Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

XII : Pelan Lantai Athria-Gemilang

AKU dan Æzzul lantas menuju ke kompartmen penyelenggaraan bagi mendapatkan pelan lantai lengkap stesen angkasa Athria-Gemilang ini. Kehadiran kami berdua telah disambut oleh suara keluh kesah Æzart yang nampaknya risau dan bimbang apabila melihatkan kehadiran kami berdua. Suara Æzart dapat didengari kami berdua yang secara senyap-senyap masuk menyelinap ke bahagian kompartmen penyelenggaraan itu. Pada ketika itu, masih tiada sesiapa lagi yang berada didalam kompartmen berkenaan kecuali Æzart.

     "Ni datang senyap-senyap ni mesti ada agenda lain ni." Æzart cuba meneka manakala aku dan Æzzul hanya tersengih-sengih semacam kerang busuk sahaja.

     "Err... A'ah. Nak minta tolong something... hehe..." Aku hanya tersengih-sengih sahaja apabila bersemuka dengan Æzart kembali.

     "Haa... Nak apa lagi datang sini?" suara Æzart kali ini seakan-akan mengherdik. Sedikit keras suaranya.

     "Macam ni. Bola getah yang kami main tadi tiba-tiba tersedut ke dalam ruang pengudaraan berdekatan kompartmen pentadbiran. Bola getah tu la satu-satunya alat permainan yang ada di stesen angkasa ni. Jadi, kami nak cari balik bola kami yang hilang tu. Hehe..." Æzzul cuba berbohong kepada Æzart. Namun, gaya penceritaannya nampak agak logik dan boleh diterima akal.

     Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan setiap ungkapan yang terpancul daripada mulut Æezzul itu walaupun pada asalnya, perkara itu tiada dalam perbincangan awal tadi. Kesemuanya secara spontan dan rawak.

     "Boleh percaya ke ni? Habis tu? Nak suruh aku buat apa?" suara Æzart masih tinggi, namun ada sedikit nada kelembutan disitu.

     "Kami nak mintak pelan lantai bahagian kompartmen pentadbiran. Kami nak menyusup masuk ke dalam ruang pengudaraan kat situ. Hehe..." aku meyakinkan Æzart tentang rancangan kami ini.

     "Aik? Nak cari bola getah sampai kena tengok pelan lantai bagai? Macam pelik? Ke korang berdua ni ada agenda lain? Cuba bagitahu aku..."Æzart seakan dapat menghidu tentang rancangan yang telah disusun oleh kami berdua sebentar tadi.

     "Ish... Mana ada. Memang kami nak cari bola getah pun. Please, bagilah tunjuk pelan lantai bahagian kompartmen pentadbiran." Æzzul cuba merayu dengan harapan Æzart akan menunjukkan pelan lantai kompartmen bahagian pentadbiran.

     "Okay, baiklah. Aku tunjuk kat korang berdua. Tapi, awas eh. Tolong jangan kaitkan aku dengan apa-apa sahaja rancangan yang engkau orang cuba buat. Lagi satu, pelan ni secret and confidential for security purpose. Jadi, korang tak boleh ambil gambar ataupun dapatkan salinan. Aku boleh tunjukkan kat korang je." Æzart memberikan amaran yang keras.

     Kami berdua mengangguk faham. Æzart kemudiannya menuju ke bahagian rak almari yang terletak dibahagian belakang kompartmen penyelenggaraan. Rak almari itu dipercayai tersimpannya seluruh pelan lantai bagi setiap kompartmen yang ada di stesen angkasa Athria-Gemilang ini. Pelan lantai ini amat berguna untuk kegunaan bahagian penyelenggaraan sebagai rujukan sekiranya sesebuah kompartmen memerlukan aktiviti penyelengaraan.

Æzart kemudiannya memanggil kami berdua untuk datang ke sebuah meja besar yang terletak dibahagian belakang kompartmen penyelenggaraan. Meja besar dengan binaan rangka kayu itu diperlihatkan terdapat sekeping kaca lutsinar dibahagian tengahnya. Dibahagian bawah dan atas meja berkenaan pula terdapat empat buah lampu kalimantan yang disusun secara sebelah menyebelah. Lampu kalimantan berkenaan kemudiannya dibuka suisnya dan sehelai kertas tekap hampir lutsinar diletakkan oleh Æzart di atas permukaan meja berkaca terbabit.

Kertas tekap hampir lutsinar terbabit dipercayai merupakan blueprint asal bagi pelan lantai bahagian kompartmen pentadbiran semenjak awal pembinaan stesen angkasa ini. Melalui kertas tekap hampir lutsinar berkenaan, segala macam maklumat berkenaan laluan pengudaraan, susun atur kawasan bersekuriti tinggi, sistem kamera sekuriti, kawasan sensor laser keselamatan dan juga binaan-binaan utama yang terdapat didalam kompartmen pentadbiran itu juga dapat diperlihatkan. Pokoknya, paparan pada pelan lantai berkenaan sudah memberikan maklumat yang sangat lengkap dan cukup untuk kegunaan misi yang seterusnya nanti.

     "Aku tak tahu apa sebenarnya agenda korang berdua untuk masuk ke dalam kompartmen pentadbiran ni, tapi, apa yang aku boleh katakan, kawalan sekuriti berupa kamera litar tertutup, sensor laser dan palang pintu automatik ni, korang berdua kena ambil perhatian yang lebih." ujar Æzart sambil menunjukkan lokasi-lokasi utama yang paling kritikal. Kami berdua hanya mengangguk faham.

     "Lagi satu, aku sarankan engkau orang berdua ni menyusup masuklah melalui lohong pengudaraan. Lagi selamat dan sukar untuk dikesan sensor dan juga manusia, cuma akan berhabuk sikitlah keadaan dalam tu. Lagipun saiz badan korang berdua pun saiznya muat aje kan nak masuk dalam lohong pengudaraan."

"Kan korang punya agenda utama kat sini sebab nak cari bola getah yang hilang kat dalam tu? kan? Ke bukan?" Æzart hanya mengenyitkan matanya sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Terkulat-kulat aku dan Æzzul mendengarkan sindiran demi sindiran yang dilemparkan kepada kami. Kami berdua tidak akan sesekalipun untuk bagitahu rahsia dan agenda utama kami ini. Ini kerana boleh membahayakan risiko kepada keluarga kami.

     "Oh, kalau kiteorang nak padam sensor laser dan kamera sekuriti ni, macam mana ek?" aku tiba-tiba melantunkan soalan yang diperkirakan agak sensitif dan kedengaran sedikit dungu.

     "Cuba korang bagitahu kat aku ni, sebenarnya korang nak buat apa ni sampai rancang nak menyusup masuk dan nak tutup sistem sekuriti kat dalam kompartmen tu? Korang nak merompak eh? "

"Korang tahu kan hukuman pesalah yang merompak masuk ke dalam kawasan bersekuriti tinggi macam ni?" Æzart sempat memberikan amaran kepada kami berdua tentang risiko yang bakal kami hadapi sekiranya rancangan ini tidak berjaya dan terkantoi kepada pihak pengurusan stesen angkasa. Bukan sahaja nama baik keluarga yang akan tercemar, malah, Komander Æzarnoush sendiri yang akan menekan punat ruang pintu hukuman pengapungan terbabit.

Kami berdua hanya diam membisu. Tubuh kami pegun membatu. Kedua-dua pasang anak mata hanya tertancap pada lukisan pelan lantai berkenaan sahaja. Kami berdua tahu akan risiko yang bakal kami tanggung. Tetapi, cabaran itu jugalah yang memandukan jiwa kami berdua untuk mengambil risiko terbabit.

"Macam ni la. Aku bagitahu siap-siap. Kalau korang cuba untuk matikan sistem sekuriti yang ada pada kompartmen Pentadbiran ni, maka bunyi siren dengan lampu kecemasan merah akan berbunyi di seluruh stesen angkasa Athria-Gemilang ni."

"Semua orang akan tahu ada pencerobohan yang sedang berlaku di kompartmen Pentadbiran tu. Ini disebabkan barang-barang yang berharga, rahsia dan sulit. Lagipun stesen angkasa ini kecil je, mana korang nak lari?" Æzart memberikan amaran keras kepada kami berdua.

"Kesannya, hukuman diapungkan ke luar stesen angkasa ini akan dijalankan. Komander Æzarnoush sendiri yang akan tekan punat pintu bilik hukuman pengapungan tu. Korang boleh mati dalam masa beberapa saat lepas diapungkan ke bahagian luar stesen angkasa ni. Takde udara, takde oksigen, suhu sejuk. Yang ada cumalah ruangan vakum yang gelap dan maha sejuk. Korang nak ke diapungkan ke luar sana?" Æzart cuba menakut-nakutkan kami berdua dengan risiko yang kami tanggung kelak.

     "Er... Er... Okay lah. Terima kasih lah Æzart sebab tunjukkan kat kteorang pelan lantai ni. Kami gerak dulu." Aku terus merentap tangan si Æezzul dan kami terus keluar daripada kompartmen penyelenggaraan itu.

     Kedengaran suara si Æzart berkata "Tahu takut ha ha ha" sambil ketawa terbahak-bahak.

    Di bahagian luar kompartmen penyelenggaraan itu, Æezzul bertanyakan kepadaku adakah mahu meneruskan rancangan ini ataupun mengundur diri sahaja,

     "Macam mana, Ædrian? Nak teruskan tak dengan rancangan kita ni? Aku dah rasa macam tak sedap hatilah..."

    "Kejap. Bagi aku ruang untuk aku berfikir kejap."

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro