13 | EL
KERUSI yang tidak dilekatkan dengan pelekat pangkah ditarik. Memandangkan sekarang waktu rehatnya, kita perkena nasi dan air dahulu. Nanti, hendak hantar makanan, tidak mungkin mahu minum air atas motor pula.
Gopal duduk menghadap El-Amin. Disebabkan dia rakan sekerja baharu, kenalah beramah-mesra sedikit. Alang-alang rehat dekat restoran sama, bukan? "Eh, macam mana kerja kau hari ini? Okey ke?"
Menyedari dirinya yang ditanyakan, El-Amin membalas hanya beberapa patah perkataan. "Erm, okey sahaja." Terus kekok Gopal jadinya. El-Amin pun macam mahu tidak mahu bercakap dengan orang.
"Akak!" Raghib yang berada di sebelah Gopal (berjarak satu kerusi) memanggil seorang wanita bersama sebuah buku tulis. Tips dari Raghib, kalau nampak seseorang dekat restoran petang buku tulis kecil, itulah pengambil pesanan atau... eh, ada ke orang bawa restoran dengan buku tulis.
"Kau nak order apa, Amin?" Gopal cuba beramah-mesra dengan El-Amin. Tengok wajah El-Amin, rasa macam bercakap dengan kembar pula. Kita kan ada 7 orang yang muka sama dengan kita. Jumpa satu ini kira teruja dia itu lain sedikitlah.
"Ikutlah. Nasi goreng kampung dengan air milo suam." El-Amin ini okey ataupun tidak? Sebentar tadi kata ikutlah selepas itu laju dia menyebut pesanannya. Biarlah, hidup dia. Jangan kacau.
"Saya nak teh o ais dengan sup sayurlah. Ke bihun? Nasi? Mi gorenglah. Makan nasi dekat rumah nanti. Ha, saya order kopi suam dengan mi goreng." Ada masa lagi Raghib memilih makanan. Akak yang ambil pesanan pun kalau boleh, mahu garu kepala dengar apa yang disebut Raghib.
Puas melihat buku resepi, barulah Gopal melaksanakan apa yang hendak dipesannya. "Saya nak teh o ais dan... nasi lemak."
Lagipun masih trauma makan benda bermihun sekarang.
Pekerja gadis yang bertanda nama 'Elma' hanya mengangguk, tanda memahami. "Baiklah, nanti sampailah, ya?" Elma beredar ke kawasan dapur. Tidak mungkin setelah ambil pesanan, pergi pasar raya pula.
Baru sahaja suara mahu keluar dari anak tekak Gopal, perutnya kembali senak. Alamak, kesan daripada malam semalam belum hilang lagi. "Aduh, aku sakit perut pula. Eh, aku pergi tandas dulu, ya?"
"Eh, aku nak ikut juga. Kau cakap sakit perut, terus pundi kencing aku rasa aktif sahaja." Ini kalau budak Sains dengar tutur kata Raghib, mahu diajar Raghib selama satu jam.
"Eh, aku pula? Badan kau yang nak kencing, sakit perut aku pula yang bersalah." Gopal bangun diikuti Raghib. Rasa senak mula mencucuknya. "Ah, jom. Jom pergi tandas. Tapi jangan masuk tandas sekalilah, memang aku lepuk kau."
Raghib mengekori Gopal dalam langkahnya menuju ke tandas. "Eee, tak ada kerja aku masuk tandas sekali dengan kau. Lebih elok aku masuk tandas sekali dengan bakal bini aku." Ternaik kening Gopal mendengarnya.
"Wey." Bahu Gopal tidak semena-mena ditarik Raghib. Gopal menjengil ke arah Raghib. "Kau ini kenapa pegang aku tengah jalan? Kalau aku tercirit dekat sini, kau nak lapkah?"
"Bukanlah. Kau tak rasa ke budak Amin itu macam suspicious sahaja. Muka pun dah macam kau." Raghib menjuih bibir ke arah El-Amin yang sedang bermain telefon. "Aku rasa macam aura tak baik dekat sekeliling dia. Sudahlah dia lagi sado daripada kau."
"Kurang ajar punya member." Gopal terasa tersindir mendengarnya. Bertapislah ayat itu, huhuhu! "Perasaan kau sahaja itu. Ah, dahlah aku nak pergi tandas."
"Eh, tunggulah. Aku masih baru dekat restoran ini."
Sementara itu, El-Amin serius memandang skrin telefonnya. Audio telefon yang melalui telefon telinganya didengari dengan betul, memastikan tiada sesuatu yang didengari tertinggal.
"Water. Earth. Fire. Air. Long ago, the four nations lived together in harmony. Then, everything changed when the Fire Nation attacked."
Rupa-rupanya El-Amin sedang marathon episod animasi Avatar: The Last Airbender. "Only the Avatar, master of all four elements, could stop them, but when the world needed him most, he vanished. A hundred years passed and my brother and I discovered the new Avatar, an airbender named Aang, and although his airbending skills are great, he has a lot to learn before he's ready to save anyone. But I believe Aang can save the..."
"Ini dia pesanan encik." Elma yang tadi tukang ambil pesan, dia jugalah tukang hantar makanan. Semoga dinaikkan gaji. Selepas menyusun semua pinggan dan gelas, Elma lalu beredar daripada meja itu.
El-Amin membuka fon telinga dan menekan butang jeda pada skrin telefonnya. Dalam kesempatan masa, dia menoleh ke belakang, iaitu lorong menuju tandas dengan pandangan kosong sebelum menukar pandangan ke arah gelas di tempat Gopal.
Heh...
...
Mesin menjahit itu dimatikan. Helaian tudung yang dijahit mengikut bahagian dialihkan daripada mesin jahit itu. Benang yang terkeluar, dipotong kemas. Sina Yaya tersenyum bangga, akhirnya tudung buat pelanggannya yang terakhir berjaya disiapkan!
Tudung itu disangkutkan ke penyangkut buat sementara waktu. Bolehlah dia berehat buat seketika. Mahu lenguh belakang kerana duduk bertenggek atas kerusi dari pagi. "Ah, penatnya..."
Gopal sungguh baik kepadanya. Jujur daripada kalbu katakan, dia bersyukur sangat dikurniakan suami yang baik seperti Gopal. Kalau kahwin dengan Jamsyir, huh, mahu menangis tujuh hari, ifiniti malam dibuatnya! Syukur... syukur...
Sina Yaya tergelak kecil. Hehehe, melebih-lebih pula dia. Usai mengambil telefonnya di sebelah mesin jahit, dia menyandarkan badannya ke arah kerusi. Oh, lupa hendak beritahu, ini kerusi daripada dapur sebenarnya!
"Alhamdulillah... banyak betul orang order tudung hari ini." Sina Yaya melahirkan senyuman lebar melihat mesej yang diterima oleh Habri dan Alia. Mereka berdua itulah bertanggungjawab menjadi dropship untuknya.
"Ting!"
"Eh? Ada mesej baru dari kak Alia?" Sina Yaya lantas menekan perbualan mesej daripada Alia.
Kak Alia
Yaya, buka pintu cepat!
Serentak dengan itu, suara orang memberi salam kedengaran di luar rumahnya. Sina Yaya mengambil tudung, takut-takut ada Habri yang datang sekali. Dia melaung seraya menuju ke pintu. "Waalaikumussalam! Nak datang ini!"
Pintu rumah itu ditarik. Tubuh Siao Fang dan Alia menjadi permandangan pertama Sina Yaya saat pintu terbuka. Memandang air muka cemas mereka, membuatkan Sina Yaya menjadi risau serta tertanya-tanya.
"Kenapa ini? Lah, abang dengan kak Alia datang tak bagitahu." Sina Yaya cuba menyorokkan rasa tidak sedap hatinya. Dia mengetap bibir seraya menunggu jawapan keluar daripada mulut salah seorang dari mereka.
"Sebenarnya..." Ragu-ragu Siao Fang ingin mengabarkan kepada Sina Yaya. Lambat-lambat dia menyusun kata. "Uh, aku dapat panggilan daripada seseorang itu... suami kau keracunan makanan. Dia tengah dekat hospital sekarang."
Mata Sina Yaya membulat. Pupil matanya bergetar seiring dengan rasa bimbang di dalamnya. Dia tersalah dengarkah? Sina Yaya menyoal, meminta kepastian. "Abang Gopal keracunan kemalangan?"
Alia menjatuhkan kepalanya perlahan. "Ya. Cepat bersiap. Kita orang memang hendak ke hospital pun."
Beberapa jam sebelum...
Bergerak tengkuk Gopal mengikut pergerakan makanan yang ditelannya. Menyempat lagi Gopal berbual mesra dengan El-Amin semasa dia menggaul nasi lemak miliknya. "Macam mana urusan kau jumpa pelanggan, Amin? Okey ke? Mana tahu jatuh cinta dengan pelanggan ke."
El-Amin sendawa kecil. Bibirnya meniti zikir syukur setelahnya, barulah dia membalas soalan Gopal. "Okey sahaja. Pelanggan dia okey. Makanan dia okey. Motor aku okey. Semuanya okey."
"Oh." Gopal kini menikmati suapan terakhir nasi lemaknya. Daripada bunyi nada suara El-Amin, kenapa macam dia yang tidak okey. Ke terlanggar batu dan terjatuh masa shift hantar makanan tadi?
"Cakap fasal pelanggan." Raghib mengerling ke arah jamnya buat seketika. "Okey, lagi sepuluh minit nak habis rehat. Bolehlah aku cerita."
"Ha, cerita. Cerita." Gopal memberi peluang untuk mulut kepoh Raghib meriuhkan keadaan.
El-Amin pula? Dia kembali melihat skrin telefonnya dan fon telinga yang disumbatkan. Seronok benar layan di dalam telefon itu.
"Kan tadi hujan, bukan? Memang susahlah aku nak hantar barang. Kemudian boleh pula... ya Allah, ada lampu isyarat. Lama pula itu sampai kalau aku nak makan lima hidangan, semua pasti habis dekat situ." Raghib meluahkan kegeramannya. Lah, patutlah baju mereka bertiga macam basah.
" Aku terlewatlah dalam lima minit macam itu, lepas itu pelanggan itu marah-marah aku. Makanan sudah sejuklah. Apalah. Lepas itu, tak nak bayaran. Bayar pun macam tak ikhlas pula itu. Eee, nasib mak cik, kalau tak dah lama aku lempar dia dekat Alaska sana itu."
Gopal tertawa mendengarnya. "Sabar sahajalah, wey. Memang kadang-kadang ada pelanggan macam itu. Kalau bersabar, kita dapat pahala. Kalau mengumpat tak dapat apa sudah." Gopal menjilat jarinya yang terlekat nasi. Sunnah nabi!
"Ya, aku memang sabar. Tapi masih geramlah dengan mak cik itu. Eh, rasa sekejap air kau. Macam sedap pula teh " Raghib meminta izin untuk menghirup sedikit air teh Gopal. Apa-apa pun, kalau hendak sesuatu dari orang. Minta izin dahulu.
Kalau minta izin ambil isteri orang, baik jangan.
"Erm, minumlah." Gopal memegang pinggan El-Amin. "Aku letak atas pinggan aku, ya?" Selepas mendapat keizinan dari tuan punya pinggan, Gopal menyusun pinggan El-Amin ke atas pinggannya.
Kedua anak kepada tuan restoran yang syok bermain kejar-kejar, secara tidak sengaja melanggar Raghib yang mahu menyentuh bibirnya dengan straw itu. Separuh air teh berais itu tumpah ke arah riba Raghib. Sampaikan El-Amin mengangkat muka memandang apa yang berlaku.
"Alamak..." Dua kanak-kanak itu berpandangan sama sendiri. Ini kalau adik aku, memang melekat tapak tangan dekat pipi.
Ayah merangkap bos kedai tersebut keluar melihat kekecohan berlaku. Dia laju ke arah dua anaknya sambil bercekak pinggang. "Abang, adik! Kan ayah kata, nak lari jangan dekat sini. Minta maaf dekat abang ini."
Dua budak kecil itu menunduk ke arah Raghib. "Maaf, abang. Janji tak buat lagi."
Raghib tersenyum pahit. "Tak apa..." Aku tak akan datang kedai ini lagi.
"Maaf, encik. Nanti saya bawakan kain. Nak saya tukarkan airnya? Da..."
Gopal menolak. "Tak apa, lagipun dah kenyang dah ni. Separuh air ini pun kira cukuplah." Gelas di tangan Raghib diambil segera. Tabah Raghib, minum sahajalah air kopi itu.
"Baiklah kalau begitu. Saya bawakan kainnya, ya, encik?" Si ayah masuk ke kawasan dapur untuk mengambil kain diekori oleh dua orang anaknya.
"Erm... budak-budak. Bismillah." Gopal meneguk air daripada teh itu. Baru teh itu mengalir ke tekaknya, rasa panas pada tengkuknya mula membara. Sesak nafas dirinya dibuatnya! Gelas yang dipegangnya jatuh dan pecah ke lantai.
"Gopal, kau okey ke tak?"
"Gopal!"
Rasa pening mula dirasai. Suara orang awam mula didengari.
"Sesiapa, mungkin dia tercekik!"
"Tercekik apa minum air!"
"Telefon ambulans!"
Akhirnya, Gopal rebah ke tanah. Matanya terkatup rapat dan dia langsung tidak mengingati apa yang terjadi selepas itu.
...
Langkah kaki berlari berbunyi dari kawasan luar wad biasa. Selang beberapa saat, Sina Yaya berlari dengan penuh gelisah ke dalam wad yang ditempatkan Gopal berada. "Gopal! Abang Gopal!"
"Yaya..." Gopal mengalih pandangan ke arah Sina Yaya yang baru masuk ke dalam itu.
Sina Yaya tersenyum lega melihat Gopal berada dalam keadaan baik sahaja. Namun, senyumannya mati tatkala menangkap wajah sekeliling Gopal. Ya, Puan Sarindi juga tiga ahli keluarga Gopal berada di sekeliling Gopal.
"Puan, saya dah kata. Tak boleh ramai orang lawat pesakit." Termengah-mengah abang penjaga kaunter saat tiba di sebelah Sina Yaya. Laju juga perempuan ini lari. Atlet sekolahkah dulu?
Puan Jivanta dan encik Kumar berbahasa isyarat melalui mata. Encik Kumar memahami apa yang mahu disampaikan isterinya, pantas bersuara. "Tak apalah, kami memang nak keluarlah. Jumpa lagi, Gopal. Jom Samantha, mam'mi."
"Kau orang pergilah. Aku nak duduk dekat sini lama sedikit. Nanti aku punya 'pota-mein -laav' (cucu menantu) boleh keluar sama-sama dengan aku." Puan Sarindi bertegas tidak mahu keluar.
Gopal berasa tidak enak mendengarnya. Neneknya pun, adakah Puan Sarindi mahu membuat kecoh di hospital? Rasa serba-salah Puan Jivanta ingin menidakkan. "Tapi, mam'mi..."
"Eh, pergi sahajalah. Tak faham bahasa Melayu ke? Ya aap sabhee yah bahara (Atau kamu semua ini pekak)?" Puan Sarindi berasa terbakar hati apabila terasa dirinya dipaksa. Sepatutnya orang seperti mereka patut hormatkan orang tua.
Tetapi nenek, nasib baik nenek pakai topeng muka. Kalau tidak, tersembur air liur beserta gigi palsu.
Lambat-lambat encik Kumar meninggalkan Puan Sarindi di dalam wad biasa itu. Encik Kumar memberi isyarat sekilas kepada Gopal untuk mempertahankan isterinya. Gopal mengangguk faham dengan isyarat yang diberikan bapanya.
"Yaya, dekatlah sedikit." Gopal menegur Sina Yaya yang terpinga-pinga daripada mereka. Perlahan-lahan Sina Yaya mengatur langkah menuju ke arah mereka. Nenek, janganlah jeling lama-lama sangat! Seram pula.
"Ne... uh, pāṭṭi sihat?" Sina Yaya cuba menegur Puan Sarindi yang asyik bermasam muka. Berkerut dahi di sana dan dan di sini, seperti mahu memarahinya pula.
"Aku memang sihat sahaja. Tapi aku tengok hubungan kau orang yang macam tak sihat. Cepatnya kahwin. Cepat-cepat kahwin pun, si Gopal masuk hospital juga." Sinis sahaja Puan Sarindi mengutuk mereka berdua.
"Kalau pāṭṭi nak hina saya dengan Yaya dekat sini, saya cadangkan pāṭṭi keluar daripada wad ini." Gopal masih menahan kesabaran. Kalau lelaki sama lelaki, bolehlah dia melawan namun ini hanyalah seorang wanita tua. Ahli keluarganya pula itu.
"Aku bukan hina. Aku cakap benda fakta. Kalau terasa betullah itu." Puan Sarindi menarik senyuman mengejek di sebalik topeng mukanya. "Baru beberapa hari kahwin, suami dah terlantar dekat hospital. Memang hebat betullah calon isteri kamu ini, Gopal. Sangat berguna."
Entah mengapa Sina Yaya terkunci mulutnya. Lidahnya terasa disekat dan tangannya sejuk apabila berjumpa dengan Puan Sarindi. Segala hinaan nenek itu seakan-akan menusuk ke dalam hatinya.
"Aku selalu tengok, muka baik macam inilah yang paling shaitaan (syaitan). Entah-entah hendak kahwin dengan kau pun sebab harta sahaja, Gopal. Gadis cantik hidup bahagia dengan... yang gemuk macam kau, biasanya hendak harta sahaja." Bertalu-talu hinaan pedas daripada Puan Sarindi.
Gopal menghentak tangannya ke besi katil. "Soal hati tidak boleh dimain-main, pāṭṭi. Kalau pāṭṭi nak kacau urusan rumah tangga saya, saya boleh hamparkan karpet merah untuk mencuba pāṭṭi keluar dari wad ini. Lagipun saya baru sedar daru pengsan."
Seorang lelaki yang berpenyakit demam denggi aras rendah hanya memerhati drama itu sambil makan roti gardenia. Terbaik juga dapat tengok drama pagi-pagi.
"Huh, cakap dengan kau bukan kau reti bahasa. Mesti isteri kau yang hasut kau. Jangan tanya kalau kau bercerai dengan dia suatu hari nanti. Dari riak pun dapat tahu, dia ini isteri yang teruk." Sina Yaya menunduk mendengar bidasan yang diterima Puan Sarindi. Sedaya-upaya dia lakukan untuk tidak menangis.
"Pāṭṭi."
"Kalau kau tak cerai dan keluar dari agama kau, jangan ingat aku dan keluarga aku hendak terima kau." Puan Sarindi menolak roda di kedua belah kerusinya, untuk meninggalkan wad ini. Pandai nenek ini bawa diri.
Lelaki yang menonton drama itu daripada tadi cepat-cepat membuka telefonnya ketika Puan Sarindi melintas di hadapannya. Apa ini, kantoi tengok masalah keluarga orang.
Gopal berpaling ke arah Sina Yaya yang masih menunduk. "Hey, hey, hey... jangan pedulikan pāṭṭi, tau. Tak apa, bagi saya awak isteri yang terbaik dan paling ceria saya dapat. Lagipun, saya janji lepas saya balik ini, awak boleh masak apa-apa untuk saya."
Tabahlah perut.
"Hey, Gopal!" Kedua orang manusia melangkah masuk ke dalam wad itu. Yakni itulah sahabat dunia akhirat Gopal. Siapa lagi kalau bukan Afiq dan Rizal!
Menangkap suara kawan Gopal di telinganya, Sina Yaya mengambil kesempatan untuk keluar. Dia langsung tidak memandang wajah Gopal. "Saya keluar dululah, ya? Saya nak kata dekat abang dan kak Alia yang awak okey sahaja."
"Yaya!"
Sina Yaya berjalan laju meninggalkan katil Gopal, melalui sebelah Afiq dan segera keluar daripada wad. Air mata yang hampir jatuh dia cepat-cepat usap. Dia tidak mahu nampak lemah...
Ataupun teruk.
Sampai sahaja Sina Yaya ke tempat menunggu, terus Alia menyerbu ke arah Sina Yaya. "Macam mana dengan Gopal, Yaya? Dia dah sedarkan diri ke? Dia komaaa keeee?"
"Taklah, dia okey sahaja. Kawan dia melawat, jadi saya bagilah dia melawat sekejap." Sina Yaya tenang memberi penjelasan. Jangan nangis, Yaya. Jangan nangis, sayang.
Sina Yaya menoleh ke arah Puan Sarindi yang jauh dari koridor, ditolak perlahan oleh encik Kumar. Sina Yaya tersenyum pahit.
"Dari riak pun dapat tahu, dia ini isteri yang teruk."
Aku memang isteri yang tidak berguna, ke?
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro