tengok juga kehidupan Islam ini macam mana." Puan Sarindi berkeras mahu memasuki ke dalam rumah.

  "Mana tahu kalau perempuan ini sorok lelaki lain ke?"

   Sina Yaya tersenyum pahit. "Saya hendak ambil kunci kalau macam itu. Sekejap, ya?" Satu keluhan terlepas daripada bibir Puan Jivanta mendengarnya. Dia kalau boleh tidak mahu mencari masalah di sini.

      Kerusi roda Puan Sarindi dijongketkan sedikit untuk dinaikkan ke atas rumah. Memandangkan ketinggian lantai dapur dengan ruang tamu ini berbeza, kena main jongket-jongket sedikitlah.

   "Wah, tak sangka besar juga rumah abang. Ini pertama kali Samantha datang sini." Samantha teruja meluahkan. Topeng di wajahnya sudah senget sebelah, menampakkan lubang hidungnya. Sofa didudukinya dihinjut beberapa kali.

   Sina Yaya menjadi hairan mendengarnya. "Eh, pertama kali?"

   Samantha menoleh ke arah Sina Yaya. "Ha'ah. Pāṭṭi selalu tak bagi bila kita nak datang sini. Kita pun tak tahu kenapa. Ki..."

   Penceritaan Samantha dihentikan oleh Puan Sarindi. "Erm, memang tak ada niat hendak buat air untuk tetamu. Aku tak tahu pula Gopal pilih isteri yang tidak beradab." Nenek ini pun, lembutkan sedikit nada suara ini. Kalau kuat marah, nanti cepat tua... bak kata orang-orang tua.

   Eh, sekejap bukan nenek ini pun sudah tua ke?

   Meskipun menerima ejekan sarkistik begitu, Sina Yaya mampu melahirkan senyuman. "Maaf, maaf. Saya buat air sedap untuk kamu semua. Puan Sarindi, Samantha dengan amma nak air apa?"

   Berdesing telinga tuanya menangkap gelaran Sina Yaya kepada menantunya. Sina Yaya bukannya cucu menantu dia pun. Langkah Sina Yaya terhenti saat Puan Sarindi bersuara. "Baik Jivanta yang buatkan. Aku bukan percaya pada kau ini. Suami kau pun boleh terkena racun, apatah lagi aku."

   Sina Yaya memusingkan tubuhnya, lemah. "Tetapi, saya tak buat pun..." Mulutnya terkunci ketiak Puan Jivanta memegang bahunya, seakan-akan memberi kekuatan. Sina Yaya hanya menarik bibirnya sebagai balasan.

   "Mana tempat kopi ya, Yaya?"

   "Dekat almari situ, amma."

   Samantha comel membuat muka pada Sina Yaya. "Akak... nak tengok tv? Boleh?" Samantha  menekup pipinya serta memberi senyuman comel, sengaja mengambil hati Sina Yaya.

   "Ya, boleh sayang..." Sina Yaya mengambil alat kawalan jauh di bawah meja kecil di ruang tamu. Apabila dia mengangkat wajahnya, Puan Sarindi sedang membuka topeng mukanya. Biarlah dia... lemas itu.

    "Terima kasih, kakak!" Gembira betul budak perempuan itu melihat siaran kartunnya dipaparkan pada skrin televisyen.

   "Sama-sama." Sina Yaya mengangguk senang. Kepalanya dipalingkan ke hadapan menghadap Puan Sarindi. Mata Sina Yaya terbuntang memandang beberapa keping duit 50 ringgit yang diletakkan di atas meja itu.

   Sina Yaya bergetar tubuhnya cuba bertentang mata dengan nenek mertuanya. Mengapa dengan Puan Sarindi ini? "Ke... napa keluarkan duit ini? Ke... kenapa ini, puan Sa..."

   Hanya riak bersalah dilukis pada wajah tua itu, Kasar sahaja nadanya menerangkan. "Duit ini untuk kau bercerai dengan Gopal. Ini yang kau mahukan... kan?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro