XI : Rancangan Seterusnya
"RAHSIA apa yang kau cuba untuk memberitahuku, Ædrian?" Æezzul yang sedang rapat mengikuti di bahagian belakangku sambil sama-sama menuju ke kompartmen Pertanian. Perlahan-lahan, kami berdua menyusup diantara tumbuhan yang ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik dan aeroponik itu. Bau-bauan organik seperti baja, air dan juga oksigen semulajadi mula menyinggah ke dalam rongga deria bau kami.
"Kejap. Sabar. Tunggu sampai dulu. Kau ni pun tak sabar lah!" aku menenangkan Æezzul yang sedari tadi asyik bertanyakan soalan yang sama sahaja. Pada masa itu, kami berdua masih merangkak dengan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi yang bising. Hanya bunyi aliran air yang datangnya daripada alat tanaman hidroponik terbabit melatari bunyi persekitaran kompartmen Pertanian terbabit.
Sesampai sahaja kami di bahagian kompartmen Pertanian, aku memandang kiri dan kanan lalu menyelinap masuk ke kawasan tanaman hidroponik dan aeroponik itu. Kami lepak di satu sudut terpencil yang agak tersorok dan terselindung di sebalik tumbuh-tumbuhan terbabit. Lalu, aku mula membuka cerita tentang bar coklat yang mengandungi kandungan cengkerik itu.
"Kau tahu tak Æezzul? Aku nak cerita pasal asal usukl bar coklat yang kau makan tadi kat dewan makan. Tapi jangan terkejutlah dengan apa yang aku cuba sampaikan ni. Aku tak nak kau jatuh pengsan ataupun mati sakit jantung lepas dengar kebenaran ni." Aku mula membuka cerita berkenaan asal usul bar coklat yang di makan oleh kebanyakan kanak-kanak termasuklah Æezzul sewaktu tempoh rehat pagi tadi.
"Apa kau cuba nak beritahu aku sebenarnya ni, Ædrian? Sebab sejak sedari tadi lagi aku tengok muka kau dah macam ayam berak kapur, berkerut sana, berkerut sini, macam ada yang tak kena." Æezzul yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagatku yang sedikit pelik itu dan berperangai tidak seperti selalu.
"Bar coklat yang kau makan tadi tu kan..."
"...sebenarnya..." aku cuba memasukkan elemen kejutan kepada Æezzul.
"....sebenarnya..."sengaja aku membiarkan Æezzul tenggelam dengan suasana yang penuh tanda tanya.
"Ishh kau ni, sebenarnya apa? Bagitahu je lah!" Æezzul meninggikan sedikit suaranya tanda protes.
"Shuushh... jangan kuat-kuat la suara kau tu. Ni rahsia besar ni." aku terus menutup mulut lancang si Æezzul itu dengan telapak tanganku.
"Okay...okay...sebenarnya kan, bar coklat yang kau dan budak-budak kat dewan makan tadi diperbuat daripada tepung cengkerik dan bukanya daripada pokok koko yang kita tanam dalam ni, faham?" ujarku kepada Æezzul dengan keadaan berbisik sambil melihat ke arah kiri dan kanan, takut-takut ada insan yang tidak diundang tiba-tiba memunculkan diri.
"Cengkerik? Kau biar betul, Ædrian? Mana kau dapat maklumat ni?" Æezzul nyata terkejut dengan kenyataan yang dibuat olehku. Ada dapat melihat mimik mukanya yang 'tak tercapai' dek akal selepas memakan bar coklat berkenaan.
"Betullah. Kau percayalah cakap aku. Aku tak buat-buat cerita tau. Kalau kau nak tahu, tadi aku tegur si Ædib tu sebab ni lah. Dia tak nak makan pun! Dia duk kat situ sebab nak pantau kita laa ni!" kataku dengan penuh kegeraman, apalagi selepas melibatkan perlakuan Ædib ketika di dewan makan sebentar tadi.
Æezzul hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia seakan terkejut kerana telah menelan serangga cengkerik itu dalam bentuk yang tidak dapat dijangka. Hendak dimuntahkan, bar coklat itu sudah berada dalam organ sistem penghadaman, jadi, redha sahalah.
"Patutlah rasa dia macam pelik je tadi waktu aku letak dalam mulur." Æezzul hanya mampu redha dengan apa yang telah dimasukkan ke dalam sistem pencernaannya itu.
"Kalau macam tu, apa rancangan kau yang seterusnya, Ædrian? Kau rasa nasib kita ni macam mana sampai diberikan serangga cengkerik? Adakah kita perlu lawan ataupun rebel?" Æezzul seakan cuba tidak memikirkan tentang perkara berkenaan dan terus menghujaniku dengan soalan demi soalan.
"Kejap, bagi aku berfikir sekejap." Aku cuba memikirkan rancangan seterusnya. Apabila terpandang tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam kompartmen Pertanian itu, satu rancangan baru tiba-tiba bergegas masuk ke dalam kotak pemikiranku.
"Aku ada satu idea. Tapi idea ni gila sikit la. Kalau kantoi, sure kita berdua akan mati. Kena berkorban sikit la. Kau nak dengar ataupun tak nak ambil risiko?" Kepala otak aku mula dicambahi dengan pelbagai idea-idea baru, tetapi idea yang satu ni paling logik dan boleh dilakukan dengan cepat dan pantas.
"Idea kau berisiko tinggi? Kau pernah nampak tak yang aku tak pernah tak join sekali ke dengan kerja gila kau tu?" Æezzul hanya membuat mimik muka yang pelik. Nampaknya dia mahu turut sama menyertai 'misi rahsia' ini.
"Okay lah. Macam ni. Objektif aku kali ini adalah, aku nak ambil buku merah magenta yang terkandung di dalamnya rancangan 'Episiklus Cakerawala LXX' tu. Rancangannya pulak, kita kena menyusup masuk ke dalam ruangan pengudaraan untuk sampai ke bahagian kompartmen Pentadbiran."aku menjelaskan serba sedikit rangka asal rancangan yang akan kami berdua jayakan sebentar tadi.
"Aku rasa, idea kau terlampau gila untuk masuk ke dalam kompartmen Pentadbiran. Tak tercapai dek akalku. Ditambah dengan sistem sekuriti tertinggi dalam tu, pelbagai aneka kamera litar tertutup di sana dan sini, sensor-sensor laser lagi. Ahhh, ini semua misi mustahil dan hanya akan menceburkan diri ke dalam lokap stesen angkasa ini!" Æezzul mula berkira-kira dengan rancangan terbabit. Dia merasakan akan ada yang tidak kena jikalau rancangan ini diteruskan.
"Ishh... Kau dengar lah dulu penjelasan aku. Macam ni. Kita dah tahu yang bilik tu memang punyai sistem sekuriti tertinggi di stesen angkasa ni. Jadi, aku takkanlah guna jalan utama untuk menyusup masuk ke dalam kompartmen tu. Kita lalu ruang pengudaraan jugak. Kemudian, kita akan matikan suis utama supaya sensor-sensor laser tu tak dapat nak kenalpasti keberadaan kita! Usah risau, kau ada aku." terangku dengan panjang lebar.
"Memanglah aku ada kau, tapi kau boleh jamin ke segala macam rancangan kita ni berhasil tanpa meninggalkan sebarang jejak? Kalau tertangkap nanti, dengan aku-aku sekali yang kena penjara disebabkan bersubahat. Lagi parah, boleh kena hukuman diapungkan tau. Kau tahulah undang-undang dalam ni yang ketat, setiap pesalah berat boleh kena hukuman mati tau!" perasaa Æezzul kembali cuak. Dia seperti tidak yakin dengan segala perancangan yang telah disusun atur. Mahu sahaja dia melarikan diri daripada kompartmen Pertanian terbabit. Namun, apabila memikirkan tentang aku, Æezzul seperti mempunyai sekelumit keyakinan untuk meneruskan rancangan terbabit.
"Kau usahlah risau, Æezzul. Insya-Allah, segalanya akan berjalan seperti yang kita rancangkan. Kita cuma perlu dapatkan pelan laluan terkini laluan pengudaraan ke kompartmen Pentadbiran. Aku rasa, pelan tu aku boleh dapat daripada Æzart sebab Æzart lah individu yang selalu buat kerja-kerja penyelenggaraan dikawasan lohong pengudaraan." Aku memberikan jaminan kepada Æezzul tentang rancangan yang sedang dirangka ini. Mudah-mudahan, segalanya berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang masalah.
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro