Flame 22 | Your reason
Eryl terbang melepasi bandar utama kerajaan Vampirina. Sayap hitamnya megah melebar di langit yang mula berubah warna. Matanya sempat menangkap penduduk-penduduk disitu berlari bertempiaran menyelamatkan diri daripada kawasan perumahan mereka akibat letupan.
"Nampaknya penduduk di sini tak ada perlindungan yang kukuh. Aku tak nampak pula mana-mana tentera..?" Bisiknya sendiri lalu memecut ke istana Vans.
Sesampai sahaja disana, Eryl terus mengimbas sekeliling. Beberapa mayat manusia dan Vampire ada dimana-mana. Keluhan terlepas sebelum mencari aura yang dia kehendaki
'Jumpa.'
"UNCLE!"
Eryl menarik senyum. Tangan dilebarkan sebelum menyambut tubuh genit seorang gadis. Rambut ungu gadis itu diusap sebelum membalas pandangan dengan seekor serigala. Dan..
"Siapa tu?" Soal Eryl apabila ternampak kelibat seseorang yang digendong Weston.
"I don't know. Wessy just kutip dia dalam penjara. Sampah kerajaan mungkin?" Balas Arielle ceria berlatarkan bunga-bunga di sekelilingnya.
' Scary. She's totally Adrea. Versi max level. Queen of sadistic! Aku tak tahu nak tegur daripada mana!' pikir sang naga bersana wajah blur manakala Weston sudah mengeluh.
"Well, apa-apa pun sekarang.." Arielle menghampiri Weston lalu tangan dihulur.
Faham akan isyarat itu, Weston terus menghulurkan sebuah batu kristal berwarna hijau kebiruan kepada Arielle. Eryl turut sama menghampiri. Dahinya berkerut melihat kristal biasa itu.
"Ini ke yang bonda kau arahkan untuk cari? Kristal biasa kalau kau tanya aku.." Ujar Eryl sambil membelek kristal tersebut.
Arielle tersenyum lalu seekor rama-rama cahaya di seru. Serangga kecil itu terbang mengelilingi kristal tersebut sebelum perlahan-lahan meresap masuk ke dalamnya.
"Itu hanya luaran. Hakikatnya.."
Mata Eryl membulat tak percahaya. Kristal ditanganya bercahaya terang sebelum perlahan-lahan terbuka menjadi bunga.
"Wow.." Hanya Itu yang mampu Eryl ungkapkan. Keajaiban!
"Flower of Life. Ini yang permaisuri mahukan dan.." Mata Arielle terarah pada Eryl. Pelik dengan pandangan itu, Eryl menyepetkan matanya pada si gadis.
"Benda ni.. Ada kena mengena dengan aku kan?"
"Yep! We need your blood!"
"Too straightforward!"
"Well, buat apa nak selindung? Buang masa. Betul tak Wessy?"
"Hurm.."
Sudahnya Eryl menggeleng kepala sahaja. Kristal tersebut diserahkan kepada Arielle sebelum kuku naganya muncul. Matanya berbalas pandangan dengan Arielle.
"Aku tak tahu apa tujuan Adrea untuk kristal ni atau darah aku. Tapi aku percayakan dia. Jadi.."
Bahagian lengan kanan di toreh dengan kuku naganya sehingga berdarah. Darah merah yang mengalir, terus keluar dan menitis mengenai salah satu kelopak bunga Flower of Life.
"Aku berikan darah aku pada kau."
Seperti faham kata-kata sang naga, Flower of Life bercahaya kemerahan sebelum tertutup kembali. Arielle dan Weston berbalas pandangan lalu menyimpan barang berharga itu.
"Terima kasih uncle.." Ujar Arielle sambil matanya memandang lengan Eryl yang sudah bersisik naga.
"Sama-sama. Kau anak kawan baik aku, jadi tak mungkin aku akan tolak permintaan kau. Ah, fasal toreh ni jangan risau. Dah sembuh pun. Lihat?"
Sengaja Eryl menarik lengannya yang sudah kembali seperti sedia kala. Sisik naganya juga sudah gugur dan hilang menjadi debu.
Arielle yang awalnya risau perlahan-lahan tersenyum ikhlas. Kelegaan jelas terpacar pada wajah mulusnya.
"Uncle memang orang yang baik." Ujar Arielle tiba-tiba membuatkan Eryl ternaik sebelah kening. Tawa kecil terlepas sendiri bersama tangan yang digoyang kiri dan kanan.
"Tak, tak. Aku tak layak digelar baik.It's never suitable for me." Kepala Arielle diusap lembut.
"Tapi tak bermakna aku tak boleh jadi orang yang lebih baik daripada sekarang bukan?"
Arielle juga ketawa lalu mengangguk.
"Jadi ke mana kau berdua akan pergi selepas ini? Dan lelaki tu?" Soal Eryl sambil menghadap Weston.
"Sejujurnya, permaisuri pinta aku dan Arielle untuk sertai uncle tapi.." Weston berdiam diri untuk seketika. Matanya sempat menjeling lelaki yang di belakangnya sebelum menatap Eryl.
"Mungkin lain kali. Aku ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan permaisuri."
"Jadi kau berdua akan pulang dahulu?"
"Nampaknya bergitu lah. Saya ikut keputusan Wessy aje." Ujar Arielle lalu berdiri disebelah rakan baiknya. Eryl berdiam diri lalu mengangguk beberapa kali.
"Kalau itu yang kau katakan. Jadi.."
Tangan Eryl hulurkan. Faham akan tindakkan lelaki tersebut, Arielle terus menyambutnya.
"Semoga berjumpa lagi. Kirimkan khabar pada bonda kau." Ujar Eryl bersama senyuman manis.
"Baik uncle. Semoga berjumpa lagi."
***
Eryl mendarat di luar kota utama dengan selamat. Kakinya terus berlari anak pada anak buahnya yang sudah berkumpul di suatu sudut.
"Seth."
Pantas Eryl melutut sebelah kaki dihadapan anak buahnya itu. Tubuh lelaki itu dibelek sebelum keluhan panjang terlepas. Kecederaanya tidak berapa teruk namun Eryl tak mahu mengambil ringan.
"Kita akan pulang ke Yggdrasil sekarang. Seth perlu dirawat segera begitu juga Edwin."
"Tapi uncle.. Kami-"
"Hey.."
Eryl tersenyum lembut. Tangannya naik mengusap kepala Alice serta Seth yang berdiam diri sedari tadi.
"Keutamaan aku adalah keselamatan kalian. Aku yakin Heira juga faham kalau kau terangkan kenapa tak ada puak serigala pulang dengan kita."
Mata Alice dan Seth membulat apabila Eryl seakan tahu apa yang jadi. Namun lelaki itu tetap juga tersenyum seakan mengatakan semuanya akan baik.
Kemudian, mata Eryl jatuh pada gadis berambut hijau.
"Dan kau..?"
"Inez Belizaire. Saya cucu Katsu Reynard."
"Ah, keturunan diraja Grandiflora?"
Mata Eryl membulat seketika. Inez hanya sengih sambil menggaru pipi yang tidak gatal. lelaki berambut putih hanya menggeleng kepala. Nampaknya ada lagi muka baru yang dia tak jumpa.
"Wow. Kau keturunan diraja ke?" Soal Alice dan Seth serentak seakan terkejut membuatkan Inez memandang blur pada mereka.
"Alice saya faham jika dia terkejut tapi awak pun Seth?"
"Aku kena peduli ke kau darah apa?"
"Saya patut agak itu jawapan awak."
"Pfft.."
Eryl hanya mampu ketawa sambil menggeleng kepalanya apabila Inez sudah mencerlu pada Alice yang beriak mengejek.
"Sudah, yang penting misi kita selesai walaupun tak seperti yang dirancang."
Mata Eryl melekat pula pada Edwin yang hilang kesedaran diri dibelakang Alvarez.
" Puak serigala hanya side-mission. Tujuan utama kita hanya Edwin dan success. Jadi, mari kita pulang?" Tumpuan sang naga beralih pula pada Azure.
Azure mengangguk faham sebelum berubah dalam bentuk hantunya. Tanganya didepa ke hadapan lalu portal gergasi terhasil . Tidak berfikir dua kali mereka terus melangkah memasukinya.
***
Arielle dan Weston berjalan sebelah menyebelah di dalam sebuah istana. Malam menjadi latar belakang. Kedua-duanya senyap sebelum Arielle memecahkan kesunyian.
"Saya rasa awak dah belakon agak lama." Mata hijau Arielle, menjeling lelaki dibelakang Weston.
"Boleh hentikan? Awak tak akan tahu apa yang akan saya buat apabila jengkel." Ujar Arielle lembut dan sopan namun ibu jarinya sudah mengusap hulu pisau yang tersorok didalam poket bajunya.
"Aku tak belakon.. Badan aku.. Semuanya sakit.. Aku tak ada tenaga.." balas lelaki bertopeng. Suaranya benar-benar lemah.
"Is that so?" Arielle menjauhkan tangan daripada senjata tajamnya.
"Then, kenapa awak mahu ikut kami? Untuk bebas daripada Vans? Kenapa mahu berjumpa bonda? Bagaimana awak tahu mengenai bonda? " Soal Arielle tanpa memandang sang lelaki.
"..."
"Tak nak jawab?"
"Arielle."
Kali ni Arielle berhenti berjalan apabila ditegur Weston.
"Dia tak akan boleh apa-apakan permaisuri mahupun menjadi ancaman kepada kita. Jadi berhenti risau." Ujar Weston tenang. Sepi menyapa mereka.
"Aku.. Tak akan.. Ambil apa-apa.. Daripada kau.." lelaki bertopeng mencelah.
"Aku.. Cuma mahu berjumpa Permaisuri Bellvania. Tak lebih dan tak kurang.."
Arielle tetap berdiam diri. Perlahan-lahan kakinya melangkah dan kembali berjalan. Weston membuntuti.
"Saya percayakan kata-kata awak tu." Arielle membuka bicara.
"Tapi kalau awak merupakan ancaman kepada bonda.."
Mata Arielle bersinar terang di sebalik bayang rambutnya. Sangat bahaya dan mengancam.
".. Saya sendiri jadi malaikat maut awak. Saya tak kesah digelar syaitan atau wanita sihir asalkan keselamatan bonda terjamin.."
Arielle tersenyum kecil.
"She's my one and only light. Syurga saya selamanya. Saya.. Tak boleh hilang dia sama macam saya hilang seorang ayah yang tak penah saya lihat wajahnya."
Lelaki bertopeng senyap. Namun Weston boleh rasai keluhannya.
"Aku.. Faham."
Tiada lagi interaksi antara mereka sehinggalah sampai ke sebuah pintu gergasi yang megah berdiri. Arielle menarik nafas, mencari ketenangan yang hampir hilang sebentar tadi. Matanya menjeling Weston serta lelaki bertopeng sebelum membuka pintu tersebut.
Disebalik cahaya rembulan yang memancar menembusi tingkap, seorang wanita jelita tersenyum di atas singgahsananya. Pendamping setia, berdiri tegak di sisinya tanpa lelah.
Dengan senyuman dan suara yang lembut..
"Selamat pulang bidadari syurga bonda."
***
Dalam masa yang sama, seorang lelaki berambut merah panjang, berdiri diatas sebuah gunuh yang musnah seakan dilibas sebilah pedang. Tangannya bersilang didada. Wajahnya garang seakan naga. Iris merahnya bercahaya seakan mahu membakar sesuatu.
"Crimson."
Crimson Hernandez, anak kedua Ayrez Hernandez. Kacak seperti ayahnya, namun lebih mengikut wajah sang ibu. Bibirnya rata tanpa secalit senyuman. Irisnya di lemparkan pada seorang gadis berambut putih seakan salju. Mata ungu gadis itu, lembut menatap dirinya.
"Ayah awak ada buat panggilan. Dia pinta kita pulang ke Yggdrasil." Ujar si gadis, atau Yukiji Ryuzaki.
Crimson mengerut dahi.
"Ada dia berikan apa-apa sebab kenapa aku perlu pulang?"
"Dia mahu membincangkan sesuatu."
"Dia boleh datang jumpa aku jika begitu." Crimson berjalan melepasi Yukiji.
"Aku tak akan balik selagi misi aku tak selesai." Tambahnya membuatkan Yukiji mengeluh. Gadis kecil itu berpaling sehingga menghadap belakang sang lelaki.
"Ini ada kaitan dengan misi yang kakak awak lakukan. Mereka terjumpa Aeldera."
Crimson berhenti berjalan. Mata merahnya terus menatap wajah Yukiji seakan mahu menembusinya.
"Kau patut bagi tahu aku yang itu dahulu ,Yuki."
"Maaf, itu pilihan saya sama ada nak bagi tahu yang mana dulu. Nasib awak lah kalau tak dengar yang kedua."
"Kau nak cari gaduh ke?"
"Kalau awak nak."
"Kau.. Haa.. Apa-apa aje lah."
"Tak boleh nak marah sebab sayang lah tu."
"Kau kata apa?"
"Tak ada apa yang penting. Mari pergi sekarang ya?"
"Tak aku dengar. Kau-"
"Haa.. Akhirnya boleh lah saya tidur dengan nyaman di dalam bilik."
"Yukiji!"
"Ya, ya, ya. Saya boleh dengar tanpa awak menjerit. Cepat lah. Hari agak panas ni."
Crimson hanya mampu bersabar dengan anak bongsu Senri Ryuzaki tersebut. Tenang seperti ayahnya namun mulut sama seperti sang abang, Seth Ryuzaki.
"Kau bertuah kita dah bertunang. Kalau tak, dah lama aku campak kau dekat mana-mana dimensi." Ujar Crimson sebelum manarik Yukiji merapat.
"Yeah, awak memang bertuah sebab dapat saya yang tahu sakitkan hati awak aje."
"Apa-apa ayat yang keluar daripada mulut kau tak pernah sejukkan hati aku."
"I know, and that's the fun because your face looks really cute. Macam seekor kucing."
"I hate you."
"Yeah, love you too."
"!!"
Gadis berambut salju hanya menjeling sang lelaki yang sudah mengalihkan pandangan, sebelum mengeluh lagi.
'Totally master Ayrez son. Blushing just like his father. Patut ke aku tangkap gambar dia dan print nanti?'
Sekali lagi, Yukiji mengeluh dengan idea tersebut.
'No. Obviously not. He'll burn it. Haiih.. What scary cute cat.'
Entah berapa kali gadis itu mengeluh setiap kali melihat tunangnya. Sedikit sebanyak, perbuatannya menbuatkan Crimson sakit hati namun lelaki itu tidak mudah melenting seperti ayahnya. Hanya percakapan sahaja kasar.
"Kau kalau nak cakap, cakap sekarang Yukiji."
"Awak terlalu kacak sehingga saya lupa nak cakap apa."
"Y-Yukiji."
"What? Wanna kiss?"
"No! Kita masih belum berkahwin!"
"Another Alvarez 2.0. Semua yang rambut merah memang innocent ke?"
"Urgh, forget it! Mari pulang!"
"Sure. Male, first."
"You little-"
Dan kedua-duanya menghilang ditelan sihir dimensi. Namun, tanpa mereka sedar, seorang lelaki berkerudung menatap tajam tempat dimana mereka menghilang.
"Kiyo."
Kiyo, bekas anak murid Ayrez Hernandez merangkap pembelot Yggdrasil, memalingkan wajah kebelakang. Matanya menatap bebola kristal yang terapung diudara. Di dalam bola kristal tersebut, muncul Lord August .
"Pulang segera. Perjumpaan semua Ketua Tertinggi bakal bermula. Kau perlu ada untuk informasi yang baru."
"Baik Lord."
Terus talian terputus sekaligus memusnahkan kristal tersebut.
"Yggdrasil tak akan bertahan lama dan aku tak akan biar kau buru aku guru."
Dannn tamat lah untuk Vampirina Arc! Next chap akan bermula arc terbaru yg mana my fav! Hehehe! Paling tak syabarrrr😂!!
Anyway, here the new character! dan korang semua akan kenal mereka lebih lagi di Arc akan dtang!
INEZ BELIZAIRE
CRIMSON HERNANDEZ
YUKIJI RYUZAKI
LELAKI BERTOPENG
Bye-bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro