15 | EL
"DUM!" Berbunyi simen lantai itu apabila berlaga dengan kepala seorang manusia. Lelaki bertopeng hitam anonymous menarik kembali kerusi untuk berdiri tegak kembali.
Saat didirikan kembali gerangan yang dimangga pada kerusi itu, lelaki itu langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Bahkan lelaki berkod nama Scotch itu sedaya-upaya menyembunyikan rasa berdesing di dalam kepalanya.
Tidak sempat Scotch ingin menstabilkan pernafasannya, lelaki bertopeng hitam itu menendang Scotch sehingga jatuh lagi dia ke lantai. Rasa mahu pecah otak dirasanya!
Lelaki Bertopeng hitam atau lebih dikenali sebagai Mirin bersuara lantang merenung Scotch. "Bagitahu aku! Berapa banyak maklumat yang kau dah bagi pada White Knight?"
Scotch langsung tidak menjawab. Bahkan dia menunduk, tidak mahu memandang wajah sesiapa di dalam 'bilik seksaan' itu. Jawab ataupun tidak, dia tahu mayatnya akan ditanam juga di sini.
Nada suara Mirin berubah perlahan. "Kenapa kau khianat, Scotch? Kita... ergh, kita kan pernah jadi kawan baik!" Belum sempat kaki Mirin tiba di kepala Scotch, satu jeritan histeria menyakitkan datang daripada Scotch... sehingga mengejutkan semua orang di dalam bilik seksaan itu.
Sebatang jari telunjuk milik Scotch terjatuh daripada cengkaman pemotong kabel. Namun, ianya belum memuaskan hati lelaki di belakang Scotch itu. Ibu jari kanan Scotch dicengkam erat lalu ditarik sekuat hati sampailah terpancut darah dari jari itu.
"AHAHAHAHA! Hahahaha!" Gelakan itu bukan datang daripada sesiapa, sebaliknya datang daripada Scotch yang sedang menahan kesakitan.
Berdesing telinga mendengar pintu besi terbuka berhampiran mereka. Seorang lelaki bertubuh tinggi 220 sentimeter menunduk masuk ke dalam bilik seksaan tersebut. "Apa hal dengar badut sarkas ketawa dalam ini? Kau tengok Maharaja Lawak ke seksa orang, Tequila?"
Tequila yang memegang pemotong kabel wayar berpaling ke arah Claret. Topeng itu memberi kesan efek chipmunk kepada suaranya. "Tak adalah. Lagipun aku dah senyapkan dia."
Scotch sudah menumpahkan air mata memandang lidahnya yang sudah terputus di lantai. Rasa pedih mencucuk-cucuk di mana-mana. Dia lebih lera mati daripada menghadapi semua seksaan ini.
"Kau dah dapat maklumat daripada dia ke?" Claret mencapai pedang yang tergantung pada dinding. Bersinar-sinar hujung pedang itu terkena tempias lampu. Nampak seperti baru diasah. Yalah tidak mungkin nampak lembut macam isi tilam pula.
Seorang perempuan bersama telefonnya hanya menggeleng. "Tak dapat apa-apa pun, tuan Cralet. Jari semua kena tarik pun, tahu gelak macam pesakit mental sahaja."
"Kalau macam itu..." Sengaja Cralet menghentikan bicaranya. Selang beberapa saat, leher Scotch menjadi mangsa kepada pedang Cralet. Bukan putus kepala si Scotch itu tetapi dibedah setengah sahaja leher lelaki itu.
"Kan senang, bunuh sahaja dia. Tak payah buang masa." Cralet mencampakkan pedang itu atas meja. Dia mempedulikan Scotch yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. "Tequila, macam mana perkembangan kau dengan G?"
Tequila sengaja menjatuhkan Scotch yang sudah menjadi mayat barulah dia menjawab. "Belum ajal dia, tuan Cralet. Aku letak racun entah kenapa roh itu tak nak keluar dari badan. Mungkin sebab ada orang yang dia nak lindungi kot."
"Apa-apa sahajalah. Kalau dia yang tak mati, kepala kau jadi gantinya..." Tequila hanya tersenyum senang menerima ugutan Cralet. Lagipun setakat lelaki gemuk macam Gopal itu, tarik picu pun mudah untuk diselesaikan.
"Sudah, campak bangkai dia dekat mana-mana ke. Nanti membusuk habis bilik ini. Jadi bilik mayat pu..." Penyampaian arahan Cralet dihentikan dengan suara pemberita yang datang daripada telefon Kirsch, gadis yang pegang telefon sebentar tadi.
"Assalamualaikum dan selama sejahtera. Kehilangan wang melalui bank negara sudah mencapai angka beribu-ribu. Kecurian wang yang bermula dengan bank di Cheras, Selangor beralih kepada hampir seluruh semenanjung Malaysia..."
Cralet menghantar jelingan tajam ke arah Kirsch. "Sudah, sudahlah, wey. Tahulah itu kerja kau. Tidak payah mainkan berulang kali. Muak tahu muak aku dengar."
Kirsch cuma mencebik. Telefon bimbitnya dimatikan lantas disimpan ke dalam poketnya. "Ala, hendak berbangga dengan hasil tangan sendiri pun tak boleh."
Mirin hanya memberi pandangan kosong ke arah Scotch yang berada di dalam posisi mengerikan itu. Sudah seperti lembu kena sembelih pula. Dengan pupil mata yang ternaik ke atas, budak tengok pun boleh termimpi ngeri mereka.
Perbualan dia dengan Scotch mula tergiang-giang di dalam fikiran. "Terima kasihlah lawat mak aku. Buat susah-susah sahaja. Kau boleh sahaja balik rumah dan berehat."
"Mana ada susah. Kau kan ka..."
Termati serta terhapus terus lamunan yang dialami Mirin tatkala kaki Tequila menyeret-nyeret leher Scotch sehingga terputus kepalanya. Tequila mengangkat wajahnya. "Kenapa pandang aku macam tak puas hati? Aku mudahkan kerja kau kot. Dah, cepatlah uruskan mayat dia."
Tegang sahaja wajah Mirin tayangkan. Parang berdekatan laci diambil untuk dipotong mayat tersebut. Melihat keadaan itu, Tequila berura-ura mengangkat kaki dari situ." Oh, sebelum aku terlupa. Aku punya sniper dekat dalam bilik senjata macam biasa, bukan?"
Tiada balasan daripada Mirin membuatkan Tequila menganggap itu sebagai ya daripada Mirin. Tequila ini pun satu, hendak pergi, sempat lagi dijenguk ke dalam. "Ha, janganlah sedih kawan kau dah mati. Nanti kan kita nak keluarkan dia. Nanti kau mengadu puas-puaslah dekat dia nanti."
Tidak semena-mena, sebilah parang terbang ke arah Tequila. Nasib baik bagi Tequila kerana tidak mengenainya. Sosok itu hanya mengangkat bahu, seakan menyindir Mirin sebelum berlalu dari situ.
"Heh... emosional."
Satu tangan yakninya tangan Tequila mengambil senjata jenis sniper daripada meja itu. Pada permukaan meja itu, terdapat sebuah hamparan kertas biru beserta peta dalam bangunan juga gambar seorang banduan penjara. Sepertinya ER tengah menjalankan sesuatu yang besar selain mengumpul wang.
...
Bermacam ekspresi dipantulkan melalui cermin itu. Tangannya yang masih bersisa minyak rambut ke seluar uniform kerjanya. Gopal membelek mukanya. Lama dia dalam keadaan begitu sebelum akhirnya bersuara. "Alhamdulilah... masih rupa macam Shaz Rukan."
Ini kalau Shaz Rukan terdengarnya, mahu mengaku ataupun tidak. Tidak mengapalah, kita layankan sahaja keperasanan Gopal ini (daripada kena serang dengan Sina Yaya).
Baru sahaja dia hendak melangkah keluar daripada bilik, tudung milik Sina Yaya yang disangkut jatuh dari tempat asalnya. Gopal cuba bersangka baik, mungkin iman tudung itu jatuh sebab tengok kekacakannya.
"Oh, ini macam tudung yang Yaya pakai masa dekat hospital hari itu." Gopal berbisik perlahan. Saat dia menggantung tudung itu ke tempat asalnya, satu bau harum memasuki rongga hidungnya.
Gopal mendekatkan hidungnya dengan kain tudung Sina Yaya itu. Merah sekejap mukanya membayangkan yang dihidunya kepala Sina Yaya. Wanginya sampai rasa mahu dipeluk-peluk tudung ini!
"Awak, sarapan dah siap... eh?" Terkedu Sina Yaya melihat Gopal menghidu tudungnya. Gopal berpaling laju dalam masa yang tidak sedar bahawa tudung di tangannya sudah jatuh ke bawah.
Kekok Sina Yaya bertanya. "Eh, awak buat apa dengan tudung saya?" Rasa beku sekejap kakinya.
"Err, uh, tak ada buat apalah. Tengah cek struktur kain tudung ini, haa..." Gopal kekok menyangkut tudung itu. Walaupun jawab begitu meyakinkan, namun air muka itu paling memainkan peranan!
"Yakah?" Sina Yaya mengangkat keningnya, senang sangat mahu membaca air muka Gopal. Kalau mata tidak sanggup bertentang, kira menipulah itu!
"Ya... yalah." Gopal laju menukar topik. "Makanan dah siap, bukan? Ha, nanti lambat pula saya nak pergi kerja." Gopal melalui di sebelah Sina Yaya dengan penuh janggal. Sina Yaya ini pun macam tahu-tahu sahaja dia menipu.
Sebenarnya rasa malas mahu pergi ke kerja hari ini namun lawan rasa malas demi orang rumah. Kalau dia tidak bekerja, hendak bagi anak isteri makan apa? Ush, ayatnya sudah seperti bertahun-tahun berkahwin. Lagipun, Gopal... cukuplah sehari cuti sakit itu.
"Awak dengar kan berita semalam, yang fasal banyak orang hilang duit dalam bank itu, kan?" Sina Yaya membuka topik perbualan ketika duduk di meja makan itu. Awalnya hendak makan sekejap lagi dan akhirnya duduk makan bersama selepas disuruh Gopal.
"Berita?" Gopal menelan segala isi makanan. Depan kawan bolehlah dia cakap dengan penuh mulut, depan isteri kena jaga kekacakannya. "Oh... berita itu! Kenapa? Duit awak hilang ke dalam bank?"
Sina Yaya tertawa kecil. Dia mencicip sedikit air Milo suamnya. "Bukanlah. Alhamdulilah, tak hilang. Tapi awak tak rasa pelik ke? Sebab duit yang hilang, semua dia target pada anggota polis dengan sesetengah orang."
Mendengar Sina Yaya begitu, serta-merta Gopal teringat kepada amaran Siao Fang. Gopal mengukir senyum gelisah dan menidakkan. "Eh, kebetulan sahaja kot. Ah, mana tahu kalau dia ambil duit tukang masak ke? Err, saya pergi kerja terlebih dululah."
Tiba-tiba tukang masak dipersalahkan. Gopal ini mulut pun boleh jadi masin kadang-kadang. Nanti betul-betul tukang masak di seluruh Malaysia dicuri duitnya.
"Eh, cekodok itu tinggal sedikit lagi." Sina Yaya turut sama bangun mengikuti suaminya yang hendak meletakkan pinggan ke dalam singki. Haih, Gopal... panik pun lindunglah sedikit.
"Oh, yang ini saya bawa dalam bekallah." Gopal mencari bekas plastik di rak untuk diisi cekodok itu. Tidak mengapa, tenang-tenang dahulu. Kalau bos tanya kenapa lambat, jawablah... biar lambat, asalkan selamat.
Kena buang kerja, itu bukan masalah saya.
Sina Yaya mengerutkan dahinya. "Eh, nanti sejuk takut tak sedap nak makan pula. Kalau awak sakit perut ke lepas makan, tak susah ke nanti?" Betullah kata Siao Fang, memang Sina Yaya ini agak paranoid.
"Tak adalah sampai meninggal makan makanan yang dah sejuk." Gopal menutup bekas plastik itu. Gopal mengepit bekas itu di celah ketiaknya barulah dia mencuci tangannya. "Lagipun, ini hasil masakan isteri saya."
Rasa terharu ibarat bunga memekar berkembang di dalam hatinya. Sina Yaya teragak-agak untuk membalas. "Oh, saya pun bersyukur sebab... prince saya suka masakan saya."
Gopal terpinga-pinga mendengar panggilan Sina Yaya berikan kepadanya. "Ha? Prince?" Hendak kata dia tambah perkataan Putera di hadapan namanya tidak adalah pula. (Kalau ada pun, rasa cool juga bunyinya.)
Sina Yaya mahu menyorok wajahnya ke dalam tanah sahaja waktu ini! "Yalah, kita kan dah kahwin jadi rasanya bolehlah panggil panggilan sweet. Kalau panggil abang, abang saya pun saya panggil abang. Jadi rasanya..." Sina Yaya menunduk.
Tangan Sina Yaya kemudian dipegang erat oleh Gopal. Dia membawa Sina Yaya ke muka pintu. Seribu persoalan terpapar pada wajah Sina Yaya. Gopal terasa hendak muntah ke dengan panggilan tadi?
Kini kepala Sina Yaya berada di bawah dagu Gopal. Lembut dan menggoda nada suara Gopal berubah. "Saya pergi bekerja dulu ya, princess saya?" Aduh, rasa bertukar menjadi jeli pula lututnya!
"A... awak?"
"Ya?"
"Awak hidu rambut saya, bukan?"
Gopal menjauhkan diri daripada Sina Yaya dengan sengihan tidak bersalah. "Lagipun awak dah tahu, tak payah saya minta izin dah. Dan saya pun suka dengan panggilan itu. Baru ala-ala drama Korea macam itu."
"Awak ini!" Sina Yaya tidak sengaja menumbuk dada Gopal akibat terlalu malu. Masya-Allah, kesian betul kawan kita yang satu ini. Perlahan Sina Yaya merendahkan suaranya. "Janganlah buat saya rasa malu."
"O... okey." Kecut perut Gopal dibuatnya. Topeng muka yang disimpan di dalam poket disarungnya. Menakutkan betul Sina Yaya ini. "Saya pergi kerja dulu, ya?"
"Prince... nak salam." Sina Yaya malu-malu menghulur tangan. Rutin suami dan isteri. Bersalam-salaman pada setiap pagi sebelum ke kerja. Yang bujang, jangan risau. Kita masih boleh salam di hari raya Aidilfitri.
"Jaga diri elok-elok dekat rumah, princess. Balik nanti saya hidu lagi. Eh, gurau sahaja."
Sina Yaya melambai ke arah motor suaminya yang dipandu pergi. Setelah bayang motor suaminya tidak kelihatan, Sina Yaya menghidu bau tangannya sendiri. "Aku baru pakai minyak wangi ini beberapa hari lepas. Tak sangka pula wangi sangat."
Sina Yaya tersenyum sendiri. "Pakai hari harilah kalau macam ini."
...
"Osom!"
Sebelah pihak mengeluarkan batu manakala pihak lawan pula membuat bentuk burung. Lelaki berseragam polis menarik tangannya serta tertawa sinis. "Hahaha, aku menang. Kak, tambah air Milo satu. Dia bayar."
Siao Fang di sudut bertentangan tidak menunjukkan sebarang perubahan air muka. Tidak mengapalah, demi kawan sekali-sekala apa salahnya habiskan duit.
Bunyi ketibaan motor di luar restoran itu menarik perhatian Siao Fang yang sedang menghirup air. Gelas kaca berisi teh O ais diletakkan ke tepi. Sahabat polisnya ditegur, menunjukkan ke arah Gopal dan Raghib masuk ke dalam restoran.
"Nampaknya lelaki itu dah tiba." Pandangan lelaki polis itu berubah arah tatkala seorang pelayan menghantar minumannya. Kenalah sambut dengan baik, tidak mungkin mahu menghalau gadis itu pula.
"Aku lagi satu tempat nak hantar." Raghib membetulkan urat lengannya sebelum mengambil pesanan yang diletakkan di atas meja itu.
"Eh, bersyukur sedikit, tau. Aku siap kena hantar dua pesanan dari kedai ini sekaligus." Gopal mengangkat sedikit dua bungkusan plastik pesanan di tangannya. "Dah ini kerja kita. Lainlah kalau kita kerja CEO, boleh goyan..."
"Gopal!"
Gopal menoleh ke kiri dan ke kanan. "Eh anak siapa panggil nama aku tu?"
"Anak Siao Afiq."
Hampir rebah Gopal ke tepi melihat Siao Fang berada di sebelahnya. Gopal memandang wajah Siao Fang tidak percaya. "Eh, Siao Fang? Apa kau buat dekat sini?" Gopal beralih ke lelaki polis. "Eh, polis..."
Wajah Raghib berubah tegang.
"Aku dengan dia tengah main Saidina ini." Siao Fang memerli Gopal sambil menunjukkan ke arah pinggan-pinggan makanan di hadapannya. "Kau rehat kan lepas ini? Masa rehat itu, datang sini boleh?"
"Boleh sahaja. Kau okey kan, Raghib?" Gopal menoleh ke arah Raghib di sebelahnya. Anak mata Raghib mengecil dan pucat sahaja apabila dipandangnya.
Tegas sahaja Raghib berkata. "Err... uh, aku okey je. Jomlah pergi kerja. Nanti lambat sampai ke pelanggan. Kena marah pula." Raghib berjalan terlebih dahulu meninggalkan Gopal di belakang.
"Aku pergi dulu, ya?" Gopal meminta diri menuju ke tempat parkir motornya. Lagipun ada benar kata Raghib. Kalau sampai lambat, nanti dituduh melepak pula oleh pelanggan. Jika ada yang baik, dimaafkan.
Setelah meletakkan bungkusan ke dalam beg motor di belakang, Raghib menghidupkan enjin motornya. Apa gunanya bekas beg belakang jika tidak digunakan.
Baru sahaja dia ingin mengundur motor ke belakang, dia disapa oleh Gopal. "Kau dah kenapa, Syamil? Terpusing-pusing? Eh, gurau sahaja. Kau kenapa? Macam takut sahaja dengan lelaki polis tadi."
"Huhuhu, macam mana aku tak takut?" Nada suara Raghib kedengaran seakan-akan pasrah. "Aku pernah mengorat perempuan JPJ, lepas itu aku kena marah dengan suami dia. Depan abang ipar kau itulah suami dia!"
"Lah, padanlah." Gopal cuma memberi sepatah komen sahaja. Hendak gelak, kasihan pula dengan kawan yang sedang ketakutan ini. Dia dan Raghib mengundur motor mereka berdua kemudian berpisah mengikut hala tuju yang lain.
Tetapi, apa yang Siao Fang mahu berbincang dengannya?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro