Flame 30 | Did I just
"TEMPESTS UNDUR DIRI DAN SEKARANG SASARAN MEREKA BERALIH PADA PUAK ELF DI BAHAGIAN SELATAN!!"
Eryl dan Weston tergamam dengan berita itu. Mereka saling berbalas pandangan sebelum menatap dua ketua dihadapan mereka.
"How.. Come? Tempests tak pernah undur diri mereka daripada peperangan." Ujar Koharu dan perasaan risau menyelinap kedalam dirinya.
"Aku pun tak percaya yang mereka tarik diri melainkan.." Nicolas menyambung sambil mata menatap musykil pada naga dan serigala dihadapannya.
Eryl mengeluh panjang manakala Weston berwajah datar tanpa secalit perasaan.
"Dengar, aku memang tak ada kaitan dengan Tempests dan aku rela makan batu daripada bergabung dengan mereka." Tajam mata naga Eryl menatap kesemua manusia yang mengelilingi mereka bersama senjata. Pandanganya berjaya menaikkan setiap bulu roma pada tubuh.
"Aku ke sini hanya mahu mencari Shawn-"
"Shawn? Maksud kau Shawn Delwyn?"
Terkejut Eryl mendengar nama itu meniti di bibir Koharu. Tak mungkin Koharu ada memori masa lampau? Dia mungkin lahir semula namun untuk mengingati memori lama, itu mustahil untuk manusia. Kecuali..
"Elder Jiao.. Pernah bertemu dengan lelaki itu." Terang Koharu.
"Uncle."
Eryl mengangguk apabila faham apa yang Weston mahu katakan. Mereka perlu berjumpa Elder Jiao. Dia mungkin tahu dimana lelaki itu berada. Tipis atau besar, mereka perlu ambil peluang ini.
"Kalau macam tu .."
"Kau nak kami bawak junpa Elder Jiao bukan?" Nicolas menyampuk. Tangan bersilang di dada bersama wajah yang garang. Sedikit sebanyak, perbuatan itu agak menyakitkan hati Weston.
"Kami mesti berjumpa Elder Jiao yang kau katakan ini. Dia penting untuk misi kami. Tapi kalau kau masih nak bertekak dekat sini, fine by me." Balas Weston sama garang. Dia tak suka nada suara lelaki itu.
"If my words can't explain well, my claw will." Ugut Weston bersama bunyi serigalanya. Kukunya juga menajam.
"Huuh? Sure. Let's fight like a man!" Nicolas menarik pedang disisinya. Sebelum sempat kedua-duanya mahu menyerbu, ekor naga Eryl terus berada di hadapan.
"Stop it both of you. Weston, hilangkan kuku tu."
Weston mendengus.
"Weston."
Lelaki itu mendengus lagi. Lebih kuat. Namun kali ini, kukunya dihilangkan. Tangan bersilang di dada dan kepala berpaling ke arah lain.
Tersenyum Eryl melihat gelagat itu. Sayapnya mengusap kepala Weston.
"Good, good."
"Hmm.."
"Awak jugak Nico. Simpan pedang tu." Koharu menegur dan sekelip mata sahaja Nicolas menyimpan pedangnya ke dalam sarung.
"Kami akan bawak awak berjumpa Elder Jiao." Ujar Koharu membuatkan Nicolas tergamam.
"Koharu!"
"Shh. Tak payah jerit. Lagi pun, saya rasa kita boleh percaya mereka dan saya yakin awak pun rasa benda yang sama kan?"
Nicolas mahu membalas namun tiada apa yang keluar. Betul kata Koharu. Entah kenapa dia rasa mereka boleh dipercayai lebih-lebih lagi sang naga.
"Ngh, fine. Do whatever you want. Apa-apa nanti kau yang kena explain."
"Yes sir." Gurau Koharu lalu menghadap Eryl yang tidak dapat menahan perasaan gembira. Lihat sahaja ekornya yang bergoyang kiri dan kanan seakan ekor anjing. Comel!
"Urm.. Uncle. Your tail." Tegur Weston. Terus Eryl tersedar dan berdehem. Ekornya berhenti bergoyang dan layu diatas tanah. Selamat dia dalam bentuk naganya. Jadi tak akan ada yang tahu yang wajahnya merah kerana malu.
"Let's meet here again. Aku kena ambil anak buah aku. Jangan risau, tak ramai. Empat kalau tolak aku dan budak ni." Ujar Eryl mendapat anggukan Koharu.
"Baik lah..Erm..?"
"Eryl. Aku Eryl Ryuzaki. Budak ni Weston Bellvania."
"Ryuzaki?!"
Eryl mengangkat sebelah kening. Hairan akan riaksi mereka.
"Yeah..? Something wrong with my family name?"
"N-no. I-its pleasure to meet you!"
"Uh hu. Sure."
Eryl mengangkat bahu sebelum menyuruh Weston naik ke atas badanya. Entah kenapa mata-mata yang awalnya menatap dia dengan perasaan curiga berubah. Seakan mereka berharap?
"Aku.. Pergi dulu?" Kekok Eryl berkata.
"Su-sure! Kami akan tunggu!"
Perlahan-lahan Eryl mengangguk. Pelik.
Lalu sang naga terbang ke udara.
***
"Awak okey.. Arez?"
Alvarez hanya senyap berjalan di hadapan. Hampir seluruh tubuhnya di selimuti darah daripada pelbagai warna. Wajahnya langsung tiada perasaan dan warna matanya langsung tiada sinar.
Keadaan itu merisaukan Arielle.
"Arez-"
Bam!
Tidak sempat berbuat apa-apa, belakang tubuh Arielle bertemu pokok berhampiran mereka. Gadis itu berdecih sakit namun tak lama apabila sepasang tangan menaikkan dagunya ke atas sehingga mata mereka bertemu.
"Kau tahu tak bila masa kena jadi berani dan tak?!"
Arielle tergamam. Lebih-lebih lagi apabila dirinya berhadapan dengan Alvarez yang jelas berang. Nada suara lelaki itu juga lebih gelap dan dalam berbanding kebiasaan. Urat jantan lelaki itu juga timbul pada leher dan lengannya.
Jika gadis sebayanya yang lain, pasti sudah ketakutan. Ditambah pula dengan darah pada lelaki itu, Alvarez nampak menakutkan.
Tapi Arielle, tetap Arielle.
"Holy shit Alvarez Ryuzaki.. Are you sure you're human? Cause you're like devil with angel face! Awak pasti yang awak tak disumpah untuk jadi terlalu kacak?!"
Jeda. Seorang dengan riak tipikal gadis gedik apabila nampak idola, manakala seorang lagi dengan mulut ternganga dan hilang kata-kata.
"Hey, apa kata awak cium saya? Pipi pun tak apa. Posisi kita dah cukup lew-"
Terus Alvarez tekup mulut Arielle dengan tanganya. Wajah serta telinganya sudah merah padam. Tak tahu sama ada marah atau malu.
"Tolong..Arielle Bellvania. Tolong lah. Cuma.. Cuma sehari aje. Jangan jadi miang boleh? Sekurang-kuranganya bukan dengan situasi kita sekarang.."
"I only being pervert around you tho? Oh, Wessy too. He special. Hehe."
"Did you ever have shame women?!
"Well, yes? Who's does?"
"Oh dear lord.."
Arielle terkejut apabila Alvarez melabuhkan dahi pada bahunya. Tangan lelaki itu pula melilit tubuh gadis kecil itu. Perlahan-lahan Arielle membalas pelukan hangat itu walaupun agak hairan.
"Arez? Ada yang tak kena ke? Atau awak dah jatuh hati dekat saya~"
"Setiap kali kau bukak mulut- Haarh.. Lupakan. Macam mana kau boleh jadi.. Jadi macam sekarang? Main-main. Gedik. Tak siuman. Semua lah!"
Sekali lagi, Arielle terkejut dengan kata-kata Alvarez.
"Wow. Awak memang kasi kejutan tak henti. Ni pertama kali awak panggil perempuan gedik eh? Sebab dari gaya awak, selalunya yang gedik pun awak tak kata gedik.."
"Itu jugak yang kau tanya.."
"Apa? Saya curious. Sumpah."
Alvarez tak tahu nak nangis ke apa. Arielle satu-satunya gadis yang berjaya putar belitkan perasaan dia. Kejap marah, kejap risau, kejap malu dan apa-apa perasaan yang tak pernah perempuan lain buat pada dia.
Sama seperti beberapa jam yang lalu.
Ketika mereka di sebuah gua yang dipenuhi mahluk pelik milik Aeldera. Nasib sahaja mereka tidak mati disaat akhir apabila griffin disitu meletup sendiri. Jantung Alvarez seakan mahu tercabut apabila Arielle hampir-hampir sahaja tertimbus di dalam gua itu jika dia tidak bertindak pantas.
Ah, kenapa gadis itu boleh kawal perasaan dia?
"Kau.. Kau aje satu-satunya perempuan tak siuman yang pergi ikut Aeldera. Kau tak fikir ke yang dia boleh bunuh kau? Sekurangnya, buat isyarat-"
"Heinz tu?"
"Tapi dia tak tahu tempat Aeldera bawak kau! Kau faham tak aku cuba jejak kau macam orang-"
"Orang yang gilakan cinta-"
Mata Arielle terbutang apabila bibirnya bertindih dengan Alvarez. Sekejap cuma, tidak sampai lima saat.
"..."
"Boleh tak kau berhenti buat aku naik gila?! Ya! Aku risaukan kau! Risau sampai aku sendiri tak boleh fikir dengan betul! Macam aku mabuk cinta kau faham tak?!
Kesunyian menyapa mereka sekali lagi.
"Wait.. Did I just.."
Darah merah terus menyerbu ke muka. Alvarez seakan baru tersedar apa yang baru sahaja dia lakukan begitu juga Arielle. Masing-masing terdiam, lebih-lebih lagi Alvarez.
"Damn Arez. That's my second kiss with you and it's totally hot!" Kata-kata itu keluar daripada mulut Arielle tanpa sedar.
". . ."
"Urm. Hello?"
"ARGHHHHHHHHHH!!!!"
BAM!
BAM!
BAM!
"A-AREZ! BERHENTI! KENAPA AWAK KETUK KEPALA PADA POKOK TU?!"
"SEBAB AKU BODOH! AKU PERGI CIUM KAU TANPA IZIN KAU! AHH BODOH! BODOH! BODOH! APA KAU FIKIR ALVAREZ RYUZAKI!!!"
"ALVAREZ HENTIKANNYA!"
Arielle tak tahu nak bagi riaksi apa. Suka ada. Terharu ada. Nak gelak pun ada. Semua lah! Maksud dia, dia pun pernah cium Alvarez tanpa izin. Jadi mereka seri?
Namun cepat-cepat dia tarik Alvarez menjauhi pokok itu. Dahi lelaki itu berdarah.
"Oh boy.."
"Stop. Don't come near me. I'm disgusting. How..How could i kiss you out of anger? Urgh.. Itu bukan apa yang lelaki patut buat.."
'Damn. Is he really human? Such a pure and innocent heart. Eyy! My baby angel cinnamon rolls! I freaking SIMP here dammit!'
"I will protect you baby." Luah Arielle tanpa sedar. Namun tidak didengari Alvarez.
"Maaf Arielle. A-aku tak tahu apa yang aku fikir tadi. K-kau nak sepak atau tampar aku pun tak apa. Hukum aku- "
"Okey. Hukumannya awak kena cium saya lagi-"
"Lupakan."
"Tapi awak kata apa-apa aje hukuman?" Arielle buat muka sedih. Alvarez dah gabrah walaupun wajahnya cuba diseriuskan.
"T-tak guna lah sa-Aku mintak maaf."
"Tapi awak buat sebab marah. Awak dah ragut kesucian bibir saya tanpa izin tahu?" Walaupun saya pernah buat jugak tapi itu-Ehem. Boleh dilupakan hehehe.
"T-tapi.. Urm. Aku mintak maaf fasal tu-"
"Saya tak terima maaf awak kalau awak tak lakukan hukuman tu~" Usik Arielle. Entah lah, dia suka betul tengok muka nak nangis lelaki itu.
Dan ya, Alvarez dah nak nangis. Bondanya kata kalau buat salah kena mintak maaf. Kalau besar salah kita, kita kena terima hukuman.
Tapi ini hukuman ke? Ah! Alvarez tak tahu!
"B-baik lah! Apa nak jadi, jadi lah!"
Terus dia menarik tangan Arielle dan menekup mulut gadis itu denganya sebelum ciuman dilabuhkan pada belakang tangan gadis itu.
"There. Happy?"
"..."
"A-Arielle?"
"Sorry. That's damn sexy. Otak saya terus error 404 kejap."
Entah kenapa Alvarez tak terkejut dengan kata-kata Arielle. Kepelikan gadis itu di tahap dia sendiri tak tahu level berapa.
Infiniti mungkin.
"Why it's so hard to understand you? Dam-I mean. Nothing."
"Arez, awak mencarut-"
"Jom lah."
Terus Alvarez berjalan ke hadapan. Telinganya kekal merah. Arielle pula ketawa dibelakang sebelum berlari anak agar dapat berjalan seiringan dengan Alvarez.
"Saya yang patut cakap tu pada awak tahu?"
"Hurmm?"
"Why it's so hard to understand you? Itu apa yang saya nak tahu jugak. Kenapa awak risau sangat tentang saya kalau awak tak suka saya? Kenapa awak nak marah? Dan tadi.. Obviously awak tak akan cium perempuan sesuka hati walaupun marah."
Lama mereka berdiam diri sebelum Alvarez sendiri membuka mulut.
"Aku.. Tak tahu. Aku cuma takut atau mungkin trauma.." Balas Alvarez perlahan namun tetap didengari Arielle.
"Awak.. Nak cerita? Kalau tak nak, saya faham."
Alvarez memang sekilas wajah bersahaja Arielle sebelum gadis itu menyambung.
"Tak semua kisah orang, kita boleh tahu. Lebih-lebih lagi yang menyakitkan. Kalau dia pilih untuk rahsiakannya, siapa kita untuk memaksa? Sebab tu saya tak kesah kalau awak tak nak kasi tahu." Tenang sahaja suara Arielle mengundang perasaan aneh di hati Alvarez.
"Aku rasa..Tak salah rasanya nak bagi tahu kau? Benda dah lama.." balas Alvarez.
"Then, go ahead. I'm your listener. Luah sahaja apa yang awak nak luah. Sedikit sebanyak, beban awak akan jadi ringan.."
Alvarez mengangguk lalu membuka mulutnya.
"Aku takut kau jadi macam dia."
"Dia?"
"Kawan baik aku dan jugak.. Bekas tunang anak guru aku, Azure Hernandez. Namanya Kiana. Kiana Tsuyoshi. Anak kepada Auntie Shiory aku."
"Dan?"
"Dia mati."
Arielle terdiam. Alvarez tersenyum kelat. Sangat-sangat kelat.
"Dia mati depan mata aku. Tanpa sempat aku selamatkan dia. Tanpa sempat aku buat apa-apa. Dan.. Aeldera ada masa tu."
"Dia.. Bunuh?"
"Dia tengok. Dia yang halang aku. Dan Kiyo, pembelot Yggdrasil." Alvarez mengenggam buku lima.
"Dia yang membunuh Kiana."
***
"Oh? Aku agak terkejut kau datang pada aku Kiyo Hernandez."
Aeldera menegur mantan anak murid Ayrez Hernandez itu apabila kelibatnya muncul bersama wajah kosong. Raja syaitan itu berpaling kebelakang bersama pisau ditanganya.
"Aku cuma nak laporkan sesuatu tuanku."
"Bla, bla, bla.. Boring report. Aku tak nak dengar masa ada mood nak membunuh.." Aeldera menekup kedua-dua belah telinganya bersama mata yang tertutup. Kiyo mengeluh namun tetap juga membuka mulut.
"Tuanku, puak Yggdrasil dah mula bergerak. Aku kesan salah seorang anak Ayrez Hernandez berada di kerajaan August-"
SSWOSHHHH!!
Mata Kiyo membulat apabila sebilah pisau hampir sahaja terbenam dalam kepalanya. Wajahnya memucat apabila berbalas pandangan dengan sepasang mata merah yang menyala di bawah rambut emasnya.
"Aku cakap aku tak nak dengarkan? Kau pekak ke apa sial?"
"Tuanku.."
"Shh.."
Aeldera datang mendekat. Meletakkan jarinya diatas bibir Kiyo yang jelas bergetar. Renungan tajam Aeldera menusuk seakan mampu membunuhnya di situ juga.
"Jangan bukak mulut kau okey? Dengar satu perkataan aje, dah buat aku hilang mood. Kau fahamkan apa jadi kalau aku hilang mood? Hurmm? Atau.."
Walaupun tanpa pisaunya, kuku Aeldera yang menajam sudah cukup untuk menghiris sedikit leher Kiyo sehingga berdarah.
".. Kau nak ikut jadi mainan aku malam ni?"
Aeldera menjeling pada seorang Elf lelaki yang ditutupi mata dan mulutnya dengan kain hitam. Perlahan-lahan dia menjauhi Kiyo dan menghampiri lelaki itu dengan senyuman licik.
"Mari aku tunjukkan pada kau, apa jadi kalau cari nahas dengan aku sekarang."
Aeldera menarik sebilah pisau lipat dalam poket seluarnya sebelum menghampiri lelaki dengan telinga cabang itu. Balutan pada mulutnya dibuka.
"So, Exton right? Aku cuma nak kau jawab soalan aku dan jari kau bebas daripada pisau ni. Deal?"
"A-apa kau nak tahu?"
"Shawn Delwyn. Dia pernah jejak kaki di Kerajaan ini bersama Eternal Seal. Bagi tahu aku lokasi dia."
"A-aku tak akan bagi tahu! Kalau kau tahu, dunia ni akan musnah sama seperti-ARGHHHHH!!"
CHOOPP!
Satu jari kelingking terputus. Aeldera berwajah selamba walaupun darah sudah terpalit pada wajahnya. Baldi yang berada tidak jauh daripada tempat dia berdiri, di letakkan di bawah tangan Exton yang mula berdarah.
"Bagi jawapan yang aku nak, atau mati. Well, kau tetap akan mati tapi mati tanpa seksaan lagi baik bukan?" Sengih Aeldera.
"So, your answer?"
"Go.. To.. Hell-ARGHHHHHH!!"
CHOOPP!
CHOOPP!
"Ding! Ding! Wrong! This is hell dude hahahaha!"
Aeldera mula ketawa gila. Tiga jari Exton sudah dipotongnya. Tangan memutar-mutar pisau yang berdarah merah itu tanpa perasaan geli.
"C'mon. I'm tired. Bagi aje jawapan dan kau boleh berehat selamanya, yeah?"
"I-I rather die!"
"Oooho?"
CHOOPP!
CHOOPP!
Kiyo meneguk liur apabila Aeldera memotong jari kaki lelaki itu. Gelak tawanya yang terhibur langsung tidak membantu menurunkan perasaan gerun dalam dirinya.
"Masih bertahan Mr. Exton?" Soal Aeldera sambil menepuk pipi lelaki itu.
"Kau masih guna oksigen untuk bernafas? Atau dah bau tanah perkuburan?"
"Fuck you."
"Aww, hati aku terasa~"
Kali ni pisau di letakkan di atas meja. Bayangnya keluar lalu mengikut bentuk pisau tadi.
"Kita naik level sikit eh? Dijamin mati sekali jalan.."
Tanpa sempat Exton membuka mulut, pisau itu terus tertacak di bahunya. Jeritanya lebih kuat berbanding tadi dan apa yang mengerikan, bahunya seakan perlahan-lahan mencair.
"ARGGGGGGGGG!! "
"..Atau tak! Hahahaha!"
Aeldera yang melihat keadaan itu ketawa sambil menepuk-nepuk tanganya.
"Hahaha! Kau ingat bayang aku bayang yang biasa? Racun dalam bayang aku boleh cairkan seluruh tubuh kau perlahan-lahan! Ahahahaha! Ahhhh, kalau aku tak ajak Arielle semalam, mesti tak terfikir benda ni! Hehehehe!"
Kiyo semakin memucat apabila Exton semakin mencair. Wajah lelaki itu juga jelas kelihatan dalam kesakitan. Apa yang membuatkan Kiyo lebih takut, tulang lengang Exton kelihatan dan Aeldera terus menariknya tanpa belas!
BRAAAKKKKK!!
"ARGGHHHHHHH!!
"Hurm~, Sinfoni yang sangat menarik~."
Aeldera sang Raja Syaitan, dia hidup dengan nama panggilannya. Lelaki yang berhibur dengan kesengsaaran orang lain. Kata-katanya adalah peraturan. Hukumannya adalah neraka ciptaanya sendiri.
Dan Kiyo menyaksikan lagi kekejaman lelaki itu.
"Kiyo Hernandez.."
Bahu Kiyo tersentak. Kepala menunduk sambil membalas.
"Tuanku."
"Kau pergi pada August. Minta orang dia atau sesiapa sahaja uruskan chimpanzee yang mengacau di daerah yang kau nak laporkan pada aku." Aeldera berpaling.
"Aku tak berminat nak urusakan mereka. Not worthy my time either. Also, send Elina and Diandra here. I want them to do something."
"Yes my Lord."
"Good. Now, get lost."
Kiyo mengangguk lalu hilang ke dalam portal dibelakangnya. Aeldera pula kembali kepada mangsanya. Dengan senyuman yang kejam, tanganya meneruskan kerja.
***
"Aeldera apa?!"
Eryl mengusutkan rambutnya apabila mendengar penjelasan Heinz dan Seth. Memang dia tak sangka Aeldera sendiri turun ke sini. Jika syaitan itu bertemu Arielle..
Tak mungkin Eldera akan biarkan Aeldera bukan?
Dia kenal Eldera walaupun lelaki itu bukan lagi rakan-
Tak. Tak tak. Eldera masih lagi rakan baiknya. Persetankan kata-kata mereka yang lain. Dia tak akan biarkan lagi lelaki itu terus menerus jatuh kedalam kegelapan.
Semua yang jadi adalah perbuatan Aeldera dan bukan Eldera yang dia kenal.
Mungkin terlambat bagi yang lain untuk selamatkan lelaki itu, namun bukan dia. Bukan Eryl Ryuzaki.
"Aku akan cari mereka." Eryl berkata.
"But how? Kami berdua dah cari hampir-"
THUD!
"Awww!"
"H-hey, kau okey? Kan dah cakap jangan lari tadi! Lutut tu okey tak?"
"Tak."
Terus kesemua mereka menatap dua figura yang kini selamat keluar daripada bahagian utara hutan. Seakan tiada apa-apa walaupun masing-masing diselimuti darah. Alvarez kelang kabut memeriksa lutut Arielle sebelum mencempung gadis itu.
"Aww heaven~ hehe."
"Betul ke lutut tu sakit..?"
"Betul! Sampai ke hati!"
"H-huh?!"
Eryl dah tekup muka apabila Weston mengaum berang manakala Seth mendengus. Laju sahaja kedua-dua lelaki itu menyerbu dua figura yang terkejut sebelum dihujani pelbagai bebelan dan ceramah.
Sudah tentu Arielle hanya tersengih suka manakala Alvarez senyap dengan muka bersalah bersama air mata.
Perasaan Eryl ketika itu agak lega walaupun jantung dia masih lagi macam nak tercabut. Entahlah, dia masih tak boleh hilangkan bayangan yang akan jadi jika mereka berdua diapa-apakan Aeldera dan dia terlambat..
"Dear Lord Aires, macam ni ke perasaan uncle Alzer dengan Alter masa jaga aku dengan Eldera dulu? Damn, aku boleh botak sebab stress." Ujar Eryl bersama gelengan kepala. Heinz disebelah pula senyap mengundang rasa hairan Eryl.
"Kau okey Heinz?" Dia menegur. Heinz sedikit tersentak namun diangguk perlahan-lahan.
"R-rasanya.."
"Hurm.."
Mata Heinz membulat disebalik topeng apabila tangan Eryl mengusap kepalanya. Lelaki bermata satu itu sekadar senyum dengan bahasa badan Heinz yang jelas senang akan perbuatannya.
"Terima kasih sebab bagi tahu Alvarez dan Seth mengenai Aeldera. Kau bukan pengecut sebab lari. Kau lakukan tindakan yang bijak sebab minta pertolongan untuk dapatkan Ariel. I'm really proud of you."
Tika itu, pelbagai perasaan menyusup kedalam sanubari Heinz. Selain Permaisuri Adrea, Eryl juga memberikan kelainan padanya. Usapan yang tidaklah sebesar mana kepada orang lain, sudah cukup untuk mencucuk kehangatan dalam hatinya.
"Sama-sama." Dan terima kasih juga.
"Hehe. Dah jom. Kalau budak berdua tu tak berhenti membebel, lagi lambat lah perjumpaan kita dengan mereka."
"Mereka?"
***
Dalam masa yang sama, Azure berjalan di belakang kakaknya bersama Inez disisi. Kerundung masing-masing menutupi kepala ketika melalui bandar utama Kerajaan Blaze. Sekitarnya agak panas dan hampir kesemua bangunan diperbuat bongkah-bongkah tanah liat. Kerajaan itu juga berada di padang pasir.
"Kemana kita harus tuju?" Inez menyoal.
"Kita perlu pergi ke sebuah makmal rahsia di hujung bandar. Crimson ada cakap kawasan tu aje yang dikawal ketat. Mungkin ada sesuatu di sana?" Balas Azure malas.
"Hurm.. " Inez mengangguk sebelum kembali mengeluh.
"Saya tak sangka kawasan ni memang panas berbanding Kerajaan yang lain.." Omelnya. Alice yang mendengar, mengukir senyuman kelat.
"Apa kau harapkan? Nama pun Kerajaan Blaze. Memang panas lah citernya." Balas Alice.
"Kalau ada Seth bagus jugak. Mesti-"
"Jangan kau berani fikir tentang laki aku."
Inez tarik sengih apabila Alice mencerlu memberi amaran. Tawanya terlepas sambil mengangkat kedua-dua tanganya ke atas seakan menyerah.
"Baik-baik. Hahaha!"
Alice mendengus sebelum kembali berjalan. Azure sekadar menguling biji mata ke atas lalu membuat kipas daripada api birunya.
"Nah."
"Huh?" Inez terkejut apabila Azure memberinya kipas itu seakan tiada apa-apa.
Nak aku lagi terbakar ke apa?
"Tak nak?"
"Awak nak bunuh saya? Itu api!"
"Tapi tak panas. Trust me. Here."
"Wha-"
Selamba sahaja Azure mengipas Inez. Melihat wajah terkejut gadis itu, Azure tersenyum walaupun tipis.
"It's cold?!"
"Well, I have different flame. Kalau kau nak tahu, Immortal Ghost mempunyai kuasa api atau kilat yang tertentu mengikut warna ghost mereka." Jelas Azure acuh tak acauh.
"Dan ghost Azure berwarna biru. Tambahan pula dia, aku dan Crimson mix blood antara Ghost dan Dragon-shifter, jadi kami sahaja yang ada kuasa kilat dan api serentak. " Sambung Alice apabila Azure tiada hati mahu meneruskan penerangan. Leceh.
"Tapi kuasa api Azure lebih kepada penyembuh berbanding aku dan Crimson yang ke arah pemusnah. Untuk Azure, hanya kilat biru dia sahaja adalah senjata. Setiap kali dalam pertempuran, Azure selalunya akan guna kilat. Api hanya digunakan jika mahu menyembuhkan diri sendiri atau orang sekeliling dia. Tapi, masih ada limit." Terang Alice panjang lebar mendapat anggukan Inez.
Namun, sempat Inez menangkap gelak sinis daripada Azure.
"Apa function kalau ada api penyembuh kalau tak boleh selamatkan tunang sendiri." Bisik Azure seorang diri sebelum menyumbat lolipop kedalam mulutnya.
Pun begitu, Inez dapat menangkap kata-kata lelaki itu.
"Azure.."
"Shh."
Alice mengangkat tangan. Terus ketiga-tiga mereka senyap sebelum berlari bersembunyi disebuah lorong berdekatan. Kepala Alice keluar sedikit melihat keadaan.
"Kenapa kak?"
"Akak kesan aura salah seorang Jeneral."
Mata Inez membulat manakala Azure mengeluh.
"Great, first shit."
"Language Azure." Tegur Alice.
"Yeah, control your language hehe."
Terus kepala mereka terangkat ke atas, pada seorang gadis berambut merah jambu yang tersenyum bersama sabit dibelakang badan.
"Hello dear Alice~. Fancy to meet you here. Lama tak nampak awak selepas kejadian dekat Kerajaan Jeneral Sean saya~."
Alice merengus apabila Abelle tersengih. Masing-masing berbalas pandangan dan mencerlu tajam.
Azure mengeluh untuk sekian kali.
"Yeah. Very nice. Another shit."
"Azure!"
Fyi, maybe next updates or update2 yg akan dtg akan ambik masa. Idk, mood tak berapa ada and saya pun dh nk start belajar hujung bln ni. So yeah, ada masa sya.
Even tho saya tk sabar nk hbskan arc ni HAHAHAHA. 😂😂
K Enjoy,❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro