Flame 40 | I'll Save you
Alvarez POV
Aku mengedipkan mata beberapa kali. Cahaya yang terang menyilaukan pandangan aku. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku hanya lah ayahanda. Pantas aku bangkit daripada pembaringan apabila memori terakhir aku menghentam ingatan.
"Apa yang..?"
Aku tergamam. Taman bunga? Atau hutan? Dahi aku berkerut seribu. Aku tidak dapat mengecam tempat ini. Tidak pernah aku jejakan kaki di sini.
"Kau dah sedar?"
Aku terhinjut sedikit apabila satu suara menegur. Sekali lagi, aku mengerdipkan mata. Bingung. Lelaki itu berbaju serba hitam. Iris matanya keunguan. Wajahnya pucat seakan tiada darah. Senyumanya tidak sampai ke mata. Seakan mati.
"Siapa.. Kau?"
"The Original Guardian. The last one."
Hampir sahaja aku melayangkan tumbukan pada suara itu kalau bukan sebab lelaki tadi menghalang. Amarah menguasai aku. Lebih teruk apabila aku terkenangkan apa yang terjadi dengan ayahanda. Kenapa Jeneral Sean bersamanya? Apa motif dia? Dan jika Jeneral muda itu disini, mana ayahanda?
"Aku tahu kau ada banyak soalan Alvarez. Aku tak mintak banyak, dengar dulu apa aku nak sampaikan." Jeneral Sean bertutur tenang. Mata aku kekal mencerlu padanya sebelum lelaki serba hitam itu melepaskan pergelangan tangan aku. Sempat aku mengerling padanya.
"Shawn Delwyn." Ujarnya membuatkan aku tersentak.
"Kau yang.."
"Kita cari." Satu lagi suara menyampuk.
"Tuk Hakuryu!" Aku sedikit lega apabila wajah familiar menyapa pandangan. Syukur datuk tidak apa-apa. Kaki aku pantas menghampirinya dan memeluk tubuh itu seerat mungkin.
"Oh god, you're okay. Syukur lah.." Aku seakan mahu menangis. Terlalu banyak benda yang jadi dalam satu masa. Kehilangan orang-orang disekeliling aku hanya menambah parut di hati.
"Tenang, Alvarez. Kita selamat di Sacred Forest ni."
"Senior Crimson. Senior Yukiji." Aku menarik nafas lega apabila mereka juga selamat bersama tuk. Hanya kumpulan mereka sahaja yang kami tidak dapat berhubung setelah berpisah. Namun, dahi aku berkerut apabila melihat mereka tenang bersama Jeneral Sean.
"Apa semua ni tuk?" Aku menyoal sambil mata melirik pada Jeneral muda disebelah Shawn Delwyn. Tuk Hakuryu menghela nafas pendek. Tangannya menunjuk pada Jeneral Sean.
"Dia aje boleh explain pada kau. Like, everything you need to know, he has the answer."
"Are you sure?" Aku masih was-was.
"Kalau kau tak percaya aku, sekurangnya percaya datuk kau tu." Jeneral Sean menyampuk. Wajahnya tenang sahaja walaupun sudah di hujani dengan luka dan parut.
"Come here." Jeneral Sean membuat isyarat untuk menggikutnya. Aku mengerling datuk untuk kebenaran. Tuk Hakuryu tersenyum segari bersama anggukan. Sudahnya, aku akur. Dengan hati yang berat, aku mengikut Jeneral Sean.
Sempat aku berselisih dengan Shawn Delwyn. Lelaki itu tidak memberi riaksi kecuali anggukan. Seakan emosinya hilang, Shawn kelihatan sangat.. Mati?
"Ayah dah hilang banyak benda dalam hidup dia." Jeneral Sean berkata apabila kami agak jauh daripada Tuk Hakuryu dan Shawn. Kening aku terjongket ke atas, terkejut.
"Ayah?"
"Yeah. Nama asal aku bukan Tempests tapi Delwyn." Ujar Jeneral Sean. Nadanya melankolik. Entah kenapa aku terasa sebak dengannya.
"Dia hilang mak aku, abang aku dan aku. Bukan sekali, tapi berkali-kali."
Jeneral Sean memberhentikan langkah. Badan berkalih pada aku perlahan-lahan dengan senyuman nipis. Tidak lama, tangannya bercahaya lalu sebiji bebola cahaya muncul. Aku terpaku apabila berbola itu dikelilingi dengan rantai besi seakan menguncinya.
"Dan hanya aku yang ingat bertapa matinya dia di setiap garis masa yang kita cuba ubah." Bisiknya lalu matanya membuat isyarat agar aku mendekat dengan bebola itu.
"Garis masa?"
"Ini bukan pertama kali kita di sini, Alvarez. Bukan juga pertama kali aku kena terangkan semuanya.." Jeneral Sean membalas.
"Kau akan marah aku lepas ni tapi kita dah terdesak. Aku tak boleh biarkan pengorbanan kau di garis masa yang lalu hanya sia-sia. Tak, tak boleh." Jeneral Sean menggeleng kepala.
"I can lose everything but not you Alvarez. Not you."
"Don't say that.." Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak suka dia macam ni. Rapuh dan tersakiti dengan luka yang tidak kelihatan.
"Kau tak faham Alvarez!" Jerkahannya sedikit mengejutkan aku. Namun aku cuba untuk kekal tenang. Tidak mahu menambah minyak pada api.
"I've been by your side ever since we were fated to doom—to face cruelty for the sake of others. Once? Twice? No, far worse. I watched you die over and over again. I..This world..."
Jeneral Sean menarik nafas panjang. Seakan mencari ketenangan yang aku yakin semakin mengikis. Tanpa dapat di tahan, tangan aku mengusap belakang badannya yang menggeletar.
"You love this world far too much ,Alvarez. I hate it.."
"I know." Mudah sahaja aku memuntahkan ayat itu. Seakan sudah berkali-kali diucap. Jeneral Sean juga perasan akan hal itu sebelum menggeleng kepala.
"Arez akan sentiasa jadi Arez." Omelnya pada diri sendiri. Aku. Berkerut hairan namun abaikan sahaja.
"Letak tangan kau dekat bebola ni." Jeneral Sean mengarah namun tidak lah tegas namun nadanya kosong. Aku hanya akur lalu meletakkan tangan pada bebola itu.
"I hope you won't get angry."
Semakin hairan aku jadinya. Namun, di saat tangan aku menyentuh cahaya bebola itu, pelbagai memori menyerang.
Dan jeritan aku bergema.
****
Eryl POV
Aku mengerang sakit apabila badan terasa seakan di cucuk-cucuk. Lebih teruk, apabila aku langsung tak boleh nak bergerak.
Okay, what the hell?
Perlahan-lahan aku membuka mata dan menatap sekeliling. Sekeliling aku gelap dan hanya ditemani cahaya obor di pintu. Tangan aku pula sudah di gari dan bersambung dengan rantai besi pada dinding.
Nanti dulu, mereka letak kolar besi dekat leher aku?
Kalau tadi what the hell, sekarang what the fuck?!
Pikir aku anjing ke apa? Suka hati letak kolar besi! Nanti dulu, anti-magik? Mata aku terbutang luas. Perasaan tidak sedap hati semakin menguasai. Aku cuba melepaskan diri namun hanya sia-sia. Kuasa serta magik aku terhalang.
Ini bukan perkara yang baik. Sangat-sangat tak baik.
"Tenang Eryl. Kau kena tenang. Kalau kau gelabah-"
Ribbit.
Aku senyum. Halusinasi. Bunyi tu.. Halusinasi.
Ribbit!
Maka keluarlah jeritan pon- Jantan aku.
"Jangan dekat! Jangan dekat, bodoh! H-hey! Melompat sana! Aku tak sedap pun lah!"
Asal dalam penjara pun ada katak? Tak ada binatang lain ke? Aku lagi rela ada ular daripada mahluk exotic yang seakan jeli ini.
"Kau still takut katak? Unbelievable."
"Lantak lah unbelievable ke, believable ke, babi ke, katak tu! Buang katak tu!" Aku semakin mengesot pada dinding dibelakang sambil cuba menendang haiwan sebesar tapak kaki aku. Ah, tak ada. Tak ada. Mahluk tu nampak aje kecik, tapi otak dia lagi besar daripada gunung!
Sekali ngap, mati kau!.
Pap!
Aku terlompong. Mata aku berkedip beberapa kali apabila katak tadi leper melekat pada dinding sehingga leper.
Aku nak muntah. Ini memang mengundang PTSD.
"No thank you?" Suara tadi menyoal. Aku berang.
"Thank you kepala hangkuk kau. Kau buat aku lagi PTSD ada lah gila!"
"Yes? Good then."
"Good ke- " kata-kata aku mati dihujung lidah. Tubuh aku mengeras dan bulu roma ku naik menegak. Nafas aku seakan tidak teratur. Darah merah menuruni wajahku.
"Kenapa diam?" Si dia menyoal sebelum selamba duduk bersila di hadapan aku yang masih tergamam.
Wajahnya masih sama. Masih tanpa perasaan. Tiada luka atau calar. Rambut emasnya kekal bersinar cantik walaupun hanya dengan satu cahaya obor. Warna irisnya masih sama namun hilang seri serta cahaya yang sangat aku rindukan.
"Eldera.." Halus aku berbisik. Tubir mata aku hangat, tapi aku tahan. Cuba untuk tidak menumpahkan cecair jernih.
"Eryl." Ujarnya tenang. Matanya bertentang dengan mata aku. Tidak lama, tangannya naik menyentuh pipi aku yang terluka. Aku mengetap gigi menahan erangan sakit apabila dia memicitnya.
"Sakit bodoh! Lepas lah gila!" Marah ku. Eldera hanya menjeling aku sekali sebelum mengherot hujung bibir ke atas.
"And you should expect more after this."
Wa, awal-awal dah warning?
"Kinky."
Menajam terus mata Eldera sebelum merangkul rahang aku secara kasar. Siot, dia ni memang tak nak berlembut dengan aku dah ke? Ha, memang dia seorang aje boleh main kasar.
Aku cuba melayangkan sepakkan pada badanya, namun Eldera mengelak mudah. Bahkan, kaki aku sempat ditangkapnya. Tapi sekurangnya dia tidak lagi memegang rahang aku.
"Aku sarankan kau behave kalau tak nak kaki kau ni, aku patahkan. Dah kena tangkap pun masih pervert ke?" Ugutnya bersama perlian. Aku buat muka selenger.
"Kau patahkan ke, tak patahkan ke, memang aku akan kena torture kan?" Bidas ku namun Eldera hanya diam. Perlahan-lahan kaki aku dilepaskan sebelum duduk kembali.
"Why the hell you let them catch you?" Soalnya separa berbisik. Wajahnya berubah keruh.
"Kau fikir aku nak? Kau macam tak kenal Alter. Daripada kita kecik, mana aje kita boleh lari?" Aku geleng kepala apabila memori lama mengetuk minda. Liur kelat aku telan.
"Dan kenapa kau kesah sangat kalau aku kena tangkap?" Aku pula menyoalnya yang kini diam di hadapan aku.
Ini Eldera. Eldera Delwyn dan bukannya Tempests. Hati aku kuat mengatakan fakta itu.
"Jawab, Eldera. Kenapa?"
"Sebab aku tak nak kau ada dekat sini." Balasnya tanpa nada.
"Having you here mean having you near me. Near.. Him."
Aeldera. Nama itu terlindas membuatkan aku merengus.
"Risau dia bunuh aku? Tolo-"
"Kalau betul kenapa?"
Aku terdiam lama. Mata aku bertaut dengan matanya yang menajam.
"Kenapa kau hidup Eryl? Kau sepatutnya dah mati. Kalau kau dah mati, aku tak perlu bermusuh dengan kau atau Adrea. Aku tak perlu cabut nyawa.." Eldera memejam matanya rapat. Ayat dia buat aku panas hati.
"Psychopath, apa yang kau nak hah? Kau patut celebrates yang aku hidup. Adrea hidup! Begitu juga anak kau! Bukan lagi berperang lah sial!"
"Itu sebabnya!" Eldera menjerkah. Tubuhnya mengigil seakan menahan marah.
"Aeldera tak akan berhenti selagi dia tak cabut nyawa ayah dia yang dikurung. Dia tak akan berhenti sehingga dia puas Eryl." Nafas Eldera tarik panjang.
"Dia dan aku satu. Aku dah jual takdir aku pada dia Eryl. I don't want him to kill you. I don't want him to kill Adrea and hell! I never want him to kill Arielle. Aeldera seakan bom jangka, aku sendiri tak boleh predicts apa yang dia akan buat."
Eldera sakit. Aku boleh nampak tu.
"Eryl, I would rather kill you and them myself then let the devil take you guys away from me."
Aku menggeleng. Tidak mahu menerima kenyataan itu.
"El, itu tertalu fuck up."
"I know."
"And you're lucky I'm as fuck up as you."
Kali ni Eldera terbungkam. Aku tarik sengih.
"Aku akan selamatkan kau. I promise you that."
"How?" Suaranya perlahan.
"I'll find a way. Sama yang aku pernah janjikan pada Aeldera. I will have you back and save you. Tapi aku tak akan selamatkan kau daripada Adrea lah.." Bahu aku angkat ke atas.
"Aku yakin dia nak belasah kau. Oh dan aku akan duduk di bahagian paling depan dengan buffet."
Eldera hilang kata-kata. Kepala sudah tergeleng seakan tidak percaya.
"Kau hanya berangan."
"Yang akan jadi kenyataan." Aku berkata yakin.
"This is not what I want to talk about.." Eldera mengeluh panjang lalu bangkit untuk beredar. Apabila tanganya sudah di tombol pintu, aku menegur.
"Aku tak tahu kenapa kau datang hari ni, tapi ingat El, aku tak akan give up dengan kau. No, never. Simpan dalam otak tak siuman kau tu."
Kan dah kata, palatau aje. Seminggu sekali? Ini dah tiga minggu. (╯°□°)╯︵ ┻━┻ Hala hala. Maaf, anak2 sekalian. Moodnya ngak ada.
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro